Hepatitis B, Hepatitis C, Kanser Hati,
Pemeriksaan Hati & Lapan Soalan Utama
Encik Ahmad, berusia 47 tahun, adalah seorang pembawa Hepatitis B. Setiap tahun, dia menjalani ujian darah untuk memantau keadaan kesihatan hatinya. Keputusan ujian-ujian terdahulu adalah normal untuk kedua-dua ukuran GOT dan GPT. Oleh itu, dia percaya bahawa hatinya masih kekal sihat. Sehingga suatu pagi, beliau berasa sakit perut yang melampau. Doktor menasihati beliau melakukan pemeriksaan ultrabunyi hati dan mendapati bahawa hatinya mempunyai tumor bersaiz 10 sm. Sekarang, dia berasa panik …
S1: Kenapa pemeriksaan Hepatitis B masih diperlukan selepas vaksinasi telah dilakukan sebelum ini?
Sejak tahun 1989, kerajaan Malaysia telah melancarkan program vaksinasi Hepatitis B kepada bayi-bayi kelahiran baharu, di mana ibu-ibu mereka telah dijangkiti Hepatitis B sebelum kelahiran bayi.
Pemeriksaan Hepatitis B adalah dianggap sebagai satu langkah penting, kerana walaupun suntikan vaksin sudah diberi, terdapat kira-kira 1% penerima suntikan, masih boleh mendapat jangkitan Hepatitis B semasa berada di dalam rahim.
Apabila vaksinasi diberi sebaik sahaja seseorang bayi baharu dilahirkan, pada dasarnya vaksinasi tersebut adalah bersaing dengan virus Hepatitis B, dari segi kelajuan dan penghasilan antibodi. Tambahan pula, terdapat kira-kira 5% langsung tidak dapat menghasilkan antibodi, selepas suntikan vaksin hepatitis B telah diberi.
Oleh sebab itu, doktor-doktor sering mengesyorkan bahawa, selepas kita melengkapkan setiap vaksinasi Hepatitis B, ujian darah adalah perlu dilakukan untuk setiap 10 hingga 15 tahun, untuk menentukan keperluaan vaksinasi baharu nanti.
Bagi kumpulan berisiko tinggi, seperti penagih dadah, pasangan heteroseksual, homoseksual, dan pekerja-pekerja perubatan yang sering mendedahkan diri mereka kepada darah dan pelbagai jenis cecair badan, mereka patut meningkatkan kekerapan pemeriksaan Hepatitis B, terutamanya selepas mereka menerima nasihat doktor-doktor mereka.
S2: Berapakah kerap pembawa-pembawa Hepatitis B harus menerima permeriksaan kesihatan?
Pemeriksaan hati yang lengkap merangkumi antigen permukaan Hepatitis B, antibodi permukaan Hepatitis B, antibodi Hepatitis C, indeks fungsi hati, protein janin alfa ( AFP ), dan ultrabunyi hati.
Bagi orang umum yang berisiko tinggi, misalnya pembawa hepatitis, pembawa hepatitis C, pesakit hepatitis kronik atau pesakit sirosis hati, serta orang yang mempunyai sejarah keluarga kanser hati, kesihatan hati mereka harus dipantau sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.
Walaupun tiada sebarang ketaknormalan dikesan dalam ujian darah, sekiranya pesakit tetap merasa ketidakselesaan dan mengalami gejala Hepatitis B yang lazim seperti anorexia akut, mual, muntah, dan kadang-kadang kesakitan dan ruam sendi, atau jaundis, maka mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.
S3: Jika ujian fungsi hati adalah normal. Adakah keputusan ini bermakna bahawa tiada masalah dengan hati?
Pemeriksaan kesihatan sahaja tidak mampu menentukan jangkitan virus Hepatitis B atau C, atau kehadiran sirosis hati dan kanser. Di samping itu, hati adalah organ yang bersifat tahan lasak. Sekiranya terdapat hanya seperempat hati terus berfungsi biasa, maka fisiologi badan kita akan dikekalkan normal tanpa menunjukkan sebarang tanda buruk; pada hakikatnya, tiada saraf didapati di hati, pesakit bebas nyeri; kecuali keradangan hati menjadi terlalu parah, atau ia mencapai tahap sirosis hati dan kanser peringkat akhir. Pada umumnya, tiada gejala yang jelas dapat dikesan, sehingga pemeriksaan hati yang menyeluruh dilakukan.
Selain melakukan ujian fungsi hati, biasanya, ujian AFP dan ultrabunyi abdomen adalah diperlukan untuk penilaian lanjut. AFP boleh dianggap sebagai ujian penanda tumor, manakala ultrabunyi hati digunakan untuk mengesan kehadiran fibrosis atau tumor.
