Penyakit Pneumokokal Membawa Maut Setiap Minit.
Kes Kajian :
David dan isterinya menghantar bayi yang berusia dua bulan ke klinik swasta untuk vaksinasi. Pada masa itu, doktor pediatrik menasihati pasangan ini bahawa mereka harus memberi vaksinasi Streptococcus pneumoniae supaya bayi mereka dapat perlindungan terhadap ancaman bakteria ini. Walaupun vaksin ini tidak termasuk dalam program vaksinasi kebangsaan, ia masih dianggap sangat penting untuk melindungi anak mereka pada masa depan.
Walau bagaimanapun, David merasakan harga vaksin ini adalah mahal, justeru itu, dia memutuskan dia hanya memberi vaksinasi ini selepas bayinya mencapai umur dua tahun. David membuat keputusannya berdasarkan pertimbangan, di mana kanak-kanak yang berumur di bawah 6 bulan memerlukan 4 dos vaksin, manakala hanya memerlukan 1 dos selepas umur 2 tahun, dengan kata lain, dia dapat menjimatkan kos sebanyak 3 dos, jika vaksinasi ini dibuat kemudian.
7 bulan kemudian, David menghantar balik bayi yang berusia sembilan bulan ke doktor pediatrik yang sama, kerana anaknya telah mengidapi demam selama 1 bulan berselang-seli dan mula mengalami batuk, hidung berair, dyspnea, pernafasan bersiul dan gejala lain sekitar 1 minggu yang lalu. Ujian mengesahkan bahawa ini adalah disebabkan oleh jangkitan Streptococcus pneumoniae. Doktor juga mengesahkan bahawa bakteria tersebut berkaitan dengan jenis serotipe ( subjenis ) 14. Rupa-rupanya, antigen kapsular serotipe 14 adalah salah satu jenis kandungan dalam vaksin S. pneumoniae. David sangat menyesal atas keputusannya yang menolak vaksinasi beberapa bulan lepas.
Mujurlah, selepas menerima rawatan selama 15 hari di hospital bersama-sama dengan penggunaan antibiotik, bayi tersebut akhirnya dapat dipulihkan sepenuhnya. Bagaimanapun, selain daripada mengalami kebimbangan dan kekecewaan. David juga membayar harga yang mahal atas kesilapan ini, iaitu perbelanjaan perubatan yang tinggi serta mengambil tempoh cuti kecemasan yang panjang.
Kadar kematian yang tinggi disebabkan oleh komplikasi jangkitan
Penyakit pneumokokal (PnD) adalah penyakit yang sangat biasa di Malaysia dan ia adalah disebabkan oleh jangkitan Streptococcus pneumoniae.
Jika kanak-kanak kecil dijangkiti oleh PnD kerana pendedahan terhadap bakteria Streptococcus pneumoniae, ia boleh mengakibatkan paru-paru berair ( pneumonia ). Apabila rawatan tidak diberikan dengan segera, pesakit-pesakit mungkin akan kehilangan nyawa nanti.
Selama bertahun-tahun, doktor telah melihat lebih banyak penyakit radang meninges (meningitis) yang disebabkan oleh jangkitan Streptococcus pneumoniae, berbanding dengan jenis radang meninges yang disebabkan oleh influenza.
Walaupun kanak-kanak yang menderita penyakit radang meninges tetapi masih dapat hidup selepas rawatan, mereka mungkin akan menghadapi pelbagai kesan-kesan sampingan buruk, terutama masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem saraf, di mana banyak keadaan yang kompleks boleh berlaku masa depan.
Selain paru-paru berair ( pneumonia ) dan radang meninges (meningitis), jangkitan Streptococcus pneumoniae juga boleh menyebabkan sepsis, iaitu jangkitan darah yang boleh menyebabkan kegagalan organ-organ dan kematian.
Ramai orang menganggap penyakit otitis media (keradangan telinga) adalah keadaan perubatan yang biasa sahaja, lazimnya orang umum tidak berasa terlalu terganggu dengan kehadiran penyakit otitis media. Walau bagaimanapun, jika penyakit otitis media yang disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae tidak dirawati dengan baik, ia berupaya membawa pelbagai komplikasi radang meninges (meningitis) kemudian.
Salah satu jenis penyakit yang paling mudah dicegah
PnD adalah salah satu jenis penyakit yang paling mudah dicegah, selagi ibu bapa memberi vaksinasi kepada anak-anak mereka.
Vaksin terhadap PnD telah wujud dan memberi kesan-kesan perlindungan yang baik. Soalan utama kini adalah sama ada kita sudah menerima vaksinasi, supaya hasil perlindungannya dapat diperolehi oleh orang ramai.
