Keradangan Telinga Tengah
(Bahasa Inggeris : Otitis Media)
Kes Kajian :
Selepas sebulan, John masih belum sembuh daripada penyakit selesema lagi. Dia juga menghadapi beberapa gejala seperti bersin dan batuk pada waktu malam. Walaupun gejala-gejala sebegini tidaklah dianggap serius, tetapi ibunya masih bimbang bahawa John mungkin mengalami penyakit rinitis alahan ( Bahasa inggeris : Allergic rhinitis ).
Untuk mendapatkan ketenangan jiwa, ibu John pun menghantar anaknya ke jabatan otolaringologi (hidung, telinga, tekak). Selepas diperiksa oleh seorang doktor, didapati John bukan hanya belum sembuh daripada selesemanya, malah, doktor juga mengesan keradangan tekak, bersama-sama dengan keradangan telinga tengah.
Doktor berkata, berdasarkan jumlah koleksi nanah, nampaknya keradangan telinga tengah John sudah berlaku selama beberapa hari. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan kemerosotan kesihatannya, John mesti mula mengambil ubat antibiotik dengan segera.
Walaupun John tidak mempunyai masalah yang serius selepas mengambil ubat, ibunya masih merasa menyesal kerana tidak mengesan penyakit anaknya dengan lebih awal.
Keradangan Telinga Tengah Akut
(Bahasa Inggeris : Acute Otitis Media)
Bayi-bayi dan kanak-kanak bawah umur adalah kumpulan berisiko tinggi mengidapi penyakit-penyakit berjangkit, termasuk jangkitan telinga, di mana ia boleh menyebabkan gangguan pendengaran dan mempengaruhi perkembangan pertuturan. Keradangan telinga tengah adalah salah satu punca utama gangguan pendengaran.
Penyakit keradangan telinga tengah merujuk kepada keradangan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di rongga telinga tengah. Ini biasanya disebabkan oleh sakit tekak, selesema atau masalah pernafasan yang merebak ke bahagian telinga tengah.
Menurut Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit, penyakit keradangan telinga tengah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keradangan telinga tengah akut (Bahasa Inggeris : Acute Otitis Media, AOM) dan keradangan telinga tengah dengan efusi (Bahasa Inggeris : Otitis Media with Effusion, OME). Apabila kanak-kanak didiagnosis dengan keradangan telinga tengah, ia biasanya bermakna bahawa kanak-kanak mempunyai penyakit keradangan telinga tengah akut.
Jika telinga tengah terus meradang dan berlangsung lebih dari 6 bulan, maka ia dianggap sebagai keradangan telinga tengah kronik (Bahasa inggeris : chronic suppurative otitis media, CSOM).
Pengabaian boleh menyebabkan kehilangan pendengaran
Keradangan telinga tengah akut biasanya disertai dengan gejala-gejala yang kuat seperti kesakitan, kemerahan gendang telinga, dan mungkin bersama-sama dengan kehadiran demam, kanak-kanak juga boleh merasa jengkel, gelisah, dan tidak dapat tidur dengan baik. Jika gendang telinga berlubang (pecah), cecair akan mengalir keluar dari bahagian telinga tengah.
Dalam banyak kes, bayi-bayi yang mengidapi keradangan telinga tengah akut biasanya diabaikan sahaja kerana mereka tidak tahu bagaimana menyatakan keadaan mereka kepada ibubapa masing-masing. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka sering menarik telinga, menangis berikutan kualiti tidur yang kurang baik, ibu bapa mungkin perlu mengenalpasti sama ada anak-anak mereka telah mengidapi penyakit keradangan telinga tengah. Kadang-kadang pesakit-pesakit bawah umur juga mempunyai masalah dengan kehilangan selera makan atau demam, dengan kata lain, mereka harus diperiksa selanjutnya.
Telinga tengah boleh juga mengumpul cecair tidak berjangkit. Di kalangan kanak-kanak, keadaan kesihatan ini adalah lebih biasa berbanding dengan penyakit keradangan telinga tengah akut, keadaan ini tidak memberikan gejala-gejala yang jelas.
Jangkitan Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae adalah penyebab-penyebab utama penyakit keradangan telinga tengah. Walaupun keradangan telinga tengah boleh memberi kesan-kesan sementara kepada pendengaran pesakit-pesakit, sesetengah pesakit mungkin terus mengabaikan keadaan sedemikian, sehingga mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.
Soal & Jawab
Soalan 1: Adakah keradangan telinga tengah disebabkan oleh kemasukan air ke dalam telinga?
Penyakit keradangan telinga tengah merujuk kepada keradangan rongga telinga tengah terletak di bahagian belakang gendang telinga yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Ini bererti, penyakit ini tidak berkaitan dengan kemasukan air ke dalam telinga. Keradangan telinga yang disebabkan oleh air luaran dipanggil “otitis externa”, di mana ia dianggap sejenis epidemik pada musim panas. Keradangan telinga ini berhubung rapat dengan aktiviti-aktiviti berenang anak-anak. Telinga-telinga mereka ‘tetap hangat dan lembap’ untuk waktu yang lama.
