Aliran Balik Asid Perut / Penyakit Refluks Asid Perut
( Gastroesophageal Reflux Disease, GERD )
Kes Kajian :
Susan adalah seorang wanita kerjaya dan ibu kepada tiga orang anak. Oleh kerana jadual yang amat sibuk, dia sering kali mengubah masa makan, atau makan secara tidak teratur. Baru-baru ini, dia sering mengadu sakit perut. Walaupun Susan telah berunding dengan beberapa doktor, tetapi tiada sebarang tanda pemulihan dirasai. Akhirnya, dia hanya pergi ke kedai farmasi dan membeli ubat secara langsung demi melegakan gejala-gejalanya.
2 minggu lalu, Susan berasa tekaknya mengandungi banyak ludah, dan dia tidak boleh menelan atau meludah keluar dengan mudah. Setelah gejala ini menganggunya selama setengah bulan, dia mula melawat doktor lagi. Akhirnya doktor mendiagnosis masalahnya disebabkan oleh refluks asid perut.
Dia agak keliru. Apakah refluks asid perut? Bagaimanakah asid perut dihasilkan? Adakah refluks asid membawa kesan-kesan sampingan perubatan yang serius? Bagaimana ia dapat dipulih?
Minuman Alkohol, Merokok, Makanan Berminyak dan Pedas boleh memperburuk masalah refluks asid perut.
Gejala utama penyakit refluks asid perut (GERD) ialah pesakit akan merasakan sensasi terbakar daripada bahagian dada sehingga mulut. Ini berlaku kerana refluks asid memasuki tiub esofagus.
Apabila refluks asid perut mengalirkan asid kembali ke mulut atau tekak. Pesakit mungkin menghadapi masalah menelan, tetapi sering kali ia disalah anggap disebabkan oleh sakit tekak ataupun serangan jantung. Tanda-tanda umum refluks asid perut termasuk kesakitan dada, batuk, keradangan kerongkong, keradangan tali vokal, serak, asma, dan gangguan tidur.
Setelah makan, makanan kita akan diangkut ke esofagus, di mana makanan akan memasuki perut melalui pintu yang disebut “sfinkter esofageal bawah”, yang merupakan persimpangan antara perut dan esofagus. Biasanya “pintu” ini ditutup dan ia hanya terbuka secara automatik apabila kita menelan makanan. Apabila injap otot “pintu” ini menjadi longgar dan gagal berfungsi dengan betul, ia akan mengakibatkan masalah refluks atau aliran balik asid perut.
Penyebab utama kelonggaran injap otot adalah dikait dengan genetik atau tabiat pemakanan. Merokok, minuman alkohol, makanan segera, makanan berminyak, makanan pedas didapati boleh memburukkan lagi keadaan penyakit ini.
Sesetengah pesakit yang menderita refluks asid perut tidak semata-mata disebabkan oleh kelonggaran injap otot sahaja, sebenarnya, penyakit mereka berlaku sebahagiannya boleh disebabkan oleh pengeluaran asid gastrik yang berlebihan atau motiliti perut yang lambat.
Peningkatan berat badan akan menambah pengeluaran asid perut. Oleh itu, kegemukan badan juga merupakan satu faktor risiko yang menyebabkan kewujudan penyakit ini. Orang yang gemuk mempunyai tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan orang biasa. Lemak tubuh yang berlebihan boleh memberi tekanan pada esofagus. Kesan tekanan ini mendorong asid perut alir balik ke tiub esofagus.
Perut mempunyai satu lapisan pelindung yang dapat melindungi dinding perut daripada asid perut. Walau bagaimanapun, tiub esofagus tidak mempunyai lapisan pelindung sebegini. Apabila asid perut alir balik, ia boleh menyebabkan keradangan tiub esofagus dan memberi sensasi terbakar. Sensasi terbakar ini kadang-kadang membuat pesakit tersilap percaya bahawa ia adalah serangan jantung kerana jantung memang terletak tepat di belakang bahagian esofagus.
Penyakit refluks asid perut adalah sejenis penyakit yang biasa, kira-kira 15% hingga 25% penduduk dunia didapati menderita penyakit ini, dan sekitar 10% di rantau Asia Pasifik. Menurut statistik tempatan, daripada 2,533 kes endoskopik, didapati 7.93% pesakit didiagnosis dengan refluks asid, di mana bangsa India menyumbang sebanyak 38%, manakala bangsa Cina dan Melayu menyumbang 28% dan 34% masing-masing.
Kelaziman lelaki dan wanita mengidapi penyakit ini adalah 56% dan 44% masing-masing. Ini, menunjukkan bahawa lelaki lebih terdedah kepada refluks asid perut berbanding dengan wanita. Kadar penyakit orang tua berusia 60 tahun ke atas adalah 38.3%, manakala kumpulan lebih muda yang berumur antara 40 hingga 60 adalah 36.8%. Ini bermakna proses penuaan juga boleh meningkatkan risiko refluks asid perut.
