Osteoporosis
Orang moden memang tidak asing dengan istilah osteoporosis. Sama ada mereka belajar melalui pengalaman peribadi, rakan-rakan dan keluarga, bahkan iklan-iklan. Istilah ini disebar meluas untuk mendapat perhatian daripada orang umum, misalnya ‘orang muda harus mula menjaga kesihatan tulang mereka dan mencegah osteoporosis’.
Pemikiran pertama yang timbul untuk mencegah osteoporosis, biasanya ialah berkaitan dengan pengambilan kalsium. Malah, kebanyakan orang tidak mempunyai idea yang jelas tentang gejala-gejala osteoporosis. Yang paling biasa adalah salah faham mengenai penuaan dan kehausan sendi-sendi adalah sama dengan osteoporosis. Pesakit-pesakit sering bertanya soalan seperti: “Doktor, apabila saya menggerakkan lengan saya, sendinya sering membuat ‘bunyi retak’, adakah ini osteoporosis?
Doktor akan memberitahu pesakit: “Itu bukan osteoporosis. Ia adalah masalah penuaan dan kehausan sendi. Osteoporosis bersifat senyap dan tidak memberi sebarang amaran!
Satu lagi tanggapan salah tentang osteoporosis ialah, kita boleh mencegah atau menangguhkan osteoporosis dengan mengambil kalsium. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium sahaja adalah tidak mencukupi, kerana vitamin D mesti juga diambil pada masa yang sama, supaya membantu badan menyerap kalsium. Pengambilan kalsium akan dihilangkan sia-sia sahaja, sekiranya tiada kehadiran vitamin D. Malah, pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan pembentukan batu-batu ginjal.
Tulang menjadi rapuh dan mudah patah apabila ketumpatan tulang menurun.
Semua negara yang mengalami penuaan menghadapi masalah osteoporosis, kerana ketumpatan tulang tubuh kita akan hilang secara beransur-ansur mulai dari usia 40 tahun. Semakin tua, semakin tinggi kemungkinan ketumpatan tulang akan menurun, terutama wanita, keadaan ketumptan tulang menurun akan bertambah buruk selepas menopaus ( haid berhenti ).
Ini juga bermakna bahawa wanita pada umumnya akan menghadapi krisis osteoporosis mulai umur 50 tahun atau ke atas, sementara lelaki sering mengalami osteoporosis, kira-kira 15 tahun lebih lewat berbanding dengan wanita.
Antara tiga bangsa utama di Malaysia, osteoporosis di kaum Cina didapati lebih tinggi daripada kaum-kaum lain. Ini adalah kerana, selain dari faktor genetik, pemakanan produk tenusu di kalangan orang Cina adalah lebih sedikit secara relatif, jadi peluang-peluang memperolehi kalsium daripada makanan menjadi lebih rendah daripada kaum-kaum lain, sehingga risiko mengidapi osteoporosis akan meningkat kemudian.
Osteoporosis bermakna ketumpatan tulang menurun dan tulang akan menjadi semakin lemah. Ini boleh menyebabkan kejadian tulang patah. Bahagian-bahagian tulang belakang dan sakrum adalah kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini.
Bagaimanakah menentukan sama ada seseorang mengalami osteoporosis?
Jika seseorang jatuh ketika dia berjalan dan menyebabkan patah tulang, atau apabila orang tua dan anak kecil bermain bersama, ia menyebabkan kejadian patah tulang. Ini adalah tanda-tanda osteoporosis, kerana tulang orang yang sihat tidak akan patah begitu mudah.
Terdapat data di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa bilangan pesakit dengan osteoporosis adalah lebih tinggi daripada jumlah pesakit kanser, strok, dan penyakit jantung.
Punggung bungkuk atau deformasi tulang belakang
Selain lebih mudah mengalami kejadian patah tulang, osteoporosis biasanya juga berupaya membungkukkan tulang belakang atau mengakibatkan kecacatan tulang belakang, keadaan begini akan semakin serius bersama dengan proses penuaan.
Walau bagaimanapun, kesakitan sendi-sendi bukanlah sejenis gejala osteoporosis. Sebenarnya, sebelum kejadian patah tulang berlaku, pesakit tidak akan mendapat sebarang tanda kesakitan. Oleh itu, osteoporosis juga dianggap sebagai sejenis “penyakit tersembunyi”. Pesakit sering tidak tahu bahawa mereka telah mempunyai masalah ini, sehingga tulang mereka telah patah atau pemeriksaan ketumpatan tulang dilakukan.
