Glaukoma adalah sukar untuk dikesan tetapi mudah diketepikan
Glaukoma adalah sejenis penyakit yang senyap, ia boleh merosakkan daya penglihatan kita, sekiranya mata-mata kita tidak dijaga dengan cara-cara yang betul dan secara berterusan.
Di antara lima jenis deria, daya penglihatan adalah dianggap yang paling utama. Kehilangan penglihatan atau penglihatan yang cacat pasti akan membawa pelbagai kesulitan dalam kehidupan harian. Secara umumnya, ramai orang hanya memeriksa mata masing-masing apabila mereka mengalami rabun jauh ataupun dekat. Memang agak terlambat jika seseorang pesakit menunggu sehingga glaukomanya mula menjejaskan penglihatan sebelum mendapatkan sebarang rawatan perubatan.
Glaukoma adalah penyebab utama kebutaan di dunia di mana ia adalah sejenis penyakit mata yang tidak dapat dipulihkan. Glaukoma berkedudukan kedua di peringkat antarabangsa dari segi kekerapan menyebabkan kebutaan. Pada masa ini, kira-kira 60 hingga 70 juta orang di dunia sudah mengalami glaukoma, dan bilangan itu berkemungkinan akan meningkat kepada sebanyak 80 juta orang menjelang tahun 2020. Ia dijangka mengakibatkan membawa kebutaan kepada 11.2 juta orang pada akhirnya.
Dr. Lee Ming Yueh, seorang ahli pakar mata dan penyakit glaukoma, beliau memerhatikan bahawa bilangan pesakit glaukoma yang didiagnosis telah meningkat hari demi hari. Beliau menegaskan bahawa setiap manusia melihat persekitaran dengan sepasang mata. Apabila penglihatan satu belah mata telah rosak, maka mata yang lain akan mulai membantu.
Di hampir setiap masyarakat, lebih daripada 50% pesakit-pesakit tidak tahu bahawa mereka telah mengidapi glaukoma. Kebanyakan mereka tidak sedar sehingga mereka mula menerima ujian-ujian medan penglihatan ( Bahasa Inggeris : visual field ) untuk mengesahkan kehadiran glaukoma.
Glaukoma biasanya berlaku pada orang-orang yang berusia lebih 40 tahun, akibat tekanan intraokular ( tekanan cecair dalam mata ) yang tinggi.
Dr. Lee Ming Yueh berkata, jika seseorang individu mempunyai riwayat keluarga glaukoma, peluang dia akan menderita penyakit ini akan meningkat sebanyak 4 hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang-orang biasa. Di samping itu, rabun jauh yang serius didapati lebih cenderung mengalami glaukoma akut; manakala rabun dekat yang serius lebih cenderung mengidapi glaukoma kronik.
Glaukoma tidak mempunyai kaitan dengan IQ manusia, tidak kira betapa pintar, setiap orang berkemungkinan mengalami glaukoma. Apabila medan penglihatan berkurangan secara perlahan-lahan, pada awalnya, pesakit tidak merasakan kehadiran masalah ini, lama-kelamaan medan penglihatannya akan terus mengecut, sehingga pesakit hanya sedar bahawa 90% daripada daya penglihatannya telah rosak apabila kekaburan berlaku.
Dr. Lee menyatakan bahawa kerana glaukoma kronik jarang menyebabkan kesakitan, justeru itu, ramai pesakit akan menangguhkan rawatan masing-masing; Sebaliknya, glaukoma akut akan berlaku secara mendadak. Apabila pesakit mempunyai gejala-gejala seperti mata-mata berwarna merah dan mengalami kesakitan atau tidak dapat melihat, maka dia harus mendapatkan nasihat perubatan dengan segera.
Pada sebelah petang, anak mata ( Bahasa inggeris : pupil ) kita akan diperluaskan sehingga memasuki ke bahagian saluran mata. Sekiranya seseorang individu telah mengidapi penyakit mata katarak, bersama-sama dengan perkembangan anak mata pada waktu senja, ia mungkin boleh mencetuskan serangan glaukoma akut. Oleh itu, pesakit-pesakit didapati sering mencari rawatan kecemasan mata pada waktu petang atau lewat petang, di mana mereka biasanya memerlukan rawatan laser ketika waktu kritikal sebegini. Jika tekanan sesuatu mata melebihi 50 mmHg, besar kemungkinan pesakit-pesakit akan menjadi buta sepenuhnya dalam masa beberapa jam.
Tidak boleh menggunakan ubat titisan mata yang mengandungi steroid secara kerap
Satu lagi jenis glaukoma adalah bersifat sekunder, di mana ia adalah berkaitan dengan kesan-kesan pembedahan katarak, diabetes, keradangan mata, kecederaan sukan, atau penanggalan retina ( Bahasa inggeris : retina detachment ).
