Cacing-cacing Parasit
Larva-larva memasuki ke dalam badan dan menghisap darah serta menyebabkan penyakit anemia kekurangan zat besi.
Kebanyakan cacing-cacing parasit seperti cacing pita ( Bahasa Inggeris : tapeworm ) dan cacing cemeti ( Bahasa Inggeris : whipworm ) dijangkiti melalui makanan yang mengandungi telur-telur mereka. Walaupun cacing tambang ( Bahasa inggeris : hookworm ) adalah berbeza daripada kebanyakan cacing-cacing parasit. Hos-hosnya dipengaruhi setelah termakan larva-larva cacing tambang atau larva-larvanya memasuki badan melalui kulit. Sekiranya tidak dirawati, cacing-cacing tambang boleh menjadi parasit di dalam tubuh untuk masa yang lama, bukan sahaja menyebabkan penyakit anemia kekurangan zat besi, tetapi juga boleh membawa risiko kegagalan jantung.
“Cacing tambang” adalah sejenis parasit yang kelihatan seperti cangkuk. Orang yang dijangkiti akan mengalami gejala-gejala yang tidak khusus seperti kembung, mual, cirit-birit, dan kadang-kadang najis berdarah, kerana cacing-cacing tambang mempunyai cangkuk-cangkuk atau gigi-gigi plat untuk menggigit permukaan mukosa usus.
Petani-petani atau nelayan-nelayan biasanya bekerja tanpa alas kaki, sering terkena air atau lumpur yang tercemar dan membenarkan larva-larva memasuki ke dalam badan-badan mereka. Setelah dijangkiti, kulit pesakit akan menunjukkan lepuh bentuk berombak, seperti kesan-kesan garis ditinggal oleh serangga yang merangkak, dan kulit-kulit mereka mempunyai rasa kegatalan serta sensasi membakar.
Dari segi perubatan, keadaan ini dikenali sebagai “penghijrahan larva-larva dalam kulit” ( Bahasa inggeris : cutaneous larvae migrans ) yang disebabkan oleh penghijrahan larva-larva dalam tisu-tisu kulit.
Apabila larva-larva menembusi kulit, mereka akan berenang ke usus kecil, lalu menggigit mukosa usus dan menghisap darah, sehingga menyebabkan hos-hosnya kehilangan darah secara kronik. Lama kelamaan, zat-zat besi dan protein akan terus kehabisan dan mengakibatkan penyakit anemia kekurangan zat besi.
Kadang-kadang pesakit-pesakit boleh mengalami tahap hemoglobin yang lebih rendah kerana kekurangan zat-zat makanan.Sekiranya gejala-gejala anemia bertambah teruk dan otot-otot jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi dan memenuhi keperluan badan, lama- kelamaan jantung juga akan juga “gagal” di masa depan.
Makan tanah dan kertas – penyakit anemia mengakibatkan “pika”
Tahap hemoglobin manusia biasa didapati di antara 12 hingga 13 gm / dl. Walau bagaimanapun, ramai pesakit yang dijangkiti hanya mempunyai nilai-nilai hemoglobin di antara 4 hingga 6 gm / dl, apabila mereka dimasukkan ke hospital. Di samping itu, mereka juga menunjukkan beberapa gejala kegagalan jantung. Kegagalan jantung tidak berlaku semalaman tetapi keadaan sebegini adalah disebabkan oleh penyakit anemia jangka panjang atau kerana tiada rawatan selepas jangkitan cacing-cacing parasit.
Penyakit anemia kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan pika ( Bahasa inggeris : Pica ), iaitu satu jenis gejala berterusan di mana pesakit mengambil bahan-bahan bukan jenis pemakanan, seperti memasuki tanah dan kertas ke dalam mulut.
Sekiranya kanak-kanak mengalami gejala pika ( Bahasa inggeris : Pica ), ibu bapa perlu membiarkan anak-anak mereka menjalani ujian-ujian darah untuk mengenalpasti penyakit anemia. Sekiranya pesakit didiagnosis dengan anemia, pesakit perlu disiasat selanjutnya untuk mengesahkan keadaan-keadaan perubatan seperti penyakit anemia kekurangan zat besi dan jangkitan cacing-cacing parasit.
Adalah disyorkan bahawa orang-orang yang berisiko jangkitan harus memakai kasut-kasut kalis air sekiranya mereka terdedah kepada kawasan-kawasan kotoran atau basah, ataupun mereka harus mengelakkan kawasan-kawasan yang mudah membawa jangkitan sama sekali.
Pengeluaran harian sebanyak 10.000 telur
Apabila cacing-cacing cemeti ( Bahasa inggeris : whipworms ) menjangkiti dan mendiami di usus-usus, ia boleh menyebabkan keradangan yang lebih teruk pada dinding usus, menyebabkan gastroenteritis yang teruk, cirit-birit, dan juga najis berdarah dan penyakit anemia. Pesakit-pesakit mesti dirawati dengan segera demi mengelakkan kemerosotan keadaan kesihatan.
Seperti jangkitan cacing-cacing pita, pesakit-pesakit boleh dijangkiti apabila termakan telur-telur cacing cemeti. Cacing-cacing betina biasanya menghasilkan antara 2,000 dan 10.000 telur setiap hari, lalu mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk membesar sehingga parasit-parasit dewasa.
