Health Insure SavvyHealth Insure Savvy
Health Insure Savvy
Check out the latest health news, articles, advice, and trends for you and your family on topics like nutrition, weight loss, popular diets, and exercise.
  • Laman Utama
  • KATEGORI KESIHATAN
  • Hubungi Kami
  • Bahasa Melayu
    • English
    • 中文 (中国)
  • PAUTAN BERGUNA
Menu back  
 
Penyakit Lelaki, Kesihatan Seksual Lelaki, Metabolisme, Pemakanan, Gaya Hidup

Demi keberahian seksual,
lelaki tidak patut terlebih makan lima jenis makanan ini!

Tempat Kelima: Makanan Goreng

Akibat:  Mengurangi rembesan hormon lelaki

Punca: Hidrogenasi minyak sayuran mengubah minyak ke dalam keadaan pejal serta menghasil lemak trans. Dari segi kesan negatif, lemak trans adalah dianggap lebih buruk berbanding dengan lemak tepu.Cip dan makanan goreng lain, kue-kue mengandungi lemak trans. Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) menyatakan bahawa asid lemak trans dapat meningkatkan “kolesterol jahat” dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Pada masa yang sama, asid lemak trans juga mengurangkan pengeluaran hormon lelaki, menjejaskan sperma secara negatif, dan mengganggu tindak balas sperma dalam badan.

Tempat Keempat: Kacang Kedelai

Akibat: Mempengaruhi seksualiti lelaki, mengurangkan jumlah sperma

Punca: Kacang kedelai adalah makanan yang mengandungi sifat estrogen. Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap estrogen di dalam badan dan boleh menjejaskan seksualiti lelaki. Penyelidik percaya bahawa komponen kimia yang terkandung dalam kacang soya boleh “mensimulasikan” fungsi estradiol, dan mengakibatkan penurunan bilangan sperma.

Tindakan: Perhatikan jumlah penggunaan kacang kedelai. Ini bermaksud mengelakkan penggunaan yang “berlebihan”.

Tempat Ketiga: Tepung Halus

Akibat: Disfungsi Erectile

Punca: Lebih kurang 3 suku zink akan hilang semasa proses membuat roti, dan zink dianggap mineral yang amat penting dari segi libido dan kesihatan sistem pembiakan. Di badan manusia, rizab zink tertinggi didapati dalam prostat. Diet zink yang tinggi boleh membantu lelaki mencegah pembesaran prostat.

Tindakan: Makan bijirin yang kurang diproses secara halus, makan lebih banyak bijirin kasar!

Tempat Kedua: Susu Berlemak Tinggi

Akibat: Kerentanan terhadap kanser prostat

Punca: Lelaki yang mengambil kalsium setiap hari dan melebihi 600 mg melalui produk tenusu, akan mempunyai risiko kanser prostat lebih tinggi, sebanyak 32% berbanding dengan lelaki yang mengambil kurang daripada 150 mg kalsium sehari! Pengambilan harian kalsium melalui produk tenusu akan mengurangkan tahap vitamin D di dalam darah. Vitamin ini adalah sejenis nutrien yang penting; di samping itu, vitamin D juga merupakan sejenis hormon yang dapat mencegah penyebaran sel tumor kanser prostat.

Tindakan: Perihatkan lebih banyak kepada kesihatan pemakanan, seperti kurang makan daging, bersenam dan makan lebih banyak makanan berlemak rendah , buah-buahan serta sayur-sayuran.

Tempat Pertama : Lemak

Akibat: Disfungsi Erectile

Punca: Daging merah (daging sapi, bacon, sosis ) tidak dapat membuat anda kuat. Lemak tepu dan kolesterol membuat saluran darah sempit, termasuk saluran darah yang membawa darah ke organ seksual. Apabila bekalan darah terganggu, ia akan menyebabkan kesukaran mencapai klimaks!

Tindakan: Makan lebih banyak tiram! Ia telah lama dikenali sebagai “makanan cinta yang terkenal,” dan sains telah membuktikan kepercayaan tradisional ini. 2-3 tiram boleh memenuhi permintaan zink sepanjang hari, dan zink hanya merupakan sumber mineral yang penting untuk mengekalkan fungsi normal sistem pembiakan lelaki. Zink akan menjadikan lelaki lebih “seksi”!

 

Nota: Artikel ini hanya digunakan sebagai rujukan orang ramai sahaja. Anda dinasihatkan berunding dengan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas membaca artikel ini.
Sumber: Artikel asal dicetak oleh Sin Chew Daily, Malaysia.

Related posts
Merokok
October 11, 2018
Kekurangan Zat-zat Besi
October 1, 2018
Pembesaran Prostat
August 26, 2018
Keracunan
August 25, 2018
Obesiti
August 5, 2018
Gout
July 1, 2018
Leave Comment

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

clear formSubmit

© 2018 Insure Savvy Sdn Bhd (1244396-D). All Rights Reserved.