Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik
(Bahasa Inggeris: Chronic Obstructive Pulmonary Disease, COPD)
Kebanyakan penyakit paru-paru adalah disebabkan oleh kegiatan merokok. Tabiat merokok bukan hanya merosakkan kesihatan para perokok sendiri, malah ia juga mempengaruhi orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Walaupun mereka hanya menghisap asap rokok secara tidak langsung, kebanyakan mereka mungkin akan mengalami pelbagai penyakit paru-paru juga, misalnya penyakit paru-paru obstruktif kronik.
Menurut Kajian Perokok Dewasa Sedunia 2011, didapati lebih 43% lelaki di Malaysia adalah perokok, iaitu sejumlah 2.3 juta orang. Lebih-lebih lagi sebanyak 7.6 juta orang akan terdedah kepada kesan-kesan merokok di persekitaran rumah dan tempat bekerja, tidak menghiraukan sama ada mereka menghirup asap secara langsung atau secara tidak langsung. Kebanyakan kes-kes berkaitan dengan Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik (COPD) di Malaysia, memang didapati berkait rapat dengan tabiat merokok.
20 haribulan, November adalah Hari Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik Sedunia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 20 November sebagai Hari Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik Dunia, untuk mengingatkan semua orang patut memberi perhatian kepada masalah-masalah penyakit paru-paru kronik. Rupa-rupanya, penghentian merokok bolehlah dianggap sebagai satu langkah utama untuk mengurangkan gejala-gejala penyakit COPD.
COPD adalah sejenis penyakit paru-paru yang teruk di mana ia tidak dapat dipulihkan atau diubati. Apabila kesihatan seseorang pesakit terus merosot, sukar bagi dia menaiki tangga dan juga menghadapi pelbagai cabaran semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian yang lain.
Walau bagaimanapun, jika rawatan yang betul disediakan, ia akan dapat membantu pesakit-pesakit melegakan beberapa gejala dan mengurangkan kesan-kesan negatif penyakit di dalam kehidupan harian mereka. Diagnosis yang awal dan rawatan yang tepat pada masa, memang akan membantu mengurangkan kemerosotan fungsi paru-paru serta menguruskan gejala-gejala penyakit dengan lebih baik.
COPD adalah sejenis penyakit yang menyerang bronkial-bronkial di dalam paru-paru. Apabila saluran-saluran pernafasan disempit, pesakit mungkin terasa sesak nafas. COPD adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan secara kekal. Merokok adalah punca utama yang membawa kepada penyumbatan saluran-saluran udara.
Mengikut pengalaman klinikal yang lepas, pesakit-pesakit COPD biasanya mengalami dispnea ( kesesakan nafas ) dan batuk bersama penghasilan dahak, di samping itu, ada gejala keletihan yang amat jelas pada waktu pagi. Sekiranya COPD diabaikan, ia mungkin boleh bertambah buruk sehingga menjadi kanser paru-paru kemudian. Pada masa yang sama, ketika kejadian penyakit ini bermula, bukan sahaja paru-paru, malah organ-organ badan lain akan terjejas juga, termasuk jantung dan tulang.
80% kes COPD disebabkan oleh tabiat merokok. Selain daripada rokok, definisi merokok juga merangkumi jenis merokok yang lain yang berlaku di pelbagai persekitaran, termasuk tempat-tempat kerja. Sebagai contoh, di China dan India, ramai orang menjual makanan. Kebanyakan mereka memasak dengan kayu api. Di Malaysia, kami juga mempunyai contoh seperti ikan goreng (lekor) di Terengganu, di mana mereka dipanggang di atas kayu arang, maka ramai pekerja makanan didapati telah menyedut asap selama bertahun-tahun. Oleh itu, keadaan sebegini juga boleh dianggap sebagai sejenis kegiatan merokok.
Menurut rekod-rekod yang lepas, terdapat 448,000 pesakit COPD di Malaysia. Pada tahun 2008, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM922 juta untuk merawat penyakit paru-paru. Walaupun hanya 440,000 orang dilapor mengalami masalah-masalah COPD berdasarkan angka-angka rasmi di Malaysia, bilangan pesakit yang sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi kerana jumlah perokok telah menyumbang sebanyak 43% populasi di Malaysia.
Hanya 20% daripada 440,000 pesakit COPD di Malaysia yang telah menerima rawatan masing-masing. Baki 60-70% pesakit-pesakit akan mengalami kemerosotan kesihatan secara beransur-ansur dalam tempoh 2 hingga 4 tahun selepas diagnosis mereka dibuat. Rata-rata, pesakit-pesakit boleh menghabiskan masa sekitar 3 hari setahun untuk menerima rawatan-
rawatan di hospital-hospital. Oleh itu, COPD yang serius akan mempengaruhi kehidupan harian pesakit-pesakit.
Merokok adalah penyebab utama penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).
