Teknologi-Teknologi Baru Meningkatkan
Kadar Hidup Pesakit Kanser
Kanser pernah dianggap sebagai salah satu penyakit terminal. Oleh kerana perkembangan teknologi-teknologi yang baru, kini terdapat peluang yang lebih tinggi untuk mengubati kanser berbanding masa lalu. Untuk kes-kes yang lebih serius, walaupun ada pesakit-pesakit kanser dianggap tidak dapat diubati, namun doktor-doktor mereka masih dapat mengawal keadaan penyakit dengan lebih baik bersama-sama peningkatan kualiti hidup , di samping, melanjutkan tempoh hidup pesakit-pesakit.
Penyelidikan teknologi-teknologi baru ini meliputi kedua-dua bidang penting seperti terapi dan pengesanan. Oleh demikian, para doktor dapat menyesuaikan dan memperibadikan kaedah rawatan kanser, lalu meningkatkan peluang pesakit untuk mendapat pemulihan. Pembangunan ini juga akan menyingkirkan amalan terdahulu yang semata-mata bergantung pada terapi piawai untuk mencapai keberkesanan. Sudah tentu, hasil-hasil rawatan masih sangat bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit dan keterukan semasa penyakit.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dua teknologi baru telah banyak digunakan dalam rawatan kanser, iaitu biomarker kanser dan onkologi intervensional. Yang pertama dapat mengukur bahan yang dihasilkan oleh sel-sel tumor dan membolehkan terapi kanser sasaran dijalani; manakala yang kedua adalah sejenis rawatan mikrosurgikal, yang dilakukan terutamanya untuk pesakit yang dikenalpasti tidak sesuai untuk menerima terapi kanser jenis lain.
Biomarker kanser
Terapi Kanser Peribadi
Biomarker kanser adalah teknologi pengesanan baru yang membantu pesakit kanser mencari ciri-ciri tumor, supaya para doktor dapat memperibadikan terapi mereka dan mengelakkan kesan sampingan yang disebabkan oleh terapi piawai yang kurang sesuai. Teknologi baru ini sangat membantu pesakit apabila mereka ingin mencari terapi yang lebih baik.
Walaupun tidak semua tumor mempunyai biomarker tersendiri, lagipun setiap orang atau setiap kanser akan mempunyai keadaan kesihatan dan patologi yang berbeza. Akan tetapi pada umumnya, kanser paru-paru sel kecil, kanser kolon, dan bahkan kanser payudara, masing-masing mempunyai biomarker yang dapat dikesan.
Pada masa ini, kanser paru-paru menyumbang kira-kira 40% daripada semua kes kanser di Malaysia, sebaik sahaja biomarkernya dijumpai, ia membolehkan doktor mengenal pasti lebih banyak terapi yang sesuai dan meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Bagi kanser paru-paru sel kecil, kerana biomarkernya tidak jelas, agak sukar untuk mengesan mereka semasa ujian, oleh itu kanser paru-paru sel kecil akan dirawat oleh jenis rawatan lain.
Ujian biomarker kanser tidak dianggap baru di Malaysia. Ia telah diperkenalkan selama 4 hingga 5 tahun. Sekarang banyak makmal tempatan sudah dapat melakukan ujian tersebut dan tidak perlu menghantar sampel pesakit ke negara-negara asing lagi. Ujian biasanya dijalankan di hospital-hospital tempatan, di mana keputusannya dapat diperolehi dalam jangka masa 2 hingga 5 hari.
Walau bagaimanapun, ujian ini perlu dijalankan oleh hospital-hospital yang boleh dipercayai dan bereputasi, kerana keputusan yang tidak tepat akan menyebabkan rawatan kanser yang tidak betul, akhirnya menyebabkan lebih banyak keburukan berbanding dengan penggunaan terapi kanser piawai.
Ujian untuk memperibadikan terapi
Ujian pengesanan biomarker boleh dilakukan di Malaysia, kecuali beberapa ujian lanjutan lain, seperti “Next Generation Sequencing” (NGS), yang mesti dihantar ke negara asing, di mana kosnya didapati lebih tinggi, di antara RM20,000 hingga RM25,000.
Eksperimen klinikal menunjukkan bahawa, berdasarkan rawatan yang dibuat oleh biomarker, pesakit pada umumnya bertindak balas kepada 50 hingga 60% daripada terapi, dan sesetengah pesakit mempunyai 80% hingga 95% daripada segi kadar tindak balas. Ini menunjukkan tanda-tanda terapi yang berkesan.
