Antibiotik
“Doktor, anda perlu memberi saya antibiotik. Penyakit saya mesti mengambil antibiotik untuk mendapat pemulihan!”
“Doktor, jangan berikan saya antibiotik, saya tahu antibiotik adalah racun yang berbahaya!”
“Doktor, saya akan mengambil antibiotik yang tersisa setiap kali jika saya jatuh sakit, saya akan pulih hanya mengambilnya sekali atau dua kali!”
“Doktor, saya mengambil antibiotik sekali, kenapa penyakit saya masih belum sembuh?”
Ini adalah beberapa kenyataan atau paradoks yang sering didengar oleh doktor. Pesakit-pesakit umumnya memegang dua salah faham yang bertentangan mengenai antibiotik. Pertama, sesetengah orang percaya bahawa antibiotik dapat menyembuhkan semua jenis penyakit, sedangkan kumpulan lain mempunyai pandangan yang bertentangan, di mana mereka anggap antibiotik adalah berbahaya bagi tubuh manusia.
Antibiotik adalah ubat yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang diproses secara kimia. Ubat ini boleh menghalang pertumbuhan mikroorganisma yang lain. Secara ringkas, antibiotik adalah sejenis ubat yang dapat menyembuhkan atau mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Antibiotik ditemui pada tahun 1928 oleh saintis Inggeris, Alexander Fleming. Dia lupa menutupi bakteria yang dibiaknya setelah membuat eksperimen. Beberapa hari kemudian, dia mendapati bahawa mikroorganisma yang dipanggil Penicillium tumbuh di atas permukaan dan menghasilkan bahan yang dipanggil penicillin, di mana ia berupaya membunuh bakteria yang dibiak dan juga menghalangnya daripada merebak. Penisilin telah digunakan secara meluas dalam rawatan radang meninges ( meningitis ), radang paru-paru, sifilis dan jangkitan -jangkitan bakteria lain.
Terdapat banyak sumber jangkitan mikrob pada manusia, termasuk bakteria, virus, kulat, parasit, dan lain-lain. Antibiotik hanya boleh melawan jangkitan bakteria dan mereka mempunyai batasannya terhadap jangkitan-jangkitan virus. Ubat-ubatan yang digunakan untuk jangkitan virus adalah rawatan simptomatik untuk menguruskan gejala-gejala pesakit sahaja. Ia tidak perlu menggunakan antibiotik sama sekali. Walau bagaimanapun, ramai orang yang masih berfikir bahawa setiap kali mereka mempunyai demam dan selsema, hanya menelan beberapa antibiotik sudah dianggap cukup untuk mendapat pemulihan dalam jangka masa pendek. Sesetengah orang berfikir bahawa jika mereka mengambil antibiotik sebelum mereka berasa sakit, penyakit mereka boleh dapat dicegah.
Sudah tentu, terdapat juga beberapa pesakit yang tidak mengambil antibiotik walaupun mereka dijangkiti oleh jangkitan bakteria yang serius. Mengikuti konsep mereka, apabila seseorang menggunakan antibiotik, imuniti dan rintangannya akan dikurangkan, maka akan lebih mudah terdedah kepada jangkitan pada masa akan datang. Ini adalah pemahaman yang tidak berasas. Penggunaan antibiotik yang sesuai dapat mencegah kemerosotan jangkitan bakteria dengan berkesan, serta tidak memberi sebarang kesan negatif kepada imuniti tubuh manusia.
Jika kita tidak menggunakan antibiotik dengan cara yang betul, ia akan membahayakan kita dalam jangka panjang. Kesalahan umum yang dibuat oleh ramai pesakit, iaitu menghentikan penggunaan antibiotik sebelum habis satu kursus rawatan dengan sepenuhnya. Kebanyakan mereka berfikir bahawa apabila gejala-gejala sudah reda, ia bermakna tubuh mereka telah pulih sepenuhnya dan mereka boleh berhenti mengambil antibiotik dengan segera.
Mengambil antibiotik serupa dengan menentang musuh perang. Dengan mengambil antibiotik tepat pada masanya setiap hari, ia seolah-olah menghantar bala bantuan semasa perang. Kemenangan dan perdamaian sementara di medan pertempuran tidak bermakna musuh telah dikalahkan sepenuhnya. Sisa-sisa musuh hanya bersembunyi dan menunggu saat yang tepat untuk menyerang semula. Jika kita menarik balik tentera kita dari tapak pertempuran, musuh akan membalas dendam dan melawan dengan lebih ganas. Mereka akan memberikan pukulan maut kepada pasukan yang menganggap mereka telah kembali dengan penuh kemenangan. Akibatnya sebegini akan membawa bencana.
Berhenti mengambil antibiotik sebelum ini, bakteria tidak boleh dibunuh sepenuhnya.
Peperangan tidak boleh dimenangi dalam satu atau dua hari sahaja. Tidak mungkin pengambilan antibiotik akan menghapuskan semua bakteria dalam masa satu hari. Menghentikan antibiotik terlalu awal, akan menjadikan tubuh kita gagal menghapuskan bakteria dengan sepenuhnya. Bakteria baki ini akan menjadi lebih tahan kepada antibiotik dan lebih kuat pada masa depan.
Penggunaan antibiotik yang tidak terkawal dapat membuat bakteria memperolehi ketahanan dan secara tidak langsung mencipta bakteria yang hebat ( Bahasa inggeris : super bacteria ). Oleh itu, penggunaan antibiotik memerlukan penjagaan yang khas. Pada amnya, pesakit harus ingat dasar ini, iaitu jangan membeli antibiotik sendiri, jangan meminta antibiotik, dan jangan berhenti terlalu awal.
Di Malaysia, preskripsi doktor diperlukan untuk membeli antibiotik, dan pesakit tidak boleh mendiagnosis sendiri dan membeli antibiotik sendiri. Lagipun, orang ramai tidak dapat membezakan di antara jangkitan bakteria dan virus, yang biasanya menyebabkan penyakit -penyakit seperti demam, sejuk, batuk, dan sakit tekak. Oleh itu, kita harus membenarkan doktor-doktor keluarga menjalankan perundingan perubatan terperinci, pemeriksaan klinikal, ujian darah, supaya mereka boleh membuat diagnosis yang betul sebelum memutuskan sama ada antibiotik adalah diperlukan untuk rawatan pesakit.
Antibiotik bukan sejenis ubat ajaib atau racun. Menggunakan antibiotik dengan betul pada masa yang tepat, akan membawa faedah-feadah jangka panjang kepada semua orang.