Kekurangan Zat-zat Besi
Kekurangan zat besi adalah salah satu masalah kesihatan dan pemakanan yang biasa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa kira-kira 30 peratus daripada penduduk dunia sedang menderita penyakit anemia, terutamanya disebabkan oleh masalah kekurangan zat besi sehingga menjejaskan banyak wanita, kanak-kanak, dan kumpulan warga tua.
Selain penyakit anemia, kekurangan zat-zat besi untuk jangka masa yang panjang, akan menyebabkan kuku-kuku berbentuk cekung, “pica” (keinginan yang tidak normal untuk makan bahan-bahan yang tidak biasa dimakan) dan membawa gejala-gejala lain. Adakah lebih baik kita mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat besi? Adakah sebarang perbezaan di antara daging dan sayur-sayuran, dari segi pengambilan zat-zat besi? Sebelum mengkaji semula tabiat pemakanan kita, haruskah kita memahami lebih mendalam mengenai kepentingan zat-zat besi ?
Darah kita bergantung kepada hemoglobin di dalam sel-sel darah merah, di mana ia bertanggungjawab menyampaikan oksigen kepada seluruh tubuh. Hemoglobin terdiri daripada empat heme di mana zat besi adalah satu komponen yang penting untuk penghasilan heme. Terdapat kira-kira 3-5 gram zat-zat besi didapati di dalam tubuh orang dewasa yang sihat. Lebih kurang dua pertiga daripada zat-zat besi badan adalah didapati di heme. Oleh itu, penyakit anemia jenis kekurangan zat besi hampir menyumbangkan sebanyak 40% hingga 50% jumlah pesakit-pesakit anemia.
Di dalam diet harian kita, keperluan zat-zat besi bagi orang dewasa, secara puratanya adalah terapung di sekitar 10 hingga 15 miligram setiap hari. Sekiranya tiada sebarang had-had diet yang khas dilaksanakan, maka kita harus mendapat zat-zat besi yang mencukupi daripada diet yang seimbang setiap hari. Walau bagaimanapun, semasa trimester ketiga kehamilan dan penyusuan, jumlah pengambilan zat-zat besi perlu ditingkatkan sehingga 30 mg sehari. Oleh itu makanan tambahan yang kaya dengan zat-zat besi memang diperlukan pada waktu tersebut. Di samping itu, bayi-bayi yang berusia 6 bulan dan anak-anak muda sudah mencapai tahap permintaan zat-zat besi yang sama seperti orang-orang dewasa biasa. Walau bagaimanapun, disebabkan bayi-bayi dan kanak-kanak dibatasi oleh pilihan makanan masing-masing, maka mereka perlu mengambil lebih makanan yang kaya dengan zat-zat besi supaya mengelakkan masalah-masalah akibat kekurangan zat besi. Selain memerlukan zat-zat besi, penghasilan heme juga memerlukan nutrien seperti protein dan asid folik. Vitamin C boleh membantu badan menyerap zat-zat besi. Pendek kata, kita patut mengekalkan diet yang seimbang setiap hari untuk mencegah penyakit anemia.
Apabila kita memilih makanan yang mengandungi zat-zat besi, kita mendapati pelbagia jenis daging dan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan zat ini, tetapi kadar penyerapan zat besi didapati lebih tinggi melalui pemakanan daging berbanding dengan tumbuh-tumbuhan. Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis sumber zat besi ini?
Sebenarnya, zat makanannya terdiri daripada zat-besi-heme dan zat-besi-bukan-heme. Zat-besi-heme di dalam darah terutamanya berasal dari heme haiwan-haiwan. Sebanyak 40% zat-zat besi yang berasal daripada daging, adalah berkaitan dengan zat-besi-heme, dan baki 60% adalah zat-besi-bukan-heme; Secara asasnya, kebanyakan zat-besi-bukan-heme adalah berasal dari makanan tumbuh-tumbuhan, di mana semakin gelap warna mereka, semakin tinggi kandungan zat-zat besi.
Bahagian-bahagian anterior usus kecil mempunyai saluran yang unik untuk zat-besi-heme, yang secara khusus bertanggungjawab untuk penyerapan zat besi heme. Zat-besi-bukan-heme yang terdapat dalam makanan, kebanyakan masih berada di dalam bentuk zat besi trivalen (Fe3 +), di mana ia mesti dicerna terlebih dahulu dan ditukarkan kepada ion ferus divalen (Fe2 +) semasa berada di dalam usus kecil, supaya ia dapat diserap oleh badan akhirnya. Kadar penyerapan zat-besi-heme adalah di sekitar 20% hingga 25%, iaitu lebih tinggi daripada kadar penyerapan zat-besi-bukan-heme yang hanya terapung di sekitar 5% hingga 10%. Sekiranya seseorang vegetarian bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja untuk mendapatkan zat-zat besi, maka faktor-faktor seperti jumlah dan kaedah pengambilan makanan akan memainkan peranan yang penting untuk menjaga keseimbangan zat besi di dalam badan. Perlu diperhatikan bahawa kadar penyerapan zat besi akan meningkat apabila keperluan tubuh juga bertambah dengan serentak. Contohnya, pesakit anemia jenis kekurangan zat besi boleh memilih makanan yang kaya dengan zat-zat besi seperti hati, daging lembu, kuning telur, dan sebagainya, untuk menambahkan kadar penyerapan setinggi 35%. Walau bagaimanapun, apabila pengambilan zat-zat besi menjadi terlalu tinggi, kadar penyerapannya akan berkurangan sebaliknya. Oleh itu, untuk mendapatkan zat-zat besi yang mencukupi, kita tidak boleh hanya makan lebih banyak daging, organ-organ haiwan, dan makanan-makanan yang lain secara membabi buta, ataupun mengambil lebih banyak suplemen-suplemen zat besi dan berharap boleh menyelesaikan masalah kekurangan zat besi dalam masa yang singkat.
S: Adakah vegetarian lebih terdedah kepada masalah kekurangan zat besi?
Zat-zat besi juga mempunyai perbezaan dari segi kadar penyerapannya. Zat-zat besi yang berasal dari daging didapati boleh diserap dengan lebih baik, berbanding dengan zat-zat besi berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Pada umumnya ramai orang masih yakin bahawa vegetarian adalah lebih cenderung menghadapi masalah kekurangan zat besi, oleh kerana tabiat pemakanan mereka.
Walau bagaimanapun, banyak kajian telah menunjukkan bahawa sebenarnya masalah kekurangan zat besi di kalangan vegetarian didapati kurang serius berbanding dengan anggapan-anggapan orang ramai. Statistik telah membuktikan bahawa jika seseorang vegetarian mengekalkan diet yang seimbang, didapati tahap pengambilan zat-zat besinya adalah setanding dengan seseorang bukan vegetarian.
Namun vegetarian akan menunjukkan tahap ferritin yang lebih rendah secara amnya. Untuk meningkatkan penyerapan zat-zat besi di dalam diet, disarankan bahawa vegetarian patut mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat besi (seperti: sayur-sayuran hijau gelap, biji-bijian, kacang-kacangan, dan lain-lain), dia juga harus makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, oleh kerana vitamin ini dapat menaikkan kadar penyerapan zat besi di dalam badan.
Elakkan perbuatan meminum terlalu banyak teh, kopi dan tanin yang kuat supaya menghindari kesan-kesan halangan mereka terhadap penyerapan zat besi. Selagi kita memberi perhatian kepada pemakanan dan kepelbagaian makanan yang seimbang, diet vegetarian tidak semestinya akan menyebabkan masalah kekurangan zat besi ataupun mengakibatkan penyakit anemia pada masa akan datang!