Hanya perlu melakukan ujian fungsi paru-paru untuk membuat pengesahan penyakit. Jika sesiapa yang disyaki mengalami COPD, maka doktor boleh mengesahkan diagnosis dengan melakukan ujian fungsi paru-paru (spirometri).
Ramai orang umum masih tidak tahu tentang COPD. Mereka tidak mendapatkan sebarang nasihat perubatan sehingga menderita pelbagai gejala. Senario ini menyumbang sebanyak 50% kes-kes pesakit. Ramai orang masih berfikir bahawa sesak nafas hanyalah sejenis masalah kesihatan semulajadi, oleh itu mereka biasanya mengambil ringan begitu sahaja, sehingga menyebabkan banyak pesakit tidak dirawat pada masa permulaan penyakit. Malah, penyakit paru-paru bagaikan serangan jantung. Sebaik sahaja kerosakan paru-paru berlaku, ia tidak akan dapat dibaiki lagi pada masa depan.
Terdapat pelbagai tahap COPD, di mana didapati kesihatan pesakit-pesakit akan merosot dengan berterusan dan perlahan-lahan. Sebenarnya, pesakit-pesakit COPD tiada peluang untuk memperbaiki keadaan masing-masing seperti penyakit paru-paru lain, misalnya penyakit asma.
Pada masa lalu, apabila pesakit-pesakit dirawat pada peringkat awal COPD, para doktor akan memberi ubat steroid, meskipun cara ini berkemungkinan membawa kesan-kesan sampingan. Kini, doktor-doktor telah mengurangkan penggunaan ubat steroid. Bagaimanapun, kesihatan pesakit-pesakit adalah berbeza. Sesetengah orang memerlukan ubat steroid, manakala ada pesakit lain pula yang tidak bergantung ubat sebegini, bergantung kepada gejala-gejala individu semasa. Pada asasnya, apabila seseorang pesakit tidak mendapat sebarang penambahbaikan selepas mengambil beberapa jenis ubat bronkodilator ( Bahasa inggeris : bronchodilator ) yang bertindak masa panjang, maka dia perlu mengambil ubat steroid kemudian.
COPD tidak dapat diubati
Walaupun COPD tidak dapat dipulih, tetapi apabila seseorang pesakit menerima rawatan yang sesuai, sekurang-kurangnya tindakan sedemikian dapat mengurangkan gejala-gejala dan kadar kemerosotan kesihatan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dielakkan, para pesakit akan terus merasakan kesihatan mereka semakin memburuk apabila penyakit mereka memasuki ke peringkat yang lebih serius.
Selain mengalami kesakitan fizikal, pesakit-pesakit juga akan menanggung beban berat akibat pelbagai gejala, seperti ketidakupayaan bekerja kerana masalah-masalah kesihatan yang disebabkan oleh COPD, jadi pesakit-pesakit harus mencari cara untuk meningkatkan pengawasan penyakit masing-masing.
COPD adalah sejenis penyakit yang didapti berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Eropah. Bilangan pesakit wanita didapati terus meningkat. Mengambil negara Jerman sebagai contoh, terdapat peningkatan jumlah pesakit di kalangan wanita yang sudah mengidapi COPD atau kanser paru-paru. COPD adalah sejenis masalah kesihatan berkaitan dengan bronkial-bronkial di dalam paru-paru. Oleh itu, untuk memperbaiki gejala-gejala pesakit, adalah perlu untuk meningkatkan fungsi paru-paru dan mengurangkan simptom-simptom demi mencegah kemerosotan selanjutnya.
Ramai orang berasa bingung terhadap penyakit asma dan COPD, di mana kedua-dua jenis penyakit paru-paru ini adalah berbeza dari segi perubatan. Penyakit asma tidak boleh mengelakkan gejala seperti sesak nafas, sebaliknya, pesakit COPD boleh menghalang gejala sedemikian daripada berlaku. Yang penting, mereka mesti mendapatkan rawatan awal untuk mengawal keadaan COPD masing-masing.
Ramai pesakit menggunakan ubat bronkodilator yang bertindak lama, tetapi separuh daripada pesakit masih merasa sangat sukar untuk menggunakannya secara jangka masa panjang. Kira-kira 30% daripada mereka mesti pergi ke hospital untuk mendapat rawatan.
Di masa lalu, kedua-dua ubat LAMA dan LABA adalah ubat-ubat utama yang digunakan untuk merawat pesakit-pesakit COPD, manakala Ultibro Breezhaler adalah gabungan kedua-dua ubat yang berfungsi dengan lebih berkesan untuk mengawal gejala-gejala COPD. Pada masa ini, 11 ujian klinikal ubat baru telah dijalankan di seluruh dunia, dan lebih daripada 10,000 orang telah mengambil bahagian dalam ujian ini, di mana ia menunjukkan ubat baru dapat memperbaiki keadaan sesak nafas pada waktu pagi dan fungsi paru-paru, dengan itu dapat memperlambat kemerosotan pesakit-pesakit COPD yang yang berada di peringkat sederhana dan parah. Oleh itu ubat baru ini boleh digunakan sebagai ubat barisan pertama.
