Kanser / Barah Payudara
Kes kajian 1 :
Puan. Chen didiagnosis dengan kanser payudara. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah mengidapi penyakit ini selama beberapa minggu. Selepas mendengar beberapa khabar angin, dia berasa ragu-ragu terhadap rawatan pembedahan payudara, di mana dia takut pembedahan tersebut akan mempercepatkan penyebaran sel-sel kanser ke bahagian-bahagian tubuh yang lain. Dia juga berasa bimbang kesan-kesan sampingan berikutan terapi radiasi.
Orang umum percaya pelbagai jenis mitos mengenai rawatan kanser. Salah satu kesalahfahaman ialah pembedahan akan mempercepat penyebaran sel-sel kanser. Ia kelihatan seperti sesuatu anggapan yang logik pada awalnya, tetapi pesakit-pesakit mesti memahami bahawa ada kesan-kesan negatif akibat tidak menyingkirkan tumor-tumor melalui rawatan pembedahan.
95% daripada tumor-tumor akan semakin membesar jika dibiarkan sahaja
Jika pesakit-pesakit enggan menerima rawatan pembedahan, tumor-tumor mereka akan bertambah besar dan menyebar ke lebih banyak organ badan. Kira-kira 95% daripada tumor akan menjadi lebih besar dan memburukkan keadaan kesihatan pesakit-pesakit.
Semakin awal sesuatu operasi dilakukan, semakin besar kemungkinan seseorang pesakit akan pulih. Sekiranya tumor-tumor boleh dikeluarkan dengan sepenuhnya, tanpa sebarang sel-sel kanser yang tersisa, ia mungkin memberi kesan-kesan pemulihan yang baik selepas pembedahan.
Jika ada sebarang gejala yang tidak normal didapati, maka pesakit-pesakit harus memilih siasatan perubatan dengan segera, supaya kadar pemulihan mereka boleh menjadi lebih tinggi, oleh kerana rawatan-rawatan dijalankan tepat pada masanya.
Kajian Kolaboratif Kumpulan Percubaan Kanser Payudara Awal ( Bahasa Inggeris : Early Breast Cancer Trialists’ Collaborative Group (EBCTCG) ) menunjukkan pesakit-pesakit kanser payudara yang telah menjalani pembedahan tumor tanpa rawatan radioterapi, mereka akan memberi kadar pengulangan kanser melebihi 30% dalam tempoh masa 10 tahun. Manakala pesakit-pesakit kanser payudara yang menjalani rawatan pembedahan bersama-sama radioterapi, didapati kadar pengulangan mereka akan hanya terapung di sekitar 20% dalam tempoh 10 tahun. Dengan erti kata lain, perbezaan antara kedua-dua senario adalah kira-kira 10%.
Kajian-kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pesakit-pesakit kanser payudara yang menerima rawatan pembedahan pada peringkat awal, didapati mereka akan mencapai kadar kelangsungan hidup 5-tahun yang lebih tinggi: di mana kadar kelangsungan hidup 5 tahun kanser payudara pada tahap kanser pertama adalah 90% selepas rawatan pembedahan, diikuti dengan 87% pada tahap kanser kedua, 55 % dalam tahap kanser ketiga, dan hanya 14% untuk pesakit tahap kanser keempat.
Ubat-ubat baharu meningkatkan kadar kelangsungan hidup
Amerika Syarikat telah mengumpul pelbagai statistik mengenai rawatan kanser daripada lebih 100,000 pesakit-pesakit kanser kolorektal. Selepas pembedahan mereka dilakukan, pesakit-pesakit kanser tahap pertama kanser menunjukkan kadar kelangsungan hidup sebanyak 96% dalam tempoh 30 bulan. Sebaliknya, pesakit-pesakit tahap kanser keempat, hanya mencatatkan kadar kelangsungan hidup sebanyak 17.3%, meskipun untuk tempoh pemerhatian yang sama.
Pendek kata, pengesanan kanser pada peringkat awal, berserta dengan rawatan pembedahan awal, memang dapat meningkatkan kemungkinan pemulihan pesakit-pesakit.