Cara pengambilan kalsium yang salah boleh merosakkan buah pinggang
Kebanyakan orang tahu bahawa suplemen kalsium dapat membantu dalam pencegahan osteoporosis, tetapi hanya segelintir orang mengetahui bahawa apabila kalsium diambil dengan cara tidak betul, ia akan menjadi racun yang boleh merosakkan buah pinggang kita.
Tidak syak lagi bahawa kalsium dapat membantu dalam mencegah osteoporosis, tetapi pengambilannya harus ditambah bersama dengan vitamin D, supaya sistem pencernaan dapat menyerap kalsium secara efektif. Sekiranya kita hanya mengambil suplemen kalsium sahaja, tanpa mengambil vitamin D serentak, maka kalsium yang diambil akan dikeluarkan dari badan pada akhirnya. Selain itu, pengambilan kalsium yang berlebihan boleh menyebabkan masalah sembelit.
Keadaan yang lebih serius boleh berlaku jika kalsium tidak diserap oleh usus dan diangkut bersama dengan darah ke ginjal. Kalsium tidak diserap ini akan merosakkan buah pinggang dalam jangka panjang, lama-kelamaan juga membentuk batu-batu ginjal. Oleh itu, apabila kita mengambil suplemen kalsium, kita juga harus ingat mengambil vitamin D bersama-sama.
Universiti Malaya pernah melakukan tinjauan di Lembah Klang dan mendapati orang dewasa di kawasan ini hanya mengambil hanya 500 mg kalsium sehari, berbanding 1,000 hingga 1,500 mg sehari di negara-negara Barat.
Ramai orang Asia mempunyai masalah intoleransi laktosa, yang merupakan salah satu punca kekurangan kalsium di kalangan rakyat Malaysia, jelasnya kumpulan ini perlu meningkatkan pengambilan kalsium mereka, tetapi mereka harus berbuat demikian dengan vitamin D tambahan.
Cahaya matahari, sumber vitamin D percuma tidak habis-habis
Malah, di Malaysia, kita diberkati dengan vitamin D percuma yang tidak habis-habis kerana mendapat cahaya matahari sepanjang tahun. Sekiranya kita mendedahkan diri kita kepada matahari selama 20 minit sehari, maka kita boleh mendapat sehingga 3,000 unit antarabangsa (IU) vitamin D. Keperluan harian Vitamin D kami adalah 800 unit sahaja. Tiada sebarang minyak hati ikan yang dijual di pasaraya, dapat menandingi sinaran matahari dari segi pembekalan Vitamin D.
Lebih baik lagi, vitamin D boleh terkumpul kerana ia dapat disimpan di dalam hati dan juga lemak. Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk mendapatkan sinar matahari walaupun selama 20 minit sehari, mereka masih boleh mengambil tahap vitamin D yang diperlukan, semasa hujung minggu atau bercuti, sama seperti orang-orang yang tinggal di negara-negara empat musim, di mana mereka hanya dapat menikmati 3 bulan cahaya matahari setiap tahun. Oleh itu, setiap musim panas, ramai orang akan berjemur dan mendapatkan vitamin D tambahan mereka dalam tempoh yang terhad ini.
Lebih baik mendapatkan Vitamin D dari makanan dan alam semula jadi
Walau bagaimanapun, satu lagi kaji selidik yang dinamakan “Vitamin D dan wanita menopaus”, menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D di kalangan wanita Cina jauh lebih rendah daripada penduduk di kawasan pedalaman. Orang bandar hanya mengambil 17 unit vitamin D setiap hari, berbanding dengan 31 unit di kawasan luar bandar. Menurut piawaian dunia, pengambilan vitamin D kurang daripada 30 unit sehari adalah dianggap tidak mencukupi, apatah lagi kurang daripada 20 unit. Ini juga mencerminkan bahawa penduduk bandar jarang memperolehi vitamin D dari matahari, sedangkan penduduk luar bandar mungkin mendedahkan kepada cahaya matahari dengan tempoh yang lebih lama, disebabkan sifat-sifat pekerjaan yang berlainan.
