Hiperkolesterolemia (Kolesterol Darah Tinggi)
Rawatan-rawatan Tanpa Perbatan dan Perubatan
Ini adalah dialog yang biasa berlaku apabila pesakit kembali ke klinik untuk mengumpul laporan ujian darah:
“Pakcik, tahap kolesterol darah anda terlalu tinggi, lebih-lebih lagi, anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, merokok dan minum alkohol, oleh itu anda mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi. Anda perlu memulakan rawatan untuk mengawalnya sekarang.”
“Doktor, kenapa awak berasa gementar? saya sudah biasa dengan tahap kolesterol yang tinggi, sebenarnya saya tidak mengambil ubat selama bertahun-tahun, dan saya masih sihat ! Tambahan pula, saya juga berbadan kurus. Pendek kata, saya langsung tidak rasa sebarang ketidakselesaan, mengapa saya perlu mengambil ubat sekarang? “
Hiperkolesterolemia adalah penyakit kronik. Doktor sering memberitahu pesakit bahawa hiperkolesterolemia adalah keadaan kesihatan yang berbahaya, kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas, tetapi ia masih boleh mengakibtakan kehilangan nyawa atau bencana seperti strok dan penyakit jantung.
Kolesterol adalah salah satu jenis zat yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan sel-sel. Ia diperolehi terutamanya daripada makanan dengan penyerapan ke dalam aliran darah melalui perut atau yang dihasilkan di dalam hati. Kolesterol boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi kolesterol (HDL). Kolesterol LDL, juga dikenali sebagai kolesterol jahat, dan berkebolehan melekat pada dinding saluran darah. Sekiranya tahap kolesterol jahat ini menjadi terlalu tinggi, ia boleh membawa pembentukan plak (arteriosklerosis). Sebaliknya, kolesterol HDL, yang biasanya dikenali sebagai kolesterol baik, akan mengangkut kolesterol yang berlebihan di sekeliling tisu-tisu manusia kembali ke hati untuk penyingkiran.
Hiperkolesterolemia adalah kejadian biasa dan memang bukan cuma hak eksklusif orang gemuk atau orang yang gemar makan daging. Penyebab yang paling biasa termasuk warisan genetik, tabiat pemakanan yang tidak seimbang, kurang senaman, merokok dan minum alkohol, kerosakan sel-sel hati, dan gangguan jiwa.Hiperkolesterolemia keluarga adalah salah satu punca utama kolesterol tinggi. Genetik boleh mempengaruhi keupayaan tubuh menghasilkan dan menjalankan proses metabolism kolesterol. Jika seseorang mempunyai sejarah keluarga berkenaan kolesterol tinggi, peluang beliau mengidapi penyakit ini didapati lebih tinggi berbanding dengan orang biasa.
Seperti kata pepatah orang Barat “Anda adalah apa yang anda makan”, ia betul-betul menggambarkan pengaruh tabiat pemakanan terhadap kesihatan kita. Sebahagian daripada kolesterol dalam darah biasanya diambil daripada makanan berkolesterol tinggi. Misalnya, organ dalaman, kuning telur, daging, produk tenusu dan makanan laut. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kolesterol tinggi. Oleh demikian, orang yang gemar makan daging perlu memberi perhatian lebih terhadap diet mereka. Jika kita tidak dapat mengawal kadar makan selera kita, sekurang-kurangnya kita perlu bersenam setiap hari supaya tahap kolesterol boleh dikawal dalam lingkungan yang normal.
Kami boleh mengawal paras kolesterol darah secara berkesan melalui “rawatan tanpa perubatan” dan “rawatan perubatan.” Rawatan tanpa perubatan adalah berdasarkan kepada gaya hidup yang sihat. Ini termasuk kawalan diet, kawalan berat badan, bersenam dan pemberhentian alkohol. Diet juga harus menghadkan makanan trans-lemak seperti produk tenusu, misalnya ais krim , mentega, dan minyak kelapa. Biasanya orang umum disyorkan untuk menggunakan minyak sayur tak tepu seperti minyak zaitun, minyak kacang tanah, minyak jagung, dan lain-lain. Sudah pasti, kita memang perlu juga menghadkan makanan kolesterol tinggi seperti telur kuning, entrails, dan makanan laut; Selain daripada itu, kita patut makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berserat tinggi seperti oat dan epal. Pelbagai kaedah pemasakan adalah digalakkan – kukus, rebus, dan bakar, kecuali goreng.
Terapi perubatan, seperti namanya, menggunakan ubat untuk mengawal kadar kolesterol. Ubat-ubat hipolipidemik yang biasa digunakan di pasaran adalah statin, resin, fibril dan niacin.
Pemantauan tetap terhadap fungsi-fungsi hati dan buah pinggang
Hiperkolesterolemia adalah penyakit kronik, maka ia perlu dikaji secara terperinci untuk memastikan tahap kolesterol sentiasa dikawal dalam lingkungan normal. Jika pesakit-pesakit telah memulakan penggunaan sebarang ubat, mereka perlu mengambil ubat secara tepat masa dan kembali ke klinik masing-masing untuk menilai keberkesanan rawatan dan memantau kesan sampingan peubatan. Di samping itu, pesakit-pesakit juga memerlukan pemantauan rutin terhadap fungsi-fungsi hati dan buah pinggang.
Apabila paras kolesterol darah kembali ke tahap normal, janganlah hentikan penggunaan ubat tanpa mendapatkan persetujuan daripada doktor. Doktor akan menyesuaikan dos ubat (meningkatkan, mengurangkan, atau berhenti seketika) berdasarkan paras kolesterol darah semasa. Apabila menggunakan ubat penurun kolesterol, kesan sampingan biasa termasuk sakit otot, kelemahan otot, myositis, sakit perut, kembung perut, sembelit, loya, dan muntah. Jika pesakit mengalami apa-apa kesan sampingan yang serius, mereka perlu memaklumkan kepada doktor mereka dengan segera. Jika pesakit mengambil dua atau lebih ubat-ubatan sekaligus, mereka boleh merasa kesan interaksi kerana perbezaan ubat-ubat yang digunakan bersama. Oleh itu, pesakit juga harus memberitahu doktor mereka apa ubat-ubatan lain yang mereka ambil pada masa kini.
Sesetengah pesakit mempunyai salah faham bahawa mereka boleh makan sebanyak yang mungkin, asalkan mereka mengambil ubat yang diberi. Sudah tentu, ini adalah satu anggapan yang salah. Sebenarnya, mereka harus menukar tabiat kehidupan mereka, dan mengambil ubat-ubatan secara bersamaan. Contohnya, mereka perlu lebih bersenam dan makan makanan yang kurang berminyak. Kesimpulannya, kombinasi ubat dan gaya hidup yang sihat adalah cara utama untuk mengawal tahap kolesterol darah untuk jangka masa yang panjang.