Berbanding dengan 10 tahun yang lalu, kini terdapat lebih banyak jenis ubat-ubatan didapati dan berupaya membantu pesakit-pesakit kanser, sehingga melanjutkan kelangsungan hidup mereka. Walau bagaimanapun, para doktor juga banyak memberi tumpuan kepada kualiti hidup pesakit-pesakitnya demi mengekalkan cara-cara hidup biasa seperti masa sebelum mengidapi kanser.
Wanita berusia 50 tahun, harus melakukan mamografi setiap dua atau tiga tahun
Sesetengah kanser boleh dikesan melalui pemeriksaan. Kanser payudara adalah salah satu jenis kanser yang dapat dikesan melalui pemeriksaan awal.
Apabila pesakit-pesakit kanser payudara dirawat dengan lebih awal, kadar kelangsungan hidup-5 tahun mereka boleh mencapai tahap setinggi 90%. Kajian-kajian Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), telah menunjukkan bahawa, wanita-wanita yang menjalani permeriksaan mammografi secara berkala, dapat mengurangkan kebarangkalian mati akibat kanser payudara sebanyak 20% hingga 30%.
Mengenai kanser payudara, kini faktor-faktor risiko yang diketahui termasuk haid awal, menopaus lewat, tidak pernah menyusui ataupun hanya melahirkan anak sulung selepas 30 tahun, kehadiran riwayat keluarga kanser payudara, varian gen-gen kanser payudara, serta mempunyai riwayat kanser ovari atau kanser endometrium. Orang-orang yang membawa faktor-faktor risiko sebegini haruslah berjaga-jaga dengan kesihatan mereka.
Pemeriksaan payu dara untuk wanita-wanita adalah berbeza bergantung pada usia masing-masing. Adalah disyorkan bahawa wanita-wanita berumur lebih dari 50 tahun, mereka harus menerima pemeriksaan mammografi setiap 2 hingga 3 tahun; sedangkan kumpulan yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi, dan berumur lebih dari 30 tahun, disarankan mereka patut melakukan pemeriksaan ultra bunyi.
Pencitraan resonans magnetik ( Bahasa ingggeris Magnetic Resonance Imaging (MRI) ) boleh digunakan sekiranya ujian mamografi atau ultra bunyi tidak dapat menentukan apakah jenis tumor yang dikesan.
Tidak kira saiz payudara, semakin tinggi kepadatan payudara, semakin tinggi risiko kanser
Kes kajian 2:
Hai doktor, saya adalah seorang wanita berusia 30 tahun. Saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Oleh kerana tiada sebarang riwayat kanser keluarga, saya tidak banyak memberi perhatian kepada kanser payudara semasa pemeriksaan masa lalu. Bolehkah saya tanya beberapa soalan di bawah?
S1: Hanya wanita-wanita yang mempunyai riwayat kanser keluarga akan mempunyai risiko-risiko mengidapi kanser payudara dalam jangka masa panjang?
Tidak, terdapat banyak punca kanser payudara. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis utama: iaitu, sporadik ( Bahasa inggeris : sporadic ) dan familial atau keturunan. Di antara mereka, jenis sporadik telah menyumbang sebanyak 70% hingga 80% jumlah kes kanser payu dara, sementara kanser payudara jenis keturunan, hanya merangkumi 20% hingga 30% sahaja. Didapati kanser payudara jenis keturunan adalah berkaitan dengan gen-gen (BRCA1 dan BRCA2). Wanita-wanita yang mempunyai gen-gen sebegini akan menghadapi risiko sebanyak 60% hingga 80%, di mana mereka akan mengalami kanser payudara akhirnya.
Faktor-faktor Risiko Kanser Payudara Jenis Sporadik :
- Haid pertama ( Bahasa inggeris : menarche ) yang awal dan menopaus ( Bahasa inggeris : menopause ) lewat. Umur haid pertama yang berlaku pada umur kurang daripada 12 tahun dan lebih tua daripada 17 tahun, risiko relatif kanser payudara akan meningkat sebanyak 2.2 kali. Amenorea, atau kejadian kitar haid sudah berhenti ( Bahasa Inggeris : amenorrhea ) yang berlaku pada usia 55 tahun atau ke atas, didapati ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 1 kali, berbanding dengan wanita-wanita yang mengalami amenorea kurang daripada umur 45 tahun. Pendek kata, kejadian haid pertama yang awal atau menopaus yang lewat , mereka boleh dianggap sebagai faktor-faktor risiko utama kanser payudara.
