Penyakit Ginjal / Buah Pinggang Kronik
Keto Asid adalah asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia, tanpa mengandungi nitrogen. Walau bagaimanapun, keto asid boleh memenuhi keperluaan protein para pesakit yang mengidapi penyakit ginjal kronik, tanpa membebankan ginjal masing-masing, oleh itu mutu khasiat dan kesihatan para pesakit dapat diperbaiki melalui suplemen ini.
Kegemukan telah terbukti sebagai satu faktor penting yang mempengaruhi fungsi-fungsi ginjal. “Proteinuria” ( air kencing berprotein ) biasa didapati di kalangan pesakit yang gemuk bersama-sama penyakit ginjal kronik. Gejala ini disebabkan oleh keperluan metabolik yang tinggi bagi orang-orang gemuk, di mana arteri-arteri ginjal mereka telah berkembang, maka aliran darah yang berlebihan ke ginjal akan membawa kerosakan kepada glomerus-glomerulus di dalam ginjal. Lama-kelamaan, keadaan ini boleh menghasilkan “kebocoran protein”. Jika aliran darah dibenarkan terus menekan saluran-saluran darah ginjal dengan kuat, saluran-saluran darah akan semakin mengeras, sehingga fungsi-fungsi ginjal akan tergugat akhirnya.
Orang-orang gemuk lebih cenderung mengidapi penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan hiperkuremia ( bahasa inggeris : hyperuremia ). Penyakit-penyakit ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan penyakit ginjal kronik. Orang-orang gemuk mempunyai lebih banyak radikal-radikal oksigen berbanding orang biasa.
Proses perkembangan penyakit ginjal kronik berlaku perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, sudah pasti, penyakit ini tidak akan timbul disebabkan oleh masalah kegemukan untuk jangka satu atau dua hari sahaja. Kesan-kesan negatif penyakit ginjal kronik adalah bersifat akumulatif dari masa ke masa. Gejala yang paling biasa didapati di kalangan para pesakit gemuk & penyakit ginjal kronik, adalah “proteinuria”, terutamanya disebabkan oleh pengembangan saluran-saluran darah orang-orang gemuk. Kelajuan aliran darah yang dihantar ke ginjal adalah tinggi akibat paras metabolisme yang tinggi. Dari segi perubatan, keadaan ini dirujuk sebagai hiperfiltrasi ( bahasa inggeris : hyperfiltration ).
Ginjal adalah satu organ yang “pintar”. Ia boleh mengeluarkan hormon pertumbuhan hematopoetik ( bahasa inggeris : hematopoietic growth hormone ), EPO yang menggiatkan proses hematopoesis ( pembentukan sel-sel darah ) melalui rangsangan sumsum tulang.
Jika gingal tidak berfungsi dan tidak mengeluarkan hormon hematopoietik yang mencukupi untuk merangsangkan hematopoiesis sumsum tulang, pesakit-pesakit akan mengalami masalah-masalah anemia, keletihan dan asma.
Hiperfiltrasi boleh merosakkan ginjal
Aliran darah yang kuat akan terus membawa tekanan terhadap glomerulus-glomerulus yang terdiri daripada sekumpulan saluran darah mikro, yang berfungsi sebagai penapis. Apabila saluran-saluran darah tidak menahan tekanan yang kuat yang berterusan, mereka mungkin akan terpecah. Penapis-penapis ini akan menghadapi pelbagai masalah kemudian. Gejala yang paling biasa adalah, protein yang terkandung di dalam darah dapat berlepas daripada penapis-penapis bocor, di mana protein terlepas akan dikumuhkan bersama-sama dengan kumuhan-kumuhan lain melalui air kencing. Sekiranya keadaan ini semakin merosot, maka kejadian “proteinuria” akan berlaku.
Sebagai contoh, seorang tukang masak muda yang mempunyai berat badan 135 kilogram, datang ke hospital kerana kejadiaan proteinurianya, di mana keputusan ujian air kencing didapati jauh melebihi jangkauan normal semasa pemeriksaan kesihatan. Oleh kerana pemuda ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan lain, maka doktor pun memutus dan membiarkan dia menghilangkan berat badannya terlebih dahulu, sebelum membuat pemerhatian selanjutnya.
Pemuda ini mula menyesuaikan dietnya dan juga menerima suntikan ubat peptida-1 agonist seperti Glukagon ( bahasa inggeris : glucagon-like peptide-1 agonist, GLP-1 agonist ). Dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 7 kilogram dalam masa dua bulan, dan paras proteinurianya didapati menurun berbanding dengan masa lalu, iaitu menurun daripada paras 2 gram ke 500 miligram.
