Lonjakan Tekanan Darah Tinggi Waktu Pagi
Di Malaysia, 1 daripada 3 orang dewasa menderita tekanan darah tinggi. Untuk setiap 5 pesakit tekanan darah tinggi, didapati 3 pesakit tidak menyedari bahawa mereka telah mengidapi penyakit tekanan darah tinggi.
Tekanan darah manusia berubah dengan aktiviti-aktiviti. Biasanya, selepas bangun, tekanan darah akan meningkat dengan cepat untuk menyokong aktiviti-aktiviti harian kita. Ini dipanggil fenomena lonjakan tekanan darah waktu pagi. Semasa waktu malam, tekanan darah akan berkurangan secara perlahan disebabkan aktiviti-akitiviti harian akan menjadi reda.
Walau bagaimanapun, antara pukul 6:00 dan 12:00 tengah hari, apabila tekanan darah meningkat melebihi 135/85 mmHg, ia akan menaikkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok, serangan jantung, dan juga kematian secara tiba-tiba. Daripada pandangan pesakit-pesakit tekanan darah tinggi, ini adalah semacam membawa bom masa berdetik!
Orang ramai agak biasa dengan gejala dan akibat penyakit tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, mereka mungkin tidak memahami fenomena lonjakan tekanan darah waktu pagi. Malah, tekanan darah pada pagi adalah reaksi-reaksi fisiologi biasa. Antara pukul 6 pagi dan 12:00 tengah hari, tekanan darah haruslah meningkat, jika tidak, kita tidak akan dapat bangun, bekerja, dan menjalani aktiviti-aktiviti lain.
Walau bagaimanapun, kepada pesakit tekanan darah tinggi, jika titik permulaan tekanan darah sudah dianggap tinggi pada awalnya, ditambah pula dengan lojakan tekanan darah waktu tinggi, maka tekanan darah pesakit akan meningkat ke tahap lebih tinggi daripada orang biasa. Ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung , strok dan kematian tiba-tiba pada waktu pagi.
Lonjakan tekanan darah waktu pagi biasanya berlaku dari 6 pagi hingga 12 tengah hari. Apabila tekanan darah yang tidak normal meningkat secara tiba-tiba dan melebihi tahap 135/85 mmHg, berkemungkinan pesakit yang terlibat telah mengalami tekanan darah tinggi jenis awal pagi. Sekiranya, tekanan darah tidak jatuh malah naik pada waktu malam, keadaan sebegini akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Apabila tekanan darah tiba-tiba naik hingga tahap 135 / 85mmHg, walaupun pesakit tidak mengalami strok ( angin ahmar ), serangan jantung, dan lain-lain, ia masih boleh merosakkan organ-organ tubuh, seperti pembesaran jantung dan kegagalan jantung. Oleh itu, tugas mengesan dan mengawal tekanan darah adalah amat penting untuk mengelakkan kerosakan organ-organ di masa depan.
Adalah disyorkan bahawa pesakit-pesakit tekanan darah tinggi perlu membeli sphygmomanometers ( pengukur tekanan darah ) yang boleh dipercayai, dan disahkan oleh institusi perubatan. Peranti ini boleh digunakan untuk mengukur tekanan darah pesakit-pesakit di rumah masing-masing dengan kerap.
Kita perlu mengukur tekanan darah dalam masa dua jam pertama selepas bangun pagi. Sebelum melakukan apa-apa pengukuran tekanan darah, jangan makan sarapan pagi dan ubat-ubatan. Bertenang dan duduk. Buat ukuran setiap pagi dan petang. Rakam dua kali ukuran pada setiap masa. Selepas seminggu, pesakit akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan tekanan darah mereka.
Rekod-rekod tekanan darah ini juga membantu doktor menyesuaikan preskripsi ubat pesakit-pesakit apabila mereka kembali ke klinik-klinik. Oleh itu, tindakan sebegini boleh membantu pengawalan tekanan darah pesakit-pesakit and memperbaikikan kesihatan mereka.
Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa apabila pesakit-pesakit mula mengukur tekanan darah mereka sendiri, ia akan membawa kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pesakit-pesakit juga. Mereka lebih bersedia untuk mengambil ubat secara berkala dan mencegah tekanan darah daripada meningkat.
