Kegagalan Buah Pinggang / Ginjal
Soalan 1: Baru-baru ini, bapa saya mengalami kegagalan ginjal kronik pada umur 72 tahun. Adakah dia memerlukan dialisis sepanjang hayat?
Kegagalan ginjal terbahagi kepada 2 jenis – akut dan kronik. Apabila penyakit ginjal kronik secara beransur-ansur merosot ke tahap yang memerlukan dialisis, iaitu tahap kelima, di mana, pesakit ginjal tidak lagi boleh membuang toksin keluar daripada tubuh dengan berkesan, sehingga memerlukan terapi penggantian fungsi ginjal seperti hemodialisis. Sudah tentu, terapi penggantian fungsi ginjal ini akan menjadi keperluan pesakit untuk jangka Panjang, supaya dapat menyingkirkan toksin-toksin setiap hari.
Soalan 2: Apakah batasan-batasan diet selepas dialisis?
Pesakit ginjal dalam peringkat awal dan pertengahan harus mengikuti diet yang rendah dengan protein demi mengurangkan beban ginjal. Walau bagaimanapun, pesakit mesti melakukan beberapa pelarasan selepas dialisis, kerana pesakit akan kehilangan protein semasa proses dialisis. Untuk mengelakkan masalah kekurangan khasiat, pengambilan protein haruslah lebih tinggi daripada sebelum dialysis dijalani. Selain daripada pelarasan ini, pesakit juga perlu mematuhi pengambilan makanan dengan kandungan fosforus rendah, kalium rendah dan natrium rendah. Di samping itu, minuman air harian tidak boleh melebihi 800 hingga 1000 cc sehari.
Soalan 3: Apakah rawatan alternatif untuk penyakit ginjal?
Terdapat tiga pilihan untuk terapi penggantian fungsi ginjal:
- Hemodialisis: Gunakan tiub arteriovenous untuk menyampaikan darah ke dialiser melalui mesin hemodialisis, untuk mencapai keberkesanan detoksifikasi.
- Dialisis peritoneal: Menggunakan peritoneum di perut untuk mencapai keberkesanan detoksifikasi. Ia menggunakan cecair dialisis khas untuk menyuntik ke rongga perut, dan kemudian mengalir selepas 4 hingga 6 jam.
- Pemindahan buah pinggang: Penderma buah pinggang boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai hubungan darah atau tiada hubungan darah, dan juga boleh dibahagikan kepada penderma kematian otak dan penderma hidup.