Hemoroid (Buasir)
Hemoroid (Buasir) boleh menyebabkan kanser kolon (barah usus besar)?
Gejala-gejala kedua-dua hemoroid dan kanser kolon adalah pendarahan dan sembelit. Bagaimanakah membezakan di antara kedua-dua jenis penyakit ini?
Sembilan puluh peratus daripada kanser kolon disalah anggap sebagai hemoroid (buasir) pada peringkat awal. Malah, hemoroid langsung tiada kaitan dengan kanser kolon, dan hemoroid tidak akan berubah menjadi kanser. Satu-satunya kesamaan antara kedua-dua jenis penyakit adalah gejala-gejala permulaan seperti pendarahan, sembelit, sehingga mengelirukan pesakit-pesakit dengan mudah. Pesakit-pesakit yang mengidapi kanser kolon sering melihat gejala pendarahan adalah disebabkan oleh hemaroid, dan oleh itu kebanyakan pesakit-pesakit kanser kolon tidak menerima pemeriksaan yang lebih lanjut, sehingga menyebabkan penangguhan rawatan masing-masing.
Menganalisis data kesihatan pemeriksaan kolonoskopi di hospital-hospital terkemuka, hampir 90% daripada subjek-subjek yang mempunyai hemoroid (hemoroid dalaman atau luaran), dokotor-doktor mendapati kewujudan polip atau tumor juga di dalam usus-usus mereka, terutamanya, didapati nisbah yang agak tinggi di mana polip hadir di dalam usus. Rata-rata, 1 orang untuk setiap 5 orang didapati ada polip.
Pakar doktor menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis keadaan perubatan, iaitu hemoroid, polip usus dan kanser kolon, hanya dua jenis terakhir didapati berkaitan. Hemoroid sendiri disebabkan oleh faktor-faktor fizikal seperti kelonggaran dan pengembangan struktur vaskular dalam dubur. Polip usus adalah akibat hiperplasias sel-sel membran mukus yang membentuk penonjolan di atas permukaan mukosa; kira-kira 95% kanser kolon adalah disebabkan oleh polip adenoma yang mengalami perubahan berciri “kanser”.
Di samping itu, polip dan kanser kolon dikaitkan dengan gen-gen tertentu. Kedua, ia juga berkaitan dengan faktor-faktor seperti gaya hidup, makanan berserat rendah, diet tinggi dengan lemak, obesiti, dan kekurangan senaman. Walau bagaimanapun, hemoroid semata-mata disebabkan oleh tabiat yang diperolehi. Ia tidak berkaitan dengan keturunan.