Walaupun sesetengah pesakit kanser tidak dapat diubati, masih ada kemungkinan pesakit tersebut boleh mendapat rawatan sasaran supaya penyakit kanser boleh dikawal dengan lebih baik. Di samping itu, ia juga melanjutkan tempoh hidup pesakit-pesakit, dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Pesakit-pesakit juga tidak perlu menanggung kesan sampingan atau menerima apa-apa terapi kurang sesuai lagi. Selain itu, wang mereka tidak akan dibazirkan.
Melalui keputusan ujian biomarker, terapi peribadi boleh dirumuskan untuk pesakit. Oleh itu, pesakit boleh mendapatkan ubat-ubatan yang berkesan secara langsung. Apabila pesakit didiagnosis dengan kanser, doktor akan menasihati pesakit untuk melakukan ujian biomarker. kecuali kansernya adalah berjenis jarang atau ketiadaan biomarker. Pada akhirnya, pengalaman dan penilaian doktor adalah penting untuk membuat keputusan sedemikian.
Pada masa ini, terdapat juga satu lagi kaedah ujian baru – biopsi cecair yang mengeluarkan darah dan menyiasat gen-gen kanser. Relatifnya, ujian ini didapati kurang tepat berbanding dengan ujian biomarker. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit yang dipasti tidak sesuai menjalani ujian biomarker, mungkin mereka akan dinasihatkan menerima ujian biopsi cecair sebagai satu alternatif.
Onkologi intervensional
Onkologi intervensional adalah salah satu pilihan rawatan untuk pesakit kanser. Ia hanya dilakukan dengan pembedahan invasif yang minimal, maka pesakit tidak lagi perlu menanggung risiko pembedahan besar.
Onkologi intervensional digunakan berdasarkan peringkat-peringkat kanser. Peringkat kanser yang berbeza mempunyai pelbagai jenis terapi masing-masing. Pada peringkat awal kanser, jarum kecil digunakan untuk rawatan ablasi ( ablation ). Semasa peringkat kanser pertengahan, tumor didapati membesar, rawatan embolisasi, juga dikenali sebagai kemoembolisasi arteri, akan digunakan untuk “meracun dan membunuh” tumor.
Dalam kes-kes kanser peringkat lanjut, biasanya pesakit-pesakit tidak dapat disembuhkan, tetapi mereka masih boleh menghadapi pelbagai masalah perubatan seperti edema pulmonari (cecair dalam paru-paru) dan kesukaran bernafas. Pada awalnya, doktor akan menggunakan jarum atau kateter kecil untuk mengalirkan cecair pesakit-pesakit dan memperbaiki keadaan mereka. Rawatan-rawatan lain barulah boleh dilaksanakan selepas ini.
Ramai rawatan kanser semasa tidak memerlukan pembedahan besar, kerana rawatan ablasi ( ablation ) dengan panduan imej-imej, secara beransur-ansur telah menggantikan pembedahan besar, terutamanya untuk rawatan kanser peringkat awal.
Sebagai contoh, peringkat awal kanser hati dianggap sesuai untuk menggunakan terapi onkologi intervensional. Malah untuk beberapa kes-kes peringkat lanjut, sejak sel-sel kanser telah tersebar luas, maka kemoterapi yang agresif tidak lagi menjadi pilihan rawatan. Di bawah keadaan sedemikian, doktor masih boleh menggunakan terapi onkologi intervensional untuk merawat pesakit.
Berdasarkan dari perkembangan kanser semasa, hanya 20% pesakit yang didiagnosis pada kali pertama, didapati sesuai untuk pembedahan, contohnya peringkat awal pesakit kanser hati. Oleh sebab pengesanan yang awal, fungsi-fungsi hati masih dianggap mencukupi untuk mengatasi kesan sampingan operasi selepas penyingkiran tumor, maka reseksi sedemikian dikira boleh dilaksanakan. Malangnya, kebanyakan pesakit kanser didiagnosis semasa peringkat pertengahan atau peringkat lanjutan. Ini menjelaskan bahawa mengapa hanya 20% pesakit-pesakit yang disahkan sesuai untuk menjalani rawatan sebegini.
