Pembesaran Prostat
(Hiperplasia Prostetik Benigna)
Kes Kajian :
Ayah saya berusia 70 tahun tahun ini. Baru-baru ini mukanya kelihatan pucat dan mengadu sakit belakang, kaki bengkak dan ketidakupayaan membuang air kecil. Sekiranya dia kentut dengan tidak sengaja, dia akan mengeluarkan najis. Sebelum itu, kesihatannya adalah dikira baik dan bebas dari sebarang penyakit.
Selepas saya dimaklumkan oleh ayah saya, barulah saya mengetahui bahawa dia secara senyap-senyap menderita pelbagai gejala sejak beberapa tahun yang lalu. Dia sering mencari tandas setiap hari, tetapi dia terus merahsiakan kejadian begini, jadi saya fikir dia hanya melawat tandas dengan kerap kerana penuaan. Di samping itu, oleh kerana dia takut atas masalah pencarian tandas, dia pun terpaksa minum sedikit air setiap hari.
Selepas itu, saya membawa ayah berjumpa pakar urologi. Doktor memaklumkan kepada saya, buah pinggang bapa saya telah membengkak. Terdapat 2 liter air kencing yang disimpan dalam pundi kencingnya. Doktor menyediakan kateter untuk membuang air kencing dan memberitahu kami bahawa prostat bapa adalah dua kali lebih besar daripada prostat biasa. Itu mungkin menjelaskan mengapa banyak air kencing disimpan dalam pundi kencingnya. Selepas beberapa hari, ayah saya dapat menghilangkan sakit belakang atau kaki bengkak, dan dia juga boleh pergi ke tandas dan mengawal pembuangan air besar.
Walau bagaimanapun, selepas kembali ke klinik dua minggu kemudian, doktor memberitahu saya bahawa buah pinggang bapa saya masih bengkak. Prostat itu didapati terlalu besar sehingga menekan pada pundi kencing lalu menyebabkan masalah pembuangan kencing. Pada masa itu, doktor mencadangkan bahawa ayah mempunyai dua pilihan, iaitu membuat pembedahan prostat atau terus membawa beg kencing. Kami memilih cara kedua.
Saya bertanya kepada doktor sama ada gejala-gejala ayah saya berkaitan dengan diabetes. Doktor menjawab tidak. Ayah saya mula mengambil ubat setiap hari, dan saya telah mencatatkan pengeluaran air kencing setiap hari, kira-kira 6 hingga 7 liter sehari.
Soalan 1: Apakah masalah kesihatan ayah saya? Adakah perlu melakukan pembedahan untuk memulihkan keupayaan pembuangan kencingnya? Bolehkah dia memilih rawatan dengan penggunaan ubat? Jika pembedahan dijalankan, apakah kosnya? Adakah hospital kerajaan memberi tempoh menunggu yang panjang?
Keadaan ayah anda memang dikesali. Ini adalah keadaan perubatan yang dinamakan hiperplasia prostetik benigna ( Bahasa Inggeris ialah Benign Prostatic Hyperplasia ) , oleh kerana tempoh pengabaian ayah anda dikira agak lama, maka berkemungkinan mengakibatkan halangan jangka panjang. Sekarang, keadaan ayah anda menjadi lebih rumit dan mungkin membawa pelbagai komplikasi di masa depan.
Hiperplasia prostatic benigna atau pembesaran prostat adalah keadaan perubatan biasa yang boleh menjejaskan lelaki dari semua peringkat umur. Gejala-gejala umum termasuk kencing kerap, kencing tidak lengkap, atau ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing. Jika keadaan merosot, ia mungkin menyebabkan ketidakupayaan pembuangan air kencing. Ramai pesakit masih tidak mahu berjumpa doktor mengenai masalah ini, yang akhirnya akan berubah menjadi masalah kencing tidak terkawal.
Apabila air kencing melimpah dari pundi kencing, ia boleh menyebabkan ketegangan yang berlebihan di buah pinggang pesakit, lalu menyebabkan gejala-gejala seperti edema, sakit belakang, dan tekanan darah tinggi. Sekiranya tiada rawatan diberi, mungkin kegagalan buah pinggang akan berlaku kemudian.
Apabila pesakit mengalami masalah kencing tidak terkawal, apabila kateter dimasukkan, sakit belakang dan edema akan dapat dilegakan, dan pesakit-pesakit yang masih mempunyai fungsi buah pinggang yang baik boleh menghasilkan banyak air kencing berdarah dalam jangka masa dua minggu. Walau bagaimanapun, segelintir pesakit yang kurang bernasib baik, perlu menjalani dialisis seumur hidup.
Sangat menyedihkan bahawa pesakit-pesakit yang masih mempunyai buah pinggang yang baik, tetapi pundi-pundi kencing mereka masih tidak dapat dipulihkan, walaupun reseksi transurethral prostat (TURP) telah dilakukan, biasanya pesakit-pesakit sebegini mesti menggunakan kateter sepanjang hidup mereka. Pada masa ini, tiada ubat untuk meningkatkan fungsi pundi kencing.
Walau bagaimanapun, doktor masih mencadangkan TURP bergantung kepada keadaan, sungguhpun kadar kejayaannya hanya 30%, sahaja. Biasanya doktor juga menegaskan pesakit tua harus mempertimbangkan risiko-risiko pembedahan.
Secara umum, jenis pembedahan ini tidak perlu tunggu terlalu lama di hospital-hospital kerajaan. Sekiranya ia dilakukan di hospital-hospital swasta, kos operasi dianggarkan antara RM10,000 dan RM14,000. Pembedahan laser mungkin dianggap tidak sesuai, di mana kosnya didapati di sekitar RM20,000.