Ulser / Bisul Mulut
Ulser mulut adalah sejenis penyakit rongga mulut yang biasa. Pesakit-pesakit ulser mulut kerap mendapati bahawa ulser-ulser mereka biasanya berlaku di lokasi yang sama, ini adalah kerana 95% ulser-ulser mulut adalah jenis berulang. Sama seperti penyakit-penyakit mulut lain seperti penyakit mukosa mulut, karies gigi (kerosakan gigi), penyakit periodontal; Ulser mulut boleh juga dianggap sebagai salah satu penyakit rongga mulut yang paling biasa.
Ulser mulut dicirikan oleh kelukaan ( Bahasa inggeris : lesion ) merah, putih, berbentuk cekung dan memberi sensasi kesakitan yang boleh berlaku di mana-mana bahagian mulut, termasuk ujung lidah.
Dari sudut pandangan perubatan, tidak ada hubungan yang jelas didapati di antara ulser mulut dengan “kehangatan badan”. Di bawah keadaan biasa, ada kemungkinan hanya menggunakan krim anti-radang, analgesik, dan krim penyembuhan. Tetapi jika pesakit tidak pulih selepas dua minggu, ia mungkin menjadi satu petanda awal kanser.
Berhati-hati dengan tanda-tanda kanser rongga mulut
Ulser mulut adalah salah satu daripada gejala kanser rongga mulut. Sekiranya pesakitnya tidak pulih selepas dua minggu, pesakit mesti berjaga-jaga kerana ulser mulut sebegini mungkin disebabkan oleh kanser, sebenarnya tiada perbezaan yang jelas boleh dikesan jika berbanding dengan ulser mulut biasa. Oleh itu, apabila ulser mulut tidak sembuh selepas masa yang lama, namun kelonggaran gigi-gigi mulai terjadi tanpa sebarang sebab, contohnya – selepas gigi telah dicabut, gigi bersebelahan mulai longgar juga, pesakit yang terlibat mesti mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Ini adalah kerana sel-sel kanser terus tumbuh di dalam gusi, memerah gigi-gigi dan menyebabkan mereka menjadi longgar. Pesakit-pesakit mungkin berfikir ia hanya disebabkan oleh gigi yang rosak, tetapi tidak lama kemudian gigi-gigi lain seterusnya akan menjadi longgar lagi.
Ulser-ulser mulut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama adalah berkaitan dengan luka-luka kanser yang membentuk tompok-tompok putih dan merah, manakala jenis kedua, ulsernya tidak akan berubah menjadi kanser, dan biasanya hanya disebabkan oleh ulser-ulser mulut berulang, ulser kecederaan, ulser tuberkulosis. Pesakit-pesakit jenis kedua akan sembuh secara automatik.
Tompok-tompok putih tidak menyakitkan pesakit-pesakit, dan tidak akan mengakibatkan luka ulser, manakala tompok-tompok merah pula menunjukkan tanda-tanda penyakit sudah bertambah serius, di mana ia berkemungkinan ada hubungan dengan kanser. Walau bagaimanapun, hanya 4 daripada 100 pesakit yang mempunyai tompok-tompok sebegini adalah disebabkan oleh kanser. Tompok-tompok atau plak-plak boleh muncul di bahagian pipi, lidah, gusi, dan sebagainya, terutama ujung lidah, seperti satu salutan lidah.
Walaupun kanser rongga mulut boleh dilihat dengan mata kasar, kebanyakan pesakit hanya mengesan kanser mulut mereka pada peringkat lewat, oleh kerana kekurangan pengetahuan mengenai kanser rongga mulut. Terdapat penyelidik-penyelidik berasal dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Universiti Malaya dan Kementerian Kesihatan, telah mengkaji dan menemui penanda tumor yang boleh mengenalpasti hubungan antara tompok-tompok dengan kanser.
Selain daripada tompok-tompok dan tanggalan gigi, satu lagi tanda kanser rongga mulut adalah pembengkakan leher. Ketiga-tiga tanda ini adalah gejala-gejala yang paling jelas berkaitan dengan kanser rongga mulut.