Indeks fungsi hati (GOT dan GPT) hanya dapat menawarkan keputusan semasa pada saat darah diambil. GOT dan GPT adalah enzim-enzim paling banyak didapati dalam sel-sel hati. Apabila sel hati menjadi meradang atau cedera, GOT dan GPT akan meresap ke dalam darah diikuti dengan peningkatan nilai-nilai mereka dalam ujian darah. Walau bagaimanapun, jika sirosis hati atau kanser hati berlaku, ataupun hati sudah berhenti meradang, maka paras GOT dan GPT akan kembali ke lingkungan yang normal. Ini bermaksud, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada indeks fungsi hati untuk menentu kesihatan hati semasa kita.
S4: Apa yang harus dilakukan jika ujian fungsi hati tidak normal?
Sekiranya nilai-nilai ketaknormalan GOT dan GPT didapati lebih besar daripada 2 kali ganda berbanding dengan had-had maksima, pesakit mesti dipantau dengan lebih teliti dan kerap; jika nilai-nilai GOT dan GPT didapati kurang daripada 2 kali ganda had-had maksima, maka pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan adalah dianggap mencukupi.
Selain mengekalkan berat badan yang normal dalam kehidupan harian, kita juga harus menjauhkan diri daripada pelbagai alat-alat tercemar darah, memakan makanan yang seimbang, menjauhi minuman alkohol, serta tidak menyalahgunakan dadah.
Paling penting, kita mesti melindungi hati kita dengan melakukan pemeriksaan secara teratur, bersama-sama dengan ujian fungsi hati yang lengkap .
S5: Apa yang harus dilakukan jika hati didapati berlemak?
Hati berlemak adalah penyakit hati yang paling biasa di negara kita. Hati berlemak juga boleh menyebabkan sirosis seperti penyakit Hepatitis B. Sirosis hati adalah sejenis kerosakan hati yang serius. Pesakit mungkin memerlukan pemindahan hati untuk mengelakkan kematian.
Tiada ubat khusus yang sedia ada untuk merawat hati berlemak. Kita perlu bergantung kepada penjagaan kesihatan diri, dengan mengurangkan berat badan, memulakan diet yang seimbang, dan sering bersenam.
Ambil lebih banyak makanan mengandungi antioksidan, di samping itu, kita perlu juga ambil makanan yang kaya dengan vitamin B, C, E, dan juga biokimia tumbuhan lain seperti polifenol, antosianin, karotena dan sebagainya.
Selain meningkatkan fungsi hati, kita juga mesti berhenti menambahkan bebanan hati. Maka janganlah minum alkohol serta mengurangkan penggunaan makanan berlemak dan bergula yang tinggi.
Q6: Bagaimana limpa boleh membesar?
Penyebab splenomegali (pembesaran limpa) boleh disebabkan oleh sirosis hati bersama -sama pembengkakan. Kehadiran sirosis hati akan meningkatkan tekanan portal.
Limpa adalah organ yang menyingkirkan sel-sel darah merah dan platelet yang lama. Salah satu kesan sampingan buruk splenomegali, adalah lebih sel-sel darah merah normal akan dimusnahkan , sehingga menyebabkan keadaan anemia. Jika platelet yang berlebihan dimusnahkan, proses pembekuan darah pula akan terjejas, ia mungkin menyebabkan gejala seperti lebam atau pendarahan gusi. Kini, tiada rawatan khusus boleh dijalankan untuk rawatan splenomegali.
Sesetengah pesakit mesti menjalani pembedahan limpa – “splenectomy” untuk mengawal gejala berhubungan dengan masalah anemia dan pembekuan darah. Pembedahan limpa tidak menyebabkan banyak kesan pada badan.
Penyakit darah teruk seperti thalasemia, leukemia myeloid, purpura thrombocytopenic, dan jangkitan malaria juga boleh menyebabkan splenomegali.
Apabila pesakit-pesakit Hepatitis B mengidapi splenomegali, asalkan mereka tidak mengalami sebarang gejala anemia atau ketaknormalan pembekuan darah, biasanya mereka akan dibiarkan sahaja untuk sementara waktu tanpa sebarang rawatan.
S7: Hepatitis C juga boleh menyebabkan kanser hati? Apakah cara-cara jangkitannya?
Hepatitis C juga merupakan salah satu punca utama kanser hati. Kebanyakan orang yang menghidap kanser hati di negara kita adalah pembawa-pembawa Hepatitis B, dan hanya minoriti sahaja disahkan sebagai pembawa-pembawa Hepatitis C.
