Health Insure SavvyHealth Insure Savvy
Health Insure Savvy
Check out the latest health news, articles, advice, and trends for you and your family on topics like nutrition, weight loss, popular diets, and exercise.
  • Laman Utama
  • KATEGORI KESIHATAN
  • Hubungi Kami
  • Bahasa Melayu
    • English
    • 中文 (中国)
  • PAUTAN BERGUNA
Menu back  
 
Penyakit Kronik, Sistem Penghadaman, Dyspepsia

Dispepsia Berfungsi
(Bahasa Inggeris : Functional Dyspepsia)
&
Sindrom Rengsa Usus
(Bahasa Inggeris : Irritable Bowel Syndrome)

Kes kajian :

Anak saudara saya hanya berusia 16 tahun tahun ini, tetapi dia sering mengalami perut yang kembung atau cirit-birit. Dia mengambil air halia dan ubat anti-cirit-birit. Tetapi selepas beberapa ketika, dia masih mengalami cirit-birit berulang-kali. Kami agak bimbang sekarang, kerana keadaannya nampak semakin buruk.

Soalan 1: Adakah ini sejenis penyakit perut?
Atau disebabkan oleh penyakit-penyakit lain?

Berdasarkan keadaan yang anda nyatakan, anak saudara anda mungkin menghadapi keadaan perubatan yang dinamakan dispepsia berfungsi ( Bahasa Inggeris : Functional Dyspepsia ) atau masalah ketidaksanggupan mencerna. Malah, dispepsia berfungsi adalah sejenis penyakit yang sangat umum, di mana ia menyumbangkan sebanyak 70% daripada pesakit-pesakit yang mengalami ketidakselesaan perut.

Ia mengandungi salah satu gejala-gejala berikut:

  1. Kembung
  2. Sakit perut atau rasa sensasi terbakar di dalam perut
  3. Berasa kenyang dengan awal selepas makan.

Di samping itu, sindrom rengsa usus juga boleh menyebabkan dispepsia berfungsi. Oleh itu, pesakit-pesakitnya juga mungkin mengalami cirit-birit. Ramai pesakit juga mengalami gejala psikiatri seperti arik, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala, dan kekurangan tumpuan jiwa.

Bagaimana untuk mendiagnosisnya? Pertama sekali, kita mesti memastikan bahawa tiada gejala-gejala amaran seperti kehilangan berat badan, anemia, muntah, najis gelap, kesukaran menelan, massa abdomen dan penyakit kuning, atau umur pesakit yang kurang daripada 50 tahun, dan lain-lain. Jika salah satu gejala-gejala ini hadir, pesakit-pesakit mesti menerima pemeriksaan menyeluruh dan endoskopi perut.

Dispepsia berfungsi yang memerlukan diagnosis secara pengecualian, pesakit-pesakit harus melakukan pemeriksaan rutin seperti darah, air kencing, dan pemeriksaan fizikal untuk menolak penyebab lain satu demi satu.

Dari segi rawatan, ia boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Rawatan Tanpa Dadah dan Rawatan Ubat

Rawatan tanpa dadah

  1. Gaya hidup dan tabiat makan yang baik
  2. Elakkan minuman alkohol dan merokok
  3. Makan lebih banyak makanan berserat tinggi

Rawatan Ubat

  1. Ambil ubat-ubatan yang menghalang rembesan asid gastrik di bawah arahan para doktor. Inhibitor H2 antagonis ( Bahasa inggeris : H2 antagonist inhibitor ) atau perencat pam proton ( Bahasa inggeris : proton pump inhibitor ) boleh digunakan secara selektif. Secara umumnya, ubat-ubatan ini digunakan untuk pesakit-pesakit yang mengalami sakit perut dan gejala-gejala disebut di atas.
  2. Atau mengambil ubat prokinetik untuk merangsang penguncupan otot-otot perut, secara amnya diguna untuk pesakit-pesakit di mana perut abdomen atas yang kembung dan mengalami kekenyangan awal sebagai gejala-gejala utama. Contoh-contoh ubat – metoclopramide atau domperidone.
  3. Pembasmian Helicobacter pylori boleh membawa kesan-kesan tertentu untuk mengurangkan gejala-gejala dispepsia berfungsi.
  4. Ubat anti-depresi ( Bahasa inggeris : anti-depressants )

Jika ketiga-tiga rawatan di atas didapati masih tidak berkesan, dan pesakit-pesakit menghadapi masalah-masalah mental, mungkin mereka boleh mencuba ubat-ubatan anti depresi.

Walau bagaimanapun, adalah disyorkan bahawa anda membawa anak saudara pergi berjumpa doktor supaya boleh melaksanakan penyiasatan yang mendalam untuk mengetahui penyebab utama keadaan perubatannya.

Nota: Artikel ini hanya digunakan sebagai rujukan orang ramai sahaja. Anda dinasihatkan berunding dengan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas membaca artikel ini.
Sumber: Artikel asal dicetak oleh Sin Chew Daily, Malaysia

Related posts
Strok Penyebab Maut Utama
October 11, 2018
Osteoporosis
October 11, 2018
Leher Sakit, Leher Kaku
October 10, 2018
Inkontinensia Kencing
October 10, 2018
Alahan Kanak-Kanak
October 10, 2018
Lonjakan Tekanan Darah Tinggi Waktu Pagi
October 9, 2018
© 2018 Insure Savvy Sdn Bhd (1244396-D). All Rights Reserved.