Ramai orang takut cahaya matahari, kerana risiko berhubungan dengan kanser kulit. Tambahan pula, kehadiran asap dan ekzos, telah mendorong lebih ramai orang menjalankan aktiviti-akviti dalaman serta mengurangkan pendedahan cahaya matahari. Jika vitamin D yang mencukupi tidak diperolehi dari persekitaran semulajadi, maka ia mesti didapati melalui sumber-sumber lain.
Menurut garis panduan Persatuan Osteoporosis Malaysia, rakyat Malaysia mesti mengambil sekurang-kurangnya 1,000 miligram kalsium dan 800 unit vitamin D setiap hari, dan lebih baik jika mendapatkannya daripada makanan dan alam semula jadi.
Osteoporosis bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia boleh menyebabkan tulang patah lalu membawa kesakitan yang teruk.
Wanita berusia lebih 50 – kejadian patah tulang meningkatkan peluang kematian
Menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, osteoporosis adalah masalah kesihatan sedunia, ia menduduki tempat kedua hanya selepas penyakit kardiovaskular. Kadar kematian akibat patah tulang pelvik adalah setinggi dengan kematian kanser payudara untuk wanita berusia lebih 50 tahun. Oleh demikian kejadian tulang patah juga dianggap sebagai salah satu penyebab utama kematian wanita.
Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi mengidapi osteoporosis termasuk:
- Orang-orang Asia: penduduk-penduduk Asia pada umumnya mempunyai ketinggian yang pendek atau binaan badan lebih kecil. Didapati semakin kecil saiz badan, semakin tinggi risiko osteoporosis. Para doktor akan mengatakan bahawa orang pendek cenderung mengidapi osteoporosis.
- Wanita menopaus: wanita menopaus kehilangan ketumpatan tulang mereka dan menjadi kumpulan berisiko tinggi kerana kekurangan hormon-hormon. Sekiranya terdapat sejarah keluarga mengenai kejadian patah tulang, ia akan meningkatkan risiko osteoporosis, jadi disyorkan untuk melakukan pemeriksaan ketumpatan tulang;
- Orang yang mempunyai sejarah keluarga: Jika ahli keluarga mengalami kejadian patah tulang yang kerap akibat osteoporosis, ia juga bermungkinan akan diwarisi oleh generasi akan datang;
- Merokok dan minuman alkohol
- Kesan-kesan dadah khusus: Orang yang mengambil dadah seperti steroid juga boleh menjejaskan ketumpatan tulang.
Membina asas yang baik sebelum mencapai umur 30 tahun supaya melambatkan kehilangan ketumpatan tulang
Ketumpatan tulang tubuh manusia adalah seperti piramid songsang, di mana ketumpatannya secara perlahan meningkat selepas lahir. Masa puncak adalah antara umur 20 dan 30. Ketumpatan tulang lelaki pada umumnya lebih tinggi daripada wanita. Walau bagaimanapun, dari umur 40 tahun ke atas, ketumpatan tulang manusia akan beransur-ansur berkurangan pada masa depan. Ini adalah disebabkan oleh kesan-kesan fisiologi, dan tidak ada kena-mengena dengan sebarang penyakit. Walau bagaimanapun, Ketumpatan tulang lelaki akan hilang dengan kadar yang lebih perlahan berbanding dengan wanita. Oleh itu, lelaki biasanya mengalami masalah osteoporosis pada usia 65 atau ke atas.
Oleh itu, untuk menangguhkan masalah ketumpatan tulang menurun selama yang mungkin, adalah lebih baik kalau kita membolehkan ketumpatan tulang mencapai tahap tertinggi sebelum umur 30 tahun. Untuk mencapai matlamat ini, pengambilan kalsium setiap hari mestilah mencukupi, agar tulang dapat menyerap kalsium, membina otot-otot, dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan osteoporosis kemudian.
Keturunan keluarga adalah faktor risiko utama osteoporosis. Sekiranya ibu bapa adalah tinggi, maka peluang anak-anak mereka mengalami osteoporosis akan menjadi lebih kecil. Sebaliknya, kanak-kanak lain perlu mendapat kalsium yang mencukupi dan membina asas yang lebih baik untuk menghadapi masalah osteoporosis.
Apakah cara-cara mendiagnosis osteoporosis?
