Sering berasa najis tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Halo doktor, saya berumur 67 tahun sekarang. Saya telah menjalani pembedahan prostat pada Disember 2014. Pada bulan Mei 2015, saya telah diperiksa dengan kolonoskopi dan gastroskopi. Semua keputusan saya adalah normal, akan tetapi saya masih mengalami gejala-gejala berikut sejurus selepas pemeriksaan saya:
Setiap pagi saya boleh membuang air besar dengan lancar. Kebanyakan masa, saya berasa sensasi pembuangan air besar yang tidak lengkap. Di antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi, biasanya saya akan membuang air besar sebanyak 3 hingga 4 kali. Setiap kali saiz najis saya kelihatan agak kecil. Lebih-lebih lagi, selepas membuang air besar, saya selalu ada sensasi kentut juga, meskipun ia tidak dapat dilepaskan. Saya berasa sukar membuang air kecil apabila kentut saya tidak dapat dilepaskan. Tambahan pula, sensasi pengetatan dubur telah berlaku selama dua tahun. Sekarang, saya ingin bertanya:
Apakah jenis penyakit ini?
Jika proses pembuangan air besar memberi sensasi yang tidak lengkap, kebanyakan doktor akan menumpu perhatian kepada kemungkinan bahawa tumor telah wujud di bahagian dubur, rektum, atau usus besar.
Selain lawatan rutin untuk menentukan kehadiran atau ketiadaan gejala-gejala lain, Lazimnya, pemeriksaan fizikal termasuk ujian dubur dan anoskop akan diberikan oleh doktor. Walaupun orang ramai berfikir bahawa ketumbuhan tumor akan mengakibatkan kewujudan darah di dalam najis, sebenarnya pemerhatian begini tidak semestinya berlaku semasa pemeriksaan. Oleh demikian, para doktor masih perlu mengatur ujian lain seperti kolonoskopi untuk mengenalpastikan tiada sebarang ketumbuhan tumor berlaku di rektum atau kolon.
Memandangkan anda berasa sensasi pembuangan air besar yang tidak lengkap, sejurus selepas kolonoskopi dijalankan, soalan akan timbul samada kolonoskopi ini boleh digunakan sebagai bukti untuk mengesahkan ketiadaan tumor di bahagian kolon atau rektum? Nah, ini bergantung kepada kolonoskopi tersebut telah dijalankan secara teliti dan menyeluruh. (Kadang-kadang doktor mungkin terlepas beberapa kelukaan kerana penyediaan usus yang kurang baik sebelum ujian dijalankan atau pemeriksaan kolonoskopi yang tidak lengkap.)
Dengan anggapan kolonoskopi dijalankan dengan terperinci dan memberi keputusan yang normal, maka besar kemungkinan doktor anda boleh mengesahkan ketiadaan tumor. Walau bagaimanapun, doktor anda akan terus menyiasat sebab-sebab lain yang berupaya mengakibatkan gejala-gejala sedemikian. Contohnya, keradangan usus dan penyakit anorektal.
Keradangan usus, seperti kolitis ulseratif, adalah sejenis keradangan bukan spesifik , kronik usus yang tidak dapat diterangkan. Kelukaannya akan bermula dari rektum sebelum merebak ke keseluruhan usus besar. Pesakit sering mengalami pembuangan air besar yang agak kerap bersama sensasi pembuangan yang kurang lengkap. Kolitis ulseratif lendir sentiasa dikenalpasti dengan ujian kolonoskopi.
Jika kolonoskopi telah menolak kemungkinan segala punca disebutkan di atas, maka doktor harus mengetahui sama ada pesakit telah menghidapi “sindrom defakatif obstruktif”. Sindrom defakatif obstruktif disebabkan oleh perubahan fisiologi tisu-tisu atau organ -organ berhampiran dubur dan rektum. Sindrom ini boleh menyebabkan kesukaran membuang air besar, termasuk prolaps mukosa rektum (prolaps rektum dalaman) dan rektosil.
Prolaps mukucal rektum merujuk kepada keadaan lapisan mukosa penuh atau ringkas dinding rektum proksimal telah dilipat ke dalam rongga usus distal atau kanal dubur, sehingga halangan berlaku semasa pembuangan air besar. Manifestasi klinikal yang biasa adalah rasa buang air besar yang tidak lengkap, sensasi halangan dubur, dan kekerapan membuang air besar yang lebih tinggi. Kadangkala terdapat juga gejala lain seperti pembuangan darah mukosa, sakit perut, dan cirit-birit.
Rektosil merupakan tonjolan dinding rektum depan, sering berlaku di kalangan wanita, tetapi pembedahan prostat juga boleh meningkatkan peluang seseorang lelaki mengalami gejala yang sama. Manifestasi klinikalnya termasuk kesukaran membuang air besar, pembuangan air besar yang lebih kerap bersama sensasi tidak lengkap pembuangan, serta tonjolan dubur. Prolaps mukosa rektal dan rektum boleh dikenalpasti dengan ujian defekografi.
Bagaimanakah keadaan ini dapat dirawat?
Pelan rawatan bergantung kepada punca masing-masing. Sekiranya ia disebabkan oleh tumor, maka rawatan pembedahan adalah diperlukan; sebaliknya, kolitis ulseratif biasanya dirawat dengan ubat-ubatan, manakala sindrom defekatif obstruktif yang serius akan dirawat melalui pembedahan.