Hepatitis B adalah sejenis hepatitis yang biasa didapati di Asia, dan ia juga merupakan salah satu punca utama kanser hati. Proses dari jangkitan sehingga kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun. Walaupun Malaysia dan New Zealand telah memulakan program vaksinasi seluruh negara untuk hepatitis B pada tahun 1990-an, hepatitis B masih mengancam orang yang berumur lebih dari 40 tahun. Statistik menunjukkan bahawa, kini ramai pesakit kanser hati adalah orang berumur 50 hingga 60 tahun, jadi risiko hepatitis B masih wujud di negara kita.
Program vaksinasi hepatitis B, sememangnya membantu pengurangan bilangan kanser hati. Sebagai contoh, Taiwan melaksanakan program vaksinasi lebih awal daripada Malaysia. Oleh itu, bilangan kes kanser hati di Taiwan didapati telah menurun. Pada masa ini, kanser hati masih menjadi kanser biasa di Asia, terutama di China, kerana jumlah penduduk yang terlalu besar, sehingga tidak semua orang telah divaksinkan, jadi risiko masih dikira agak tinggi di China sekarang.
Kita boleh meramalkan bahawa jumlah kes hepatitis B di Malaysia dan Singapura akan berkurangan pada masa akan datang, tetapi ia akan digantikan oleh ancaman hati berlemak, kerana kegemukan tubuh di kedua-dua negara akan terus meningkat.
Hati berlemak tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil, kerana ia juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor risiko yang menyebabkan kanser hati. Oleh itu, kawalan diet adalah sangat penting. Risiko perubatannya tidak hanya berkaitan dengan penyakit kencing manis dan komplikasi-komplikasi hati berlemak, tetapi kanser hati perlu menjadi sebahagian daripada pertimbangan kita dari segi risiko kesihatan.
Kadar Ulangan Kanser Serendah 20%
Ia telah kira-kira 20 tahun sejak pengenalan terapi onkologi intervensional. Ia adalah sejenis rawatan perubatan yang mempunyai profil yang rendah. Secara relatifnya, ia adalah teknologi baru di Asia, kerana ia diperkenalkan ke benua ini lebih kurang 5 hingga 10 tahun lalu. Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit boleh menerima terapi ini.
Terapi onkologi intervensional berbeza dengan terapi sasaran. Di mana terapi sasaran adalah berdasarkan ubat-ubatan oral dan suntikan, sementara terapi intervensional adalah rawatan menggunakan panduan imej, bersama-sama dengan kemoterapi, hiperthermia, gelombang mikro, dan kaedah radiofrekuensi.
Kanser buah pinggang metastatik dan pesakit kanser paru-paru boleh dikira sesuai untuk menerima terapi bertenaga sejuk. Terapi ini menggunakan teknologi berpandukan imej dan menyuntikkan ubat bersuhu -40 darjah celcius, ubat masuk ke dalam tumor lalu membunuh tumor dengan suhu rendah terlampau. Kepada tumor-tumor yang dikesan berhampiran organ lain, doktor juga boleh menggunakan terapi ini dan membekukan tumor sehingga mereka mati.
Mana-mana tumor mempunyai peluang untuk berulang. Kadar ulangan tumor adalah kira-kira 10% -20% selepas terapi onkologi intervensional dilakukan. Oleh kerana sifat invasif yang minimal, terapi ini boleh dilakukan beberapa kali jika perlu.
Mana-mana terapi mempunyai kesan sampingan, terapi onkologi intervensional juga tidak terkecuali. Kesan sampingan utamanya adalah terhad kepada perdarahan dan keradangan, manakala kesan sampingan yang membawa maut adalah kurang daripada 1%. Secara umum, pendarahan kecil adalah biasa, dan pemulihan diri akan berlaku sebaik sahaja selepas pembedahan.
Terapi Embolisasi Kanser Hati
Rawatan kanser hati, termasuk pemindahan hati, reseksi tumor, dan embolisasi arteri, telah menunjukkan beberapa kesan yang baik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penemuan “drug-eluting bead” ( bebola kecil yang merembes ubat ) telah digunakan untuk rawatan kanser hati, di mana keberkesanannya didapati lebih baik berbanding dengan embolisasi arteri.