Soalan 2: Betapa biasa terdapat keradangan telinga tengah di kalangan bayi dan kanak-kanak?
Mengikut laporan Kesihatan Teknologi Malaysia (MaHTAS) di bawah rancangan perubatan Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 500,000 kanak-kanak berusia dua tahun di Malaysia menderita penyakit keradangan telinga tengah setiap tahun, 50% daripada mereka dijangkiti oleh bakteria S. pneumoniae. Laporan itu juga menunjukkan bahawa sehingga 75% kanak-kanak mengalami sekurang-kurangnya satu kali jangkitan keradangan telinga tengah sebelum mencapai usia tiga tahun.
Soalan 3: Bagaimana saya tahu sama ada anak saya telah mengidapi keradangan telinga tengah?
Tanda-tanda penyakit keradangan telinga tengah di kalangan kanak-kanak termasuk sakit telinga, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, perasaan ikut angin. Kadang-kadang, telinga mengeluarkan cecair-cecair berwarna kuning atau berdarah. Ini bermaksud bahawa gendang telinga boleh dipecahkan, dan cecair-cecair mungkin mengalir keluar dari bahagian telinga tengah.
Apabila kanak-kanak mengidapi keradangan telinga tengah, bahagian rongga telinga tengah telah meradang dan bernanah. Oleh kerana nanah ini terus memerah gendang telinga, pesakit-pesakit bawah umur mungkin akan merasa ketidakselesaan dan kesakitan. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan ini, tetapi telinga mereka terus bergetar, berkembang atau tertekan. Mereka hanya boleh melegakan kesakitan dan tekanan mereka dengan sentiasa menggosok telinga mereka. Gejala lain termasuk masalah-masalah pendengaran, seperti mengantuk, kehilangan konsentrasi, dan juga boleh menyebabkan perasaan ikut angin atau pening.
Soalan 4: Mengapa kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit keradangan telinga tengah berbanding dengan orang dewasa?
Apabila proses tumbesaran kanak-kanak belum selesai, tiub Eustachean adalah lebih pendek berbanding dengan orang dewasa, ini menjadikannya sukar untuk nanah dialir keluar sehingga menyebabkan keradangan telinga tengah. Jika tiub Eustachean menjadi bengkak atau terhalang oleh lender-lendir akibat penyakit selesema atau pernafasan, nanah juga berkemungkinan tidak boleh dialir keluar.
Sistem-sistem imun kanak-kanak tidaklah sekuat seperti orang-orang dewasa; Oleh itu, keupayaan mereka memerangi penyakit-penyakit secara semula jadi, memang didapati lebih lemah berbanding dengan orang-orang dewasa.
Adenoid adalah sebahagian daripada sistem imun dan tembok pertahanan pertama terhadap serangan patogen-patogen asing seperti virus dan bakteria di bahagian nasofaring. Kadang-kadang, bakteria yang terperangkap dalam adenoid juga boleh menyebabkan keradangan kronik di bahagian tiub Eustachean dan telinga tengah.
Nanah mengalir keluar dari bahagian telinga tengah
Soalan 5: Adakah keradangan telinga tengah adalah sejenis penyakit pediatrik musiman?
Di Malaysia, kanak-kanak mempunyai keradangan telinga tengah sepanjang tahun, dan bilangan kes di musim hujan akan meningkat sedikit. Tidak seperti sesetengah negara yang mempunyai empat musim yang berbeza, di mana kelazimannya didapati lebih tinggi semasa musim sejuk, berbanding dengan musim-musim lain.
Soalan 6: Bagaimana doktor membuat diagnosis keradangan telinga tengah?
Doktor akan mula bertanya tentang keadaan kanak-kanak. Sebagai contoh, doktor akan mengetahui sama ada kanak-kanak itu mempunyai kerengsaan, sakit tekak, dan menarik telinga. Apabila gejala-gejala jangkitan telinga berlaku, doktor akan menggunakan otoskop untuk memeriksa gendang telinga kanak-kanak itu. Sekiranya gendang telinga berwarna merah dan menonjol, ini bermakna telinga meradang.
Kehadiran nanah apabila gendang telinga meradang
Soalan 7: Bagaimana untuk merawat keradangan telinga tengah?
Ramai doktor akan memberi antibiotik untuk tempoh 7 hingga 10 hari. Sesetengah doktor juga mencadangkan bahawa ibu bapa harus pergi ke kedai farmasi untuk membeli ubat penahan sakit atau ubat-ubatan telinga supaya melegakan gejala-gejala demam dan sakit.