Pengambilan ubat yang memberi kesan-kesan selama 24 jam
Walaupun tekanan darah tinggi adalah penyakit yang agak biasa di rantau Asia, kadar penemuan, rawatan, dan kawalan masih didapati sangat rendah. Daripada 4 pesakit yang menerima rawatan, hanya seorang sahaja dikawal. Jelas sekali ini bukanlah tanda yang baik. Malah di negara maju seperti Jepun, kawalan tekanan darah masih juga dianggap tidak mencukupi.
Mengawal tekanan darah pagi adalah langkah penting untuk mencapai tekanan darah yang baik sepanjang hari. Untuk memperbaiki keadaan tekanan darah waktu pagi, doktor akan memberi ubat pesakit-pesakit mereka yang membawa kesan-kesan yang berkekalan selama 24 jam.
Walaupun pesakit-pesakit kadang-kadang mengambil ubat yang berkesan selama 24 jam, namun keadaan tekanan darah mereka masih tidak dapat dikawal sepenuhnya. Oleh itu, doktor akan menasihatkan pesakit sebegini mengambil satu lagi ubat pada waktu malam atau menambah bilangan ubat supaya tekanan darah boleh dikawal sepanjang 24 jam.
Ramai pesakit yang bimbang terhadap ubat-ubatan mereka yang dipercayai berupaya memusnahkan fungsi-fungsi buah pinggang mereka, jadi mereka sering mengurangkan penggunaan ubat sehingga sebanyak 50%. Sebenarnya ubat-ubat tekanan darah tidak akan memusnahkan fungsi-fungsi buah pinggang. Sebaliknya, dengan mengambil ubat secara teratur, pesakit-pesakit dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan dapat mencegah kegagalan buah pinggang.
Orang ramai diminta memotong pengambilan garam supaya risiko penyakit kardiovaskular boleh dikurangkan. Garam bukan sekadar bahan yang kita menambah ke dalam makanan kita, tetapi ia juga ditambah ke dalam pelbagai sos, misalnya sos kicap dan sos tomato. Sos-sos yang lazat ini mengandungi banyak natrium.
Risiko strok adalah setinggi 51%
Banyak kes strok berlaku pada waktu pagi, ini mungkin disebabkan oleh peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba selepas bangun.
Menurut kajian, fenomena lonjakan tekanan darah waktu pagi juga berkaitan dengan krisis strok. Di Malaysia, sehingga 51% mangsa-mangsa strok menderita tekanan darah tinggi. Penyakit strok juga dianggap sebagai pembunuh terbesar kedua di Malaysia.
Strok boleh menyebabkan pesakit menjadi hemiplegia ( lumpuh separuh badan ) dan kehilangan kebolehan pertuturan mereka. Sesetengah pesakit mungkin juga membunuh diri. Orang-orang yang terlibat tidak hanya terbatas kepada pesakit sendiri sahaja, kesan-kesan negatif juga melibatkan anggota-anggota keluarga yang bertanggungjawab menjaga dan membantu pesakit semasa proses pemulihan strok.
Sebaik sahaja pesakit-pesakit telah menemui gejala-gejala strok, mereka tidak perlu teragak-agak untuk pergi ke hospital dan mencari rawatan dengan segera. Jika keadaan pesakit masih tidak serius, ubat-ubatan boleh membantu dan mengurangkan komplikasi-komplikasi strok, serta mengekalkan keupayaan pesakit-pesakit menjaga diri sendiri pada masa depan.
Pada masa ini, sekurang-kurangnya 970 juta orang di dunia menderita tekanan darah tinggi, dan kematian tahunan yang disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi adalah setinggi 9.4 juta. Penyakit ini juga dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian awal.
Penyakit tekanan darah tinggi digelar “pembunuh senyap” kerana ia biasanya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Hanya apabila tekanan darah sistolik mencapai tahap setinggi 180 hingga 200 mmHg, barulah pesakit mula merasakan ketidakselesaan.
Komplikasi-komplikasi utama tekanan darah tinggi termasuk:
- serangan jantung
- Strok
- Kegagalan buah pinggang
- kegagalan jantung
Di Malaysia, 1 dalam 3 orang dewasa mengalami penyakit tekanan darah tinggi. Daripada kumpulan ini, setiap 5 pesakit tekanan darah tinggi, sebanyak 3 orang tidak menyedari bahawa mereka mengalami penyakit darah tinggi.