Alergi dan Ekzema
Kes kajian :
Mary berusia 35 tahun mengalami masalah ekzema yang teruk. Dia telah memakai pelbagai ubat tetapi masih tidak melihat apa-apa pembaikan. Pada satu ketika, dia mengalami satu episod ekzema di mana tubuhnya menjadi merah dan bengkak. Dia dibawa ke wad kecemasan hospital untuk menerima rawatan. Walaupun keadaannya bertambah baik selepas beberapa jenis ubat yang diberi, sebaik sahaja rawatannya berhenti. Ekzema akan menyerang lagi dan bertambah buruk.
Lengan, bahu, dan bahagian bawah lipatan paha akan merasakan kegatalan apabila keadaan ekzema semakin buruk. Mary sering tidak dapat tidur lena dan tercalar banyak kawasan terjejas sehingga pendarahan berlaku. Jelas, ekzema telah mempengaruhi kualiti kehidupannya.
Alergi ( Alahan ) dan Intoleransi
Pada masa lalu, alergi atau alahan didapati sangat jarang berlaku kerana persekitaran yang lebih bersih sebelum ini, dan kebanyakan orang juga memakan makanan yang lebih sihat. Walau bagaimanapun, persekitaran kita sudah mulai tercemar sekarang, dan makanan yang kita makan juga mengandungi banyak hormon, sehingga alergi telah menjadi wabak di kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, apabila doktor bercakap mengenai rawatan alergi, biasanya mereka akan memberi nasihat kepada pesakit-pesakit untuk menukar gaya hidup mereka. Sekiranya mungkin, penggunaan ubat juga harus dikurangkan.
Australia adalah negara paling ramai penduduk di dunia, dari segi kadar alergi. Ramai daripada mereka mengalami alergi makanan, ekzema, rinitis alergi atau asma.
Malaysia masih belum menjalankan soal selidik tentang alergi dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kajian terkini telah dijalankan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, adalah pasti bahawa kejadian alergi memang sudah meningkat sejak kajian yang lepas ini. Terutamanya di negara-negara maju atau negara-negara berpendapatan tinggi, alergi didapati menjadi salah satu masalah perubatan yang paling biasa di kalangan rakyat mereka.
Ramai orang sering keliru mengenai alergi dan gejala-gejala bukan alergi. Alergi ialah sejenis tindak balas sistem imun manusia terhadap alergen-alergen. Apabila antibodi immunoglobulin E (lgE) manusia mendapati pencerobohan asing, ia akan bertindak segera, dan penampilan “tindak balas” sebegini akan membawa kepada reaksi-reaksi alergi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa reaksi alergi yang tidak disebabkan oleh IgE, dengan kata lain, alergi demikian berlaku tanpa penglibatan respon sistem imun, senario ini disebut “intoleransi”.
Di Malaysia 20% kanak-kanak yang mempunyai alergi didapati berkaitan dengan sejarah keluarga
Alergi yang berkaitan dengan IgE boleh dibahagikan kepada alergi atopik dan bukan atopik. Alergi atopik terutamanya berkaitan dengan genetik dan keturunan keluarga. Ia biasanya berhubungan dengan ekzema, alergi makanan, asma dan rinitis alergi. Pesakit-pesakit yang mengidapi alergi ubat-ubatan atau alergi serangga didapati jarang. Dalam erti kata lain, ibu bapa yang mempunyai alergi ubat-ubatan atau serangga, generasi akan datang jarang mewarisi masalah kesihatan ini di masa depan.
Ekzema, alergi makanan, asma, dan alergi rinitis dianggap sebagai satu “pakej” dari segi komplikasi alergi atopik, semata-mata kerana penampilan reaksi-reaksi alergi akan berlaku mengikut susunan tertentu. Proses ini dipanggil “atopik berbaris” ( Bahasa inggeris : atopic march ) atau “alergi berbaris” ( Bahasa inggeris : alergy march ).
Pesakit-pesakit pada mulanya akan mengalami alergi makanan atau kejadian eczema. Didapati sebahagian pesakit yang terlibat boleh bermula sejak umur satu tahun. Walau bagaimanapun, apabila usia mereka semakin meningkat, reaksi-reaksi terhadap alergi makanan dan ekzema akan berkurangan dan hilang secara beransur-ansur.
Apabila pesakit-pesakit mulai menganggap masalah alergi mereka akan berakhir, tindak balas alergi yang melibatkan paru-paru dan sistem pernafasan, iaitu asma dan rinitis alergi akan bermula pula. Masalah rinitis boleh berlangsung melebihi umur 17 tahun untuk sesetengah kes. Ini menunjukkan bahawa tindak balas alergi bukan sekadar “perarakan” jangka pendek, bahkan “maraton” yang melanda pesakit dalam jangka masa panjang.
Sejarah keluarga adalah faktor penting dalam masalah alergi kerana terdapat beberapa kaji selidik menunjukkan bahawa apabila kedua-dua ibu bapa bermasalah alergi, 50 hingga 80% anak-anak mereka juga terjejas akibat genetik. Sekiranya hanya seorang ibu bapa yang mengidapi alergi, kemungkinan anak-anak mereka mengalami alahan akan berkurangan kepada 20% hingga 40%. Walaupun kedua-dua ibu bapa langsung tidak mengidapi alergi, anak-anak mereka masih mempunyai peluang 10% hingga 20% menghadapi masalah alergi kemudian.
