Artritis Reumatoid
(Keradangan Sendi Reumatoid)
Artritis reumatoid ( Bahasa Inggeris : Rheumatoid Arthritis ) adalah penyakit kronik di mana penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, dan masalah-masalah lain berkaitan dengan penyakit jantung.
Daripada pandangan penyakit jantung, ada kajian telah menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang mengidapi artritis reumatoid, didapati mereka mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang umum,. Ini kira-kira sama dengan tahap risiko berbanding dengan penyakit kencing manis jenis kedua. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak membuktikan hubungan sebab-akibat. Ujian ini hanya direka untuk menunjukkan bahawa artritis reumatoid hanya mempunyai kaitan dengan penyakit jantung sahaja.
Kesakitan sendi, kekakuan, dan bengkak adalah ciri-ciri utama artritis reumatoid, di samping itu, penyakit ini juga boleh mengakibatkan keradangan organ-organ tubuh.
Penyelidikan menunjukkan bahawa keradangan kronik sistemik artritis reumatoid adalah salah satu faktor risiko serangan jantung.
Pakar perubatan berpendapat bahawa, rawatan-rawatan yang berkesan terhadap keradangan sistemik, akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung di kalangan pesakit artritis reumatoid.
Artritis Reumatoid:
Rawatan Pembedahan Atau Ubat?
Kes Kajian:
John adalah seorang kakitangan awam. Setahun yang lalu, dia mendapati sendi-sendi jarinya mula berasa mengeras. Tetapi sebaik sahaja dia bergerak sedikit, gejala tersebut akan hilang. Pada mulanya, dia tidak banyak memberi perhatian kepada gejala ini.
Baru-baru ini, John merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia merasakan kesakitan di sendi-sendi jarinya ketika dia bangun pada waktu pagi. Akhirnya, doktornya mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit artritis reumatoid.
Rawatan-rawatan artritis reumatoid boleh dibahagikan kepada dua kategori: iaitu rawatan tanpa pembedahan dan rawatan pembedahan. Kaedah-kaedah rawatan dan pilihan perubatan, akhirnya akan bergantung kepada keadaan kesihatan semasa pesakit.
Untuk rawatan tanpa pembedahan, doktor akan memilih ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) untuk pesakit demi mengurangkan dan mengawal sinovitis dalam sendi, sambil mengurangkan keradangan membran sinovial dan melambatkan hakisan di lapisan tulang rawan ( Bahasa Inggeris : cartilage ) dan hujung tulang di dalam sendi-sendi. Dari segi kelegaan simptom klinikal, pesakit akan merasakan pengurangan pembengkakan sendi, haba dan kesakitan. Sendi-sendi juga akan mengalami pembaikan yang ketara selepas rawatan. Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa setiap pesakit memberi tindak balas yang berbeza, bergantung kepada jenis ubat anti-radang nonsteroid yang digunakan.
Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut, ulser perut dan kerosakan buah pinggang. Walau bagaimanapun, beberapa ubat generasi baru telah berjaya mengurangkan kerosakan perut dan buah pinggang.
Terdapat pelbagai risiko dan faedah akan dibawa oleh terapi-terapi ubat, maka pesakit perlu mengikuti arahan doktor dan bukan hanya menolak rawatan ubat sepenuhnya. Terapi ubat juga termasuk ubat-ubatan anti-radang, pita, dan gel. Peranannya membolehkan ubat menembusi ke dalam tisu-tisu sendi supaya mengurangkan dan mengawal lesi-lesi yang meradang.
Pemilihan ubat
Mengawal keradangan akut
Untuk sekumpulan pesakit, ubat anti-radang bukan steroid sahaja tidak dapat mengawal dan merawat keradangan sendi-sendi mereka. Oleh demikian, mereka perlu menggunakan ubat-ubatan anti-reumatik yang dikenali sebagai “terapi ubat yang respon kepada penyakit” (Bahasa Inggeris : Disease-responsive drug therapy, DMARDs). Ubat-ubatan ini termasuk ubat-ubatan seperti Penicillamine, Gold, Chloroquine, dan Methotrexate. Selalunya ramai pesakit perlu menggunakan kumpulan pertama ubat anti-radang bukan steroid, bersama-sama dengan kumpulan kedua DMARDs, untuk mencapai matlamat pengawalan penyakit ini.
