Penyakit / Gangguan Mental
Kes Kajian:
John adalah seorang pelajar perubatan tahun 4. Beliau terkenal kerana ketekunan dan keputusan cemerlang yang dicapai semasa belajar di fakulti perubatan. Walaupun dia adalah seorang pendiam, tetapi kefasihan dan keperibadiannya yang suka membantu, menjadikan dia seorang individu yang sangat popular di kalangan rakan-rakan universiti.
Peperiksaan tahun 4 akan datang dikira amat penting kepada John. Dia telah bersiap sedia menumpukan sepenuh perhatian untuk belajar selama seminggu. Perkara yang pelik telah berlaku sewaktu persediaan ini. Tanpa mengira betapa susah dia cuba menumpukan perhatian, John mendapati fikirannya sentiasa berada dalam keadaan kacau-bilau. Soalan-soalan ujian yang mudah diselesaikan sebelum ini, tiba-tiba menjadi sangat sukar sekarang.
Keadaan jiwa menjadi semakin buruk, sehingga dia mengunci dirinya di dalam bilik sepanjang hari. John fikir, walaupun dia tidak dapat membaca buku teksnya, mungkin ia masih berguna hanya merenung buku-buku tersebut. Pada masa lalu, John biasanya tidur lena dari malam hingga subuh, tetapi akhir-akhir ini dia selalu menghadapi kesulitan tidur. Walaupun John dapat tidur seketika, tetapi dia tidak akan berhenti bermimpi. Dia berasa seperti terperangkap dalam kabus gelap setiap saat.
Bapa John juga menyedari bahawa anak lelakinya seolah-olah berkelakuan berbeza. Pada satu majlis makan malam, dia mengambil kesempatan untuk memberitahu John tentang kebimbangannya. John akhirnya mendengar nasihat ayahnya dan melawat seorang doktor. Selepas pemeriksaan terperinci, John didiagnosis mengalami penyakit skizofrenia dan memerlukan rawatan.
Penyakit mental, adalah seperti penyakit-penyakit lain, misalnya diabetes dan penyakit jantung, di mana mereka juga dapat dijelaskan dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan perubatan. Kadar penyakit mental didapati semakin tinggi kebelakangan ini. Oleh itu, mulai sekarang , orang umum harus meningkatkan kesedaran terhadap penyakit-penyakit mental.
Penyakit mental boleh menjejaskan fikiran, emosi dan tingkah laku seseorang. Sekiranya emosi seseorang menjadi terganggu, orang itu akan mula merasakan beberapa keadaan yang tidak normal, seperti perasaan sangat tertekan atau sangat gembira, emosi yang tidak normal ini boleh membawa pelbagai kelakuan yang tidak normal. Dalam erti kata lain, punca penyakit-penyakit mental adalah berkaitan dengan otak pesakit, di mana pesakit didorong membuat kelakuan yang tidak normal.
Perlu memahami penyakit-penyakit mental dan keadaan pesakit-pesakit. Janganlah menganggap pesakit sebagai orang yang gila.
Penyakit mental seperti skizofrenia, gangguan kemurungan utama, dan gangguan bipolar dianggap sebagai jenis penyakit-penyakit mental yang serius. Walau bagaimanapun, memang sangat kerap, pesakit-pesakit ini tersilap dilabel sebagai orang yang “gila” dan “lemah.” Dengan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit-penyakit mental, maka orang ramai boleh mengelakkan persepsi yang salah, di samping mengurangkan tekanan pesakit.
Kita mesti jelas bahawa penyakit-penyakit mental boleh membawa kepada pelbagai disfungsi. Kesedihan dan kemurungan adalah berbeza sama sekali. Pada hakikatnya, tiada orang dapat mengelakkan masa kejam yang membawa kesedihan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita semua akan mengalami masalah kemurungan. Tanda utama penyakit-penyakit mental adalah, mereka berupaya mengakibatkan beberapa tahap disfungsi kepada pesakit-pesakit.
Filem “A Beautiful Mind” menceritakan kisah John Nash, iaitu seorang ahli matematik yang mengalami penyakit skizofrenia. Beliau telah menumpukan pengajiannya dalam bidang teori permainan dan geometri. Beliau memenangi Anugerah Nobel dalam bidang ekonomi akhirnya.
