Leher Sakit, Leher Kaku
Pada masa lalu, apabila kita bercakap mengenai masalah tulang belakang, orang ramai akan secara automatik mulai membayangkan orang tua berjalan kaki dengan tongkak. Oleh kerana kemunculan teknologi-teknologi baru, didapati lelaki dan wanita moden sering membawa alat-alat elektronik mereka, iaitu telefon bimbit, komputer pangku dan tablet, malah semasa mereka sedang makan. Jangka panjang postur yang tidak betul dan urut yang tidak sesuai boleh menyebabkan penyakit tulang belakang seperti leher kaku, di mana ia berlaku lebih awal berbanding dengan generasi terdahulu.
Kes kajian:
Amin, berumur 25 tahun, bekerja setiap hari di hadapan skrin komputer, kadang-kadang berjam-jam. Di samping itu, dia juga ketagih dengan permainan telefon bimbit. Baru-baru ini dia berasa amat sakit di leher dan bahunya. Oleh itu, dia memutuskan untuk mendapatkan urut asli untuk meredakan ketidakselesaan tersebut.
Tukang urut yang bertugas adalah seorang lelaki. Kekuatan urut itu bermula dengan perlahan dan lembut pada awalnya. Kemudian, Amin meminta tukang urut meningkatkan kekuatannya. Tukang urut pun secara beransur-ansur meningkatkan daya urutnya mengikut permintaan pelanggan. Selepas beberapa minit, Amin merasakan bunyi di lehernya. Tiba-tiba dia pun terus berhenti bernafas dan tidak sedarkan diri.
Rakan sekerja Amin dengan segera menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun pada akhirnya, doktor tidak dapat menyelamatkan nyawa Amin. Kemudian, doktor mendapati bahawa vertebra serviks ( tulang leher ) Amin telah rosak semasa bedah siasat. Doktor percaya bahawa daya urut itu terlalu kuat, sehingga menyebabkan dislokasi tulang belakang serviks pertama dan kedua di bahagian leher.
Leher yang kaku, 85% boleh dirawat dengan terapi pemulihan
Tulang belakang terdiri daripada 33 vertebra yang disangga oleh cakera antara vertebra. Ia disokong oleh ligamen-ligamen dan sendi-sendi tulang belakang kecil. Tulang belakang menyokong batang tubuh dan melindungi organ-organ dalaman. Tulang belakang dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu 7 vertebra serviks, 12 vertebra toraks, 5 vertebras lumbar, pelvis dan coccyx.
Tulang belakang serviks adalah vertebra yang terletak di bahagian leher tubuh manusia. Kini ,kekakuan leher telah menjadi salah satu masalah paling biasa yang berkaitan dengan tulang belakang.
Malah, kekakuan leher adalah dianggap sebagai sebahagian proses penuaan. Bagi warga-warga emas, ini adalah fenomena yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, mereka tidak perlu berasa takut, selagi tulang saraf mereka tidak ditekan, dan radikulitis ( kesakitan saraf ) tidak berlaku. Pendek kata, kekakuan leher bukanlah satu masalah besar, sekiranya kualiti hidup tetap memuaskan, tanpa menggunakan ubat penahan sakit secara jangka masa panjang.
Kekakuan leher atau spondylosis tulang serviks disebabkan oleh postur yang tidak betul. Orang ramai perlu sedar bahawa apabila tulang belakang kita mula menghadapi penuaan, proses ini memang tidak boleh dibalikkan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menjaga tulang belakang kita supaya tidak memburukkan keadaannya. Biasanya, doktor akan mengesyorkan terapi pemulihan dan menyesuaikan postur pesakit-pesakit demi melegakan kesakitan.
Biasanya, 85% pesakit dapat mereda kesakitan melalui rawatan pemulihan. Kadang-kadang, doktor dan pesakit akan bekerjasama dengan menggunakan ubat penahan sakit bersama-sama rawatan pemulihan, supaya radikulitis ( kesakitan saraf ) hilang secara beransur-ansur. Kehidupan normal pesakit akan dipulihkan. Sekiranya langkah-langkah ini masih dianggap tidak berkesan selepas pelaksanaan, mungkin doktor akan melakukan pembedahan untuk pesakit, berdasarkan keadaan kes demi kes. Biasanya senario ini hanya menyumbang 15% daripada jumlah pesakit.
Tekanan atas saraf-saraf
Tulang belakang serviks manusia mempunyai perlindungan otot-otot. Sekiranya tulang belakang serviks menjadi semakin kaku, pesakit boleh merasakan kebas pada tangan dan lehernya. Selain itu, sekiranya otot-otot yang melindungi tulang belakang serviks terus ditarik, pesakit akan mula mengalami gejala sakit kepala. Ini menjelaskan mengapa pesakit-pesakit yang mengalami kekakuan tulang belakang serviks sering mengadu tentang sakit kepala.
Terdapat kajian kes di mana pesakit mengadu kekakuan tulang belakang serviks, dia merasakan kekebasan secara tiba-tiba di tangan kanannya. Di samping itu, terdapat kesakitan di dalam siku kanannya juga. Kadang-kadang pesakit ini terbangun di tengah malam kerana berasa kekebasan secara tiba-tiba. Pesakit tersebut tidak menemui apa-apa tulang patah selepas diperiksa oleh sinaran-X.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pesakit ini, keadaan medisnya mungkin disebabkan oleh usia tua. Di samping itu, tulang belakang serviks C5-C7 mungkin mempunyai beberapa perubahan degeneratif tengah berlaku.
