Inkontinensia Kencing
(Kencing Tidak Terkawal)
Kes Kajian :
Puan Mary, berusia 47 tahun, dia adalah seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Keperibadiannya adalah mesra dan ramah. Dari semasa ke semasa, dia gemar menjemput saudara-mara dan rakan-rakannya ke rumahnya dan makan bersama-sama. Semua orang boleh berseloroh, tersenyum dan ketawa semasa makan. Walau bagaimanapun, apabila Puan Mary ketawa semasa makan malam baru-baru ini, dia tidak dapat mengawal dan mengalami kebocoran air kencing. Dia juga menyedari bahawa dia mempunyai keadaan yang sama ketika batuk. Dia terpaksa menukar pakaiannya dan merasa sangat malu.
Jennifer adalah seorang wanita yang berusia 35 tahun yang giat bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan. Biasanya, dia sibuk dengan kerja-kerjanya dan hanya mempunyai sedikit peluang meminum air. Sering kali dia tidak dapat menggunakan tandas tepat pada waktunya. Apabila dia bekerja di pejabat kebelakangan ini, dia sering merasakan sakit di di bahagian bawah perutnya, kekerapan kencingnya juga meningkat. Malah sebelum dia masuk ke tandas, sebahagian daripada air kencingnya telah bocor dan basah seluar dalamnya. Jelas, gangguan ini mula menyinggungkan Jennifer, baik dari segi fizikal atau emosi.
Walaupun kedua-dua wanita ini menghadapi inkontinensia ( Bahasa Inggeris – Incontinence ). Selepas diagnosis dibuat oleh doktor, Puan Mary pun disahkan mengalami inkontinensia kencing tertekan ( Bahasa Inggeris – stress urinary incontinence ), manakala Jennifer telah mengalami Inkontinensia kencing terdesak ( Bahasa Inggeris – urge urinary incontinence ). Penyebab dan rawatan kedua-dua jenis inkontinensia kencing ini adalah berbeza dari segi perubatan.
Kelonggaran otot-otot selepas bersalin
Sekitar 65% wanita yang menderita inkontinensia kencing, tetapi kebanyakan mereka didapati tidak berjumpa doktor kerana berasa malu. Orang ramai perlu memahami bahawa inkontinensia kencing adalah kejadian biasa yang boleh dilegakan dengan pelbagai rawatan seperti senaman panggul dan penurunan berat badan. Wanita tidak perlu berasa malu tentang inkontinensia kencing mereka. Pastilah tidak ada sebarang sebab untuk membebankan kehidupan harian mereka sia-sia sahaja, sekiranya gangguan begini dapat diselesaikan melalui rawatan dan nasihat doktor.
Inkontinensia kencing dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu inkontinensia kencing tertekan dan inkontinensia kencing terdesak.
Intikontinensia kencing tertekan, berlaku apabila seseorang batuk dan bersin atau mengangkat sesuatu yang berat, tekanan abdomen tiba-tiba meningkat dan menyebabkan tekanan dalam pundi kencing menaik ke atas. Apabila tekanan dalam pundi kencing didapati lebih tinggi daripada tekanan dalam uretra, maka pesakit akan membuang air kencing secara tidak sengaja.
Inkontinensia kencing tertekan sering berlaku di kalangan wanita. Satu pertiga wanita menghadapi masalah ini pada usia tertentu. Ini kerana bahagian lantai pelvik wanita dan otot-otot uretra boleh menjadi longgar selepas bersalin.
Sebaliknya, inkontinensia kencing terdesak, adalah disebabkan oleh pundi kencing yang terlalu aktif. Sama ada pundi kencing telah dipenuhi, pesakit berasa terdesak buang air kencing, bersama-sama dengan kekerapan kencing yang tinggi, sehingga menyebabkan kebocoran air kencing.
Seorang pesakit mungkin makan makanan, berbual dengan kawan, tetapi tiba-tiba dia terdesak untuk pergi ke tandas. Apabila dia dapat masuk ke tandas, dia mungkin hanya membuang jumlah air kencing yang dikira agak sedikit, berkemungkinan hanya separuh daripada jumlah biasa.
