Health Insure SavvyHealth Insure Savvy
Health Insure Savvy
Check out the latest health news, articles, advice, and trends for you and your family on topics like nutrition, weight loss, popular diets, and exercise.
  • Laman Utama
  • KATEGORI KESIHATAN
  • Hubungi Kami
  • Bahasa Melayu
    • English
    • 中文 (中国)
  • PAUTAN BERGUNA
Menu back  
 
Penyakit Kanak-Kanak, Penyakit Berjangkit, Mumps

Penyakit Gondong
(Mumps)

Penyakit Gondong (Mumps) Merebak Melalui Udara

Penyakit Gondong (Mumps) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan paramyxovirus. Orang yang dijangkiti akan mempunyai gejala-gejala kesakitan dan pembesaran kelenjar parotid, menyebabkan kedua-dua belah pipi membengkak.

Mumps adalah penyakit yang sangat menular dan boleh disebarkan melalui udara akibat batuk, bersin, atau bercakap. Kanak-kanak boleh dijangkiti dengan menghirup titisan air liur pesakit-pesakit apabila mereka terbatuk atau bersentuhan langsung dengan badan. Di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk, kes-kes jangkitan di kalangan kanak-kanak didapati sering berlaku.

Tempoh inkubasi adalah 14 hingga 24 hari

Mumps terutamanya mengakibatkan keradangan kelenjar air liur, dan tempoh terpendamnya, pada umum adalah di antara 14 hingga 24 hari. Pesakit-pesakit mungkin mengalami sakit kepala, kehilangan selera makan, keletihan, dan demam. Kelenjar liur akan terjejas dalam tempoh 24 jam dan suhu badan mungkin meningkat hingga 40 darjah Celcius. Secara amnya, demam boleh berlangsung 1 hingga 3 hari. Dalam tempoh ini, kelenjar air liur bengkak dan berasa sakit. Kira-kira satu suku pesakit-pesakit mengalami pembesaran di sebelah satu pipi sahaja, tetapi tiga suku pesakit-pesakit pula didapati mempunyai pembesaran di kedua-dua pipi. Pesakit-pesakit akan menghadapi kesakitan apabila mengunyah dan menelan, di mana gejala-gejala sebegini berlaku pada peringkat awal.

Apa yang lebih membimbangkan ialah selain daripada menjejaskan kelenjar air liur, mumps juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain. Keadaan ini termasuk orkitis ( Bahasa inggeris : orchitis ) atau oforitis ( Bahasa inggeris : oophoritis ), pankreatitis, nefritis ( Bahasa inggeris : nephritis ), tiroiditis, miokarditis, artritis, mastitis, dan sebagainya. Apabila sistem saraf pusat rosak akibat jangkitan virus, masalah-masalah seperti keradangan meninges ( Bahasa inggeris : meningitis ), diskinesia serebellar ( bahasa inggeris : cerebellar dyskinesia ), dan pekak dalam satu atau kedua telinga mungkin juga berlaku. Di antara ini, kepekakan adalah komplikasi yang paling biasa di kalangan kanak-kanak.

Pengambilan air yang mencukupi, pakai pelindung muka

Kerana penyakit gondong ( mumps ) adalah disebabkan oleh jangkitan virus, maka tidak ada sebarang penawar bagi penyakit ini. Oleh demikian, pesakit-pesakit tidak dapat dirawat dengan antibiotik. Doktor biasanya menggunakan rawatan simptomatik sahaja. Antipiretik boleh digunakan untuk mengawal gejala-gejala demam. Pesakit-pesakit dinasihatkan untuk mengambil air yang mencukupi supaya mengelakkan masalah kekurangan air ( dehidrasi ).

Sudah tentu, mereka yang menderita penyakit ini juga perlu memikul tanggungjawab sosial, dengan memisahkan diri mereka sebanyak mungkin semasa jangkitan dan sentiasa memakai pelindung muka untuk mencegah penyebaran virus. Pesakit-pesakit juga mesti ingat mereka harus menjaga kebersihan dengan baik, dan sentiasa tutup mulut dan hidung masing-masing apabila bersin atau batuk.

Vaksinasi untuk mengelakkan penyakit gondong (mumps)

Walaupun penyakit gondong ( mumps ) masih dianggap sejenis penyakit yang “tiada penawar”, tetapi kita masih boleh mencegah risiko jangkitannya melalui vaksinasi. Menurut Jadual Vaksinasi Kebangsaan, semua kanak-kanak perlu divaksinasikan oleh suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) apabila mereka berusia 9 dan 12 bulan.

Ingat, orang ramai patut menerima vaksinasi mengikut Program Vaksinasi Kebangsaan, kerana ia merupakan satu tanggungjawab sosial untuk setiap rakyat Malaysia.

Nota: Artikel ini hanya digunakan sebagai rujukan orang ramai sahaja. Anda dinasihatkan berunding dengan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas membaca artikel ini.
Sumber: Artikel asal dicetak oleh Sin Chew Daily, Malaysia

Related posts
Keradangan Telinga Tengah
October 11, 2018
Hidung Berdarah – Kanak-kanak
October 11, 2018
Alahan Kanak-Kanak
October 10, 2018
Tuberkulosis (Batuk Kering)
October 7, 2018
Cacing-cacing Parasit
October 7, 2018
Penyakit Cacar Air / Cengkering
October 3, 2018
© 2018 Insure Savvy Sdn Bhd (1244396-D). All Rights Reserved.