Pada amnya, rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang sangat cetek mengenai kedua-dua jenis hepatitis ini. Virus Hepatitis C ditularkan melalui darah. Oleh itu, ada kemungkinan manusia boleh dijangkiti oleh virus Hepatitis C, melalui jarum yang tercemar, jarum suntikan, darah atau darah yang tercemar, persiapan darah, atau peralatan yang belum sepenuhnya disterilkan. Di samping itu, pisau cukur, berus gigi, gunting kuku, panel mengikis, atau ibu yang membawa virus Hepatitis C juga boleh menjangkiti janin mereka melalui infeksi vertikal, kadar infeksi vertikal didapati dalam lingkungan 6% .
S8: Apakah ujian-ujian yang harus dilakukan untuk mengesan kanser hati?
Jika seseorang dianggap berisiko tinggi menghidapi kanser hati, kesihatannya mestilah selalu dipantau.
Kumpulan berisiko tinggi menghidapi kanser hati :
- Pembawa hepatitis B
- Pembawa hepatitis C
- pesakit hepatitis kronik
- sirosis
- Sejarah keluarga kanser hati
Sekiranya anda tidak mengetahui sama ada anda seorang pembawa hepatitis B atau C, anda harus terlebih dahulu melakukan pemeriksaan hati yang lengkap, termasuk:
- Antigen permukaan Hepatitis B:
- Antibodi permukaan Hepatitis B
- Antibodi Hepatitis C
- Indeks fungsi hati
- Alpha-janin-protein ( AFP )
- Ultrabunyi hati
Jika anda mengenal diri anda sebagai pembawa hepatitis, hepatitis kronik, dan sirosis, anda harus meminta rawatan dan memeriksa setiap 3 bulan:
- Indeks fungsi hati
- Ultrabunyi hati, antigen e, antibody, virus jenis Hepatitis B dan C
Pemantauan kumpulan berisiko tinggi sekali setiap 3 ~ 6 bulan
Sesetengah orang baru sahaja selesai pemeriksaan kesihatan mereka. Mengapa mereka masih boleh mengesan kehadiran tumor selepas hanya 3 bulan?
Mengikut kadar pertumbuhan yang dikira oleh kajian, jika saiz tumor adalah 1 sentimeter, ia membesar hingga 1.3 sentimeter dalam jangka masa 100 hari. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mempunyai kadar pertumbuhan tumor yang sangat cepat, di mana saiznya boleh meningkat dua kali ganda dalam beberapa hari sahaja.
Kadang-kala, hati berlemak boleh memberi masalah semasa pemeriksaan hati. Permukaan hati yang kurang rata boleh menyembunyikan kehadiran tumor bersaiz kecil. Tambahan pula terdapat beberapa sudut mati mungkin juga menyekat imej-imej tumor semasa pemeriksaan ultrabunyi hati.
Oleh itu, kumpulan berisiko tinggi harus melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap, lebih baik memantau sekali setiap tiga bulan hingga enam bulan. Semakin kerap pemantauan, semakin tinggi peluang membuat pengesanan tumor bersaiz kecil. Sebenarnya, saiz tumor di bawah 3 cm adalah dianggap tempoh keemasan untuk mengubati kanser hati.
Apakah gejala-gejala kanser hati?
Hati adalah organ bersifat senyap. Pada peringkat awal kanser hati, biasanya tidak ada gejala jelas akan dikesan. Oleh kerana hati hanya mempunyai saraf-saraf di permukaannya, apabila tumor mula tumbuh di hati pada peringkat awal, seringkali tiada kesakitan atau gejala yang jelas akan timbul. Kesakitan hanya bermula apabila saiz tumor telah menjadi terlalu besar, sehingga menekan saraf-saraf pada permukaan hati, lalu menyebabkan penyakit kuning, mempengaruhi keseleraan makan, dan mengakibatkan kehilangan berat badan yang cepat serta gejala-gejala lain. Pada peringkat ini, pilihan rawatan memang agak terhad.
Bila memasuki peringkat akhir kanser hati, di samping ada kesakitan di bahagian kuadran atas dan kanan badan pesakit, biasanya pesakit juga mengalami tanda-tanda seperti keletihan, demam, penyakit kuning (terutamanya kekuningan mata putih), dan asites perut (pembentukan cecair tubuh); jika tumor hati telah mula menekan saluran-saluran darah, pesakit akan mengalami masalah penghadaman makanan diikuti dengan kekurangan zat -zat, akhirnya mengakibatkan kejatuhan berat badan yang drastik.
Kanser hati menduduki tempat ketiga dalam senarai kematian kanser lelaki. Disebabkan gejala kanser hati yang kurang jelas pada peringkat awal, maka orang ramai yang mempunyai sejarah keluarga hepatitis dan kanser hati, adalah dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara kerap, supaya risiko mengalami penyakit hati akan dikurangkan di masa depan mereka.