Gangguan metabolik: loya, muntah, edema
Penyakit ginjal kronik adalah sejenis penyakit yang tidak boleh didiagnosis hanya berdasarkan gejala-gejalanya sahaja. Dalam kebanyakan kes, ketika gejala-gejala timbul, ramai pesakit telah memasuki peringkat lewat penyakit ginjal , sehingga ramai pesakit didapati agak terlambat untuk memulihkan kesihatan mereka. Di samping itu, pilihan-pilihan rawatan menjadi amat terhad pada masa itu.
Gejala-gejala penyakit ginjal kronik hanya muncul pada peringkat akhir semasa tahap ketiga atau keempat penyakit ginjal. Gejala-gejala umum termasuk edema kaki, proteinuria, akibat disfungsi penyakit ginjal.
Apabila ginjal tidak berfungsi dengan baik, maka air akan mula terkumpul di dalam tubuh manusia, sehingga sesetengah pesakit mempunyai gejala seperti edema.
Detoksifikasi ( bahasa inggeris : detoxification ) adalah salah satu fungsi ginjal. Apabila ginjal mengalami masalah disfungsi, ia boleh menyebabkan kegagalan metabolik toksin. Pesakit-pesakit berkemungkinan merasakan loya, muntah, kehilangan selera makan dan berat badan juga, berikutan paras toksin yang tinggi di dalam badan.
Memerlukan suplemen vitamin D untuk jangka panjang
Ginjal juga memainkan peranan yang penting untuk mengaktifkan vitamin D. Vitamin D boleh mengimbangi tahap kalsium dan fosforus badan supaya mengekalkan kesihatan tulang-tulang manusia. Jika ginjal tidak berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan vitamin D, maka kemerosotan tulang-tulang dan osteoporosis akan berlaku . Oleh deminikian, para pesakit ginjal kronik atau dialisis, mereka harus mendapatkan suplemen vitamin D untuk jangka panjang.
Berdasarkan gejala-gejala yang disebutkan di atas, apabila fungsi-fungsi ginjal seseorang menjadi semakin buruk, selain daripada kehadiran edema dan proteinuria, pesakit-pesakit mungkin mengalami pelbagai gejala-gejala yang lain, misalnya anemia dan mual.
Terdapat banyak kajian yang membandingkan orang-orang biasa dengan orang-orang yang gemuk. Orang-orang gemuk menunjukkan bahawa tahap risiko berkaitan penyakit ginjal adalah 83% lebih tinggi berbanding dengan orang umum lain. Dengan erti kata lain, ini membuktikan perhubungan di antara kegemukan dan penyakit ginjal adalah sangat rapat.
Separuh daripada penduduk dewasa Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan
Pada masa ini, tiada data yang komprehensif mengenai penyakit ginjal kronik dan kegemukan, tetapi mengikut kaji selidik pada tahun 2012, sebanyak 9% rakyat Malaysia mempunyai risiko mengalami penyakit ginjal kronik, iaitu hampir setaraf dengan data antarabangsa (10%).
Mengikut tahun 2015 Kesihatan dan Perubatan Nasional (NHMS), setinggi 17.7% penduduk-penduduk dewasa Malaysia didapati gemuk, manakala 30% dikelaskan sebagai orang-orang dewasa yang mengalami berat badan berlebihan, iaitu berjumlah sebanyak 47.7%. Ini bermakna hampir separuh daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah kegemukan dan berat badan berlebihan.
Dianggarkan 600 juta orang di dunia dianggap gemuk. Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana sepertiga golongan ini adalah berkaitan dengan murid-murid yang masih bersekolah. Banyak kajian menunjukkan bahawa golongan muda yang gemuk adalah lebih cenderung menjadi orang-orang dewasa yang gemuk nanti. Dengan kata lain, masalah kegemukan akan terus bertambah serius di masa depan.
Hubungan antara kegemukan dan penyakit ginjal
Kajian menunjukkan bahawa berbanding dengan orang-orang biasa, kumpulan orang-orang gemuk menunjukkan 83% lebih tinggi dari segi peluang mengalami penyakit ginjal. Pemerhatian ini juga menjelaskan mengapa Persatuan Penyakit Ginjal Antarabangsa telah menetapkan satu tema tahunan, iaitu “Kegemukan dan Penyakit Ginjal” pada Hari Penyakit Ginjal Sedunia.
