Helicobacter pylori
Melindungi Perut & Melawan Bakteria
Helicobacter pylori (H.pylori) adalah bakteria bersifat spiral dan flagellar. Ia adalah sejenis parasit membiak pada mukosa yang berperanan melindungi dinding perut manusia. Jangkitan bakteria ini adalah sangat biasa di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun asid perut manusia mempunyai kuasa pembasmian bakteria yang kuat, akan tetapi bakteria H.pylori masih dapat bertahan di dalam perut kerana ia berupaya mengeluarkan urease yang boleh diubah menjadi amonia alkali, sehingga membentuk kesan peneutralan terhadap asid perut. Oleh demikian, satu lapisan perlindungan yang kukuh dapat dibina di sekitar tubuh H.pylori untuk mencegah hakisan asid.
Apabila H. pylori membiak di dalam perut, ia boleh menyebabkan sel epitelium perut menjadi radang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit gastrousus, gastritis akut atau kronik, ulser gastrik, ulser duodenal dan sebagainya . Kini, terdapat juga penemuan penyelidikan sains yang menunjukkan H.pylori adalah salah satu faktor yang menyebabkan kanser perut, namun kita mesti menerima hakikat bahawa kanser gastrik boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Sebagai contoh, walaupun tiada jangkitan H.pylori didapati di dalam perut seseorang pesakit, kanser perut masih mungkin berlaku.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang gejala yang khusus. Gejala yang lebih biasa adalah sakit perut, kembung, loya, muntah, berdengkur, atau kentut. Sudah tentu, masih terdapat banyak punca-punca lain yang boleh mengakibatkan masalah perut. Misalnya, merokok, alkohol, tekanan jiwa, ubat-ubatan anti-radang nonsteroid, aspirin, dan sebagainya. Jika seseorang pesakit yang dijangkiti H.pylori mempunyai faktor-faktor risiko yang disebutkan di atas, akhirnya risiko mereka menghidapi ulser peptik akan meningkat dengan ketara.
Terdapat beberapa cara untuk mengesan bakteria H.pylori. Ujian yang lebih mudah dan cepat termasuk ujian darah, ujian nafas, dan ujian najis. Di Malaysia, kebanyakan klinik keluarga menggunakan ujian darah untuk mengesan antibodi serum IgG dan ujian karbon tiga belas urea. Sekiranya antibodi serum positif dikesan, ia bermakna pesakit telah dijangkiti pada masa lalu atau kini masih dijangkiti bakteria tersebut. Secara relatif, ujian nafas dianggap lebih tepat dalam mengesan kehadiran H.pylori.
Memandangkan teknologi perubatan semasa, pesakit-pesakit H.pylori memang dapat dipulihkan sepenuhnya . Para pesakit dikehendaki menerima tiga jenis terapi. Ini termasuk penggunaan dua jenis antibiotik untuk pembasmian H.pylori, digabungkan dengan Perencat Pam Proton untuk mengurangkan kerengsaan ulser demi membantu pemulihan. Secara keseluruhan, kursus rawatan begini perlu makan masa antara satu hingga dua minggu. Pesakit perlu mengambil semua ubat seperti yang diarahkan oleh doktor supaya mendapat pemulihan yang baik.
“Perang terhadap H.Pylori” tidak bergantung kepada rawatan perubatan sahaja. Walaupun pesakit sembuh selepas rawatan, dia masih perlu mengekalkan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat pada masa depan.