Pesakit kanser yang lebih tua biasanya mempunyai prestasi organ dan imuniti yang lemah. Rawatan reseksi pembedahan yang berisiko tinggi biasanya tidak dianggap sebagai kaedah diagnosis dan rawatan yang terbaik dalam keadaan ini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna pesakit-pesakit warga tua tidak boleh dirawat langsung. Kemajuan teknologi perubatan, prosedur invasif minimal seperti insisi kecil dan anestesia tempatan, telah meletakkan terapi onkologi intervensional menjadi pilihan utama untuk merawat pesakit kanser warga tua and pesakit yang berisiko tinggi.
Kajian Kes
Pesakit ini mendapati bahawa hati kirinya mempunyai tumor sejak 3 tahun yang lalu dan dia telah mendapat rawatan, tetapi kesan itu tidak memuaskan.
Hari ini, nilai alpha-fetoprotein (AFP) pesakit telah mencapai setinggi 2944 ng / mL. Ini menunjukkan bahawa kansernya telah berulang, dan tumor hati kiri pesakit telah menjadi lebih besar, sementara hati kanannya juga mengesan tumor kecil.
Tumor hati kiri bersaiz 12 sm, tumor ini hampir menyentuh perut, sehingga pesakit ini telah merasakan ketidakselesaan yang melampau. Sekiranya tumor meletup, dia mungkin kehilangan nyawanya. Di bawah keadaan sedemikian, memang sukar untuk pesakit menjalani pembedahan terbuka.
Walaupun dia dirawat dengan pembedahan, doktor masih tidak boleh mengeluarkan kedua-dua tumor hati kiri dan kanan sekali gus. Rawatan ini mesti dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan mengendalikan tumor gergasi di sebelah kiri, selepas itu, barulah menumpu perhatian kepada tumor hati kanan.
Ramai orang tahu bahawa rawatan terbaik untuk kanser hati ialah pemindahan hati atau reseksi tumor. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, pesakit tidak dapat dirawat dengan pembedahan. Doktor hanya boleh memotong pembekalan khasiat tumor melalui kaedah embolisasi arteri, dengan menghantar ubat kemoterapi ke dalam tumor dan membunuh sel-selnya.
Tumor bersaiz 12 sm bolehlah dianggap sebagai tumor yang sangat besar, dan banyak saluran darah didapti telah bersambung dengan tumor, jadi agak sukar untuk menggunakan terapi embolisasi tradisional, maka doktor membuat pilihan lain, iaitu “Transartherial Chemoembolization” (TACE) .
TACE adalah perkembangan terbaru dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selain melakukan embolisasi ( sekatan ) saluran darah tumor hati, ia juga membolehkan ubat kanser perlahan-lahan memasuki ke dalam tumor untuk membunuh sel-sel kanser.
Kemoterapi tradisional mempunyai kesan sampingan
Kemoterapi tradisional membawa banyak kesan sampingan kepada pesakit, termasuk alopesia (keguguran rambut), ketidakselesaan perut, kehilangan sel darah putih, dan sebagainya, manakala rawatan TACE, yang perlahan-lahan mengeluarkan ubat, didapati mengurangkan kesan sampingan dan komplikasi kemoterapi dengan ketara.
Proses rawatan pesakit ini dijalankan dengan lancar. Doktor berjaya memasukkan bebola kecil berubat ke dalam tumor dan menyekat saluran-saluran darah tumor. Doktor merancang untuk mengawal tumor hati bersaiz 12cm-tumor dahulu, dan merawat tumor di bahagian kanan dua bulan kemudian.
Seluruh kursus rawatan tidak melebihi 30 minit. Pesakit hanya menjalani anestesia tempatan dan tidak berasa sebarang ketidakselesaan. Doktor percaya rawatan ini boleh mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Mempelbagaikan Rawatan Kanser Hati
Di Asia, kebanyakan kejadian kanser hati disebabkan oleh hepatitis B kronik, hepatitis C, dan sirosis hati. Mereka dikenali sebagai “trilogi kanser hati.” Ramai orang berfikir bahawa kita harus memberi tumpuan kepada rawatan kanser hati. Malah, kanser hati dapat dicegah dan dielakkan kerana hepatitis B dapat dilindungi oleh vaksinasi. Hepatitis C juga hampir dapat disembuhkan sepenuhnya dengan menggunakan dadah. Adalah dipercayai bahawa selepas menghapuskan kedua-dua punca utama, kita akan mengurangkan risiko kanser hati untuk generasi yang akan datang. Walau bagaimanapun, pendidikan kesihatan merupakan pelan jangka panjang. Kami masih perlu merawat pesakit yang sudah menderita kanser hati.