Untuk menentukan sama ada pesakit mengidapi osteoporosis, 3 kaedah utama boleh dijalankan :
- Tulang mudah patah: Doktor akan menggunakan riwayat pesakit, seperti sejarah kejadian tulang patah, ketinggian badan semakin pendek, kyphosis, dan sama ada kejadian patah tulang sering disebabkan oleh kemalangan;
- Dual absorptiometri sinar-X (imbasan DXA): Ujian yang mengesan kandungan dalam tulang, dari ketumpatan tulang ia boleh menentukan sama ada osteoporosis hadir;
- Ultrabunyi jari / tumit: Ini adalah pemeriksaan tulang dilakukan kepada orang ramai di banyak syarikat swasta atau acara amal, tetapi keputusannya tidak boleh dianggap sebagai 100% tepat, kerana hasil ujian juga harus mengambil kira faktor-faktor lain seperti ketinggian, sejarah keluarga, dan penggunaan dadah.
Bagaimanakah kita mencegah osteoporosis?
Selain daripada yang disebutkan di atas, sebelum usia 30 tahun, sejauh mungkin kita patut mencapai ketumpatan tulang tertinggi dalam badan, senaman juga merupakan satu kaedah untuk mencegah osteoporosis, seperti larian, angkat berat dan senaman otot yang lain, tetapi berenang bukanlah salah satu cara yang berkesan.
Merokok dan minuman alkohol memang adalah pantang larang kesihatan. Osteoporosis pun tidak terkecuali. Mengurangkan pengambilan garam adalah perlu, kerana jika badan mengandungi terlalu banyak garam, ia akan mempengaruhi penyerapan kalsium. Selain itu, minuman gula yang tinggi juga harus dielakkan.
Kopi juga perlu diminum secara sederhana. Minuman kopi boleh mempercepatkan kehilangan ketumpatan tulang. Pada usia apa pun, pengambilan protein, kalsium dan vitamin D mestilah mencukupi, pengambilan mereka mesti diteruskan, walaupun ketumpatan tulang mula menurun bermula dari umur 40 tahun. Pengambilan berterusan ini dapat menunda kejadian osteoporosis.
Walaupun produk tenusu mengandungi tahap kalsium yang tertinggi, terdapat makanan-makanan lain yang kaya dengan kalsium juga. Susu memang bukan satu-satunya sumber untuk mendapatkan kalsium.
Apakah kumpulan-kumpulan yang patut menyemak kehadiran osteoporosis?
Osteoporosis berlaku secara senyap. Oleh itu, National Institutes of Health (NIH) Amerika Syarikat mengesyorkan kumpulan umur berikut harus melakukan uji ketumpatan tulang untuk memeriksa ketumpatan tulang dan melakukan rawatan secepat mungkin jika perlu:
- Wanita menopaus lebih daripada 50 tahun; lelaki yang ada faktor-faktor risiko patah tulang.
- Semua wanita berumur 65 tahun dan ke atas.
- Semua lelaki berumur lebih dari 70 tahun, hospital boleh menggunakan DXA (Dual absorptiometri sinar-X ) yang menumpukan pada tulang di bahagian tengah badan, iaitu memeriksa ketumpatan tulang belakang lumbal atau pelvik, yang berisiko lebih tinggi dari segi kejadian patah tulang.
Siapakah digolongkan ke dalam kumpulan berisiko tinggi?
Wanita Asia dan Kaukasia.
- Wanita yang mempunyai hormon yang tidak mencukupi termasuk wanita yang mengalami menopaus sebelum usia 45 tahun, atau telah mengalami menopaus lebih daripada satu tahun, atau mengidapi hypogonadism lebih daripada satu tahun.
- Kekurangan kalsium dan vitamin D.
- Diet yang mempunyai kandungan protein tinggi (daging, kacang), kandungan fosforus yang tinggi.
- Orang yang kurang bersenam atau tidur.
- Merokok, mimum alkohol.
- Ambil steroid lebih daripada 7.5 mg setiap hari selama lebih daripada satu tahun.
- Keluarga ibu mempunyai riwayat patah tulang pinggul.
- Kekurangan berat badan (jisim berat badan kurang daripada 19).
- Seseorang yang menunjukkan ketumpatan tulang menurun berdasarkan ujian radiasi atau mempunyai kecacatan tulang belakang.
- Ketinggian menurun dan berpunggung bungkuk
- Ovariektomi di kedua-dua belah
- Kegagalan ovari awal.
- Orang yang mempunyai riwayat patah tulang.
- Masalah lain: anoreksia, malabsorpsi, hiperparatiroidisme primer, diabetes, penyakit hati, pemindahan organ, sakit ginjal kronik, hyperthyroidism, Sindrom Cushing.