Alat penghirup serbuk kering memberi kesan rawatan yang lebih cepat daripada ubat oral
Ultibro Breezhaler adalah sejenis rawatan bebas daripada steroid, yang menggabungkan dua jenis bronkodilator yang berbeza, supaya meningkatkan aliran-aliran udara di dalam paru-paru dan boleh menghalang penyempitan saluran-saluran pernafasan. Ia juga melegakan otot-otot dinding dalam saluran-saluran udara paru-paru yang kecil, membolehkan udara bergerak masuk dan keluar dari paru-paru, sehingga mengurangkan masalah-masalah sesak nafas.
Pada masa yang sama, Breezhaler Ultibro juga ditadbir dengan cara yang berbeza berbanding dengan ubat-ubatan generik, di mana ia akan menggunakan alat penghirup serbuk kering untuk menyampaikan ubat ke dalam badan. Alat penghirup ini mempunyai rintangan aliran udara yang rendah supaya ubat dapat memasuki paru-paru dengan lebih cepat dan berupaya memberi keberkesanannya dalam masa 5 minit sahaja. Ia hanya diambil sekali setiap hari untuk meneruskan kesan bronkodilasi selama 24 jam, sebanyak 26 minggu. Ini juga merupakan sejenis bronkodilator bertindak lama yang pertama di Malaysia di mana ia boleh diambil melalui alat penghirup.
Ubat ini telah diluluskan oleh Pentadbiran Dadah Kementerian Kesihatan pada bulan Februari pada Tahun 2017. Pada masa ini, kira-kira 60 negara di seluruh dunia telah menggunakan ubat ini.
Ubat bronkodilator Ultibro Breezhaler menggunakan alat penghirup serbuk kering untuk menyedut ubat-ubatan supaya memberi keberkesanan yang lebih cepat berbanding dengan ubat oral.
Penyebab-penyebab COPD
- Sebab utama adalah merokok, sama ada perokok secara langsung atau tidak langsung;
- Punca-punca lain termasuk pendedahan kepada persekitaran tertutup yang tercemar (seperti penggunaan bahan-bahan api pepejal untuk memasak dan pemanasan), pencemaran luaran, habuk-habuk pekerjaan dan bahan-bahan kimia (wap dan asap), dan jangkitan yang kerap berlaku di bahagian bawah sistem pernafasan ketika zaman kanak-kanak.
Gejala-gejala COPD
- Gejala-gejala termasuk dipsnea ( kesesakan nafas ), batuk yang tidak normal, batuk jangka panjang, dan rasa sesak dada. Didapati semasa bangun pada waktu pagi, ia adalah masa yang paling sukar kepada pesakit-pesakit. Malah akitivti-aktiviti harian biasa seperti bangun, mandi, menukar pakaian juga akan menjadi tugas-tugas yang berat kepada para pesakit.
Kesan-kesan COPD
- Terdapat 210 juta orang pesakit COPD di seluruh dunia, dan dianggarkan bahawa menjelang 2030, ia akan menjadi salah satu daripada penyebab maut yang utama di dunia;
- Walaupun COPD umumnya dianggap sebagai penyakit bagi kumpulan warga tua, tetapi hamper 50% daripada pesakit-pesakit kini adalah berusia 65 tahun atau ke bawah;
- Di Malaysia, pesakit-pesakit COPD yang berada di peringkat sederhana adalah berusia 30 tahun ke atas. Kumpulan ini dianggarkan kira-kira 4.55%;
- Lebih daripada 90% pesakit-pesakit yang meninggal dunia akibat COPD adalah berasal dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, ini menunjukkan bahawa negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana masih tidak melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COPD yang berkesan;
Rawatan Dan Kawalan
- Setakat ini, COPD masih merupakan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, tetapi rawatan dan ubahsuai gaya hidup masih boleh membantu pesakit-pesakit memperbaiki kesihatan mereka, menjalani kehidupan yang lebih aktif, dan melambatkan kadar kemerosotan penyakit;
- Menghentikan merokok adalah langkah paling penting untuk pesakit-pesakit COPD;
- Ubat boleh membantu memperbaiki gejala-gejala penyakit;
- Terapi dan kaedah lain untuk memperbaiki gejala-gejala termasuk: terapi pemulihan paru-paru, terapi oksigen, dan pembedahan.
If you are going for finest contents like I do, only go to see this website
everyday because it presents quality contents, thanks https://918.network/downloads/84-lpe88
Thank you. Please help us to invite more of your contacts to visit our page
You ought to take part in a contest for one of the finest websites on the internet.
I am going to recommend this blog! https://918.network/casino-games/68-rollex11
Thank you for the support. Your word of encouragement will definitely motivate us to publish more