Berdasarkan pemeriksaan sinar-X, doktor boleh memeriksa sama ada dislokasi tulang belakang tulang belakang telah berlaku, tetapi ujian ini tidak dapat melihat tisu-tisu glial dan tisu-tisu lembut. Untuk menentukan sama ada kejadian spondylosis sudah menekan saraf tulang belakang, kaedah terbaik adalah menggunakan pengimejan resonans magnetik (MRI).
Kehilangan lordosis serviks (hilang kelengkungan tulang belakang serviks)
Setiap tulang belakang badan manusia mempunyai kelengkungan fizikalnya. Vertebra mempunyai S-bentuk dari empat lengkung fisiologi leher, dada, lumbosakral, dan pelvis. Jika kita dapat mengekalkan kelengkungan biasa ini, maka kita boleh mengelakkan kemerosotan tulang belakang. Walau bagaimanapun, apabila seseorang memainkan dan memegang telefon bimbit selama berjam-jam, tulang belakang serviks mungkin mengalami kemudaratan besar kerana ia bercanggah dengan kelengkungan fizikal semulajadi, dan dalam jangka masa panjang, tulang belakang serviks C1-C7 akan terjejas. Pesakit akan mengalami kekebasan di tangan, sakit leher dan sakit kepala.
Apabila seseorang menundukkan kepala, sama ada membaca buku atau melihat telefon bimbit atau komputer, dia akan membuat postur kepala ke depan, tetapi otot-otot tulang belakang serviks akan terus menarik balik. Ia akan menyebabkan kekakuan tulang belakang serviks, jadi disyorkan bahawa kita mesti sentiasa membetulkan postur. Jika menggunakan komputer (terutamanya komputer pangku) , kita mesti dilakukan dalam posisi mempunyai penglihatan yang selari.
Satu atau dua jam terus menunduk kepala tanpa gangguan boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang serviks. Malah, badan kita adalah peringatan yang terbaik. Apabila kita merasakan kesakitan di bahagian leher, kita harus berdiri dan bergerak. Ini adalah penjagaan terbaik untuk tulang belakang serviks.
Lelaki dan wanita di bandar menerima banyak tekanan kerja dan mental, dan menyebabkan kesakitan pada otot bahu, atau sakit badan selepas waktu bekerja. Sesetengah orang ini akan melawat pusat urut supaya tukang urut dapat mengurangkan ketidakselesaan mereka. Tidak syak lagi urut ringan atau sederhana boleh menenangkan badan, terutama kesakitan pada leher. Walau bagaimanapun, daya yang berlebihan atau tarikan melampau semasa urut, berpotensi menyebabkan kerosakan kekal. Dalam sesetengah kes yang teruk, strok atau pepecahan saluran darah boleh berlaku sehingga menyebabkan kematian serta-merta.
Sebelum ini, dua pesakit, yang hanya berumur 35 tahun, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Menurut rakan-rakan mereka, mereka mengalami sakit leher lalu melawat tukang urut. Malangnya, mereka tiba-tiba berhenti bernafas, walaupun tukang terapi urut memberi mereka pertolongan cemas. Walau bagaimanapun, mereka mati apabila tiba di hospital. Susulan bedah menunjukkan bahawa kematian mereka adalah disebabkan oleh pepecahan arteri vertebra.
Terdapat saraf-saraf di tulang belakang serviks, di samping itu, ada juga saluran darah yang melalui C1 dan C2 (vertebra serviks pertama dan kedua). Saluran darah ini dihubungkan dengan sistem pernafasan. Sekiranya daya tarikan didapati terlalu besar, ia akan menyebabkan dislokasi C1 dan C2, saluran darah boleh jadi pecah, menyebabkan strok dan menghentikan pernafasan.
Ringkasnya, penarikan yang berlebihan akan menyebabkan dislokasi C1 dan C2 dan menyebabkan strok atau kematian akibat pepecahan salur darah. Kepada orang ramai yang membenarkan tukang gunting urut leher mereka, adalah dinasihati jangan berbuat demikian pada masa depan.
Sekali perubahan degeneratif terjadi pada cakera tulang belakang serviks, ia akan menyebabkan penyempitan ruangan antara vertebra serviks, dan saraf tulang belakang juga akan dimampatkan.
8 mata untuk memeriksa leher kaku dengan sendiri
Untuk mengenal pasti sama ada atau tidak anda mengalami kekakuan tulang belakang serviks, kita boleh melakukan penilaian sendiri dengan mengikuti 8 mata ini. Sekiranya tanda-tanda berikut sudah bermula, ia bermakna bahawa tulang belakang serviks mungkin akan mengalami kekakuan pada masa depan.
- Selalu berpunggung bungkuk
- Sekali dalam postur pandangan atas, hampir tidak ada penggantian postur lain.
- Setiap kali menggunakan telefon bimbit, akan merasa kekakuan pada bahu dan tulang belakang serviks.
- Apabila tidur setiap hari, mesti meninggalkan telefon bimbit di tepi katil untuk berasa selesa.
- Menggunakan komputer atau telefon bimbit untuk jangka masa yang lama.
- Setiap kali mencari, tulang belakang serviks akan berasa tidak selesa.
- Mata mudah letih dan kering.
- Mudah berasa keletihan, tidak bertenaga, selalu merasa kurang tidur.