Mengatasi cabaran-cabaran strok (angin ahmar)
dengan kasih saying dan prihatin
Pada bulan Julai 2010, pada suatu malam, semasa Encik Yang masih bekerja, tiba-tiba dia menelefon isteri yang berada di rumah, lalu memberitahu isterinya tentang ketidakselesaan badan yang berlaku secara mendadak. Puan Yang langsung tidak membuang sebarang masa, dengan serta-merta menelefon anak lelaki mereka yang sedang bekerja berhampiran lokasi Encik Yang. Anak itu bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa keadaan bapanya.
Puan Yang teringat bahawa selepas anak tiba dan memeriksa bapanya, anaknya mendapati Encik Yang telah berjalan seperti pemabuk; Oleh demikian, anaknya memutus dan menghantar ayahnya ke klinik supaya diperiksa oleh seorang doktor. Akhirnya doktor mengesahkan bahawa Encik Yang telah mengidapi strok, jadi dia mesti dimasukkan ke hospital secepat mungkin.
Pada masa itu, Encik Yang tidak lagi berdiri tegak atau bercakap dengan lancar. Dia tidak dapat mengecamkan ahli-ahli keluarga. Semasa dirawat di hospital, Encik Yang juga mengalami keadaan ngompol. Selepas menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan, doktor pun menasihati Encik Yang terus tinggal di hospital selama sepuluh hari lagi.
Selepas peristiwa sedih ini berlaku, Encik Yang pun mulai berubah dan berkelakuan berbeza. Dia tidak lagi dapat menjaga dirinya sendiri dan makan secara mandiri. Malah pertuturannya telah menjadi tidak jelas sejak itu.
Encik Yang hanya boleh mendapatkan khasiat makanan melalui bahagian tekak, dan kehidupannya pada dasarnya semata-mata bergantung kepada isterinya setiap hari. Oleh itu, Puan Yang pun terpaksa berhenti kerja dan menjaga suaminya sepenuh masa.
Puan Yang berasa bimbang apabila menjaga suami pada mulanya. Dia takut bahawa dia tidak akan dapat mejalankan tugas tersebut dengan baik.
Dalam empat bulan pertama selepas strok Encik Yang berlaku, Puan Yang memutus dan meletak suaminya tinggal di rumah penjagaan dan melawatnya setiap hari. Dia juga menghantar Encik Yang ke Persatuan Kebangsaan Strok Malaysia (National Stroke Association of Malaysia, NASAM) untuk mendapatkan terapi fizikal.
Semasa suaminya menjalani fisioterapi, Puan Yang juga bersungguh-sungguh mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjaga pesakit strok. Empat bulan kemudian, dia telah mendapat pengetahuan yang mencukupi dan berasa lebih yakin menjaga suaminya.
Puan Yang belajar dan mengubahsuaikan cara berkomunikasi, demi memahami pemikiran suaminya kerana kehadiran masalah-masalah bertutur akibat strok.
Puan Yang mesti bersedia untuk mengatasi banyak situasi di luar jangkaan, contohnya, apabila wajah suaminya berubah warna pucat atau bibirnya menunjukkan warna ungu, dia mesti berjaga-jaga kerana ini mungkin tanda-tanda suaminya mengalami kesukaran menelan.
Oleh sebab itu, Puan Yang tidak pernah berani menjauhkan diri dari suaminya, maka, dia tidak boleh meninggalkan rumah untuk membeli-belah atau menjalankan sebarang tugas.
Selepas melalui satu tempoh penyesuaian dan berkawan dengan ahli-ahli keluarga pesakit strok yang lain di NASAM, kini, Puan Yang bolehlah dianggap agak cekap menjaga suaminya. Selain itu, keadaan kesihatan Encik Yang juga didapati bertambah baik kebelakangan ini, sehingga dia pun mula berjalan perlahan-lahan dengan tongkatnya.
Puan Yang berkomentar bahawa kesihatan suaminya memang didapti kurang baik selama ini , sistem keimunan badan pun lemah, ditambah pula dengan sejarah perubatan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol darah yang berlebihan. Ahkirnya, kesihatan suaminya semakin merosot dan mengakibatkan strok. Puan Yang mengesyaki bahawa masalah-masalah sebegini boleh dikait rapat dengan tabiat-tabiat pemakanan yang buruk sebelum ini.
Apabila menghadapi kejadian strok suaminya, Puan Yang berasa amat terharu pada mulanya. Pada masa yang sama, ramalan pesimis doktor juga menyinggungkan hati and membebankan fikirannya.