- Penyusuan ibu mempunyai kesan-kesan perlindungan terhadap kanser payudara, terutamanya untuk wanita-wanita yang masih mengalami kitaran haid. Secara klinikal , didapati bahawa wanita-wanita yang tidak pernah kahwin mempunyai lebih banyak kejadian tumor payudara berbanding dengan wanita-wanita yang sudah berkahwin. Manakala wanita-wanita yang tidak pernah mempunyai anak selepas perkahwinan, didapati mereka mempunyai kejadian kanser payudara yang lebih tinggi, jika dibanding dengan mereka yang sudah melahirkan anak-anak.
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat, merokok dan minum.
S2: Semua bonjol payudara berkaitan dengan kanser payudara?
Terdapat banyak sebab kenapa bonjol-bonjol akan terbentuk di payudara. Bonjol-bonjol payudara dibahagikan kepada dua jenis utama: iaitu benigna ( Bahasa inggeris : benign ) dan malignan ( bahasa inggeris : malignant ), di mana 80% bonjol-bonjol payudara adalah tergolong ke dalam kumpulan benigna. Kejadian ini biasanya berkaitan dengan kehadiran massa seperti fibroadenoma payudara, hiperplasia payudara, sista kelenjar payudara, dan nekrosis lemak payudara. Hanya 20% bonjol payudara adalah berciri malignan (kanser).
S3: Bolehkah pembedahan kanser payudara menyebabkan penyebaran sel-sel kanser?
Pembedahan kanser payudara tidak akan menyebabkan penyebaran sel-sel kanser. Sebaliknya, ia boleh mengawal penyebaran sel-sel kanser.
S4: Pembesaran payudara boleh meningkatkan risiko kanser payudara?
Pembesaran payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, tetapi penerima-penerima terdapat risiko kecil mengidapi penyakit Lymphoma Sel Besar Anaplastik Implan Payudara ( Bahasa inggeris : Breast Implant-Associated Anaplastic Large Cell Lymphoma (BIA-ALCL) ) , iaitu sejenis lymphoma sel-sel T yang jarang berlaku. . BIA-ALCL bukanlah sejenis kanser payudara. Ia adalah sejenis kanser yang melibatkan sel-sel imun sistem. Menurut laporan 2014 Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), didapati, 1 daripada 1 juta penerima-penerima pembesaran payudara prostetik, boleh mengalami penyakit BIA-ALCL akhirnya.
S5: Adakah lebih mudah bagi wanita-wanita yang mempunyai payudara yang bersaiz lebih besar mengidapi kanser payudara?
Risiko kanser payudara tiada sebarang hubungan dengan saiz sesuatu payudara, malah kepadatan payudara yang tinggi boleh menjadi risiko kanser payudara sebaliknya. Risiko relatif kanser payudara adalah kira-kira 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan payudara yang mempunyai kepadatan yang normal. 40% wanita-wanita mempunyai tisu-tisu payudara “heterogen” ( Bahasa inggeris : heterogeneous ) , di mana keadaan ini akan meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 1.2 kali ganda.
Pertuzumab digabungkan dengan rawatan dwi-ubat boleh mengecut saiz tumor-tumor kanser
Kes kajian: 3
Sesungguhnya ubat-ubat sasaran ( Bahasa inggeris : targeted drugs ) adalah mahal; ia akan menjadi suatu beban kewangan yang berat terhadap Cik Fang yang hanya memiliki polisi insurans yang memberi liputan perubatan yang rendah. Di samping itu, dia juga percaya bahawa ubat-ubat sasaran hanya sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit kanser pada tahap yang lanjut. Oleh kerana dia berasa bahawa kanser payudaranya masih berada di peringkat awal, maka dia pun memutuskan untuk menerima rawatan kemoterapi sahaja dan berharap memberi kesan-kesan sampingan yang lebih rendah. Keputusan ini bertujuan untuk mengurangkan gejala-gejala seperti mual dan muntah, serta tidak kehilangan rambut-rambutnya.