Dalam percubaan klinikal yang membandingkan rawatan TACE dengan rawatan embolisme arteri transcateter (TAE), kadar hidup 3-tahun bagi kedua-dua rawatan adalah 73.5% dan 58.5%, masing-masing. Pendek kata, rawatan TACE telah memberikan kesan yang lebih baik.
Terdapat pelbagai peringkat kanser hati, dan didpati rawatan TACE mempunyai kesan terapeutik yang baik untuk semua peringkat kanser hati. Sudah tentu, rawatan TACE tidak mungkin menggantikan rawatan pemindahan hati dan reseksi tumor, namun ubat-ubatan boleh digunakan untuk mengawal tumor dan “menurun peringkat kanser” tumor sehingga ia boleh dibedah, maka peluang pembedahan dan prognosis akan bertambah baik.
Biasanya, ia mengambil masa yang lama untuk menunggu rawatan pemindahan hati. Sekiranya pesakit kanser hati menunggu rawatan pemindahan hati, jika tumornya tidak dirawat, ia akan membesar. Oleh itu, rawatan TACE berupaya memberi pesakit lebih banyak masa untuk menunggu rawatan pemindahan hati. Kadar kejayaan rawatan TACE adalah setinggi 75.6%, ini boleh dianggap sebagai rawatan yang sangat berkesan.
Percubaan klinikal menunjukkan bahawa kadar hidup 3-tahun selepas rawatan TACE, adalah 71.6%. Jika rawatan pemindahan hati boleh dilakukan kemudian, kadar hidup 3-tahun pesakit boleh mencapai 90% atau lebih.
Rupa-rupanya, rawatan kanser hati semakin menjadi pelbagai berbanding dengan masa lalu. Oleh itu, pesakit-pesakit harus menyingkirkan konsep lama dan menerima pelbagai rawatan supaya mencapai hasil rawatan terbaik.
Embolisasi arteri hati
Satu pertiga alkohol dicampurkan dengan dua pertiga lipiodol akan memberi kesan penyembuhan yang terbaik. Campuran ini membolehkan alkohol bergerak melalui saluran darah kecil, melalui arteri hepatik dan vena portal hepatik, supaya menyerang tumor dari dua haluan.
Rawatan kanser hati, Embolisasi Alkohol Transarterial didapti menggunakan alkohol sebagai ubat terapeutik. Alkohol mempunyai kuasa kerosakan yang kuat terhadap hati, oleh itu terapi ini harus dilakukan oleh doktor berpengalaman supaya mengurangkan risiko dan meningkatkan keberkesanannya.
Alkohol adalah bahan purba yang kebanyakannya digunakan dalam perubatan sebagai ejen sclerosing untuk sekatan saluran darah. Sesetengah gangguan arteriovenous kongenital menyebabkan aliran darah yang cepat ke saluran darah. Biasanya, doktor menggunakan kateter untuk menyampaikan alkohol melalui arteri ke kawasan gangguan ini. Apabila alkohol bersentuhan dengan saluran darah, ia boleh merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan halangan saluran darah. Masalah gangguan tersebut boleh diselesaikan demikian.
Ketumbuhan tumor hati, biasanya diikuti dengan kehadiran saluran-saluran darah yang membekalkan khasiat ke sel-sel kanser, dan membolehkan tumor tumbuh dengan pesat dan menjalani proses metabolisme. Dengan menggunakan rawatan gangguan arteriovenous sebagai rujukan, terdapat doktor-doktor kanser menggunakan rawatan embolisasi alkohol transarterial untuk membuat sekatan di saluran-saluran darah di hati.
Keberkesanan alkohol adalah kuat. Sesetengah orang menggunakan alkohol tulen untuk merawat kanser hati, tetapi ia dianggap terlalu kuat dan perlu dicampurkan dengan bahan lain.
Lipiodol didapti boleh mengimbangi kepekatan alkohol, dan kedua-dua boleh bercampur-campur satu sama lain tanpa penguraian dan pengurangan.
Lipiodol juga merupakan bahan yang dapat digambarkan di bawah radiografi sinar-X. Oleh itu, campuran alcohol bersama lipiodol boleh diangkut melalui saluran-saluran darah, dan dapat dilihat dengan jelas di bawah radiografi pengimejan. Ciri lain lipiodol adalah “kelenturan”, yang membolehkan ia memberi kesan terhadap lekatan alkohol ke saluran darah.
