Pembedahan Tulang Belakang Yang Sedikit Invasif
Kes Kajian:
Pada umur 55 tahun, Encik Chen masih terlibat dalam kerja-kerja di bidang pengangkutan. Dia mengalami sakit tulang belakang selama beberapa tahun. Mampatan saraf-saraf menyebabkan kesakitan otot-otot dan keletihan dari semasa ke semasa, sehingga kehidupan hariannya menjadi agak sengsara. Dia cuba memperbaiki keadaan sakit tulang belakangnya melalui rawatan pemulihan dan ubat-ubatan, tetapi tiada sebarang tanda pemulihan dikesan setakat ini. Kesakitan tulang belakangnya terus menyeksa dia sepanjang masa.
Doktor menasihati Encik Chen menerima rawatan pembedahan tulang belakang, tetapi dia mendengar khabar angin bahawa pembedahan tulang belakang boleh membawa kesakitan yang hebat, berikutan dengan risiko kelumpuhan yang tinggi. Oleh itu, Encik Chen rasa enggan menjalani rawatan pembedahan pada masa lalu. Akhirnya, selepas menerima beberapa kali pujukan daripada doktornya, dia memutuskan untuk menjalani pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif. Luka kecil pada tubuh Encik Chen dapat mengurangkan kesakitan belakang secara drastik melalui pembedahan cara baharu ini, sehingga dia dapat keluar daripada hospital hanya 24 jam selepas operasi.
Tidak semua masalah tulang belakang memerlukan rawatan pembedahan
Tulang belakang adalah satu komponen yang penting di dalam tubuh manusia, ia dibahagikan kepada tiga bahagian utama: iaitu serviks, toraks, dan lumbar. Tulang belakang menanggung sebahagian besar berat badan manusia. Oleh itu, amalan postur yang kurang sihat dan berpanjangan, mungkin akan menjejaskan tulang belakang dan menyebabkan penyakit tulang belakang degeneratif.
Menurut statistik, kira-kira 60% orang yang berumur 40 tahun, telah mengalami masalah tulang belakang, terutama mereka yang mengalami kesakitan di bahagian tersebut. Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit yang mengalami masalah tulang belakang memerlukan rawatan pembedahan.
Pembedahan tulang belakang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pembedahan terbuka tradisional dan pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif.
Aspek yang paling membimbangkan berkaitan dengan pembedahan tulang belakang tradisional adalah trauma otot-otot. Luka pembedahan bersaiz kira-kira 5 hingga 6 sm. Pada asasnya, masa penyembuhan adalah berkadar terus dengan kerosakan otot-otot yang terjejas. Selain itu, kesakitan selepas pembedahan tulang belakang tradisional juga dilaporkan lebih teruk. Bilangan hari penginapan hospital juga didapati lebih lama, iaitu selama 5 hingga 8 hari.
Pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif terutamanya menggunakan tiub retraktor ( Bahasa inggeris : tubular retractor ) untuk “melebarkan” otot-otot semasa pembedahan dijalankan, justeru itu, membawa kurang trauma kepada otot-otot yang terjejas.
Doktor membuka otot-otot sebanyak beberapa milimeter dengan tiub retraktor melalui luka kecil, kemudian secara beransur-ansur memasukkan 6 hingga 7 retraktors untuk memegang insisi hingga bersaiz 1 sm, dan kemudian menggunakan endoskop atau mikroskop untuk membantu pembedahan sehingga pembedahan selesai. Tiub retraktor akan dikeluarkan pada fasa akhir pembedahan.
Pembedahan yang sedikit invasif memerlukan pembukaan kecil, ia memerlukan insisi bersaiz lebih kurang 2 sm. Kadang-kadang insisi boleh menjadi sekecil 0.5 hingga 0.8 sm. Insisi yang lebih kecil dapat mengurangkan kesakitan dan kehilangan darah, dan seterusnya mengurangkan jangka masa penginapan di hospital. Pesakit-pesakit hanya perlu tinggal di hospital selama 1 hingga 3 hari, bergantung kepada keadaan individu.
Pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan. Ia biasanya digunakan untuk merawat ketidakstabilan tulang belakang, hernia cakera, skoliosis, atau tumor tulang belakang.
Skru-titanium, tidak perlu dikeluarkan
Tulang belakang manusia terdiri daripada vertebrata dan cakera intervertebrata ( Bahasa inggeris : intervertebral discs ). Cakera intervertebrata berfungsi sebagai kusyen untuk menyerap berat badan manusia, demi membolehkan tubuh manusia bergerak.
Walau bagaimanapun, jika tulang menjadi kurang seimbang, tulang belakang akan menjadi tidak stabil. Pergerakan pesakit akan menyakiti saraf tunjang dan saraf-saraf lain dalam jangka masa panjang. Sudah tentu, ini tidak boleh dianggap sebagai perkara remeh sahaja. Tugas utama adalah menstabilkan dan mengembalikan keseimbangan tulang belakang semula.
Doktor boleh menggunakan pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif untuk meletakkan objek-objek tetap seperti skru dan plat penetapan untuk menstabilkan tulang belakang.
Pada masa lalu, para pesakit bimbang tentang keperluan untuk mengeluarkan skru-skru. Bahan skru kini telah diubah daripada keluli tahan karat ke titanium. Oleh itu, pesakit-pesakit tidak perlu bimbang tentang isu ini lagi.