Setiap kali air kencing dalam pundi kencing mencapai jumlah tertentu, ia menghantar isyarat kepada otak, dan “memberitahu” kami, sudah tiba masanya untuk pergi ke tandas.
Pundi kencing biasanya boleh mengisi 500 ml air kencing. Apabila ia diisi dengan kira-kira 400 ml, otak akan menerima isyarat kuat, kini sudah tiba masanya untuk mengosongkan pundi kencing.
Inkontinensia kencing terdesak adalah keadaan di mana otak menerima isyarat terlalu awal. Apabila jumlah air kencing air kencing hanya mencapai 100 atau 150 ml, ia akan menghantar isyarat kepada otak. Ini menyebabkan pesakit sering pergi ke tandas. Walau bagaimanapun, jumlah air kencingnya adalah tidak banyak. Dalam erti kata lain, isyarat palsu telah dikeluarkan.
Pesakit yang menderita kedua-dua jenis inkontinensia kencing ini sering mengalami tekanan untuk mencari tandas supaya “mengosongkan” pundi-pundi kencing mereka, supaya mengelakkan inkontinensia kencing. Walau bagaimanapun, pesakit perlu memahami bahawa ini bukanlah satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi inkontinensia kencing.
Sekiranya kehadiran intikontinensia kencing telah disyaki, tugas utama pesakit ialah berunding dengan pakar urologi dan harus melakukan pemeriksaan untuk mengesahkan sama ada inkontinensia kencing sudah berlaku.
Doktor mesti menyemak dengan jelas dan menentukan bahawa tidak ada kehadiran faktor-faktor lain yang menyebabkan inkontinensia kencing. Sebaik sahaja diagnosis dibuat, doktor akan berupaya mengenalpasti jenis inkontinenesia kencing yang sedang mengganggu pesakit.
Melawat doktor tidak bermakna pembedahan mesti diperlukan.
Ramai orang keliru dan percaya bahawa satu-satunya cara untuk merawat inkontinensia kencing adalah pembedahan. Sudah tentu, ini bukanlah satu tanggapan yang benar. Doktor hanya akan memilih pembedahan selepas rawatan lain terbukti tidak berkesan.
Ramai pesakit enggan menerima pembedahan, jadi mereka enggan melawat doktor dan secara senyap-senyap menahan kesakitan yang dibawa oleh inkontinensia kencing. Semua orang mesti faham bahawa melawat seorang doktor tidak bermakna mereka mesti melakukan pembedahan. Pesakit-pesakit boleh mula dengan rawatan-rawatan lain terlebih dahulu.
Dalam kes-kes inkontinensia kencing tertekan, doktor akan menasihati pesakit mengamalkan latihan Kegel, demi meningkatkan ketegangan di lantai pelvis dan menguatkan otot-ototnya.
Latihan ini didapati berkesan untuk ramai orang, dan kira-kira 20% pesakit boleh mengelakkan pembedahan selepas menjalani latihan ini. Pesakit mesti berlatih secara tetap dan tidak boleh berhenti selama tiga bulan.
Berkenaan dengan inkontinensia kencing terdesak, doktor akan memberi ubat kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah ini, dengan matlamat utama yang bertujuan mengurangkan kekerapan kencing pesakit, dan memberi pesakit masa yang mencukupi untuk mencari tandas.
Pakai pakaian berwarna gelap untuk menutupi kotoran
Untuk mengelakkan urgensi yang disebabkan oleh inkontinensia kencing, pesakit akan menggunakan beberapa “mekanisme penangguhan.” Tidak mengetahui bahawa inkontinensia kencing telah menjadikan pesakit sebagai “hamba” kepada pundi kencing mereka, dan kesukaran tersebut memberi kesan yang serius kepada kualiti kehidupan harian. Pesakit mengalami masalah inkontinensia kencing lebih cenderung meminum sedikit air, agar mengurangkan air kencing di pundi kencing dan menurunkan kekerapan kencing . Akan tetapi peminuman air yang tidak mencukupi pada setiap hari, akan memberi impak negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Jika pesakit memilih peminuman kopi, teh atau alkohol, dia akan mengalami kekerapan kencing yang lebih tinggi dan memburukkan lagi masalah inkontinensia kencing.