Nisbah lipiodol berbanding alkohol adalah kunci kepada rawatan kanser hati. Tahap alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan ubat itu membuat kesan embolisasi ( sekatan saluran darah ) berlaku terlalu awal sehingga penyampaian alkohol seterusnya akan dihalang, maka ubat tidak dapat memasuki tumor dan membunuh sel-sel kanser.
Terdapat kajian yang menunjukkan campuran satu pertiga alkohol dengan dua pertiga lipiodol memberikan kesan terbaik, rumusan ini membolehkan alkohol memasuki ke dalam saluran-saluran darah kecil, melalui arteri hepatik dan vena portal hepatik, supaya serangan terhadap tumor boleh dibuat dengan dua haluan.
Penggunaan embolisasi arteri hati adalah sesuai untuk tumor bersaiz kurang dari 12 cm. Terdapat tumor-tumor memberi kesan baik dan berpanjangan, sungguhpun rawatan tersebut hanya diberi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit kanser hati boleh menerima rawatan ini. Sesetengah pesakit mempunyai fungsi-fungsi hati yang kurang memuaskan, kesihatan badan yang lemah, kanser hati yang merebak luas, ataupun tumor yang besar, pesakit-pesakit begini berkemungkinan besar menghadapi risiko yang lebih tinggi berbanding dengan menerima faedah. Oleh itu, terapi embolisasi alkohol tidak digalakkan sebagai rawatan kumpulan pesakit ini.
Keberkesanan rawatan embolisasi alkohol transarterial untuk rawatan kanser hati didapati lebih tinggi berbanding dengan kemoterapi tradisional. Ujian klinikal menunjukkan bahawa keberkesanan dua kumpulan dalam penghapusan tumor masing-masing adalah 70% dan 50%; selepas 6 bulan, dalam kedua-dua kumpulan sama, didapati pesakit-pesakit mencapai respon lengkap masing-masing sebanyak 60% dan 37.8%; tempoh berulang selepas rawatan kedua-dua kumpulan, dijumpai 14.8 bulan dan 9.3 bulan masing-masing.
Pemeriksaan penyakit
Kurangkan morbiditi dan
panjangkan tempoh masa hidup!
Pemeriksaan terhadap penyakit adalah langkah yang berkesan. Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan walaupun tiada tanda-tanda penyakit, ia akan membantu doktor-doktor membuat diagnosis awal, melaksanakan rawatan, dan mencegah penyakit daripada berlaku.
Cara terbaik untuk memanjangkan hayat
Umur dan jantina yang berlainan memerlukan butir-butir ujian kesihatan yang berbeza. Jika tindak balas tidak normal ditemui selepas ujian, pihak yang terlibat mesti melakukan pemeriksaan dan pemerhatian selanjutnya. Malangnya, banyak penyakit hanya didiagnosis pada peringkat lewat, yang menyebabkan kesukaran dalam rawatan.
Sebaliknya, disebabkan oleh kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesihatan diri, semakin banyak penyakit boleh dikesan pada awal hidup, kebanyakan kes-kes ini adalah dijumpai semasa ujian darah. Setelah ujian lanjut dan diagnosis muktamad dilakukan. Pasukan Multi-Disiplin ( Multi-Discipline Team, MDT) akan campur tangan. Pakar-pakar perubatan akan memberikan nasihat dan cadangan masing-masing mengenai rawatan pesakit. Sudah tentu, keputusan menerima rawatan masih berada di tangan pesakit akhirnya.
Dalam proses pencegahan kanser hati, sekurang-kurangnya 50% karsinoma hepatoselular (HCC) atau kanser hati dikesan pada peringkat awal melalui pemeriksaan. Ini bermakna bahawa tumor yang bersaiz 3 sm dan bilangan tumor yang kurang daripada tiga. Pengesanan awal dan rawatan adalah cara terbaik untuk memanjangkan tempoh pesakit-pesakit kanser hati.
Menurut rekod, purata kadar hidup 5-tahun selepas rawatan kanser hati adalah 11% di Korea pada masa 20 tahun yang lalu. Walaupun prognosis keseluruhan kanser ini masih kurang memuaskan, purata kadar hidup purata masa kini, didapati telah melebihi daripada 30%. Malah, ini merupakan satu kejayaan yang sangat penting dalam bidang perubatan.