Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
( Bahasa Inggeris : Hand-Foot-Mouth Disease, HFMD)
Penyakit kaki, tangan dan mulut – adalah sejenis penyakit yang membimbangkan ramai ibu bapa. Sekiranya ibu bapa pesakit tidak menjaga atau tidak memberi perhatian mencukupi terhadap keadaan kanak-kanak mereka, maka kesihatan anak mereka akan terancam.
Menurut statistik dari Kementerian Kesihatan, antara 3 Januari dan 6 Ogos 2016, terdapat 23,454 kes penyakit HFMD dilaporkan, bermakna secara purata, sebanyak 757 kes-kes berlaku setiap minggu. Memandangkan angka-angka yang membimbangkan pihak berkuasa, terdapat beberapa langkah segera telah dilaksanakan sebagai tindak-balas terhadap wabak ini.
Virus yang mempunyai ketahanan tinggi
Kes-kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Malaysia terutamanya disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie A16 / Ca16 dan Enterovirus 71 / EV71. Kanak-kanak lebih cenderung dijangkiti oleh virus-virus ini. Oleh kerana orang dewasa sudah mempunyai antibodi dan imuniti, walaupun mereka terdedah kepada virus-virus ini, masih tiada jangkitan akan berlaku.
Setakat ini, tiada pelan rawatan khusus untuk penyakit HFMD, disebabkan virus ini mempunyai ciri-ciri tahan lasak, akibat ia terbentuk oleh pelbagai virus berlainan. Sehingga kini, perkembangan vaksin penyakit ini masih dikira tidak berjaya. Oleh itu, orang ramai dinasihati mencuci tangan dengan kerap, pastikan tangan-tangan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan.
Pesakit-pesakit yang sudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut; air liur mereka telah mengandungi virus-virus sedemikian. Ramai kanak-kanak suka meletakkan alat-alat mainan mereka ke dalam mulut masing-masing. Sekiranya seseorang budak disentuh oleh kanak-kanak lain, dia akan dijangkiti juga.
Virus penyakit tangan-kaki-dan-mulut bersifat mudah menular dan boleh disebarkan melalui permukaan objek yang telah disentuh oleh pesakit. Ini juga merupakan sebab mengapa wabak penyakit ini dapat merebak dengan cepat.
Kebanyakan pesakit dengan penyakit HFMD ringan akan pulih dalam masa 7 hingga 10 hari selepas ia bermula. Walau bagaimanapun, kes-kes yang teruk boleh menyebabkan komplikasi seperti ( radang meninges virus ) meningitis virus dan ensefalitis. Pesakit mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari.
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, adalah kumpulan berisiko tinggi.
Setiap orang mempunyai risiko mengidapi penyakit HFMD, tetapi HFMD biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Di samping menjaga kebersihan dan pembasmian kuman secara teratur di rumah, sekolah, dan tempat awam, semua orang perlu mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan kerap. Memang penting kita perlu mencuci tangan dengan kerap, terutama selepas menyiapkan makanan, menyentuh barang-barang, dan menggunakan tandas, demi mengelakkan penyakit berjangkit.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS melaporkan bahawa mencuci tangan adalah salah satu langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan jangkitan virus dan bakteria, oleh kerana kira-kira 80% daripada penyakit berjangkit merebak melalui sentuhan.
Pilih produk pembersihan tangan berdasarkan nilai log
Coxsackie A16 dan enterovirus 71, yang menyebabkan kebanyakan penyakit tangan, kaki dan mulut, adalah virus-virus yang dapat bertahan terhadap alkohol dan disinfektan fenolik. Walau bagaimanapun, Dr. Chen Yongli, Pengarah Pusat Sains Kehidupan, Institut Teknologi Biomedical Singapura, beliau telah menjalankan beberapa eksperimen terhadap pelbagai produk dengan menggunakan ujian EN14467, di mana ia digunakan sebagai piawai untuk membuktikan bahawa produk pembersihan kulit yang mengandungi Povidone-iodine (PVP-I ). Antiseptik ini berupaya mengurangkan bilangan virus ke tahap 4-Log, (log4) atau mempunyai keberkesanan membunuh 99.99% Coxsackie A16 dan enterovirus 71.
