Katarak / Bular
Ramai orang telah salah faham tentang katarak dan berfikir bahawa mereka mesti menunggu sehingga katarak menjadi “matang” sebelum mereka boleh menerima rawatan pembedahan. Malah, sebaik sahaja pesakit-pesakit mula merasa penglihatan mereka telah terjejas, maka mereka harus menerima rawatan secepat mungkin. Sesetengah orang enggan menerima rawatan pembedahan kerana kehadiran risiko serta ketakutan terhadap proses pampasan insurans.
Katarak adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekeruhan kanta mata, yang akhirnya membawa kerosakan penglihatan kepada pesakit-pesakit. Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “katarak kongenital” dan “katarak diperolehi”. Katarak diperolehi adalah agak biasa di kalangan orang umum. Katarak jenis ini adalah salah satu penyakit umum bagi warga tua. Ia adalah disebabkan oleh process penuaan semula jadi, di mana kanta mata perlahan-lahan mengeras dan menjadi keruh.
Umur purata pesakit katarak di Malaysia adalah di antara 50 dan 60 tahun. Pesakit kencing manis mungkin didapati lebih muda, iaitu berusia di antara 35 dan 50 tahun. Apabila pesakit masih muda, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, dinasihati berbuat demikian sebaik sahaja selepas mereka menghadapi masalah mata masing-masing. Sudah tentu, diagnosis dan rawatan awal akan membantu menghindari risiko kebutaan.
Salah satu faktor risiko katarak adalah keturunan keluarga. Walaupun para saintis tidak menemui gen penyebab setakat ini, tetapi ia telah menjadi satu fakta umum bahawa katarak adalah sejenis penyakit mata, yang lazimnya didapati di kalangan orang Asia. Oleh demikian, sekiranya mana-mana ahli keluarga telah menghidapi penyakit katarak, maka ahli keluarga yang lain haruslah diperiksa awal juga.
Ia mungkin dapat menangguhkan perkembangan penyakit ini, melalui gaya hidup yang sihat dan kesedaran mengelakkan radiasi sinaran ultraungu. Kaedah-kaedah ini dianggap boleh mencegah katarak pramatang.
Hari ini, masih tidak ada sebarang ubat yang dapat mencegah atau menangguhkan katarak. Jadi jangan percaya khabar angin bahawa terdapat ubat yang boleh mencapai tujuan ini. Pembedahan adalah satu-satunya rawatan untuk katarak pada masa kini.
Tidak boleh dinafikan pembedahan mungkin boleh membawa sedikit sebanyak risiko, akan tetapi berdasarkan pengalaman klinikal semasa, kebanyakan pembedahan katarak adalah selamat tanpa membawa kesan sampingan kepada pesakit.
Katarak boleh disembuhkan melalui pembedahan, dan biasanya ia boleh disiapkan sekaligus. Jika katarak tidak dapat dirawat sepenuhnya semasa pembedahan pertama, maka pembedahan kedua akan menyelesaikan tugas tersebut.
Masalah katarak di Malaysia adalah sangat biasa, sebahagiannya disebabkan oleh kesedaran orang ramai yang kurang mencukupi serta masalah ekonomi pesakit-pesakit. Walaupun kos pembedahan di hospital-hospital kerajaan hanya memerlukan beberapa ratus ringgit untuk membeli kanta buatan, sesetengah rakyat Malaysia masih tidak mampu membayar kos begini, apatah lagi hospital-hospital swasta yang mengenakan sekurang-kurangnya beberapa ribu ringgit. Ramai pesakit sedar bahawa mereka mengalami masalah katarak, namun mereka tidak berani mendapat rawatan dengan segera atas kebimbangan kewangan, sehingga kebutaan berlaku pada akhirnya.
Ramai orang menganggap katarak hanya berkaitan dengan nasib atau proses penuaan biasa sahaja. Mereka menerima hakikat bahawa penglihatan memang akan merosot dalam jangka masa panjang.
Selain daripada usia sebagai salah satu punca utama katarak, faktor lain seperti penyakit kencing manis, miopia, kecederaan mata, pendedahan cahaya matahari dalam jangka panjang, dan penyakit semula jadi lain, akan menyebabkan kejadian penyakit katarak.