Penyakit Asma / Lelah
Saya sedang menderita penyakit asma (asma) sekarang dan mahu bersiap sedia berkahwin serta mempunyai anak tidak lama lagi. Tetapi saya takut penyakit ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Bolehkah penyakit asma diturunkan ke generasi akan datang? Berapa besar kemungkinannya jika ia berlaku?
Asma adalah sejenis penyakit tidak berjangkit yang biasa didapati di kalangan rakyat. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat kira-kira 235 juta pesakit asma di dunia. Asma adalah sejenis penyakit pernafasan kronik. Apabila pesakit mendedah kepada bahan-bahan yang merangsang trakea, ia boleh menyebabkan otot-otot licin dinding bronkial mengecut secara berselang, menyebabkan keradangan dan pembengkakan bronkus, menghasilkan kahak serta menyekat bronkus. Ini akan menyebabkan pernafasan bersiul ( wheezing ) dan dada berasa tertekan, batuk dan gejala lain. Sesetengah pesakit asma yang lebih serius juga mengalami disnoea, hipoksia dan keadaan lain. Pencetus asma yang paling biasa adalah debu, rambut haiwan, debunga, asap, cuaca sejuk, hubungan alergen, dan jangkitan pernafasan.
Asma boleh dibahagikan kepada dua kategori:
- Asma Atopik / Asma Ekstrinsik : Ia lebih biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan sebahagiannya adalah diwarisi. Pesakit atau ahli keluarga sering mengalami penyakit alergi lain seperti rhinitis alergi dan ekzema. Kajian telah menunjukkan bahawa asma boleh dikait dengan genetik. Sekiranya salah satu daripada ibu bapa adalah pesakit asma, kanak-kanak mereka didapati 3 hingga 6 kali lebih besar kemungkinan menghidapi penyakit asma berbanding orang biasa.
- Asma yang bukan atopik / Asma intrinsik: berlaku lebih kerap di kalangan orang dewasa dan kebanyakannya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Ia tidak ada kaitan dengan keturunan atau alahan.
Gejala-gejala asma yang umum termasuk pernafasan bersiul ( wheezing ), sesak nafas, kesukaran bernafas, batuk, dada berasa tertekan, peningkatan kadar jantung, dan gejala yang teruk pada waktu malam atau pagi. Asma tidak mudah didiagnosis sebelum usia 2. Lagipun, kedua-dua gejala seperti kesukaran bernafas dan pernasfasan bersiul bukanlah hanya terhad kepada penyakit asma. Bronkitis biasa juga menunjukkan simptom yang sama, dan lazimnya ia didapti di kalangan kanak-kanak di bawah umur dua tahun. Kebanyakan bronkitis adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
Tidak ada hubungan secara langsung dikesan di antara keradangan bronkial dan kejadian asma. Adalah agak sukar mendiagnosis penyakit asma di kalangan kanak-kanak. Oleh demikian, doktor-doktor di Malaysia menggunakan Indeks Ramalan Asma supaya membantu mereka meramalkan risiko asma. Sekiranya indeks itu bernilai negatif, kanak-kanak akan didapati mempunyai kemungkinan 95% tidak akan menghidapai penyakit asma sebelum umur 6. Sebaliknya, kemungkinan tersebut akan menurun ke 65% apabila indeks itu bernilai positif. Jika seseorang disyaki mengalami gejala asma, pastikan dia berunding dengan doktor supaya mendapatkan diagnosis profesional.
Apakah cara-cara mendiagnosis asma kanak-kanak?
Diagnosis asma kanak-kanak (dengan pernafasan bersiul & berulang)
Indeks Ramalan Asma
Indeks bernilai positif (lebih daripada 3 kali pernafasan bersiul setiap tahun semasa 3 tahun pertama) + 1 gejala utama atau 2 gejala kecil.
Gejala utama:
- ekzema
- salah seorang ibu bapa mempunyai asma
- ujian alergen udara bernilai positif
Gejala kecil:
- ujian kulit bernilai positif
- pernafasan bersiul tanpa jangkitan saluran pernafasan di bahagian atas
- eosinofilia lebih daripada 4%
Adakah pesakit memerlukan sebarang rawatan apabila serangan asma tidak berlaku?
Dari sudut pandangan perubatan semasa, penyakit asma tidak boleh dipulih sepenuhnya. Ubat asma pada dasarnya dibahagikan kepada dua kategori: iaitu ubat pelega cepat dan ubat asma pengawalan jangka panjang (pencegahan). Sesetengah pesakit asma yang lebih ringan hanya perlu dirawat semasa serangan asma berlaku, dengan menggunakan ubat pelega cepat (bronkodilator terhirup), dan membuat lawatan susulan dengan selang masa yang tetap.
Bagi pesakit asma kronik atau asma yang lebih serius, teras rawatan adalah tertakluk kepada keberkesanan mengawal keradangan di bahagian trakea. Pesakit perlu mengikuti rawatan anti-radang pencegahan secara jangka masa panjang, termasuk penggunaan ubat kawalan asma secara teratur (steroid terhirup).
Tidak kira sama ada ubat-ubatan anti-asma diperlukan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya, pesakit haruslah mematuhi arahan doktor mereka dan melakukan lawatan susulan secara teratur. Doktor akan menyesuaikan ubat-ubatan semasa mereka mengikut keadaan penyakit asma masing-masing.