Pesakit-pesakit gemuk yang mengidapi penyakit ginjal kronik mempunyai gejala-gejala yang sama seperti pesakit-pesakit ginjal lain, namun pesakit-pesakit gemuk tidak mengalami masalah kehilangan nafsu makan atau penurunan berat badan akibat penyakit ginjal. Sudah tentu, jika pesakit-pesakit sebegini tidak diendahkan atau dirawat secara tidak wajar, keadaan kesihatan mereka akan memberi kesan-kesan sampingan selanjutnya, terutamanya apabila memasuki ke peringkat keempat atau kelima penyakit ginjal.
Setelah sampai ke peringkat selewat ini, pesakit-pesakit ini akan mula kehilangan berat badan mereka. Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa kegemukan juga boleh meningkatkan risiko-risiko berkenaan dengan pembentukan batu dan kanser ginjal. Walau bagaimanapun, rekod-rekod seperti ini hanya boleh diterima sebagai data pemerhatian. Oleh itu, kita hanya boleh membuat anggapan bahawa kegemukan ada hubungan dengan kedua-dua batu dan kanser ginjal, namun belum mendapatkan cukup bukti-bukti yang kukuh untuk mengesahkan ada perhubungan bersebab di antara kegemukan dengan batu and kanser ginjal lagi.
Diet protein yang rendah + Ketoacid akan memperbaiki kesihatan badan dan mengurangkan beban buah pinggang
Rawatan-rawatan untuk pesakit-pesakit gemuk bersama-sama ginjal kronik, perlu mengikuti pendekatan “sederhana dan seimbang”. Sekiranya pesakit-pesakit golongan ini mempunyai masalah kegemukan atau berat badan berlebihan, disarankan agar rawatan-rawatan mereka harus memberi tumpuan kepada usaha-usaha penurunan berat badan terlebih dahulu. Walaupun mereka tidak dapat melarikan diri daripada masalah kegemukan dengan sepenuhnya, sekurang-kurangnya penurunan berat badan masih berkemungkinan besar dapat mengurangkan beban badan masing-masing; sebaliknya, pesakit-pesakit yang mempunyai berat badan yang terlalu ringan, mereka perlu meningkatkan berat badan dan mutu khasiat, supaya menjadi lebih sihat dan mengatasi penyakit-penyakit masing-masing.
Pesakit-pesakit perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak protein, tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka tidak boleh mengambil makanan sebegini sama sekali. Jika pesakit-pesakit benar-benar mengambil protein yang sangat sedikit dalam diet harian mereka, maka suplemen-suplemen lain seperti asid keto, mesti diambil demi mencapai tahap khasiat yang seimbang.
Tiada kajian yang dapat menunjukkan bahawa rawatan keto-asid sentiasa memberi keputusan berkesan di kalangan pesakit ginjal kronik yang gemuk, oleh kerana kedua-dua pesakit gemuk dan ringan telah menunjukkan keberkesanan yang setaraf selepas menerima rawatan ketoasid. Sebenarnya rawatan keto-asid adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran urea, serentak dengan penggunaan diet protein yang rendah. Amalan ini dapat mengurangkan pengambilan nitrogen akhirnya.
Makanan yang mengandungi banyak protein akan memberi tahap nitrogen yang tinggi seiringan, sehingga badan tidak boleh mengeluarkan urea dengan berkesan, dan menyebabkan kejadian uremia.
Rawatan keto-asid bersama-sama diet berprotein rendah, boleh melambatkan proses kemerosotan penyakit ginjal kronik. Semakin awal pesakit-pesakit menerima rawatan diet sebegini, semakin baik pula peluang mereka dapat memanjangkan keberkesanan fungsi-fungsi ginjal. Amalan ini juga boleh melambatkan proses dialisis dan mengekalkan kualiti kehidupan yang lebih baik.
Keberkesanan pembedahan bariatrik ( bahasa inggeris : bariatric surgery ) untuk menangguhkan dialisis – masih belum disahkan lagi
Pesakit-pesakit sasaran utama adalah orang-orang yang gemuk. Walau bagaimanapun, pembedahan bariatrik adalah bertujuan menurunkan berat badan , tetapi ia dikira sebagai sejenis rawatan yang rumit, di mana ia berpotensi membawa banyak komplikasi atau kesan sampingan. Tambahan pula, rawatan ini tidak semestinya sesuai untuk semua orang-orang yang gemuk.
Pembedahan penurunan berat badan disasarkan kepada orang-orang yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) sebanyak 45 atau lebih tinggi, tetapi doktor-doktor hanya akan mencadangkan pembedahan ini, apabila program diet dan rawatan perubatan gagal mencapai keputusan yang diingini.