Penghapusan Jangkitan Helicobacter Pylori Boleh Meningkatkan Insiden Refluks Asid Perut
Gastroenterologi telah menjumpai satu penemuan yang menarik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apabila jangkitan Helicobacter pylori di dalam perut dihilangkan, kejadian asid refluks dalam perut didapati meningkat secara beransur-ansur. Hubungan songsang ini adalah disebabkan oleh fakta bahawa jangkitan H. pylori boleh membawa gastritis (keradangan perut).
Terdapat dua jenis gastritis, satu jenis gastritis yang berlaku di bahagian bawah perut, di mana ia akan menyebabkan peningkatan asid perut, dan seterusnya membawa ulser gastrik atau duodenal. Ini juga menjelaskan mengapa jangkitan Helicobacter pylori disahkan sebagai salah satu penyebab utama ulser perut.
Gastritis jenis kedua menyebabkan keradangan di seluruh perut, dan mengurangkan pengeluaran asid perut secara keseluruhan. Apabila jangkitan Helicobacter pylori dihilangkan, ia membawa pengeluaran asid perut yang lebih tinggi, sehingga menambahkan kejadian refluks asid kemudian.
Perlu diingat bahawa refluks asid perut bukanlah sejenis penyakit perut yang sejati, kerana ia sebenarnya berlaku di dalam tiub esofagus, maka adalah lebih tepat jika ia digolongkan sebagai satu jenis penyakit esofagus.
Pada umumnya, refluks asid perut adalah sejenis penyakit yang dikira ringan di rantau Asia Pasifik. Oleh kerana ia boleh dirawat secara berkesan dengan menggunakan ubat-ubatan. Pada masa ini, rawatan utama adalah inhibitor pam proton (PPI) atau penghalang reseptor hidrogen. Ubat ini bertujuan mengurangkan rembesan asid perut.
Ubat-ubatan ini termasuk esomeprazole, omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole, dexlansoprazole, dan sebagainya.
Jika refluks asid perut dibiarkan dan tidak dirawat sama sekali, kesan-kesan sampingan serius akan berlaku kemudian. Misalnya, tuberkulosis esofagus yang teruk, keradangan masa panjang yang mengakibatkan penyempitan tiub esofagus, halangan tiub esofagus, serta perubahan sel-selnya selepas gangguan jangka panjang di esofagus, sehingga risiko kanser akan ditingkatkan di masa depan.
Bagaimana untuk mendiagnosis masalah-masalah kesihatan perut?
Selalunya, pesakit akan berkata: “Doktor, saya mempunyai ‘gastrik’.” Malah, ini adalah keterangan yang tidak betul. Gastrik bukanlah sejenis gejala atau penyakit.
Istilah perubatan untuk sakit perut disebut dyspepsia ( pencernaan yang terganggu ), ia juga bermaksud senak, kesakitan epigastrik, pendarahan abdomen atas, hilang selera, loya, muntah, dan ketidakselesaan epigastrik lain.
Terdapat banyak sebab-sebab kesakitan di bahagian atas abdomen, termasuk ulser perut, keradangan perut, kanser perut, dan pankreas cholelithiasis atau masalah hati. Pesakit harus menerangkan gejala-gejala mereka dengan lebih terperinci dan mengelakkan penilaian yang terlalu awal, supaya doktor-doktor mereka dapat menentukan diagnosis masing-masing.
Bilakah seorang pesakit perlukan menerima pemeriksaan endoskopi gastrik? Ada sebarang risiko?
Gastroskopi dan pencabutan tisu-tisu pada umumnya dikira selamat, tetapi pesakit-pesakit juga harus memahami bahawa semua prosedur invasif mempunyai risiko tersendiri. Secara keseluruhan, risiko pemeriksaan ini adalah rendah. Ujian ini hanya memerlukan 5 hingga 10 minit. Doktor-doktor akan menilai keperluan ujian ini berdasarkan kehadiran gejala-gejala berisiko tinggi (seperti pendarahan di bahagian perut dan duodenal, muntah, muntah berulang, kesukaran menelan atau berasa sakit semasa menelan, kehilangan berat badan, dan sebagainya).
8 Cara Untuk Mengurangkan Refluks Asid Perut
- Elakkan makanan berasid, pedas dan berminyak
- Kekerapan makanan yang lebih tinggi, tetapi makan dengan kuantiti yang lebih kecil
- Tiada makan sebelum tidur
- Kurangkan berat badan
- Kurangkan minuman alkohol atau minuman yang mengandungi kafein, terutama wain merah
- Pakai pakaian longgar dan tali pinggang yang kurang ketat, jadi kurangkan tekanan atas perut.
- Berhenti merokok
- Meninggikan katil dengan menaikkan kepala katil enam hingga lapan inci, sehingga graviti boleh mendorong asid gastrik turun ke dalam perut.