Apabila pesakit mengalami reaksi-reaksi alergi seperti ekzema, mula-mula doktor akan meminta maklumat tentang sejarah perubatan keluarga. Di Malaysia, 1 daripada 5 kanak-kanak didapati mengalami masalah alergi.
70% kerosakan kulit adalah disebabkan oleh jangkitan
Keradangan kulit atopik ( Bahasa Inggeris : Atopic dermatitis ; AD) juga dikenali sebagai ekzema atopik (selepas ini dirujuk sebagai ekzema), biasanya berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Keradangan dan kemerahan bermula dari pipi dan meluas ke badan dan tangan-tangan dan kaki-kaki.
Ekzema disebabkan oleh banyak faktor dan setakat ini, tidak ada penyebab-penyebab yang jelas dikenalpasti. Walau bagaimanapun, kejadian ekzema kronik adalah dikaitkan dengan genetik, disfungsi penghalang kulit ( Bahasa inggeris : skin barrier dysfunction ), tindak balas imun terganggu, dan alam sekitar.
Disfungsi penghalang kulit dan alergi adalah dua penyebab utama ekzema, di mana 70% terutama bayi di bawah umur 1 disebabkan oleh disfungsi penghalang kulit seperti menggaru, mandi sabun, tungau atau masalah-masalah kulit semulajadi, menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit epitel . Apabila lapisan pelindung kulit rosak, pesakit akan mudah dijangkiti, meradang atau terdedah kepada pelbagai faktor risiko. Apabila kulit bersentuhan dengan alergen, IgE di dalam badan akan meningkat dan menyebabkan reaksi-reaksi alergi dan ekzema. Hanya 30% pesakit yang mengalami ekzema kerana alergi semata-mata.
Kulit manusia berfungsi seperti dinding. Kulit yang sihat mewakili gabungan erat “bata” dan “semen” dan berkesan menyekat pencerobohan objek-objek asing. Sebaliknya, kulit dengan lapisan kulit epitel yang rosak, “bata” dan “semen” tidak digabung dengan betul, ia menjadikan kulit semakin kering tanpa pelembapan. Apabila jurang antara “bata” menjadi semakin besar, jangkitan dan alergen-alergen boleh menyerang dan menyebabkan keradangan dengan mudah.
Dehidrasi kulit yang kering
Untuk mengurus ekzema secara berkesan, biasanya pesakit perlu bermula dengan rawatan kulit kering, di mana rawatan yang paling asas adalah pelembapan kulit.
Pesakit-pesakit yang mengalami masalah ekzema harus menggunakan produk penjagaan kulit untuk melembapkan kulit mereka, dan mereka mesti menukar rutin harian mereka, termasuk menghindari gangguan, mengenal pasti dan menyelesaikan pemicu-pemicu alergi tertentu.
Tidak kira apa tahap ekzema, pelembapan kulit adalah rawatan asas. Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit yang menderita ekzema sederhana atau teruk, mereka akan menghadapi masalah kehilangan air transepidermal ( Bahasa inggeris : transepidermal water loss, TEWL ) yang bermaksud bahawa air secara beransur-ansur hilang melalui kulit. Apabila air hilang, kulit menjadi kering dan gatal, sesetengah pesakit memburukkan keradangan kulit akibat menggaru. Oleh itu, ramai pesakit mengidapi eksema menderita gangguan, sehingga mereka cenderung menggaru dan merosakkan kulit masing-masing, kadang-kadang sehingga pendarahan berlaku.
Terdapat banyak produk untuk penjagaan kulit atau pelembabpan kulit yang dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka tidak pernah diuji untuk tujuan klinikal, ada produk-produk yang dibandingkan dengan placebos, dan ada pula langsung tidak melakukan kajian perbandingan sebegini. Oleh itu, pesakit-pesakit perlu memilih produk pelembapan kulit mereka dengan berhati-hati supaya mengawal masalah ekzema dengan lebih berkesan.
Soalan 1: Apakah pemicu-pemicu masalah ekzema?
Pemicu-pemicu biasa adalah tungau, debunga, fungi, dan sebagainya. Berkenaan dengan makanan – kacang tanah, susu kedelai, ayam, telur didapati boleh mengakibatkan ekzema.
Soalan 2: Mengapa air boleh menjadikan kulit lebih kering?
Kerana air hanya membuat kulit basah, tetapi ia tidak boleh melembapkan kulit. Pesakit-pesakit bermasalah ekzema yang ingin melindungi kulit mereka harus mengelakkan produk-produk penjagaan kulit yang mengandungi wangian (penambah rasa) atau produk-produk pembersihan yang mengandungi banyak buih.
Soalan 3: Bagaimana pesakit ekzema memilih produk pelembapan untuk penjagaan kulit?
Doktor menasihatkan pesakit-pesakit menggunakan ekstrak botani yang mempunyai sifat anti-radang dan anti-gatal untuk kulit. Dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai pelembap kulit semula jadi, prebiotik dan bahan aktif tumbuhan, kulit boleh membentuk pelindungan terhadap bakteria berbahaya, radikal bebas dan mencegah kehilangan air berlebihan melalui kulit.
Untuk tujuan memilih produk pembaikan produk kulit, pesakit harus menumpu perhatian terhadap produk-produk yang mempunyai ekstrak tumbuhan berciri regenerasi kulit dan sifat-sifat penyembuhan kulit demi menghalang ekzema berulang di masa depan.