Steroid adalah ubat kumpulan ketiga yang berfungsi mengawal sinovitis dalam sendi-sendi. Dengan menggunakan steroid serentak dengan dua kumpulan ubat yang disebut di atas, ia akan memberi kawalan yang berkesan terhadap keradangan sinovial. Akan tetapi, penggunaan jangka panjang steroid yang tinggi boleh mengakibatkan gangguan hormon dan osteoporosis yang teruk.
Doktor juga boleh melengkapkan pesakit dengan rawatan “modulasi imunologi”, ( Bahasa Inggeris : immunological modulation ) untuk menyesuaikan dan menguatkan sistem imun pesakit supaya boleh mengawal penyakit artritis reumatoid. Lagipun, jenis artritis ini adalah masalah yang berkaitan dengan sistem imun pesakit.
Sendi-sendi yang terjejas seperti jari, lutut, pergelangan kaki, dan lain-lain, mungkin juga memerlukan suntikan steroid pada sendi supaya steroid dapat mengurangkan keradangan membran sinovial di dalam sendi. Dengan memakan ubat atau menggunakan ubat topikal, pesakit yang mengalami keradangan akut sendi akan dikawal dengan lebih cepat.
Sendi-sendi yang terkena artritis reumatoid akan menghadapi gejala-gejala klinikal bengkak, demam, dan sakit. Sebagai tambahan kepada rawatan ubat untuk mengurangkan radang sendi, terapi pemulihan akan diberi untuk melengkapkan pesakit dengan stent yang melindungi sendi dan tendon, demi mengawal aktiviti-aktiviti sendi dan tendon, lalu mengurangkan kesakitan. Pada masa yang sama, pesakit perlu lakukan beberapa jenis pergerakan otot yang berdampak rendah tetapi kuat di sekeliling sendi-sendi supaya mengurangkan kemusnahan sendi-sendi.
Rawatan pembedahan
Bagi rawatan pembedahan, sesetengah pesakit menderita keradangan teruk yang berulang di bahagian membran sendi. Lapisan tulang rawan di dalam sendi juga terhakis, sehingga bentuk sendi-sendi juga berubah. Pergerakan pesakit menjadi sangat terhad, dan kualiti hidup mereka juga sangat terjejas. Rawatan pembedahan adalah cara terakhir dalam keadaan begini.
Reseksi Artroskopik adalah operasi penghapusan sinovium yang meradang di dalam sendi , supaya mengurangkan kerosakan membran sinovial di sendi-sendi.
Pembedahan boleh dilakukan dengan reseksi terbuka pada membran sinovial atau prosedur pembedahan endoskopi. Secara umumnya, rawatan ubat dapat mengawal dan merawat keradangan sinovial, tetapi beberapa jenis sinovitis pesakit tidak dapat dikendalikan oleh ubat-ubatan sahaja, oleh itu reseksi pembedahan memainkan peranan yang sangat penting di bawah keadaan sedemikian.
Untuk pembedahan penggantian, sendi-sendi yang paling biasa adalah sendi pinggul dan lutut. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang mengalami “artritis reumatoid,” sendi-sendi lain seperti sendi bahu, sendi siku, sendi pergelangan tangan, dan juga sendi jari boleh juga menerima pembedahan penggantian sendi.
Pesakit yang menjalani pembedahan penggantian sendi, bersama-sama dengan terapi pemulihan yang sesuai, secara amnya akan dapat kesan-kesan baik dalam jangka masa yang singkat.
Dari segi akvititi-aktiviti sukan, apabila pesakit menderita keradangan akut, pesakit tidak patut melakukan sebarang senaman berlebihan yang melibatkan sendi-sendi. Terutamanya sendi tertekan, seperti sendi lutut dan sendi buku lali. Apabila keradangan akut dikawal, pergerakan ligamen otot yang kuat atau pergerakan sendi yang aktif, bolehlah dilakukan oleh pesakit-pesakit walaupun mereka masih mengalami artritis reumatoid.