Sistem robot yang berpandukan imej
Pembedahan mencapai ketepatan setinggi 99.7%
Kira-kira 8 tahun yang lalu, Hospital Besar Kuala Lumpur telah mula menggunakan sistem robotik pembedahan berpandukan imej (Bahasa Inggeris, Image guided system, IGS) untuk merawat pesakit-pesakit tulang belakang. Ketepatan teknik ini adalah setinggi 99.7%, dan kesilapan insisi pembedahan didapati kurang daripada 1 mm, maka ini adalah sejenis prosedur pembedahan yang selamat.
Pada mulanya, kebanyakan hospital menggunakan sistem robotik untuk pembedahan otak, dan dalam beberapa tahun yang lalu, mereka telah mula menggunakannya untuk pembedahan tulang belakang juga.
Sebelum menjalani pembedahan, kakitangan perubatan akan memasuki data tomografi komputer (CT Scan) atau Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) ke dalam sistem robot, yang berupaya mengubah data pesakit ke imej 3 dimensi.
Doktor melakukan pembedahan melalui imej 3 dimensi yang disediakan oleh sistem robotik. Sistem ini akan membiarkan doktor mengetahui perkembangan operasi, seperti mencari kedudukan yang betul dan menentukan kedalaman insisi, demi mengelakkan kecederaan pada saraf tunjang dan saraf tulang belakang.
Untuk mengurangkan kesilapan doktor semasa pembedahan, sistem pemantauan neurologi juga akan dipasang. Selain itu, beberapa peralatan juga dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk memerhatikan saraf dan nadi. Semasa pembedahan, apabila kedudukan pembedahan menjadi terlalu dekat dengan saraf, peralatan itu akan memberi isyarat untuk “mengingatkan” doktor agar dia dapat mengelakkan kesilapan daripada berlaku.
Soal & Jawab
Soalan 1: Adakah semua pesakit yang mengalami kesakitan tulang belakang memerlukan rawatan pembedahan?
Pembedahan selalunya merupakan pilihan terakhir untuk merawat pesakit-pesakit sakit tulang belakang. Apabila badan manusia mengalami sakit tulang belakang, doktor akan menjalankan imbasan CT ( Bahasa inggeris : CT scan ) atau ujian Pengimejan Magnetik Resonans untuk para pesakit pada peringkat awal, selepas itu doktor akan menggunakan pengalamannya dan membuat diagnosis klinikal untuk mengenal pasti keparahan penyakit sebelum menentukan apa-apa rawatan kemudian.
Pengurusan kesakitan biasanya merupakan sebahagian daripada rancangan rawatan. Di samping mengambil ubat-ubatan, pesakit-pesakit dinasihati memperbaiki tabiat kehidupan masing-masing, misalnya menyesuaikan kelembutan tilam mereka, berhenti membawa benda-benda berat, mengelakkan lenturan pinggang dan lutut, dan bersenam dengan lebih kerap, contohnya berenang, atau mengikuti terapi fizikal dan sebagainya.
Doktor akan memerhati dan menilai keadaan pesakit selama enam bulan hingga satu tahun (kecuali bagi mereka yang mempunyai keparahan yang teruk). Sekiranya masalah tulang belakang pesakit masih tidak lega, doktor akan mempertimbangkan rawatan pembedahan tulang belakang sebagai pilihan terakhir.
Soalan 2: Apakah kelebihan pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif?
Insisi untuk operasi ini adalah agak kecil, biasanya bersaiz 2 sm dan kadang-kadang lebih kecil, mungkin di antara 0.5 hingga 0.8 mm sahaja. Kelukaan yang kecil boleh mengurangkan kesakitan dan kehilangan darah. Kelebihan sebegini membenarkan para pesakit memendekkan tempoh penginapan di hospital, biasanya antara 1 hingga 3 hari, berbanding dengan 5 hingga 8 hari, apabila pembedahan tradisional dilakukan.
Soalan 3: Apakah kelemahan operasi pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif?
Pembedahan boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan manusia, tetapi prosedur pembedahan ini merupakan satu ujian sebenar dari segi kemahiran seseorang doktor. Ketika pembedahan tulang belakang tradisional, doktor akan memotong luka terbuka pada badan pesakit. Sebaliknya, pembedahan yang sedikit invasif hanya dilakukan melalui insisi bersaiz kecil sahaja.
Soalan 4: Berapakah lama pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif akan dijalankan?
Operasi biasanya memakan masa di antara 45 minit hingga 2 jam, kadang kala selama 3 jam, manakala operasi tradisional boleh mengambil masa selama 2 hingga 4 jam secara purata.
Soalan 5: Adakah pembedahan tulang belakang tradisional dan pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif memberikan hasil yang sama?
Pada asasnya, kesan-kesan jangka panjang adalah sama untuk kedua-dua jenis rawatan pembedahan. Bagaimanapun, dari sudut pandangan jangka pendek, masa penginapan hospital untuk pembedahan tulang belakang yang sedikit invasif, didapati memberikan proses pemulihan yang lebih singkat dan cepat. Ramai pesakitnya boleh mula bekerja semula selepas 2 minggu sahaja. Sebaliknya, pembedahan tradisional memerlukan masa pemulihan yang lebih lama, biasanya sekitar 6 minggu.