Selain kanak-kanak kecil, vaksinasi terhadap Streptococcus pneumoniae juga memberi kesan perlindungan kepada warga tua di atas 60 tahun, kumpulan yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti pesakit kanser, pesakit kencing manis, dan masalah paru-paru.
Penyakit PnD adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak. Rata-rata, 1 budak mati kerana penyakit PnD untuk setiap minit. Walau bagaimanapun, kadar vaksinasi terhadap Streptococcus pneumoniae di negara kita masih dianggap sangat rendah. Hanya 1 kanak-kanak yang divaksinasi untuk setiap 10 kanak-kanak, dengan kata lain, 30 kanak-kanak di pusat nurseri. Hanya 3 orang telah divaksinasikan, dan tinggal sebanyak 27 kanak-kanak masih berpeluang mendapat jangkitan dan merebak bakteria S. pneumoniae.
Pada hakikatnya, memang kanak-kanak tidaklah cekap membuat keputusan masing-masing. Oleh itu ibu bapa mesti membuat keputusan yang bijak bagi pihak mereka. Perkara yang paling penting adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan pendidikan yang mencukupi, supaya anak-anak mereka boleh menerima vaksinasi secepat mungkin.
Ujian tusuk lumbar tidak akan menyebabkan kelumpuhan
Ramai kanak-kanak yang dihantar ke klinik sudah didapati sakit tenat dan ada juga yang mati. Kanak-kanak ini hanya dilabelkan sebagai pesakit jangkitan kuman. Seringkali, doktor-doktor mungkin tidak tahu apakah jenis jangkitan yang menyebabkan kejadian tersebut.
Secara klinikal, doktor akan membuat diagnosisnya berdasarkan gejala pesakit, contohnya sama ada keradangan paru-paru, hidronephrosis, dan sebagainya, bersama-sama dengan hasil-hasil ujian darah. Apabila doktor mengesyaki radang meninges (meningitis) wujud, maka pesakit perlu menjalani ujian tusuk lumbar.
Ujian tusuk lumbar adalah kaedah diagnostik yang memasukkan jarum panjang ke dalam saluran tulang belakang untuk mendapatkan cecair serebrospinal supaya ujian selanjutnya dapat dijalani kemudian. Ramai orang berfikir bahawa seseorang kanak-kanak akan lumpuh selepas menjalani ujian tusukan lumbar. Ini memang adalah satu anggapan yang salah, kerana pengendali-pengendali ujian tersebut semua dilaksanakan oleh para doktor terlatih. Jarum panjang dimasukkan ke dalam kawasan di mana ia tidak menyentuh saraf tunjang, oleh itu prosedur ini bolehlah dianggap selamat dan boleh dipercayai.
Ramai kanak-kanak yang sakit kritikal kerana rawatan lewat mereka, sudah tentu tiada kena-mengena dengan ujian tusukan lumbar.
Hanya 18% populasi yang menerima vaksinasi
Streptococcus pneumoniae adalah bakteria yang sangat biasa. Walaupun tidak semua subjenis (serotipe) berupaya menyebabkan penyakit, sekurang-kurangnya lebih daripada separuh serotip dapat menjangkiti kanak-kanak dan mengakibatkan penyakit PnD, radang meninges (meningitis ), dan juga kematian berlaku di sesetengah kes yang teruk.
Mujurlah, kita sudah mempunyai vaksin yang boleh menghalang penyakit PnD, dan ia bukan sahaja sesuai untuk melindungi kanak-kanak, tetapi juga berfungsi dengan baik untuk memberi perlindungan kepada warga tua atau kumpulan yang mempunyai system imun yang lemah.
Kerajaan berusaha untuk menggalakkan pencegahan penyakit PnD melalui kempen-kempen vaksinasi hampir 10 tahun. Walau bagaimanapun, 18% populasi sahaja telah divaksinasikan setakat ini. Statistik begini mencerminkan bahawa tahap kesedaran yang rendah di kalangan orang ramai.
Ramai ibu bapa bimbang atas kos-kos vaksin yang tinngi, tetapi kita tidak patut mengadu terhadap syarikat-syarikat farmasi kerana setiap dos vaksin sebenarnya mengandungi 13 serotipe antigen kapsular yang berbeza. Sehingga kini, vaksin S. pneumoniae tidak dimasukkan dalam program vaksinasi kebangsaan. Ramai ibu bapa tidak mengvaksinasikan anak-anak mereka atas pertimbangan kos.
Ia masih penting walaupun kerajaan tidak menawarkan vaksin ini secara percuma
Banyak ibu bapa orang baru akan menerima buku panduan vaksinasi dan mereka akan mendapati bahawa beberapa jenis vaksin akan diwajibkan. Terdapat satu lagi bahagian lain yang menyenaraikan vaksinasi-vaksinasi “elektif”. Vaksin pneumokokal tidak disenaraikan sebagai vaksin wajib dalam program vaksinasi kebangsaan, ia adalah dikelaskan sebagai vaksin jenis elektif.