Dr Lee telah mendiagnosis ramai pesakit -pesakit glaukoma yang berumur di antara 20-30 tahun. Penyebab utama adalah kegatalan mata. Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit ini hanya membeli dan menggunakan ubat titisan mata yang mengandungi steroid tanpa mendapat sebarang nasihat daripada doktor. Akhirnya mereka akan mengalami glaukoma selepas penggunaan ubat titisan yang mengandungi steroid secara jangka panjang.
Setelah memberikan ubat titisan mata yang mengandungi steroid, doktor akan memantau keadaan pesakitnya selepas digunakan. Ubat ini adalah sejenis rawatan jangka pendek. Ramai orang tidak menyedari bahawa penggunaan secara jangka panjang akan menjejaskan medan penglihatan, apabila medan penglihatan dikurangkan sehingga 90% dan penglihatan menjadi kabur, memang sudah terlambat untuk menterbalikkan kerosakan mata sedemikian.
Dr. Lee Ming Yueh juga menyebutkan glaukoma jenis pediatrik ketika dia ditemuramah. Semasa dia belajar di Moorfields Eye Hospital di UK, dia telah menjumpai penyakit glaukoma yang menyerang kanak-kanak. Glaukoma pediatrik ini boleh juga dibahagikan kepada jenis glaukoma pediatrik utama dan sekunder.
Kanak-kanak juga mungkin mempunyai glaukoma
Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak masih tidak dapat menyatakan diri selepas dilahirkan, jadi sukar untuk mengesan kanak-kanak mempunyai masalah penglihatan yang kabur. Walau bagaimanapun, disebabkan keabnormalan di bahagian saluran mata, bebola mata boleh membesar, dan akhirnya kelihatan seperti mata banteng.
Kes-kes yang berkaitan dengan kanak-kanak biasanya didapati lebih rumit dari segi pembedahan. Oleh demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada penglihatan anak-anak mereka. Kanak-kanak yang mengidapi glaukoma kerap mempunyai mata-mata yang kabur dan tidak bersinar. Selain itu, mereka akan sentiasa menangis dan mengelakkan sinar cahaya.
Pesakit-pesakit suka bertanya kepada Dr. Lee Ming Yueh: Apakah yang saya boleh makan supaya mengelakkan glaukoma?
Dr. Lee mengaku bahawa genetik adalah faktor utama glaukoma. Oleh itu, walaupun kita memberi cukup tumpuan terhadap tabiat pemakanan, ia masih tidak akan mengubah profil risiko seseorang. Walau bagaimanapun, Dr. Lee percaya bahawa semua orang harus memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bersenam, menghindari tabiat merokok dan minum alkohol, serta tidur mencukupi demi mendapat rehat yang baik.
Orang umum juga patut mengelakkan pergerakan badan tertentu, seperti postur yoga di mana kepala menghala ke bawah, gaya pergerakan demikian boleh menyebabkan glaukoma. Ketika kepala menghala ke bawah, tekanan intraokular di dalam mata akan meningkat. Dr. Lee berkata dia pernah merawat seorang pesakit yang mahir dalam yoga. Pesakit ini mengalami glaukoma yang serius, mujurlah keadaannya telah menjadi stabil selepas pembedahan.
Pembedahan boleh merawat pesakit-pesakit glaukoma
Untuk rawatan glaukoma, Dr. Lee Ming Yueh akan terlebih dahulu memberikan rawatan perubatan, termasuk penggunaan ubat titisan mata; Walau bagaimanapun, jika keadaan pesakit bertambah buruk, maka pembedahan mungkin akan menjadi pilihan yang lebih sesuai. Biasanya, prosedur pembedahan yang digelar “Trabeculectomy and Glaucoma Tube Shunt Surgery” akan dilakukan oleh doktor.
Rawatan pembedahan hanya akan dipilih setelah mempertimbangkan pelbagai faktor seperti jenis glaukoma, keparahan, dan umur pesakit.
Trabekulektomi adalah penciptaan tiub saluran di mata untuk memintas bahagian mata yang menghadapi halangan; Walau bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berfungsi sekali-gus, doktor mungkin perlu terus memasukkan saluran baru, terutama kanak-kanak. Operasi salur pengaliran glaukoma ( Bahasa inggeris : glaucoma duct shunt ) melibatkan satu pemasangan alat saluran dan tiub pengaliran cecair di permukaan mata supaya cecair boleh mengalir keluar melalui saluran tiruan.
Operasi ini adalah untuk mengekalkan penglihatan pesakit. Walaupun pembedahan dilakukan dan tekanan intraokular sudah berubah, tetapi pesakit masih perlu terus memantau keadaan, oleh kerana saluran paip itu masih boleh tersumbat kemudian.