Pesakit-pesakit inkontinensia kencing didapati cenderung memakai pakaian yang lebih gelap. Ini adalah kerana, apabila kebocoran kencing berlaku, pakaian gelap mereka boleh digunakan untuk menyembunyikan saat-saat yang malu para pesakit.
Sentiasa menentukan lokasi-lokasi tandas
Pesakit jarang terlibat dalam banyak aktiviti, kerana mereka sentiasa bimbang terhadap kesengitan aktiviti mereka, terutama aktiviti-aktiviti berpotensi menyebabkan kebocoran kencing. Sikap-sikap begini pasti akan memberi kesan-kesan negatif kepada kehidupan sosial pesakit. Biasanya, pesakit-pesakit inkontinensia kencing memberi lebih banyak tumpuan kepada lokasi-lokasi tandas.
Kebanyakan orang umum bebas pergi ke mana-mana dan bila-bila masa, jadi lokasi tandas jarang menjadi isu kebimbangan mereka. Sebaliknya, apabila seseorang mula memberi keutamaan kepada lokasi tandas, maka dia perlu sedar bahawa sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
Warga tua harus memakai lampin kerana inkontinensia kencing
Inkontinensia kencing mempengaruhi orang ramai tanpa mengira umur. Bagaimanapun, apabila kita menghadapi proses penuaan yang berlaku secara beransur-ansur, peluang mengidapi inkontinensia kencing juga akan ditingkatkan bersama. Kira-kira satu pertiga daripada warga tua akan menghadapi masalah inkontinesia kencing.
Pundi kencing yang terlalu aktif boleh menyebabkan pesakit bangun di tengah malam. Jika pesakit yang berkenaan masih muda, dan diperlukan bangun tengah malam, biasanya mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah besar. Sebaliknya, pesakit yang tua, misalnya berusia 80 tahun ke atas, memanglah tidak mudah bagi mereka berbuat demikian, berbanding dengan orang-orang yang lebih muda.
Bayangkan pada pertengahan malam, pesakit-pesakit yang tua perlu berjalan dalam kegelapan, sudah pasti ini akan dianggap sebagai sejenis perbuatan berbahaya. Apabila orang tua terpaksa pergi ke tandas dalam keadaan sebegini. Mereka mungkin akan terjatuh dan membahayakan nyawa mereka sendiri.
Jika warga tua menderita inkontinensia kencing, dinasihati lampin dewasa perlu digunakan oleh mereka.
Soal & Jawab
Soalan 1: Berapakah kali seseorang yang normal dan sihat akan membuang air kecil dalam sehari?
Secara purata, bilangan pembuangan air kecil untuk orang biasa, adalah kira-kira 7 kali sehari. Ia bergantung di mana dia sedang tinggal sekarang. Sekiranya dia tinggal di benua Eropah sebagai contoh, adalah normal dia membuang air kecil sebanyak 7 kali sehari, manakala di Malaysia, bilangan sebegini mungkin lebih rendah kerana cuaca di sini didapati lebih panas, dan orang ramai lebih senang berpeluh. Jika kekerapan kencing melebihi 8 kali sehari, ia boleh dianggap kurang normal. Jelas, kualiti hidup akan terjejas jika lebih daripada 11 kali pembuangan air kecil dalam sehari.
Soalan 2: Apa perbezaan di antara lelaki dan wanita berkaitan dengan inkontinensia kencing?
Ramai lelaki menderita inkontinensia kencing kerana masalah prosta mereka, sedangkan kebanyakan wanita mengidapi inkontinensia kencing tertekan.
Soalan 3: Apa yang perlu diperhatikan oleh pesakit-pesakit jika mereka mengalami inkontinensia kencing?
Pesakit perlu mengurangkan berat badan dan melegakan tekanan pada abdomen. Wanita juga harus mengelakkan pakaian jaket yang ketat, supaya mereka dapat mengurangkan tekanan pada perut dan pundi kencing mereka.
Semua tarian aerobik intensif atau latihan angkat berat harus dielakkan, kerana ini adalah tindakan yang akan meningkatkan tekanan pundi kencing.