Alahan Kanak-Kanak
Kes kajian :
Beberapa bulan yang lalu, John, isteri dan anak yang berusia satu tahun, amat ghairah berpindah ke rumah yang baru diubahsuai, kerana mereka mahu memulakan kehidupan baru yang berkualiti lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, selepas berpindah ke rumah baru, John mendapati bahawa anaknya telah mengalami kerengsaan kulit, gatal-gatal dan gejala-gejala alahan lain. Pasangan itu menyangka bahawa masalah mereka disebabkan oleh alahan makanan pada awalnya, jadi mereka cuba mencari punca alahan dengan mengeksperimen makanan yang mereka makan, satu demi satu, tetapi masih tidak berhasil.
Ramai rakan dan saudara ingin membantu dengan mengemukakan pendapat-pendapat mereka dan memberikan pelbagai nasihat, tetapi tiada sebarang tanda pembaikan dinampak setelah bermacam-macam percubaan. Apabila kehabisan semua cara, pasangan ini pun memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada doktor. Akhirnya, mereka mendapati bahawa masalah itu adalah berkaitan dengan udara terapung di dalam rumah baru. Akhirnya, metanol dikenalpasti sebagai penyebab utama.
Pencemaran dalaman menjadi semakin buruk, kira-kira mengambil 4.3 juta nyawa setiap tahun
Orang ramai lebih menumpu perhatian terhadap pencemaran luaran; Oleh demikian, orang umum mungkin mengabaikan hakikat bahawa, pencemaran dalaman sebenarnya adalah lebih serius. Persekitaran rumah yang baru bukan hanya sesuatu peristiwa yang gembira sahaja , kerana perabot-perabot baru dan dinding-dinding yang dicat adalah sumber utama pencemaran dalaman, di mana mereka boleh membawa pelbagai ancaman kesihatan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seramai 4.3 juta orang mati setiap tahun akibat pencemaran udara dalaman, contohnya, radon, karbon monoksida, sebatian organik yang meruap dan formaldehida ( Bahasa Inggeris : formaldehyde) . Rata-rata, satu dari setiap lima orang, terutama bayi dan kanak-kanak, mereka mengalami alahan serius terhadap formaldehida.
Mengikut kaji selidik, secara purata kanak-kanak tinggal di dalam rumah sebanyak 8 jam hingga 20 jam sehari. Didapati orang dewasa bernafas 14 hingga 16 kali seminit, manakala bayi baru berusia di bawah 6 minggu, mereka biasanya bernafas sebanyak 30 hingga 60 kali seminit, iaitu kira-kira 86,400 kali sehari, dengan erti kata lain, kekerapan penafasan setinggi 3 kali ganda orang dewasa.
80% ibu bapa akan membiarkan kanak-kanak menyentuh dinding-dinding ketika mereka bermain, dan 79% ibu bapa mengakui bahawa kanak-kanak akan menggunakan dinding untuk belajar dan melatih diri mereka berjalan. Apabila bayi dan anak-anak mula belajar bagaimana merangkak, kadang-kadang tindakan seperti menjilat dinding dan lantai juga berlaku. Memang inilah proses perkembangan fizikal dan eksplorasi di kalangan anak-anak muda. Adalah sukar untuk ibu bapa menghentikan perbuatan sebegini. Apabila tahap metanol tidak dikurangkan, maka kanak-kanak akan sering bersentuhan dengan dinding kediaman baru, sehingga kanak-kanak itu akan terdedah kepada risiko-risiko pencemaran dalaman.
Vitamin D meningkatkan imuniti
Penyedutan kepekatan metanol yang tinggi dapat menyebabkan keratitis alahan, rinitis dan asma. Kira-kira 12.5% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah asma akibat pencemaran udara dan faktor-faktor persekitaran.
Pakar-pakar perubatan juga cuba mengenal pasti allergen-alergen lain. Di samping genetik, kualiti makanan, pencemaran udara, dan gaya hidup, kekurangan zat seperti pendedahan dalaman jangka panjang dan kekurangan vitamin D, juga menjadi sebahagian daripada skop kajian mereka.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pakar percaya bahawa kanak-kanak yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi, mereka tidak akan menghadapi kekurangan vitamin D dalam masa yang sama. Vitamin D berupaya meningkatkan imuniti dan mengurangkan penyakit alahan seperti asma. Oleh itu, ibu bapa harus membenarkan anak-anak mereka, sekurang-kurangnya menerima 10 hingga 15 minit cahaya matahari setiap hari pada waktu pagi atau petang. Aktiviti-aktiviti demikian akan membekalkan vitamin D kepada anak-anak mereka.
Orang ramai digalakkan mengubah gaya hidup dan tabiat makan mereka. Orang umum tidak seharusnya bergantung kepada maklumat-maklumat perubatan internet semata-mata, memandangkan fenomena berita palsu semasa. Jika menghadapi sebarang masalah perubatan, kita harus mendapatkan bantuan daripada doktor secara langsung, demi mendapatkan maklumat dan nasihat yang betul.