Pengesanan dan rawatan awal
Apabila daya penglihatan sudah dirosakkan, rawatan glaukoma hanya dapat mengawal tekanan intraokular dan mencegah keadaan penyakit glaukoma semakin merosot. Dr. Lee Ming Yueh berkata: “Walaupun saya tidak dapat mengembalikan penglihatan sebelumnya, tetapi saya dapat menjaga masa depan seseorang pesakit, Pendek kata, semakin awal keadaan glaukoma ditemui, semakin kecil kemungkinan pesakit akan mengalami masalah kebutaan. Glaukoma kronik berlaku secara perlahan dan mempunyai peluang rawatan yang tinggi. Pesakit tidak harus berputus asa sama sekali.
Beliau mengeluh bahawa sesetengah doktor mempunyai pengetahuan mengenai glaukoma tetapi tidak tahu bagaimana untuk merawat pesakit glaukoma dengan baik. Akibatnya, doktor-doktor ini tidak mengesyorkan pesakit mereka mencari rawatan daripada pakar-pakar perubatan.
Apabila pesakit-pesakit mula mengalami peningkatan tekanan intraokular dan menghadapi risiko kebutaan yang tinggi, baharulah doktor-doktor ini mengesyorkan pesakit-pesakit mereka berjumpa pakar-pakar mata ketika peringkat lewat ini.
Untuk memberi pemahaman yang lebih lanjut mengenai penyakit glaukoma, Dr. Lee Ming Yueh telah menubuhkan sebuah laman web www.glaucomaspecialist.my, tiga tahun yang lalu, demi memberi arahan-arahan dan pilihan rawatan dengan lebih terperinci.
Faktor-faktor risiko glaukoma
- Tekanan intraokular yang tinggi
- Sesetengah orang dalam keluarga mengalami glaukoma
- Umur 40+
- Rabun jauh
- Mata yang cedera
- Penyakit mata
- Penyakit tekanan darah tinggi atau diabetes
- Penggunaan hormon steroid secara jangka panjang
* Jika anda mempunyai sebarang faktor risiko, anda harus melakukan pemeriksaan mata.
Jenis-jenis glaukoma
Utama
Glaukoma Sudut Terbuka
( Bahasa inggeris : Open-angle Glaucoma ):
- Jenis yang paling biasa.
- Pesakit tidak merasa sakit di mata atau merasakan perubahan dalam penglihatan di awal kerana penglihatan hanya mula hilang dari pinggiran.
- Bidang penglihatan biasanya secara beransur-ansur dikurangkan dari bahagian pinggir ke pusat; sebaik sahaja ia memasuki tempoh mempengaruhi bahagian pusat, penglihatan akan mula kabur.
- Walaupun sudut antara iris dan kornea adalah normal, saluran mata mungkin disekat, dan menyebabkan tekanan intraokular meningkat perlahan-lahan, dan kemudian menjejaskan saraf optik.
- Tekanan intraokular yang tinggi menyebabkan kerosakan kronik, secara beransur-ansur kepada saraf optik. Akhirnya pesakit mengalami kebutaan yang tidak dapat dipulihkan.
Glaukoma Penutupan Sudut
( Bahasa Inggeris : Angle-closure Glaucoma )
- Penyakit mata akut. Tekanan mata terlalu tinggi boleh menyebabkan kebutaan dalam masa beberapa jam.
- Pesakit biasanya pergi ke bilik kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kerana rasa sakit mata yang parah, kemerahan, dan penglihatan kabur, dia juga boleh melihat warna halo dan pelangi di sekeliling cahaya.
- Kesakitan mata juga boleh menyebabkan sakit kepala, loya, dan muntah.
- Sudut di antara iris dan kornea menjadi lebih sempit, dan iris bergerak ke depan, menyekat saluran mata dan menyebabkan tekanan intraokular meningkat melebihi 50 mmHg.
- Jenis ini menyumbang 20 hingga 30% daripada kes glaukoma keseluruhan; Sekitar 50% para pesakit mengalami kebutaan disebabkan oleh jenis glaukoma ini.
Jenis Sekunder
- Tekanan intraokular yang tinggi disebabkan oleh trauma atau penyakit lain seperti keradangan mata, katarak, dan diabetes.
- Penggunaan ubat mata mengandungi steroid yang berlebihan, juga merupakan salah satu sebab.
Glaukoma Pediatrik / Kanak-kanak
- Bayi yang paling muda mungkin hanya berusia 3 bulan.
- Boleh menjadi glaukoma kongenital atau penyakit sekunder.
- Ibu bapa biasanya memerhatikan bahawa kanak-kanak terus meneteskan air mata dan mengelakkan cahaya.
- Mata-mata kanak-kanak akan menjadi lebih kabur dan lebih besar daripada mata-mata biasa.