Dari segi farmaco-ekonomi, para doktor berpendapat bahawa penggunaan ubat-ubat sasaran terhadap pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif pada peringkat awal, adalah pilihan yang dikira sesuai. Terdapat banyak kajian dan data telah menunjukkan bahawa, semakin pantas rawatan sasaran dan kemoterapi digunakan bersama-sama, maka semakin rendah kemungkinan kanser akan berulang di masa depan.
Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, Cik Fang pun memutuskan untuk menerima nasihat doktornya dan menerima rawatan kanser gabungan. Mujurlah tiada kanser payudara berulang setelah dia dirawat bertahun-tahun.
Mastektomi ( Bahasa Inggeris : mastectomy ) selalu dianggap sebagai rawatan yang terbaik untuk kanser payudara. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pesakit kanser payudara bukan hanya ingin menyingkirkan tumor-tumor mereka sahaja, malah mereka juga berharap dapat mengekalkan payudara-payudara mereka. Selalunya diagnosis kanser payudara hanya dibuat di tahap kanser yang lewat. Oleh demikian, pilihan-pilihan rawatan akan menjadi sangat terhad kepada para pesakit pada waktu itu.
Perjeta (pertuzumab), merupakan sejenis ubat sasaran untuk merawat kanser payudara reseptor 2-positif (HER2), ubat ini telah diluluskan supaya ia boleh digabungkan dengan rawatan trastuzumab inhibitor HER2 dan kemoterapi. Ubat ini digunakan sebagai rawatan neo-adjuvan ( sejenis rawatan diberi sebelum rawatan utama kanser bermula ) untuk pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif. Matlamatnya adalah untuk mengecilkan saiz tumor payudara, demi membawa kesan-kesan rawatan yang lebih baik semasa pembedahan dijalankan dan mengurangkan kadar pengulangan kanser kemudian. Ubat sasaran ini memberi peluang kepada pesakit-pesakit kanser payudara supaya melawan kanser dan mengekalkan payudara mereka masing-masing.
Rawatan kanser – 3 dalam 1
Pertuzumab adalah antibodi monoklonal yang mensasarkan HER2. Dengan mengikat reseptor-reseptor HER2, ia berupaya mengganggu pembentukan HER2 dan reseptor- reseptor lain (termasuk EGFR / HER1, HER3, dan HER4), demi membina sekatan terhadap penghantaran mesej-mesej sel-sel kanser,lalu menghalang pertumbuhan dan mencetuskan apoptosis sel-sel kanser (kematian sel-sel yang diprogram). Selain itu, pertuzumab juga memberi isyarat-isyarat kepada sistem imun badan untuk memusnahkan sel-sel kanser.
Pertuzumab dan trastuzumab kedua-duanya menyasarkan reseptor-reseptor HER2 demi menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, tetapi mereka mengikat reseptor-reseptor HER2 di tempat-tempat yang berbeza. Gabungan kedua-dua ubat ini boleh digunakan untuk mencapai manfaat sinergi dan meningkatkan keberkesanan rawatan anti-kanser.
NeoSphere menunjukkan bahawa hampir 40% pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif yang awal, apabila mereka dirawat dengan ubat-ubat pertuzumab, trastuzumab, dan docetaxel (kemoterapi), ia telah menunjukkan bahawa, di bahagian-bahagian bekas serangan sel-sel kanser dan nodus-nodus limfa serantau, doktor tidak lagi mengesan tanda-tanda kehadiran tumor semasa rawatan pembedahan dijalankan. Dari segi perubatan, keadaan ini digelar tindak balas lengkap patologis ( Bahasa Inggeris : pathological complete response (pCR)).
