Obesiti
Kes Kajian :
John, seorang jurujual berusia 35 tahun yang bekerja keras dalam perniagaannya. Oleh kerana jadual pekerjaan yang sibuk, kebanyakan masa, dia terpaksa makan di luar, sehingga mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Pada masa lalu, John ada membuat senaman sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh enam bulan yang lalu, dia terpaksa menghiburkan pelanggan-pelanggan perniagaannya hampir setiap malam, justeru itu dia tidak dapat mengelakkan minuman and makanan yang berlebihan. Dia memang sedar berat badannya meningkat dengan ketara pada tempoh ini.
Apabila dia bangun pada waktu pagi dalam beberapa hari lepas, dia merasakan kepalanya sakit dan juga pening. Oleh sebab pujukan keluarganya, dia pun pergi ke klinik berhampiran dan menerima pemeriksaan kesihatan. Doktor mendiagnosis John mengidapi kedua-dua penyakit tekanan darah tinggi dan kolesterol. Selepas mendengar nasihat doktornya, John juga mengetahui bahawa obesiti juga merupakan faktor yang mendorong pelbagai jenis kanser. Dia memutuskan untuk mengubah gaya hidupnya untuk memperbaiki kesihatan keseluruhannya.
Adipose (lemak badan) dianggap sebagai organ endokrin tubuh manusia. Ia menghasilkan hormon-hormon untuk badan. Hormon-hormon ini secara langsung mempengaruhi pertumbuhan sel, termasuk sel-sel kanser, oleh itu ia boleh meningkatkan kemungkinan mengidap kanser endometrium, kanser oesophageal, kanser hati, kanser kolorektal, dan kanser ovari, kanser payudara, kanser ovari.
Obesiti boleh meningkatkan tahap bahan-bahan pro-keradangan. Malah, tisu-tisu adipose merembeskan “hormon yang buruk” seperti faktor keradangan, yang membuat tubuh kronik meradang akibat obesiti. Keradangan jangka panjang adalah kunci kepada perkembangan kanser.
Selain faktor keradangan, rintangan insulin akan meningkatkan risiko kanser juga. Kajian telah menunjukkan bahawa lemak badan menggalakkan rintangan insulin.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tisu-tisu adipose adalah organ endokrin yang menghasilkan hormon peptida, secara kolektif dirujuk sebagai adipokin. Hormon ini menjejaskan patologi kanser badan.
Peningkatan hormone-hormon lemak badan boleh merangsang pertumbuhan tumor
Tisu-tisu adipose merembeskan dua jenis hormon lemak, leptin dan adiponektin, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan tumor.
Leptin menggalakkan pertumbuhan sel dan mendorong pertumbuhan faktor pertumbuhan endothelial vaskular (VEGF). Orang ramai mesti faham bahawa angiogenesis adalah salah satu syarat untuk pertumbuhan, metastasis, dan metastasis tumor malignan.
Obesiti menggalakkan hormon steroid seperti estrogen, hormon luteinizing, androgen dan ketidakseimbangan steroid adrenal, dan hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kelangsungan kanser lelaki dan wanita.
Selain kanser, tisu-tisu lemak berlebihan juga boleh menyebabkan diabetes, hati berlemak, hiperklipemia, dan arthritis.
Kadar obesiti di Malaysia meningkat 3 kali ganda dalam 20 tahun
Pada abad yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa obesiti telah menjadi penyakit kronik yang memberi kesan kepada kesihatan manusia. Secara ringkas, obesiti disebabkan oleh lemak badan yang berlebihan, akibat pengambilan kalori tinggi dan penggunaan kalori rendah.
Sejak tahun 1980, bilangan kes obesiti di dunia telah meningkat dua kali ganda. Menjelang 2014, 1.9 bilion orang dewasa berumur 18 tahun atau ke atas, akan menghadapi masalah berlebihan berat badan, di mana 600 juta adalah obes. Berdasarkan statistik ini, 39% daripada mereka dikira obes, 13% orang berlebihan berat badan.
Bagi Malaysia, dibandingkan dengan data Kesihatan dan Penyiasatan Penyakit (NHMS) negara dalam tempoh 20 tahun yang lalu, indeks obesiti negara pada tahun 1996 adalah 4%. Pada tahun 2015, indeks obesiti negara telah meningkat kepada 17.7%.
Data-data ini berkemungkinan besar menunjukkan bahawa kehidupan dan tabiat makan orang ramai menjadi penyebab obesiti, termasuk pengambilan karbohidrat yang berlebihan dan kekurangan senaman.