Ketika pesakit-pesakit kehilangan berat badan, secara teorinya ia boleh menterbalikkan kesan-kesan beberapa faktor buruk, seperti paras tinggi glukosa darah, tekanan darah, asid urik, radikal bebas dan lain-lain, oleh demikian, kesan-kesan sampingan yang mempengaruhi fungsi-fungsi ginjal juga akan berkurangan dengan seiring.
Peningkatan “eGFR” boleh memberi isyarat yang salah
Mengenai persoalan sama ada rawatan dialisis boleh ditangguhkan setelah menjalani pembedahan penurunan berat badan, nampaknya masih tidak cukup banyak pesakit telah menjalani rawatan ini, sehingga memang sulit untuk mengumpulkan bukti-bukti yang mencukupi demi membuat kesimpulan muktamad pada masa kini.
Untuk mendapatkan penilaian mengenai fungsi-fungsi ginjal, kita boleh melakukan ujian darah dengan mengukur tahap kreatinin ( bahasa inggeris : creatinine ) di dalam darah dan mengira anggaran kadar penapisan glomerulus (bahasa inggeris: estimated glomerulus filtration rate, eGFR). Data ini dipengaruhi oleh perubahan berat badan seseorang pesakit. Kreatinin adalah sejenis produk sisa yang dihasilkan oleh aktiviti otot-otot. Apabila jisim otot-otot berkurang, nilai kreatinin akan berkurang dengan serentak, namun eGFR akan bertambah. Ini bermakna pengurangan berat badan secara tidak langsung berupaya mempengaruhi ketepatan penilaian fungsi-fungsi ginjal.
Sekiranya pesakit menjalani pembedahan untuk penurunan berat badan, keputusan eGFR akan berubah akibat penurunan jisim otot-otot dan paras kreatinin. Ini mungkin memberi tanggapan yang salah kepada para pesakit bahawa fungsi-fungsi ginjal mereka sudah bertambah baik, justeru itu, dialisis tidak lagi diperlukan buat sementara waktu. Ini dianggap sebagai satu kelemahan berkaitan ujian eGFR.
Belum ada sebarang bukti saintifik boleh mengesahkan bahawa pembedahan penurunan berat badan berupaya menunda kegagalan ginjal ataupun rawatan dialisis. Sebenarnya, asalkan rawatan perubatan atau pembedahan yang digunakan boleh memberi lebih manfaat berbanding risikonya, biasanya para doktor akan berpendapat rawatan-rawatan yang terlibat adalah sesuai dilaksanakan untuk kesihatan pesakit-pesakit mereka.
Sesetengah orang akan mengesan kehadiran metabolit di dalam air kencing selepas mengambil ubat masing-masing. Selain itu, kewujudan sperma di dalam air kencing lelaki boleh juga menyebabkan air kencing kelihatan berbuih. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa bukan semua air kencing berbuih adalah pasti berkaitan dengan kejadian air kencing berprotein (proteinuria).
Air kencing berbuih tidak semestinya berkaitan proteinuria
Sekiranya air kencing didapati berbuih, kita perlu membuat pertimbangan yang tenang. Apabila gejala tersebut didapati berterusan untuk seketika, kita boleh mendapatkan pengesahan melalui ujian-ujian perubatan selanjutnya.
Terdapat banyak “pesakit-pesakit” klinikal yang menyangka bahawa mereka telah mengidapi penyakit ginjal, hanya berdasarkan kewujudan air kencing berbuih. Kebanyakan kes ini terbukti sebagai penggera palsu selepas menjalani ujian-ujian perubatan lanjut.
Selain proteinuria, terdapat pelbagai sebab yang berupaya menghasilkan air kencing berbuih. Misalnya, apabila seseorang lelaki membuang air dengan aliran yang laju, berkemungkinan ia akan mengakibatkan air kencing berbuih. Biasanya buih-buih sebegini akan hilang dalam jangka masa pendek.
Sesetengah orang lain, seperti pemandu-pemandu teksi, yang sentiasa menahan diri daripada pembuangan air untuk masa yang lama, mereka akan menghasilkan air kencing berbuih oleh kerana kepekatan urea yang tinggi.
Ini menunjukkan bahawa air kencing berbuih tidak disebabkan oleh proteinuria semata-mata.
Sekiranya ada sesiapa mengesyaki bahawa dia mengalami proteinuria, dia harus memerhatikan air kencingnya untuk waktu seketika. Jika keadaannya masih berterusan, maka dia patut mendapatkan beberapa ujian perubatan supaya memperolehi diagnosis yang muktamad daripada seseorang doktor.