Penginfarkan Miokardium
(Serangan Jantung)
Dari semasa ke semasa, kita boleh membaca dari akhbar, terdapat beberapa peminat sukan tiba-tiba meninggal dunia semasa latihan mereka, atau ada berita tentang lelaki / wanita pertengahan umur, mati dalam tidur mereka. Kebanyakan kematian ini dikaitkan dengan penginfarkan miokardium ( Bahasa inggeris : Myocardial Infarction ). Kematian begini berlaku, sebahagiannya adalah kerana tiada sebarang bantuan kecemasan atau resusitasi kardiopulmonari diberikan apabila serangan jantung berlaku.
Di Malaysia, kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular didapati agak tinggi, kira-kira menyumbang 20% hingga 25% daripada kadar kematian di hospital kerajaan. Penginfarkan miokardium adalah penyakit paling bahaya dari segi sindrom koronori akut. Tidak seperti penyakit lain, penginfarkan miokardium bersifat sangat akut dan teruk apabila ia berlaku, biasanya ia boleh menimbulkan ancaman serius kepada nyawa pesakit. Hanya pengesanan awal dan rawatan yang cepat selepas serangan jantung, boleh mengurangkan risiko kematian.
Mengikut pengalaman seorang doktor, ada pesakit yang memandu ke kliniknya kerana dia merasakan kesakitan dada dan sesak nafas untuk kali pertama. Doktor pun membuat ujian elektrokardiogram (EKG) untuk pesakit ini. Selepas laporan disiapkan, doktor melihat perubahan garisan pada EKG, sesungguhnya doktor merasakan panik bersama-sama adrenalin yang melambung tinggi, semata-mata kerana pemeriksaan tersebut telah menunjukkan penginfarkan miokardium di bahagian depan jantung. Doktor dengan segera memberikan pesakitnya dengan oksigen berkepekatan tinggi, dan kemudian meminta pesakit mengambil satu tablet nitrogliserin dengan segera. Selepas itu, doktor memanggil nombor kecemasan 999 untuk menghantar pesakitnya ke hospital.
Doktor ini juga diberitahu kemudian, denyutan jantung pesakitnya telah berhenti tiga kali semasa perjalanan ke hospital. Kakitangan perubatan melakukan CPR selama tiga kali, mujurnya pesakit berjaya diselamatkan. Dia dimasukkan ke unit penjagaan jantung untuk rawatan selanjut dan dikeluarkan selepas beberapa hari. Ini menegaskan betapa pentingnya bantuan cemas untuk menyelamatkan nyawa.
Jantung manusia sentiasa berdegup, dan darah diangkut di sepanjang saluran-saluran darah ke bahagian lain di badan, melalui penguncupan miokardium (otot jantung). Jantung sendiri juga memerlukan bekalan darah yang berterusan, dan saluran-saluran darah koronari adalah sistem pengangkutan yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung itu sendiri. Sekali peredaran darah ke otot jantung disekat atau diganggu, maka miokardium ( otot-otot jantung) akan jadi rosak kerana kekurangan oksigen, dan seterusnya menyebabkan penginfarkan miokardium ( serangan jantung )
Malah, kebanyakan pesakit mengalami simptom-simptom secara tiba-tiba di mana serangan mereka tidak dapat dijangkakan langsung. Sudah tentu, sesetengah pesakit mungkin mengalami beberapa gejala sebelum serangan jantung, tetapi gejala-gejala ini sering diabaikan sehingga tragedi berlaku. Gejala-gejala penginfarkan miokardium yang biasa adalah rasa sakit di tengah atau kiri dada, dan sesetengah orang menerangkan rasa sakit itu seperti perasaan yang diperas. Sakit kadang-kadang boleh tersebar ke bahu, lengan, belakang, dan sebagainya. Sesetengah ketidakselesaan seperti “heartburn” juga, di mana simptom ini mudah disalahanggap sebagai sakit perut biasa atau aliran balik asid perut. Gejala-gejala umum yang lain termasuk dyspnea, peluh sejuk, syncope, dan banyak lagi.
Orang ramai memainkan peranan yang sangat penting dalam memerangi serangan jantung. Lagipun, serangan penyakit ini berlaku secara tiba-tiba. Ia boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa dan mungkin terlibat sesiapa sahaja. Oleh kerana kebanyakan kes kematian berlaku sebelum pesakit-pesakit dimasukkan ke hospital, adalah penting bagi orang umum mulai memahami simptom-simptom penyakit, serta mendapat kesedaran yang lebih tinggi terhadap serangan jantung, supaya dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa di masa depan.
Apabila denyutan jantung berhenti secara tiba-tiba, maka darah tidak boleh dibekalkan ke otak. Dalam masa 4 minit, sel-sel otak akan mula rosak disebabkan ketiadaan oksigen, kemudian kematian otak boleh berlaku jika bekalan darah berhenti selama lebih dari 10 minit. Dalam kehidupan harian, apabila serangan jantung berlaku, ramai orang akan berasa sangat terharu, dan tidak tahu bagaimana mereka harus bertindak, apatah lagi memberi bantuan kecemasan asas. Oleh itu, orang ramai harus lebih aktif dalam mempelajari pengetahuan dan kemahiran tentang bantuan kecemasan ataupun menguasai cara-cara perlaksanaan CPR. Idealnya, untuk setiap keluarga, kita memerlukan seorang yang terlatih di bidang bantuan kecemasan.