Wanita dan golongan muda lebih cendurung terdedah kepada ulser mulut
Ulser mulut biasanya berlaku di kalangan wanita dan golongan muda, terutamanya di pipi dan bibir. Kebanyakan ulser-ulser mereka adalah tidak berbahaya, dan sering disebabkan oleh gigitan tidak sengaja di dalam pipi atau potongan akibat gigi tajam, makanan, atau tambalan gigi. Faktor-faktor risiko ulser mulut berulang merangkumi kecacatan genetik tertentu dan pencetus-pencetus lain, seperti tekanan jiwa dan kebimbangan, perubahan hormon, dan alahan berhubung dengan makanan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ulser mulut adalah petanda pelbagai keadaan kesihatan, seperti anemia jenis kekurangan zat besi atau penyakit Crohn.
Ulser mulut boleh pulih dalam seminggu atau dua
Kebanyakan ulser mulut akan sembuh dalam masa satu hingga dua minggu, dan jika mereka tidak sembuh selepas dua minggu, pesakit harus berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Sekiranya terdapat ulser mulut yang kerap, maka doktor juga boleh mengesyorkan biopsi untuk siasatan lanjut.
Kaedah-kaedah berikut boleh mengurangkan risiko-risiko ulser mulut
- Gunakan berus gigi berbulu lembut. Elakkan makan makanan keras yang memotong mulut.
- Dapatkan makanan yang seimbang dan elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan ulser mulut, seperti rempah-rempah tertentu.
- Mengurangkan tekanan jiwa.
- Pemeriksaan pergigian yang kerap perlu dilakukan. Terdapat ramai orang yang tidak tahu pemulihan gigi-gigi mereka sudah rosak. Mereka mungkin berfikir masalah-masalah mereka adalah disebabkan oleh kesakitan gigi biasa sahaja. Walau bagaimanapun, jika pemulihan gigi ini boleh diperbaiki, maka tiada gigi perlu dicabut nanti. Gigi-gigi taring manusia sering digunakan untuk makan makanan keras, setelah gigi-gigi ini dipakai untuk jangka panjang, mereka akan menjadi lebih tajam. Ini dianggap sebagai masalah pergigian yang biasa. Selain membaiki bahagian gigi yang terlampau dipakai, pesakit-pesakit juga perlu mengubah tabiat pemakanan mereka pada masa depan.
Kesihatan rongga mulut warga tua dapat mencegah kehilangan gigi secara beransur-ansur
Terdapat banyak kesalahfahaman yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan rongga mulut warga tua. Sering kali oleh kerana mereka tidak dapat menjaga kesihatan gigi-gigi mereka dengan sendiri, maka mereka akan kehilangan gigi-gigi secara beransur-ansur, lalu menyebabkan beberapa jenis penyakit-penyakit lain yang serius akibat penyakit rongga mulut.
Gigi bukanlah hanya bertujuan untuk warga tua menikmati makanan sahaja, tetapi ia juga berperanan memastikan warga tua mendapat khasiat yang baik dan mencukupi. Tambahan pula, penyakit rongga mulut boleh menjejaskan fungsi-fungsi kardiovaskular, endokrin, dan paru-paru. Oleh itu, penjagaan kesihatan gigi adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan keseluruhan dari segi fizikal dan mental. Malangnya sehingga kini, oleh kerana kesedaran tentang kesihatan mulut yang kurang memuaskan, ramai warga tua masih mengabaikan kesihatan rongga mulut mereka dan membiarkan gigi-gigi mereka rosak secara berterusan.
Warga tua sering gagal menjaga kesihatan rongga mulut kerana pelbagai sebab, seperti penyakit yang memerlukan ubat jangka panjang, pengabaian keluarga atau penyakit Alzheimer, penghasilan air liur yang menurun, kekeringan rongga mulut, penyakit gusi, pemulihan gigi yang reput, dan ketidakupayaan menjaga pergigian dan kebersihan gigi palsu. Oleh itu, orang tua yang memakai gigi-gigi palsu perlu mendapat nasihat-nasihat daripada kakitangan perubatan supaya mereka boleh menjaga kesihatan rongga mulut dengan lebih baik. Malaysia memerlukan lebih banyak sumber tenaga dan peningkatan kesedaran awam dalam bidang penjagaan gigi warga tua.