EN14467 adalah ujian piawai yang boleh dipercayai yang diperakui oleh institusi dan pakar Kesatuan Eropah, di mana ia digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan produk pembersihan tangan. Adalah lebih baik menggunakan pembersihan tangan 5-log yang dapat membunuh lebih banyak pathogen. Kini terdapat banyak produk hanya boleh menawarkan nilai 3-log, maka banyak kuman masih tidak boleh dibunuh selepas pembersihan.
Mengambil jumlah 10,000 bakteria sebagai contoh, dengan menggunakan sabun cecair bernilai 1-log, kita hanya dapat membunuh 90% kuman-kuman dan meninggalkan 1,000 kuman-kuman tinggal atas tangan kita. Apabila kita menggunakan produk pembersihan tangan bernilai 2-log, 99% kuman-kuman akan terbunuh dan tinggal hanya 100 patogen sahaja. Sekiranya kita menggunakan pembersih tangan bernilai 3-log, didapti 99.9% kuman-kuman akan dibunuh, maka hanya tinggal 10 patogen kemudian. Jika pembersihan tangan log-4 digunakan, 99.99% patogen boleh dibunuh dan tinggal hanya satu patogen yang terselamat. Oleh itu, apabila kita memilih produk pembersihan tangan, kita perlu memberi perhatian kepada nilai log yang dicetak pada label.
Ia telah disahkan secara eksperimen bahawa tuala tangan sekali-pakai adalah tidak berkesan terhadap virus penyakit tangan-kaki dan mulut. Manakala produk-produk pembersihan tangan yang mengandungi PVP-I, mereka boleh digunakan untuk membunuh lebih daripada 99.99% patogen.
Perlu menumpu perhatian kepada wanita-wanita hamil, terutama mereka yang tinggal bersama dengan anggota- anggota keluarga yang sedang menderita penyakit tangan, kaki dan mulut, oleh kerana bayi yang baru lahir mungkin dapat dijangkiti pada 7 hari pertama setelah dilahir.
Langkah-langkah mencuci tangan: untuk mencegah penyakit tangan-kaki-mulut
1. Gosokkan kedua-dua tapak tangan bersama
2. Gosokkan setiap jari and celah jari
3. Gosokkan belakang tangan
4. Gosokkan jari-jari atas dua belah tapak tangan
5. Gosokkan kedua-dua tangan
Gejala-gejala awal penyakit tangan, kaki dan mulut
- Demam, anoreksia, berasa tidak sihat, dan sakit tekak
- Lepuh yang mula menunjukkan rasa sakit di dalam mulut, 1 hingga 2 hari selepas gejala awal. Lepuh ini pada mulanya menunjukkan titik merah kecil dan lepuh-lepuhan ini boleh beransur-ansur berkembang menjadi ulser.
- Ruam vesikular yang tidak gatal di tangan, kaki dan mulut.
Jadual kronologi penyakit tangan,kaki dan mulut:
- 1957: New Zealand mengesan kes pertama penyakit tangan-kaki-mulut
- 1958: Kanada menemui virus Coxsackie jenis A16
- 1969: Enterovirus Manusia 71 / HEV71 ditemui di California, Amerika Syarikat
- 1973: Mengesan hubungan antara penyakit tangan-kaki-mulut dan enterovirus manusia 71 di Sweden dan Jepun
- 1997: Wabak virus penyakit tangan-mulut di Sarawak
- 1998: Wabak HFMD di Taiwan. Lebih 100,000 kes, termasuk 400 kanak-kanak dengan jangkitan sistem saraf pusat (CNS), 78 orang lagi meninggal dunia akibat otak ensefalitis dan edema pulmonari neurogenic
- 2000: Wabak enterovirus 71 di Korea Selatan, Jepun, Singapura, Taiwan, dan Malaysia Barat; di Malaysia Barat, 8 komplikasi HFMD termasuk meningitis aseptik, ensefalitis, dan polio (yang biasa dikenali sebagai polio) dan meninggal dunia
- 2003: Satu lagi wabak penyakit kaki tangan di Sarawak, angka kematian tidak diketahui.