Apabila doktor tidak dapat membuat diagnosis, dan pesakit-pesakit bawah umur tidak mempunyai kesakitan telinga atau demam yang jelas, ini menunjukkan bahawa pesakit-pesakit bawah umur masih perlu diperhatikan secara berterusan selama dua atau tiga hari lagi.
Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika pada tahun 2013, persatuan ini menggalakkan para doktor untuk terus memerhati dengan teliti dan memantau keadaan pesakit-pesakit yang masih tidak boleh membuat diagnosis keradangan telinga tengah, terutama mereka yang berumur di antara umur 6 bulan dan 2 tahun. Jika keadaan mereka berlangsung selama 48 hingga 72 jam, maka doktor boleh mula memberi antibiotik.
Apabila pesakit-pesakit bawah umur tidak lagi sembuh, mereka harus mengelakkan diri daripada akitivi-akitiviti seperti berenang. Jika ibu bapa mereka masih bimbang tentang masalah air berkemungkinan memasuki telinga apabila anak-anak mereka memandi, maka pesakit-pesakit boleh menggunakan penyumbat-penyumbat telinga. Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh menggunakan swab kapas untuk membersihkan telinga anak-anak mereka, agar tidak memburukkan lagi penyakit keradangan telinga tengah.
Soalan 8: Pesakit-pesakit bawah umur mesti mengambil antibiotik apabila keradangan telinga tengah berlaku?
Kadang-kadang, keradangan telinga tidak semestinya disebabkan oleh jangkitan, dan beberapa jenis keradangan telinga juga boleh disembuhkan tanpa rawatan ubat. Sekiranya doktor memberi antibiotik, ibu bapa mesti memastikan bahawa anak-anak mereka mengikuti arahan-arahan doktor, iaitu penggunaan ubat tidak boleh dihentikan walaupun keadaan pesakit mulai bertambah baik selepas beberapa hari, oleh kerana jangkitan telinga masih belum dihapuskan dengan sepenuhnya, dan penamatan rawatan yang awal boleh menyebabkan jangkitan berulang dan menimbulkan masalah ketahanan ubat.
Pesakit-pesakit bawah umur juga mesti kembali ke klinik-klinik untuk pemeriksaan biasa, supaya para doktor dapat memastikan bahawa jangkitan mereka telah hilang sepenuhnya. Jika keradangan telinga masih berterusan, doktor mungkin memberi antibiotik yang berbeza.
Gendang telinga berlubang
Soalan 9: Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak-anak mereka mengalami keradangan telinga tengah lagi?
Untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami keradangan telinga tengah, ibu bapa harus mengelakkan risiko penyakit ini, termasuk menjauhkan kanak-kanak daripada perokok-perokok dan mengelakkan anak-anak mereka daripada tidur semasa makan botol.
Walaupun demikian, sesetengah kanak-kanak masih menderita keradangan telinga tengah, sebanyak lima atau enam kali setahun. Sekiranya keradangan telinga tengah terus berulang dan antibiotik didapati tidak berkesan, maka doktor boleh mengesyorkan penempatan kateter pengudaraan kecil untuk membolehkan aliran udara halus dan mencegah cecair telinga daripada terkumpul di rongga telinga tengah. Ia biasanya mengambil masa 6 hingga 9 bulan selepas penempatan kateter sehingga cecair telinga dialir keluar dengan sepenuhnya.
Jika penempatan kateter tidak merawat keradangan, doktor akan mencadangkan pembedahan adenoid, supaya gangguan keradangan tidak tersebar ke tiub Eustachean.
Soalan 10: Bolehkah keradangan telinga tengah pediatrik dapat dicegah?
Pencegahan keradangan telinga tengah pediatrik adalah untuk mengurangkan faktor-faktor risiko penyakit. Ibu bapa boleh menolong anak-anak mereka mendapat vaksin-vaksin. Di samping itu, anak-anak mereka harus belajar bagaimana untuk mencuci tangan dengan cara yang betul. Jauhkan diri mereka daripada kawasan-kawasan orang ramai dan persekitaran merokok.
Kanak-kanak harus mengelak daripada tertidur ketika minum susu untuk mencapai kesan-kesan pencegahan penyakit ini. Salah satu punca utama penyakit keradangan telinga tengah ialah jangkitan Streptococcus pneumoniae. Oleh itu, disyorkan bahawa kanak-kanak patut divaksinasikan dengan vaksin “Streptococcus pneumoniae conjugated 13-valent (PCV13)”. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang divaksinasikan dengan PCV13 mempunyai kekerapan keradangan telinga tengah yang lebih rendah, berbanding dengan kanak-kanak yang masih belum menerima vaksin sebegini, maka kanak-kanak di pusat penjagaan perlulah divaksinasikan. Sekiranya kanak-kanak menderita penyakit keradangan telinga tengah, ibu bapa mereka perlu mengasingkan anak-anak mereka daripada kanak-kanak lain yang sihat, demi mengelakkan penyebaran bakteria atau virus.