Penyakit Hipertiroidisme
Soalan 1: Anak saya berusia 23 tahun. Tahap thyroxin dia baru-baru ini telah mencatat keputusan setinggi 291.9. Doktor mendiagnosis dia mengalami penyakit hipertiroidisme. Dia kini mengambil propylthiouracil 50mg dua kali sehari, cetirizine 10mg ubat alergi dan propranolol 40mg. Dia telah mengambil ubat selama dua bulan, berat badan menurun dari 53 hingga 47 kg, dan matanya sedikit menonjol. Mengapa penyakit ini berlaku? Bagaimana untuk merawatnya?
Hipertiroidisme adalah penyakit yang disebabkan oleh pengeluaran dan rembesan hormon tiroid yang berlebihan. Penyakit ini disebabkan oleh rembesan berlebihan tiroksin bebas dan triiodotiroknin (T3). Terdapat banyak punca penyakit, dan kajian menunjukkan bahawa ini berkaitan dengan perubahan kromosom kongenital atau diperolehi. Penyebab yang paling biasa adalah penyakit Graves, iaitu sejenis penyakit autoimun yang biasanya berlaku di kalangan wanita. Apabila kelenjar tiroid dirangsang atau diserang oleh antibodi autoimun, hipertiroidisme akan terjadi disebabkan oleh rembesan tiroksin yang berlebihan.
Gejala-gejala biasa termasuk penurunan berat badan, gegaran tangan, denyutan jantung berdebar-debar, kerengsaan, leher bengkak, dan mata yang menonjol. Sebab-sebab lain termasuk Goiter Multidodular toksik, Tiroiditis Hashimoto, Adenoma toksik dan sebagainya.
Hipertiroidisme tidak boleh disembuhkan sepenuhnya dan ia hanya boleh dikawal sahaja. Sebelum memutuskan cara-cara untuk merawat, doktor mesti terlebih dahulu memahami punca hipertiroidisme, kerana rawatan akhirnya bergantung kepada punca. Kaedah-kaedah rawatan pada umumnya dibahagikan kepada tiga kategori utama: iaitu ubat-ubatan anti-tiroid oral, pembedahan dan rawatan iodin radioaktif.
Untuk mendapatkan hasil rawatan yang terbaik, perlu mempertimbangkan ujian diagnostik klinikal individu terlebih dahulu. Selepas itu barulah doktor akan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai kepada pesakit.
Soalan 2: Adakah pesakit perlu memberi perhatian kepada diet mereka? Adakah terdapat sebarang sequelae?
Pesakit-pesakit sebenarnya tidak mempunyai kawalan diet khusus yang perlu dipatuhi, tetapi mereka masih dinasihati untuk mengelakkan makan makanan yang mengandungi banyak iodin, termasuk kelp, rumpai laut, timun laut dan sebagainya. Sesetengah minuman, seperti kopi dan teh, perlu diselaraskan ke tahap yang lebih sederhana, oleh kerana minuman ini boleh memburukkan gejala jantung berdebar. Hipertiroidisme adalah sejenis penyakit yang mempunyai pelbagai gejala tetapi tiada membawa sebarang sequelae.
Pesakit dengan hipertiroidisme perlu mengambil ubat tepat pada masanya dan juga harus diperiksa dengan kerap supaya mencegah penyakit ini berulang kemudian. Pengunduran secara tiba-tiba, jangkitan akut secara tiba-tiba, atau tekanan boleh memburukkan keadaan dan mencetuskan Ribut Tiroid, komplikasi akut yang mengancam nyawa dengan gejala-gejala termasuk demam, takikardia, degupan jantung yang tidak teratur, kesedaran tidak jelas, igauan dan koma.