Ada eksperimen menunjukkan bahawa hanya 21.5% pesakit-pesakit yang menerima trastuzumab dan docetaxel sahaja, boleh menunjukkan keberkesanan yang sama. Ini menunjukkan bahawa terapi gabungan pertuzumab boleh mencapai kadar pCR yang lebih tinggi, berbanding dengan rawatan trastuzumab yang bergabung dengan kemoterapi sahaja. Pesakit-pesakit yang menerima terapi gabungan pertuzumab sebelum pembedahan, telah menurun kemungkinan sebanyak 31%, di mana seseorang pesakit akan mengalami kemerosotan kesihatan, pengulangan kanser atau kematian.
Di samping itu, fasa kedua ujian Tryphaena, yang direka untuk menguji keselamatan terapi pertuzumab, telah menunjukkan bahawa pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif, pada peringkat awal, boleh mencapai kadar pCR setinggi 63.6%, tidak kira sama ada rawatan kemoterapi digunakan atau sebaliknya.
Tumor-tumor bersaiz lebih kecil memberi hasil pembedahan yang lebih baik
Apabila pertuzumab digunakan bersama-sama dengan trastuzumab dan kemoterapi, ia telah mengesahkan bahawa saiz tumor boleh dikurangkan dengan lebih berkesan. Malah, banyak kes menunjukkan bahawa tumor-tumor boleh hilang dengan sepenuhnya. Tidak diragukan lagi ini adalah satu berita baik kepada pesakit-pesakit yang mempunyai tumor-tumor yang terlalu besar sehingga menghidari rawatan pembedahan mereka. Ubat ini telah menjadi rawatan piawaian yang baru untuk pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif.
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa terapi gabungan pertuzumab menunjukkan kekerapan dan kesan-kesan buruk yang setanding dengan rawatan trastuzumab dan docetaxel sahaja. Terapi gabungan berasaskan Pertuzumab telah diluluskan pada Tahun 2016 untuk rawatan neo-adjuvan pesakit-pesakit kanser payudara HER2-positif pada peringkat awal. Dengan menggunakan suntikan intravena setiap 3 minggu, pesakit-pesakit memerlukan 3 hingga 6 kitaran rawatan.
Biasanya rawatan kanser payudara tidak mempunyai had masa yang tetap. Jika pesakit-pesakit tidak memberi respons kepada terapi adjuvan, doktor akan mengesyorkan pesakit-pesakit beralih ke rawatan-rawatan lain. Mengikut keputusan ujian-ujian klinikal, pesakit-pesakit perlu mendapatkan hasil rawatan yang lebih baik berbanding dengan terapi lepas.
Pembinaan semula payudara selepas kanser
Payudara adalah satu simbol kewanitaan untuk kebanyakan wanita. Adalah penting bagi sesetengah wanita mengekalkan bentuk tubuh yang baik. Walau bagaimanapun, sama ada mastektomi dilakukan atau tidak, ia tidak menjejaskan kesihatan fisiologi wanita pada akhirnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa pembedahan payudara atau lumpektomi, pesakit-pesakit boleh mengekalkan payudara-payudara mereka dan mengelakkan perasaan kemurungan. Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit yang menjalani mastektomi masih boleh memulihkan bentuk badan masing-masing selepas menerima rawatan pembinaan semula payudara.
Perlu rawatan-rawatan selama setahun
Pertuzumab bukan sahaja sesuai untuk kanser payu dara pada tahap kanser yang awal tetapi sering dijadikan satu rawatan sekunder untuk merawati kanser payudara HER2-positif pada tahap kanser ketiga. Paling penting, pesakit-pesakit kanser payudara boleh menerima semua jenis rawatan gabungan berdasarkan ER / PR (reseptor-reseptor hormon) dan prestasi HER2.
Pakar bedah payudara dan onkologi mesti bekerjasama untuk membantu pesakit-pesakit. Pada umumnya pesakit-pesakit akan mencari bantuan daripada pakar bedah payudara. Pada masa ini, doktor perlu menganalisis kebaikan dan keburukan di antara rawatan kemoterapi dan pembedahan.