Filem ini membolehkan kita melihat bahawa pesakit yang menderita skizofrenia, secara umumnya dianggap sebagai “gila”. Jika kita memahami penyakit mereka dan mengaji keadaan mereka lebih mendalam, kita tidak akan menggambarkan mereka sebagai “orang-orang gila” lagi.
Pesakit-pesakit skizofrenia mungkin mengalami ilusi dan khayalan. Sebagai contoh, pesakit sering mendengar orang bercakap, tetapi bunyi ini tidak mempunyai sumber sebenarnya. Kejadian ini dianggap sebagai “fantasi” atau “ilusi” akibat ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Dengan kata lain, bunyi adalah ilusi di mana otak “berbisik” dengan pesakit.
Halusinasi yang paling sering dialami oleh pesakit adalah halusinasi pendengaran. Mereka sering bergumam diri sendiri. Orang-orang lain salah faham pesakit sedang bercakap dengan diri mereka sendiri. Malah, mereka bercakap dengan sesuatu “objek” akibat pendengaran diri.
40% mempunyai kecenderungan pemusnahan diri dan 10% mempunyai kecenderungan bunuh diri
Halusinasi pendengaran adalah tekanan yang mengganggu pesakit. Pesakit skizofrenia mendengar orang bercakap sepanjang masa. Suara-suara ini berbunyi kuat dan lembut sebentar-sebentar. Kadang-kadang suara ini berbunyi seperti perbualan biasa, manakala ada masa pula, suara-suara tersebut berubah kepada jenis pertengkaran. Gangguan-gangguan begini membuat pesakit-pesakit tidak dapat fokus di kehidupan harian.
Orang yang mempunyai gangguan mental juga mempunyai gangguan khayalan. Sebagai contoh, pesakit boleh merasakan bahawa orang-orang luar akan menyerang atau mencederakannya, pesakit juga dapat merasakan dia menerima mesej Tuhan sehingga mempercayai dia telah dipilih untuk melaksanakan tugas utama nanti. Ini kerana penyakit menyeleweng pemikiran otak dan sentiasa memaklumkan kepada pesakit bahawa, semua pemikirannya adalah benar, maka pesakit mula percaya semuanya adalah hakikat.
Fantasi dan khayalan boleh dianggap sebagai gejala positif kadang-kadang, tetapi mereka juga boleh membawa beberapa kesan negatif seperti penolakan pesakit menjaga dirinya sendiri, Keengganan keluar rumah, atau pesakit hanya mahu tinggal di rumah tanpa membuat apa-apa. Gejala-gejala lain berkaitan dengan masalah kognitif termasuk pembelajaran yang lambat, ketidakupayaan memberi tumpuan, ingatan yang lemah, dan gejala emosi seperti keadaan jiwa yang tidak menentu, dan sebagainya.
40% orang yang mempunyai gangguan mental cenderung mencederakan dirinya sendiri, dan 10% mereka ada pengalaman pemusnahan diri dan bunuh diri. Mengikut kaji selidik, 90% orang yang mengalami kecederaan diri didapati mengidapi penyakit mental.
Kesedihan adalah keadaan biasa, tetapi ia boleh menjadi gangguan kemurungan jika ia berterusan
“Janganlah bagi terlalu banyak tekanan pada diri sendiri,” “janganlah berfikir terlalu banyak,” “berehat,” dan sebagainya, lazimnya adalah nasihat-nasihat orang ramai untuk melegakan kebimbangan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan. Malah, nasihat-nasihat begini tidak dapat membantu pesakit, kerana gangguan kemurungan ( depresi ) sebenarnya adalah sejenis penyakit mental, di mana ia harus dirawat dengan segera.
Kadar penyakit kemurungan adalah lebih tinggi berbanding dengan skizofrenia, umpamanya di kalangan wanita, contohnya kemurungan postpartum. Kemurungan boleh diperbaiki melalui rawatan.
Kesedihan adalah reaksi manusia biasa. Semua orang boleh berasa sedih apabila mengalami kejadian yang tidak diingini, seperti kematian seorang yang dikasihi. Walau bagaimanapun, perasaan ini tidaklah dianggap sebagai kemurungan kerana ini hanya reaksi manusia biasa sahaja.
