Demam Selsema Influenza
Seorang budak berusia 6 tahun, yang sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik, baru-baru ini mengalami demam. Ibunya menganggapnya sebagai demam yang biasa. Dari masa ke semasa, ibu tersebut memberikan anaknya air kelapa, teh herba dan air masak. Ibu berfikir bahawa cara-cara begini adalah berkesan and mencukupi. Akhirnya, ibu ini masih mendapati bahawa suhu badan anaknya menjadi semakin tinggi dan tidak menurun langsung.
Oleh itu, ibu pun bergegas memasukkan termometer ke dalam mulut anaknya. Alat tersebut menandakan demam telah mencapai 39 darjah Celsius.
Tanpa sebarang teragak-agak, ibu itu terus menghantar anaknya ke hospital dengan segera. Selepas melalui beberapa pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa anaknya telah dijangkiti oleh selsema influenza ( influenza ).
Influenza, juga dikenali sebagai selsema bermusim, ia adalah jangkitan virus akut yang mudah tersebar melalui populasi. Kumpulan berisiko tinggi ialah kanak-kanak, wanita hamil, orang tua. Terdapat pesakit-pesakit telah hilang nyawa mereka, oleh kerana komplikasi yang teruk.
Influenza boleh dikelaskan ke dalam Jenis A, B dan C…
Jenis A dan Jenis B influenza adalah yang paling biasa. Kadar pengesanan virus influenza Jenis C adalah agak rendah, dan ia biasanya ia menyebabkan jangkitan yang dikira lebih ringan, dan hanya membawa ancaman kecil terhadap kesihatan awam.
Virus Influenza A dibezakan oleh dua antigen protein yang terdapat di permukaan virus, iaitu hemagglutinin (HA) dan neuraminidase (NA).
Terdapat 16 subjenis virus HA dan 9 NA. Pada amnya, hanya burung yang boleh dijangkiti oleh semua subjenis. Pada jangkitan manusia, didapati H1, 2, 3 dan N1, 2 adalah yang paling biasa. Subjenis virus Influenza adalah H1N1 dan H3N2.
Virus Influenza Jenis B dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Yamagata dan Victoria. Bukan seperti Jenis A, tiada sebarang subjenis influenza Jenis B.
Apakah perbezaan antara influenza dan selsema biasa?
Sesetengah orang tidak tahu perbezaan antara influenza dan selsema biasa. Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus influenza. Gejala utamanya adalah demam yang tinggi.
Pesakit-pesakit influenza mempunyai demam melebihi 38.5 darjah Celsius. Sesetengah orang sememangnya mempunyai demam tinggi dan kemudian perlahan-lahan mengalami sakit sendi, sakit otot, sakit tekak, hidung berair dan gejala lain. Pesakit akan berasa penat, dan keletihannya didapati lebih teruk berbanding dengan selsema biasa. Keadaan pesakit akan menjadi semakin serius juga.
Selsema biasa disebabkan oleh virus-virus lain. Mereka biasanya mempunyai gejala ringan dan tidak menyebabkan komplikasi yang serius. Walau bagaimanapun, jangkitannya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Terdapat satu lagi jenis penyakit yang dikenali sebagai “influenza like illness (ILI)” yang merangkumi pelbagai mekanisme patogenesis yang menyebabkan penyakit seperti selsema. Ia boleh disebabkan oleh batuk, demam, sakit tekak, virus atau bakteria, dan juga selsema. Biasanya, hanya doctor-doktor atau kakitangan perubatan yang terlatih tahu bagaimana membezakan pelbagai jenis selsema ini.
Vaksin untuk perlindungan 4-jenis virus
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan bahawa lima kumpulan risiko utama, iaitu pekerja barisan hadapan, kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun, orang tua berusia 65 tahun, wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit kronik perlu diberi vaksin terhadap influenza untuk mengurangkan risiko komplikasi selsema.
Vaksin selsema tidak termasuk ke dalam program vaksinasi nasional, jadi orang ramai perlu membayar kos vaksinasi masing-masing. Pada masa ini, vaksin influenza yang melindungi empat jenis virus telah dijual di pasaran. Vaksinasi virus influenza juga didapati berkesan terhadap jenis-jenis lain virus influenza, sekurang-kurangnya perlindungan terhadap jangkitan lain adalah lebih baik berbanding dengan orang-orang yang tidak pernah divaksinasi sama sekali.
Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun perlu diberi vaksin dengan dua dos vaksin pada tahun pertama, diikuti dengan satu suntikan setiap tahun seperti biasa, manakala orang dewasa perlu diberi vaksin sekali setahun.
Mungkin sesetengah orang berfikir bahawa sejak influenza dapat disembuhkan, maka tiada keperluan untuk menerima apa-apa vaksinasi. Walau bagaimanapun, doctor-doktor masih menggalakkan orang ramai menerima vaksinasi supaya mereka tidak menghadapi penyakit yang “boleh dicegah” ini, terutamanya kumpulan berisiko tinggi.
Adakah saya dilindungi selepas vaksinasi?
Ia mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mendapat kesan perlindungan selepas vaksinasi dibuat. Oleh itu, sekiranya vaksin hanya diberikan selepas pendedahan virus influenza, berkemungkinan penerima vaksinasi ini masih boleh diserang oleh virus.
Dalam erti kata lain, apabila seseorang telah dijangkiti oleh virus, gejala selsema masih boleh berlaku walaupun vaksin telah diberi. Walau bagaimanapun, selepas pemulihan, vaksin tersebut akan melindungi pesakit daripada serangan selsema seterusnya.
Apabila dijangkiti selsema, sistem imun badan kita bertindak balas dengan menghasilkan daya pertahanan dan juga meninggalkan kenangan pencerobohan virus. Apabila pusingan kedua jangkitan berlaku kemudian, keadaan pesakit tidak akan menjadi teruk seperti jangkitan pertama.
Dalam bidang perubatan, vaksin influenza dihasilkan dengan virus-virus yang tidak aktif. Selepas menerima suntikan, ia boleh mengaktifkan sistem imun kita dan menghasilkan antibodi untuk mencapai kesan perlindungan.