Hampir setengah bayi mati akibat jangkitan pada tahun 1970-an
Bakteria bermutasi, udara tercemar, penyakit berjangkit, dan sebagainya berleluasa di masa lalu hingga kini. Kanak-kanak dilahirkan di dunia yang mengalami krisis. Pada tahun 1970-an, setengah bayi mati akibat jangkitan. Walaupun pengetahuan bidang sains dan teknologi telah semakin maju, tetapi di Afrika dan kawasan-kawasan yang kurang maju, ramai kanak-kanak masih mengalami ancaman-ancaman begini tanpa banyak pembaikan selama ini. Anggaran kira-kira 300 kematian bagi setiap 1,000 bayi masih berlaku di kawasan ini.
Apabila 3 kes influenza berlaku, tadika kanak-kanak akan ditutup mengikut arahan pihak berkuasa
Terdahulu, influenza A (H1N1) berleluasa di banyak tadika kanak-kanak. Pada masa lalu, sekali doktor mengesahkan bahawa terdapat lima kes influenza A (H1N1) berlaku di sebuah tadika kanak-kanak, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan untuk menutup tadika yang terlibat buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, garis panduan baru telah diketatkan dan sudah diturun ke tahap sekurang-kurangnya 3 kes. Apabila sesebuah tadika kanak-kanak ditutup sementara waktu, ia akan diarah membersihkan semua dinding dan alat-alat mainan kanak-kanak.
Sikap ibu bapa adalah sangat penting. Sekali wabak influenza selsema atau sebarang penyakit tangan-kaki-mulut mula wujud, ibu bapa perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti luaran kanak-kanak, terutamanya tempat-tempat yang sesak.
Kebersihan tadika kanak-kanak adalah di bawah pengawasan kerajaan. Walau bagaimanapun, sesetengah kes influenza selesema mula merebak dari rumah ke kawasan tadika kanak-kanak. Oleh itu, kebersihan di rumah juga harus dijaga dengan baik. Bayi dan kanak-kanak menghadapi banyak ancaman di luar; Selain itu, mereka juga mendedahkan diri mereka kepada ancaman besar yang tidak kelihatan – iaitu alahan atau alergi.
Mengikut data, satu dalam setiap 3 rakyat Malaysia sudah mengalami alahan tertentu. Jika ibu bapa mengalami sebarang alahan, didapati 50% hingga 80% anak-anak mereka juga mempunyai nasib yang sama pada akhirnya. Berbagai alergen mungkin boleh mengakibatkan alahan, seperti kacang tanah, telur, debunga, makanan haiwan, makanan laut, gandum, gelombang elektromagnet yang jarang, sarang burung, dan lain-lain. Alahan boleh memberi kesan-kesan kecil seperti gatal-gatal kulit sehingga akibat yang serius, misalnya maut.
Makanan kita masih boleh dipilih dengan berhati-hati, aktiviti luaran boleh dielakkan, bagaimana pula dengan persekitaran dalaman, adakah tempat-tempat ini 100% selamat?
Pencemaran dalaman – Soal & Jawab
Rumah-rumah baru tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
Penduduknya boleh diracuni oleh Formaldehida dengan mudah.
Soalan 1: Apakah formaldehida itu?
Perabot-perabot kayu dan bahan pelapis seperti papan kalis api, papan kalis bunyi, cat, dan lain-lain semuanya mengandungi formaldehida. Baunya tajam. Terutama perabot yang baru dibuat melepaskan jumlah formaldehida yang paling banyak dalam beberapa bulan pertama, dan tempoh pelepasan didapati agak panjang. Dari 3 bulan hingga 15 tahun, ia akan menjadi wap sebaik sahaja ia mengalami haba atau kelembapan.
Soalan 2: Apakah akibat setelah menghirup formaldehida yang berlebihan?
Jika kandungan melebihi 0.5 g, ia boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan seperti menghidu dan gejala-gejala lain seperti ketidakselesaan tekak, mata air mata yang menyengat, bersin, hidung tersumbat. Formaldehida sedang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai bahan karsinogenik atau teratogenik. Impak terbesar adalah menjejaskan wanita hamil.
Soalan 3: Di bawah keadaan apakah anda boleh terdedah kepada keracunan formaldehida?
Keadaan yang paling biasa ialah selepas rumah baru diubah suai, peredaran udara masih belum lagi memuaskan, formaldehida akan masih berada di rumah baru. Oleh kerana bahan ini didapati lebih berat daripada udara, maka didapati kepekatannya adalah lebih tinggi di paras rendah, jadi kanak-kanak yang lebih muda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menghirup udara yang tercemar, berbanding dengan orang-orang dewasa.
Soalan 4: Apakah gejala-gejala keracunan formaldehida?
Gejala-gejala keracunan yang ringan adalah pening, sakit kepala, penglihatan kabur, hyperemia konjungtiva, dan serak. Keracunan sederhana boleh menyebabkan kesukaran bernafas, sesak dada, batuk kerap, dan edema pharyngeal setinggi gred ketiga; keracunan serius boleh menyebabkan paru-paru edema, koma, kejutan, dll.
Soalan 5: Berapa lamakah kita perlu menunggu sebelum berpindah ke rumah yang baru diubahsuai?
Jika anda mempunyai anak atau wanita hamil dalam keluarga anda, disarankan agar anda hanya berpindah ke rumah baru, sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 6 bulan selepas mengekalkan peredaran udara yang baik.