Contohnya, warga tua yang menghidap penyakit kencing manis, gigi-gigi mereka harus dicabut pada sesi pagi. Selepas itu, jika timbul sebarang masalah kesihatan, mereka masih boleh dirawat dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, jika pesakit mencabut gigi pada sebelah petang, masalah kesihatan mungkin berlaku pada waktu malam. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rawatan semasa waktu itu.
Salah faham lain-lain tentang penjagaan warga tua termasuk:
- Gigi-gigi yang longgar adalah satu jenis fenomena semula jadi: salah
Kelonggaran gigi-gigi orang ramai biasanya disebabkan oleh penyakit periodontal, osteoporosis, dan sebagainya, jika penyakit-penyakit begini boleh dicegah dan dirawati, sekurang-kurangnya warga tua masih boleh melambatkan proses kelonggaran gigi-gigi, sungguhpun gigi-gigi mereka tidak dapat dikekalkan akhirnya. - Semakin banyak gigi dihaus, semakin kekuatannya di masa depan, maka menggigit benda-benda keras adalah digalakkan : salah
Struktur-struktur gigi manusia dan haiwan adalah berbeza. Gigi-gigi haiwan boleh tumbuh dengan sangat cepat. Jika haiwan tidak memendekkan gigi-gigi mereka dengan benda keras, mereka akan terjejas apabila makan kerana pertumbuhan gigi-gigi yang berterusan. Walau bagaimanapun, gigi-gigi manusia hanya tumbuh dengan perlahan-lahan, dan enamel gigi adalah terhad. Haus yang berlebihan akan memusnahkan gigi, dentin akan terdedah, dan ujung saraf pulpa akan kehilangan perlindungannya. Ini bukan sahaja akan menyebabkan pemekaan gigi dan menghasilkan lebih gigi-gigi yang haus, tetapi juga menyebabkan masalah-masalah seperti anjakan gigi atau perubahan bentuk muka, jadi gigi-gigi warga tua harus dihindari daripada pengunyahan kacang sirih, tebu, biji, kacang goreng, dan sebagainya, dan , mereka tidak patut menggunakan berus-berus gigi yang keras. - Hanya berkumur tanpa memberus gigi : salah
Masih terdapat segelintir warga tua yang tidak mempunyai tabiat memberus gigi. Mereka hanya berkumur selepas makan. Tetapi sebenarnya, berkumur tidak dapat menggantikan usaha memberus gigi, di mana berus-berus gigi mesti digunakan untuk mengelakkan pembentukan plak dan karang gigi. Oleh itu, warga tua harus berbuat demikian setiap hari. - Hanya memberus gigi, tidak perlu pembersihan gigi: salah
Memberus gigi adalah sejenis penjagaan rongga mulut asas yang harus dilakukan setiap hari, oleh kerana makanan yang tersisa di gigi-gigi atau atas permukaannya, tidak dapat dibersihkan dengan mudah. Dalam jangka masa panjang, plak gigi, kalkulus dan karang degil akan dibentukkan. Oleh demikian, setiap orang dinasihati menerima satu atau dua kali pembersihan gigi-gigi tiap-tiap tahun. - Tunggu sehingga semua gigi hilang sebelum memasang gigi-gigi tiruan: salah
Ramai warga tua tidak memberi perhatian yang mencukupi, apabila gigi-gigi mula longgar and tanggal pada mulanya. Mereka lebih cendurung menunggu sehingga semua gigi “berdekatan” rosak juga, sebelum memasang sebarang gigi-gigi palsu, supaya dapat menjimatkan masa dan wang. Walau bagaimanapun, amalan ini mempunyai banyak kesan yang berbahaya. Pertama, ia mempengaruhi kebolehan mengunyah dan mempengaruhi pencernaan dan penyerapan khasiat.
Kedua, ia akan mempercepatkan kelonggaran gigi bersebelahan, dan juga menjejaskan gigi-gigi lain dan penampilan wajah. Oleh itu, apabila gigi-gigi mulai tanggal, gigi-gigi palsu perlu dipasang secepat mungkin, bukan sahaja boleh memulihkan fungsi-fungsi gigi, tetapi juga dapat menstabilkan gigi-gigi bersebelahan.