Orang yang didiagnosis mengidapi penyakit kemurungan mesti memenuhi kriteria tertentu. Sebagai contoh, keadaan ini berlangsung berterusan seketika, dan pesakit tidak lagi menikmati aktiviti-aktiviti yang mereka gemar pada masa lalu. Ini adalah manifestasi-manifestasi utama penyakit kemurungan. Gejala-gejala lain termasuk perubahan selera makan dan tabiat tidur, keletihan, pemikiran dan tindakan pesakit yang semakin perlahan, ditambah pula dengan penumpuan mental yang berkurangan.
Apabila keadaan seperti itu bertambah buruk, pesakit mungkin merasa bahawa dia tidak bernilai lagi dan merasa berdosa terus hidup. Dalam kes-kes yang lebih serius, dia mempunyai kecenderungan mencederakan diri sendiri.
Sekiranya kita menemui sesiapa di sekeliling kita yang menunjukkan tanda-tanda di atas, kita harus memberi bantuan atau menemani mereka untuk menerima rawatan yang sewajarnya.
Gangguan Bipolar
Salah satu gejala gangguan bipolar yang paling ketara adalah interaksi berterusan kedua-dua ciri kesedihan dan kegembiraan, yang mudah disalah tafsir sebagai penyakit kemurungan atau gangguan manik.
Sesetengah pesakit gangguan bipolar boleh menjadi sangat aktif dan mereka ingin melakukan banyak perkara selalu. Sungguhpun mereka tidur sangat sedikit tetapi masih sangat bertenaga.
Sesetengah pesakit juga melakukan sesuatu di luar kebolehan mereka, seperti melabur dalam jenis pelaburan berisiko tinggi, membeli kereta mewah, dan sebagainya. Apabila gejala hilang, mereka akan sedar kehadiran masalah-masalah ini.
Gejala lain pesakit termasuk khayalan, imaginasi yang tidak terhad, gangguan jiwa, perasaan keunggulan, dan lain-lain. Gejala-gejala ini akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Kempen “Bantuan Cemas Untuk Penyakit Mental”
Kempen “Bantuan Cemas untuk Penyakit Mental” adalah bertujuaan mengenal pasti pesakit melalui pemerhatian atas perubahan tingkah laku dan kehadiran krisis, supaya bantuan akan dapat diberikan kepada pesakit-pesakit dengan segera.
Bagaimana kita tahu bahawa pesakit mempunyai perubahan tingkah laku dan krisis yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental? Pertama sekali, kita dapat melihat beberapa petunjuk dari prestasi pesakit, kerana kerja-kerja pesakit akan mempunyai perubahan yang ketara dan perbezaan yang jelas ditemui dalam kegiatan dan kelakuan harian mereka.
Di samping itu, tabiat pesakit juga akan berubah, sebagai contoh, mereka akan menjauhkan diri dari komuniti mereka, emosi yang tidak menentu sering berlaku, serangan panik, kesukaran bernafas, berpeluh dan manifestasi-manifestasi lain. Terdapat juga tingkah laku seperti kelakuan histeris dengan kecenderungan menyerang, perangai dan pemikiran yang aneh, dan sebagainya. Perhatian khusus harus diberi kepada pesakit yang mempunyai kecendurungan cedera diri dan tingkah laku bunuh diri.
Orang yang terlatih dalam bantuan cemas penyakit mental, mempunyai tahap pengetahuan tertentu mengenai masalah kesihatan mental. Mereka boleh mengenal pasti dan menangani tingkah laku yang membanteras diri atau bunuh diri. Yang paling penting ialah memahami kedua-dua jenis keperluan iaitu sokongan perubatan dan rohani yang berlainan.
Untuk melaksanakan bantuan cemas, penyelamat harus ingat protokol “AEGE” ditakrif dengan Bahasa Inggeris, yang bermaksud A (Approach and access, pendekatan dan akses); E (Engage) berkomunikasi dengan orang, berkomunikasi dan mendengar; G (Give support/help, berikan sokongan / bantuan). E (Encourage, memberi galakan), menggalakkan pesakit mendapatkan bantuan profesional.
Program Bantuan Cemas Mental (MHFA) telah dilancarkan di Australia pada tahun 2001 untuk membantu orang yang mengalami penyakit mental. Selanjutnya, Amerika Syarikat juga melancarkan Program Bantuan Cemas Psikologi pada tahun 2006 untuk membantu tentera yang mengalami gangguan tekanan kerana trauma akibat peperangan.