Health Insure SavvyHealth Insure Savvy
Health Insure Savvy
Check out the latest health news, articles, advice, and trends for you and your family on topics like nutrition, weight loss, popular diets, and exercise.
  • Laman Utama
  • KATEGORI KESIHATAN
  • Hubungi Kami
  • Bahasa Melayu
    • English
    • 中文 (中国)
  • PAUTAN BERGUNA
Menu back  
 
Sista Payudara, Pertumbuhan Kanser / Benign & Malignan, Penyakit Kronik, Penyakit Perempuan

Sista-sista Payudara Benigna
(Bahasa Inggeris : Benign Breast Cyst)

Kes kajian :

Saya berumur 36 tahun tahun ini. Saya masih belum kahwin dan mempunyai gaya hidup yang normal. Saya sering bersenam dan mengambil makanan yang sihat. Di samping itu, saya juga jarang tidur lewat. Mengapa sista-sista payudara terus mengganggu kehidupan saya?

Pada Tahun 2010, selepas pemeriksaan diri saya, saya telah menemui dua pertumbuhan yang menyerupai belon-belon yang penuh berisi cecair di dalam payudara kanan saya. Kemudian, pakar sakit puan saya mengesahkan kehadiran sista-sista payudara. Pada masa itu, doktor menggunakan jarum untuk mengalirkan cecair keluar daripada kedua-dua sista ini. Tisu-tisu diambil dan diuji, akhirnya sista-sista benigna ( Bahasa inggeris : benign cysts ) telah dikenalpasti.

Pada bulan Mac tahun lalu, keadaan yang sama muncul semula. Terdapat 3 sista wujud di dalam payudara kanan. Saya pun pergi ke klinik yang sama kali ini. Doktor menggunakan kaedah yang sama untuk mengeluarkan cecair 3 sista. Doktor menjelaskan kepada saya, sista-sista ini disebabkan oleh perubahan hormon-hormon di dalam badan.

Walau bagaimanapun, pada Julai tahun lepas, hanya 4 bulan kemudian, sista-sista yang sama muncul semula. Kali ini sista-sista didapati di kedua-dua belah payudara, iaitu 4 di sebelah kanan dan 3 di payudara kiri. Doktor terdahulu mencadangkan kepada saya, kami hanya perlu membuat pemerhatian pada masa kini. Sekiranya ada ketidakselesaan berlaku kemudian, barulah saya mengeluarkan sista-sista ini. Sekarang saya berasa agak bimbang, tertanya-tanya adakah 7 sista ini akan menjadi semakin serius nanti?

Soalan 1: Apakah punca utama keadaan perubatan ini?
Adakah sebarang cara untuk menyelesaikan masalah ini?

Soalan 2: Adalah berkemungkinan sista-sista ini menjadi semakin serius di masa depan?
Bolehkah sista-sista ini akan berubah menjadi kanser payudara?

Soalan 3: Pada masa ini, perlukah saya mengeluarkan cecair dari tujuh sista ini?

Jawapan-jawapan diberi oleh doktor :

Sista payudara disebabkan oleh perubahan estrogen dalam badan bersama dengan kitaran penuaan atau haid, di mana ia mengakibatkan hiperplasia tisu-tisu payudara dan pengumpulan rembesan-rembesan.

Sista payudara boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu sista mudah ( Bahasa inggeris : simple cyst ), sista kompleks ( Bahasa inggeris : complex cysts ), dan sista yang rumit ( Bahasa inggeris : complicated cysts ). Sista mudah adalah jenis yang paling biasa.

Tidak ada sebab khusus menyebabkan kehadiran sista payudara. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh perubahan hormon-hormon atau akibat pengambilan ubat yang merangsang penghasilan hormon-hormon.

Kebanyakan sista payudara adalah sista mudah dan bersifat benigna. Keadaan ini tidak berubah menjadi kanser payudara. Tumor sista adalah sangat jarang dan memerlukan biopsi untuk menentukan sama ada sista itu adalah sejenis penyakit fibrosistik benigna ( Bahasa inggeris : benign fibrocystic disease ) atau kanser payudara sista pepejal ( Bahasa inggeris : solid cystic breast cancer ).

Sista payudara benigna tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang kesakitan, bengkak, dan gejala-gejala lain, ini bermakna bahawa sista itu mungkin mengalami keradangan. Pada masa itu, pesakit perlu mengeluarkan cecair dari sista atau mengambil antibiotik.

Sista payudara boleh dibezakan dengan mudah melalui pengimbasan ultrabunyi. Sekiranya anda mempunyai sista payudara, anda perlu mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. Biarkan doktor melakukan 3 pemeriksaan payudara untuk anda, iaitu, temu-bual, imbasan ultrasbunyi atau mamogram, dan biopsi.

Nota: Artikel ini hanya digunakan sebagai rujukan orang ramai sahaja. Anda dinasihatkan berunding dengan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas membaca artikel ini.
Sumber: Artikel asal dicetak oleh Sin Chew Daily, Malaysia

Related posts
Strok Penyebab Maut Utama
October 11, 2018
Osteoporosis
October 11, 2018
Leher Sakit, Leher Kaku
October 10, 2018
Inkontinensia Kencing
October 10, 2018
Alahan Kanak-Kanak
October 10, 2018
Lonjakan Tekanan Darah Tinggi Waktu Pagi
October 9, 2018
© 2018 Insure Savvy Sdn Bhd (1244396-D). All Rights Reserved.