Health Insure SavvyHealth Insure Savvy
Health Insure Savvy
Check out the latest health news, articles, advice, and trends for you and your family on topics like nutrition, weight loss, popular diets, and exercise.
  • Laman Utama
  • KATEGORI KESIHATAN
  • Hubungi Kami
  • Bahasa Melayu
    • English
    • 中文 (中国)
  • PAUTAN BERGUNA
Menu back  
 
Kardiovaskular, Penyakit Kronik, Pembedahan Pintasan Jantung

Pembedahan Pintasan Jantung &
Angioplasti

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pembedahan pintasan jantung telah membuat kemajuan besar dari segi teknologi. Sebagai contoh, doktor pembedahan tidak perlu menggunakan mesin jantung-paru-paru, dimana jantung pesakit masih boleh terus berdetak semasa pembedahan. Oleh itu, tahap kecederaan jantung dan komplikasi pembedahan dapat dikurangkan.

Menurut seorang doktor yang mempunyai pengalaman mejalani lebih daripada 3,000 prosedur pintasan arteri jantung, beliau berpendapat bahawa kes yang paling sukar adalah berkaitan dengan “pesakit tua.” Sebagai contoh, pembedahan pesakit berusia lebih dari 70 tahun, sering sukar dijalankan kerana:

  • Saluran darah pesakit yang lebih tua telah menjadi lemah dan terdegradasi. Semasa menjalani pembedahan, doktor bermungkinan besar akan menghadapi beberapa masalah yang rumit.
  • Umumnya, kesihatan keseluruhan warga tua telah menurun. Pada masa yang sama, mereka juga terdapat komplikasi lain seperti penyakit kencing manis atau vaskular. Oleh itu, apabila menjalani pembedahan pintasan jantung untuk pesakit tua, doktor akan lebih berhati-hati.

Tidak boleh mengelakkan kecederaan semasa pembedahan

Sesetengah doktor berpendapat bahawa pembedahan memang akan mengakibatkan kecederaan. Pendek kata, apabila doktor menggunakan pisau bedah untuk memotong dada pesakit dan memotong saluran darah. Tidakkah ini membawa kecederaan?

Oleh itu, banyak pakar bedah memberi tumpuan kepada pengurangan tahap kecederaan pesakit. Dalam erti kata lain, pesakit tidak patut mengalami cedera parah akibat pembedahan, kerana tujuan rawatan ini adalah suatu pertukaran di antara nyawa pesakit dengan kecederaan ringan.

Sebagai contoh, apabila pakar bedah mengambil vena dari kaki pesakit, dia akan membuat pemotongan sekecil mungkin. Peningkatan lain ialah pendarahan pesakit juga dapat dikurangkan semasa pembedahan dijalankan.

Walaupun begitu, dari segi teknikal, memang amat sukar untuk menjalankan pembedahan semasa jantung pesakit masih berdetak, kerana penguncupan otot-otot jantung masih berlaku, maka kerja-kerja sambungan saluran darah jantung akan bertambah rumit.

Angioplasti (juga dikenali sebagai Angioplasti Belon)

Prosedur jantung yang lain yang dinamakan angioplasti adalah sejenis prosedur invasif yang minimum, ia membuka saluran darah jantung yang sempit atau terhalang. Sudah tentu, pembedahan ini mempunyai kelebihannya. Walau bagaimanapun, pembedahan pintasan jantung masih memainkan peranan penting disebabkan kelebihan tersendiri.

Jika kita menggunakan analogi jalan sebagai satu contoh. Bagaimanakah kita menyelesaikan kesesakan jalan raya? Salah satu cara ialah untuk memperluaskan jalan raya. Pemikiran ini menjadi ilham penciptaan angioplasti. Kaedah ini meniup balon untuk melebarkan saluran darah yang tersumbat dan memasang stent implant supaya menstabilkan saluran darah selepas ia diperluaskan.

Pembedahan pintasan jantung adalah suatu cara seperti membina lebuh raya baru

Cara ini seolah-olah membina jalan baru di atas jalan lama. Pembedahan pintasan jantung, meletakkan satu saluran darah baru di atas saluran darah lama, supaya darah akan mengalir di dalam saluran darah baru. Penyakit jantung yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah akan dapat disembuhkan.

Pembedahan pintasan jantung memberikan kesan jangka panjang yang lebih baik

Sebagai perbandingan, salur darah pintasan baru didapati bertahan lebih lama, sehingga pesakit tidak akan menghadapi masalah selama 30 tahun. Satu lagi kelebihan pembedahan pintasan adalah keupayaannya mengatasi cabaran-cabaran seperti kehadiran 3-koronari tersumbat atau masalah saluran darah yang lain. Oleh demikian, pembedahan pintasan masih dianggap sebagai satu strategi terbaik untuk merawat penyakit koronari jantung masa kini.

Nota: Artikel ini hanya digunakan sebagai rujukan orang ramai sahaja. Anda dinasihatkan berunding dengan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas membaca artikel ini.
Sumber: Artikel asal dicetak oleh Sin Chew Daily, Malaysia

Related posts
Strok Penyebab Maut Utama
October 11, 2018
Osteoporosis
October 11, 2018
Leher Sakit, Leher Kaku
October 10, 2018
Inkontinensia Kencing
October 10, 2018
Alahan Kanak-Kanak
October 10, 2018
Lonjakan Tekanan Darah Tinggi Waktu Pagi
October 9, 2018
© 2018 Insure Savvy Sdn Bhd (1244396-D). All Rights Reserved.