Malah, maklumat begini memang mengelirukan orang umum. Ia memberi tanggapan yang salah bahawa vaksin Streptococcus pneumoniae adalah hanya sejenis vaksin pilihan yang dikira kurang penting. Sebaliknya, vaksin Streptococcus pneumoniae adalah sejenis vaksin penting untuk melindungi nyawa kanak-kanak.
Doktor perlu mendidik ibu bapa bahawa vaksin Streptococcus pneumoniae sebenarnya bukanlah vaksin pilihan sahaja. Walaupun kerajaan tidak membekalkannya secara percuma, namun ia masih merupakan vaksin penting. Oleh kerana sistem imun bayi belum matang atau masih tidak berkembang sepenuhnya, kanak-kanak terdedah kepada serangan patogen atau virus. Justeru itu, kanak-kanak haruslah mendapatkan vaksinasi mereka secepat mungkin. Vaksin boleh memberi perlindungan yang berkesan untuk kanak-kanak. Bayi boleh memulakan vaksin mereka pada usia 6 minggu.
Tidak boleh dinafikan bahawa vaksin streptococcus pneumoniae adalah mahal. Sekiranya ibu bapa merasakan kos-kos terlibat menjadi beban kewangan yang berat, mungkin ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke klinik kerajaan untuk mendapatkan semua vaksin percuma di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan dan menyimpan wang mereka untuk memberi vaksinasi pilihan lain kemudian, maka anak-anak mereka dapat memperolehi perlindungan yang lebih komprehensif.
Contohnya, dalam keadaan tertentu, apabila seseorang kanak-kanak mengalami penyakit kronik, ibu bapa boleh mendapatkan surat rujukan dari doktor untuk membolehkan anak ini menerima vaksin pneumokokal secara percuma di hospital atau klinik kerajaan.
Soalan 1: Apa yang menyebabkan penyakit pneumokokal?
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Streptococcus pneumoniae. Kuman ini terdapat dalam persekitaran kita. Dalam sesetengah kes, jika kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah, kuman tersebut boleh menyerang dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Sesetengah kanak-kanak boleh menentang serangan kuman dengan berjaya, tetapi sangat kerap, terutamanya kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, pesakit-pesakit dengan sistem imun yang lebih lemah, besar kemungkinan mereka tidak akan mampu menentang bakteria ini dengan berkesan, akibatnya, ini memberi peluang kepada bakteria S. pneumoniae merebak dan mencetuskan pelbagai penyakit.
Soalan 2: Apakah kesan-kesan yang akan berlaku kepada kanak-kanak yang dijangkiti oleh Streptococcus pneumoniae?
Jika pesakit dimasukkan ke hospital tanpa sebarang komplikasi, doktor biasanya akan memberi antibiotik selama 5 hari sekurang-kurangnya. Walau bagaimanapun, ibu bapa mungkin perlu menjaga anak-anak mereka ketika penginapan hospital. Ini semua adalah kos-kos tersembunyi. Oleh itu, ibu bapa perlu berfikir secara mendalam. Jika pesakit mempunyai komplikasi yang serius, maka pesakit perlu dirawat dan dijaga selama seumur hidup, pendek kata, kos-kos yang terlibat akan melambung tinggi di masa depan.
Soalan 3: Bagaimana untuk mengelakkan jangkitan Streptococcus pneumoniae?
Pertama, pencegahan yang terbaik adalah vaksinasi, kerana kajian menunjukkan bahawa di negara-negara maju dan pembangunan, banyak kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2, kebanyakan mereka didapati membawa bakteria S. pneumoniae dalam nasofaring masing-masing. In bermakna, di pusat-pusat nurseri, kanak-kanak boleh terdedah dan dijangkiti oleh bakteria ini dengan mudah. Langkah pencegahan kedua yang boleh dijalankan oleh ibu-bapa, adalah menjaga kebersihan, termasuk mencuci tangan dan mengelakkan pendedahan dengan pesakit-pesakit lain, dsb.
Soalan 4: Berapakah dos vaksinasi pneumokokal akan diperlukan ?
Bergantung kepada umur. Kanak-kanak di bawah 6 bulan memerlukan 4 dos vaksin, sekali setiap dua bulan, dan dos terakhir dilakukan selepas 1 tahun. Kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 bulan diberi vaksin dengan 3 dos vaksin. Dos yang terakhir dilakukan selepas 1 tahun. Kanak-kanak berumur 1 dan 2 dikehendaki menerima 2 dos vaksin, manakala kanak-kanak berumur 2 tahun, orang dewasa atau warga tua, mereka hanya memerlukan 1 dos vaksin sahaja.