Nasib baik, seorang kawan telah mencadangkan Puan Yang mencari pertolongan daripada NASAM. Dengan mengikuti nasihat ini, dia mula sedar sebenarnya masih ada harapan mendapat pemulihan di masa depan.
Kedua-dua Encik dan Puan Yang secara aktif mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan secara perlahan-lahan dicantumkan ke dalam komuniti baru, semasa rawatan strok dijalani di NASAM. Ramai pesakit dan ahli keluarga mereka telah berkomunikasi dan bersorak di sana, demi mewujudkan suasana positif untuk mengatasi cabaran-cabaran bersama-sama. Di samping itu, Puan Yang juga berjaya menerima beberapa subsidi kerajaan untuk meringankan beban ekonomi keluarganya.
Strok Iskemia & Stok Haemorrhagic
Strok Iskemia
Saluran-saluran darah otak disekat, bekalan darah menjadi kekurangan
Stok Haemorrhagic
Merembes darah kerana dinding saluran-slauran darah otak berpecah
Ingatkan nama ringkas, F.A.S.T.
4 langkah mengenali strok
Facial : Satu sisi muka terkulai dan otot muka sukar bergerak
Arm : Kelemahan lengan dan ketidakupayaan untuk meningkatkan lengan
Speech : Kesukaran bertutur : Ketidakupayaan atau kesukaran untuk memahami pertuturan menghasilkan ucapan
Time : Masa keemasan yang singkat hubungi perkhidmatan kecemasan atau hantar pesakit ke hospital
Setiap 2,000 rakyat Malaysia,
ada seorang mengalami penyakit strok
Prof Hamidon Basri menegaskan bahawa strok adalah sejenis penyakit yang sangat serius. Apabila seseorang dalam keluarga mengalami strok, bukan sahaja pesakit sendiri diseksa, tetapi kehidupan seluruh keluarga juga akan terganggu. Oleh itu, setiap orang dewasa perlu belajar dan menghindarkan diri daripada mengalami strok.
Di Malaysia, satu daripada setiap 2000 orang dewasa didapati menderita strok. Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama strok. Apabila strok berlaku, tisu-tisu otak akan dirosakkan, dan otak pesakit yang terjejas tidak lagi beroperasi dengan baik selepas itu. Ramai pesakit strok akan berasa pening pada masa awal dan akhirnya berbaring di atas katil.
Prof Hamidon berkata, secara kasarnya, strok dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemorrhagic. Ada satu lagi jenis strok dipanggil “Serangan Iskemia Transien”, yang juga dikenali sebagai “strok mini” di mana pesakit boleh pulih dalam masa 24 jam selepas permulaan.
Strok menduduki tempat ketiga dalam senarai kematian. Di samping itu, strok juga adalah penyebab terbesar ketidakupayaan fizikal.
Kira-kira 75% pesakit didapati terlambat memasuki hospital selepas serangan strok mereka berlaku. Sebahagian besarnya disebabkan oleh sebanyak 65% orang ramai tidak memahami gejala-gejala umum strok. Apa yang lebih membimbangkan para doktor, didapati kira-kira 78% daripada pesakit-pesakit strok adalah bergantung kepada ahli-ahli keluarga mereka untuk memutuskan sama ada mereka harus dihantar ke hospital and menerima rawatan lanjut. Dalam erti kata lain, pengetahuan strok yang terhad, telah mengakibatkan banyak kelewatan memasuki pesakit-pesakit ke hospital, lalu membawa banyak kesan buruk terhadap mangsa-mangsa strok.
Oleh itu, orang umum perlu mengetahui lebih maklumat lanjut berkenaan Persatuan Kebangsaan Strok Malaysia (National Stroke Association of Malaysia, NASAM)
Persatuan ini mempunyai dua tujuan utama:
- Meningkatkan kualiti hidup pesakit strok. Selain terapi fizikal, terapi pertuturan dan terapi pekerjaan juga disediakan oleh ahli terapi yang berkelayakan.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk aktiviti fungsional, permainan, ketukangan, latihan mental dan banyak lagi.
- Menggalakkan kesedaran strok dan memupuk gaya hidup yang sihat demi mengurangkan bilangan pesakit-pesakit strok di Malaysia.
Nombor-nombor Telefon NASAM
Petaling Jaya
03-7956 4840
Ampang
03-4256 1234
Penang
04-229 8250
Perak
05-321 1089
Melaka
06-231 0177
Sabah
08-826 1568
Johor
07-223 0075