Soalan 1: Apakah definasi obesiti?
Kaedah mengukur obesiti adalah berdasarkan kepada indeks jisim badan (BMI) dan lilitan pinggang. Menurut definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), obesiti ditakrifkan sebagai BMI melebihi 30 kg / m2; BMI berat badan berlebihan didapti di antara 25 dan 29.9 kg / m2; dan berat badan normal didapati di antara BMI 18.5 hingga 24.9 kg / m2; Akhirnya 18.5 kg / m2 dianggap kurang berat badan.
Bagaimanapun, sejak orang-orang Asia mempunyai rangka badan yang lebih kecil, maka BMI orang-orang Asia perlu ditolak sebanyak 2 hingga 2.5 km / m2, iaitu lebih rendah daripada definisi WHO. Dalam erti kata lain, BMI ideal orang Asia ialah kira-kira 23 kg / m2.
Soalan 2: Mengapa obesiti meningkatkan peluang untuk mengidap kanser payudara dan kanser kolon?
Orang-orang yang obes, terutamanya wanita, didapati lebih cenderung mempunyai paras aromatase yang lebih tinggi, ia berupaya mengubah androgen menjadi estrogen. Apabila berat badan meningkat, jumlah sel-sel lemak juga akan bertambah seiring. Pembentukan tisu-tisu adipose dapat menaikkan pengeluaran estrogen, yang seterusnya akan mempercepat penyebaran kanser payudara.
Tahap insulin dan faktor pertumbuhan insulin seperti-1 (IGF-1) dalam darah orang obes seringkali didapati tinggi. Apabila kepekatan insulin tinggi, ia menyebabkan pengeluaran banyak sel, IGF-1 seterusnya mengubah dan merangsang faktor pertumbuhan endothelial vaskular (VEGF), yang akhirnya menggalakkan pertumbuhan sel-sel tumor tertentu seperti kanser kolorektal.
Soalan 3: Orang-orang obes mempunyai risiko komplikasi pembedahan yang lebih tinggi?
Setiap pesakit berisiko mengalami komplikasi selepas pembedahan. Memandangkan pesakit obes mempunyai risiko penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, dan diabetes yang lebih tinggi, maka penilaian fizikal dan rawatan menyeluruh adalah disyorkan sebelum pembedahan.
Orang-orang obes biasanya tidak aktif secara fizikal, kapasiti pernafasan mereka juga lebih rendah, oleh itu senaman adalah digalakkan supaya orang-orang obese boleh hilangkan berat badan mereka sebelum pembedahan. Pernafasan yang lancar semasa pembedahan akan mengurangkan risiko embolisme pulmonari.
Soalan 4: Senaman boleh mengurangkan kanser berulang?
Untuk mengatasi masalah obesiti, didapati diet yang baik bersama-sama senaman adalah dianggap sebagai pilihan terbaik. Jika masalah obesiti berterusan, peluang kanser berulang akan akan meningkat . Sebaliknya, senaman boleh meningkatkan kadar hidup pesakit-pesakit kanser.
Soalan 5: Berapa lama saya perlu bersenam setiap hari untuk kekal sihat?
Kebanyakan orang biasa perlu menjalankan senaman 30 minit sehari. Orang obes patut bersenam selama 60 minit. Ia boleh dimulakan dengan aktiviti mudah seperti berjalan. Di samping itu, orang-orang obese harus melaksanakan diet seimbang, makan makanan berserat tinggi, elakkan makanan berkalori tinggi dan berhenti merokok pada masa yang sama.
Soalan 6: Bagaimana untuk menggalakkan orang-orang obes kehilangan berat badan mereka?
Oleh kerana rangka fizikal mereka, ramai orang obes memang tidak aktif dalam kehidupan harian, maka orang-orang lain harus memberi mereka lebih banyak galakan, supaya mereka mengubah gaya hidup dan dapat menyatukan semula ke kehidupan sosial dengan aktif sekali lagi.
Soalan 7: Jika cara mencampur tangan kehidupan harian masih tidak berkesan, apa yang perlu dilakukan oleh orang obes?
Selepas doktor menolak sebarang kemungkinan masalah psikologi, sesetengah orang obes akan mendapat ubat untuk mengurangkan selera makan mereka. Manakala orang-orang yang terlampau gemuk mungkin perlu menerima rawatan pembedahan untuk mencapai penurunan berat badan, iaitu gastrektomi separa untuk mengurangkan pengambilan makanan, atau pembedahan pintasan gastrik untuk mengurangkan penyerapan.