Jika seseorang pesakit benar-benar ingin mengekalkan payudara tetapi mempunyai saiz tumornya yang sangat besar, maka pesakit tersebut akan dinasihatkan untuk berunding dengan pakar onkologi. Selepas pesakit selesai terapi adjuvan, dia boleh kembali ke pakar bedah payudara untuk menjalani ujian imbasan payudara, selepas itu barulah boleh menentukan sama ada tumor atau payudara perlu disingkirkan.
Secara klinikal, pesakit kanser payudara perlu menjalani terapi sasaran anti-HER2 dan kemoterapi sebanyak 6 kitaran sebelum pembedahan. Selepas itu pesakit akan menerima 20 hingga 25 kitaran radioterapi selepas pembedahan. Ia mengambil masa kira-kira 1 tahun untuk selesaikan rawatan-rawatan kanser payudara.
Soal & Jawab
Soalan 1: Mengapakah kanser payudara HER2-positif sukar untuk dirawat?
Mengikut kaji selidik lepas, kira-kira 1 daripada 5 pesakit-pesakit kanser payudara di dunia adalah berciri HER2-positif dan tergolong ke dalam kanser payudara yang sukar dirawat. Kanser payudara HER2-positif bermakna protein-protein HER2 dihasilkan secara berlebihan. Rata-rata, sesuatu sel kanser HER2-positif, mempunyai kira-kira sebanyak 2 juta protein HER2 di atas permukaannya, iaitu 100 kali ganda lebih banyak berbanding dengan sel-sel normal. Ini menyebabkan sel-sel kanser bertumbuh dan membahagikan diri dengan lebih cepat.
Soalan 2: Bagaimanakah untuk menentukan kanser payudara masih berada di tahap kanser awal?
Kanser payudara dianggap masih berada di peringkat awal apabila pesakit masih dikelaskan di tahap kanser pertama dan tahap kanser kedua payudara, manakala tahap kanser ketiga dan tahap kanser keempat, bolehlah dianggap sebagai kanser payu dara yang lanjut. Walau bagaimanapun, sesetengah negara mempunyai takrifan yang berbeza. Tumor bersaiz kurang daripada 3 sentimeter, akan dikelaskan sebagai peringkat awal kanser payudara, sedangkan saiz tumor 3 sentimeter atau ke atas, mereka akan tergolong ke dalam kumpulan kanser payu dara yang memasuki tahap lanjut.
Soalan 3: Adakah penyingkiran payudara menjejaskan kesihatan fisiologi?
Sama ada melalui reseksi atau pembedahan payudara, ia tidak akan memberi kesan yang besar terhadap kesihatan fisiologi wanita. Tidak seperti penyingkiran ovari, sebaik sahaja ovari dikeluarkan, mereka akan memasuki fasa menopaus.
Soalan 4: Apakah itu rawatan terapi neo-adjuvan dan terapi adjuvan?
Rawatan neo-adjuvan dan adjuvan adalah rawatan-rawatan kemoterapi pra-operasi , pasca-operasi ataupun terapi hormon. Jika pesakit-pesakit didiagnosis dengan kanser payudara HER2-positif, maka terapi anti-HER2 boleh digabungkan dengan rawatan adjuvan untuk mencapai hasil rawatan yang terbaik.
Soalan 5: Rawatan neo-adjuvan memberi kesan-kesan yang lebih baik?
Rawatan neo-adjuvan lebih berfaedah daripada terapi adjuvan. Selain itu ia boleh digunakan untuk menentukan sama ada pesakit-pesakit memberi kesan-kesan sensitif terhadap terapi kemoterapi atau sasaran. Tambahan pula, terapi neo-adjuvan juga boleh membantu mengurangkan saiz tumor payudara, dengan itu mengelakkan kira-kira sebanyak 35% kes-kes mastektomi. Pendek kata, lebih ramai pesakit berjaya mengekalkan payudara-payudara mereka.
Jika pesakit mencapai kadar pCR yang diharapkan selepas terapi neo-adjuvan, ia menunjukkan bahawa prognosis pesakit akan menjadi lebih baik, kajian menunjukkan bahawa pesakit-pesakit HER2-positif yang menerima kedua-dua jenis terapi sasaran anti-HER2 dan kemoterapi, akhirnya mereka akan mencapai kadar pCR yang lebih tinggi.