Gout
“Doktor, jari kaki kanan saya sangat menyakitkan, semua merah dan bengkak, kawan saya berkata ia disebabkan oleh gout, jadi ia sangat menyakitkan”, kata pesakit.
“Oh, apakah makanan yang kamu makan kebelakangan ini?” doktor bertanya pesakit dengan perlahan.
“Saya minum susu kedelai dan makan ayam goreng untuk sarapan semalam. Pada sebelah petang saya makan sup kambing termasuk rusuk, hati dan cendawan. Saya makan malam dengan rakan-rakan juga, mimum beberapa gelas bir, dan makan sedikit kacang. Saya berasa amat sakit di tengah malam “, kata pesakit.
Malah, ini adalah simptom khas Gouty Arthritis. Kebanyakan pesakit-pesakit gemar makanan mengandungi purine yang tinggi. Dalam proses penghadaman, akhirnya purine akan ditukar kepada asid urik lalu dikumpul di dalam badan. Apabila asid urik berlebihan berkumpul di dalam badan, kristal asid urik yang tajam boleh dibentukkan di beberapa sendi, dan mengakibatkan gout. Sendi yang sering terjejas termasuk jari kaki, pergelangan kaki, tumit, dan lutut. Inilah yang sering dikatakan orang menghidapi “asid urik tinggi,” atau arthritis gouty. Di samping itu, asid urik yang berlebihan akan membentuk batu tophi atau batu karang buah pinggang.
Di bawah keadaan biasa, asid urik boleh diurai dalam darah dan dibuang melalui air kencing. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, asid urik berlehihan dikumpul di dalam darah, sehingga menyebabkan keadaan yang digelar hiperkuremia.
Sesetengah pesakit buah pinggang menghadapi masalah pembuangan asid urik darah mereka. Sudah tentu, makan terlalu banyak makanan yang mengandungi purine tinggi, akhirnya juga akan membawa gejala gout.
Makanan yang mengandungi purine yang tinggi termasuk kacang soya, kacang tanah, daging ayam, hati, cendawan, bir dan sebagainya. Sekiranya orang ramai tahu bahawa mereka mempunyai riwayat hiperkuremia, maka mereka patut mengelakkan makanan sedemikian.
Gejala-gejala gout yang paling jelas adalah sakit sendi, kadang-kadang ia mungkin menjadi merah dan bengkak. Semasa serangan akut, pesakit tidak dapat berjalan, dan kelincahan sendi-sendi akan dikurangkan dengan ketara. Sesetengah pesakit juga mendapati sejumlah besar kristal asid urik (tophi) terbentuk pada sendi mereka. Sekiranya pesakit-pesakit tidak dirawat dengan segera, sendi mereka mungkin akan menjadi rosak atau mengalami kecacatan sehingga menjejaskan kehidupan harian pada masa depan. Gout kronik boleh melemahkan fungsi-fungsi ginjal dan ia juga berpotensi menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Setakat ini, pesakit gout masih tidak dapat disembuhkan sepenuhnya. Secara umum, rawatan adalah terbahagi kepada kawalan diet dan kawalan perubatan. Pesakit perlu mengurangkan makanan yang mengandungi purine yang tinggi, supaya mengurangkan tahap asid urik darah. Sekiranya gout akut berlaku, ubat anti-radang bukan steroid didapati boleh melegakan simptom kesakitan. Dalam sesetengah kes, steroid juga boleh digunakan untuk mengawal keradangan. Ubat anti gout seperti colchicine juga boleh diambil dalam masa 12 jam dari serangan akut, supaya memberi kesan yang ketara. Sudah pasti, apabila pesakit-pesakit ingin menggunakan ubat-ubatan ini, mereka patut berunding dengan doktor keluarga dan ikut arahan doktor.
“Hey, Doktor, kalau ini tidak boleh dimakan, itu pula tidak boleh dimakan, apakah makna kehidupan saya?” pesakit mengeluh semasa keluar klinik doktor.
Sebenarnya, setiap jenis makanan mempunyai nilai khasiat masing-masing. Ini tidak bermakna pesakit hiperkuremia berhenti makan setiap jenis makanan di masa depan. Jika tidak, mereka akan terlepas beberapa khasiat penting sama sekali. Semua pemakanan mesti dilakukan dengan cara yang seimbang. Selagi ada kawalan makanan harian yang mencukupi, tiada sebarang masalah akan timbul.