Biasanya cacing-cacing cemeti tumbuh di dalam usus kecil lalu berenang ke usus besar untuk bersembunyi. Cacing-cacing cemeti mengambil masa 3 bulan membesar daripada peringkat telur sehingga menjadi cacing dewasa. Cacing-cacing ini mempunyai jangka hayat selama 1 tahun. Telur-telurnya adalah berbentuk seperti limau di bawah mikroskop.
Oleh kerana jangkitan cacing-cacing cemeti boleh menyebabkan cirit-birit yang kerap, pesakit-pesakit mungkin mengalami masalah-masalah seperti prolaps dubur ( Bahasa inggeris : anal prolapse ) atau prolaps rectum ( Bahasa inggeris : rectum prolapse ). Jika ibu bapa mengesyaki bahawa anak-anak mereka telah dijangkiti dan mempunyai gejala-gejala yang berkaitan, mereka harus mendapatkan rawatan secepat mungkin untuk menghapuskan jangkitan cacing-cacing cemeti. Kehadiran najis berdarah dalam jangka masa panjang boleh membawa penyakit anemia. Jika tapak-tapak kecederaan atau perdarahan didapati berlaku di kawasan penyerapan zat-zat besi dalam usus kecil, maka pesakit-pesakit mungkin akan mengalami penyakit anemia kekurangan zat besi, dan akhirnya akan mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak yang terlibat.
Sekiranya kanak-kanak yang sakit mempunyai gejala-gejala najis berdarah dan prolaps rektum, doktor akan memberi antibiotik untuk mengawal jangkitan pada mulanya, selepas itu najis pesakit akan diambil untuk pemeriksaan mikroskopik, supaya mengenalpasti sama ada jangkitan parasit-parasit sudah berlaku.
Rawatan sebanyak 2 kali untuk membunuh cacing-cacing parasit
Cara membunuh cacing-cacing parasit adalah melalui pengambilan ubat anti parasit – Albendazole. Ia diberi berdasarkan berat badan kanak-kanak, iaitu 20 miligram preskripsi, untuk setiap kilogram berat badan, dengan jumlah maksimum tidak melebihi 400 miligram. Pesakit-pesakit boleh membeli ubat dalam bentuk tablet dan cecair.
Biasanya preskripsi kanak-kanak adalah 200 miligram, kecuali untuk kanak-kanak yang mempunyai sazi badan yang lebih besar, maka dos-dos mereka boleh dinaikkan ke tahap 400 miligram. Kedua-dua wanita hamil dan orang yang memberi penyusuan disyorkan tidak mengambil ubat-ubat semacam ini.
Kanak-kanak yang dijangkiti cacing-cacing pita perlu mengambil ubat sebanyak dua kali. Ubat diambil pada kali kedua selepas dua minggu berikutan ubat pertama telah diambil. Ia mengambil masa sebanyak dua minggu untuk cacing-cacing pita berkembang daripada telur-telur sehingga menjadi cacing-cacing dewasa. Tambahan pula, ubat yang diberikan hanya bertujuaan membunuh cacing-cacing pita dan bukanlah telur-telur mereka. Oleh itu, pengambilan ubat sebanyak dua kali diperlukan, supaya penghapusan cacing-cacing parasit ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya.
Sekiranya kanak-kanak menghadapi halangan usus kerana cacing-cacing parasit, doktor tidak boleh lagi memberi ubat anti-parasit kerana ia boleh menyebabkan kematian cacing-cacing parasit ini dan boleh memburukkan lagi masalah halangan usus. Biasanya, doktor akan memberi antibiotik untuk mengawal gastroenteritis pesakit. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan, dan ubat-ubatan penghapusan cacing parasit akan diberi selepas kira-kira dua minggu pembedahan telah dibuat.
Soal & Jawab
Soalan 1: Bolehkah probiotik mencegah jangkitan atau menghapuskan cacing-cacing parasit?
Memberi bantuan yang sedikit.
Soalan 2: Jika kanak-kanak mempunyai najis berdarah, adakah ia bermakna jangkitan cacing-cacing parasit telah berlaku?
Tidak semestinya. Najis berdarah kadang-kadang boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penyakit-penyakit lain. Ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka berjumpa doktor-doktor mereka supaya pemeriksaan lanjut boleh dijalankan.
Soalan 3: Adakah ubat penghapusan cacing-cacing parasite perlu diambil secara teratur setiap tahun untuk mencegah jangkitan?
Sebelum ini, kanak-kanak perlu mengambil ubat tersebut secara teratur. Sekarang ubat semacam ini hanya digunakan apabila keperluannya timbul. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doctor-doktor dan dapatkan nasihat-nasihat mereka sebelum mengambil ubat ini.
Soalan 4: Ramai ibu bapa dan sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti pengajaran di kawasan luar bilik atau alam semula jadi. Perlukah aktiviti-aktiviti ini dihentikan supaya mengelakkan jangkitan cacing-cacing parasit?
Ibu bapa juga harus mempertimbangkan kebersihan alam sekitar dan mengambil langkah-langkah pencegahan apabila membenarkan kanak-kanak mereka melakukan aktiviti-aktiviti luaran atau semasa mereka mendedah diri kepada alam semula jadi.
Telur-telur cacing cemeti adalah berbentuk limau di bawah mikroskop.
Cacing tambang mempunyai cangkuk atau gigi plat untuk menggigit mukosa usus lalu mendapat makanannya.