Gastritis
Gastritis – Metaplasia usus meningkatkan risiko kanser sebanyak 10 kali.
Saya berusia 45 tahun. Satu ujian gastroskopi dilakukan pada bulan Oktober lepas. Ujian ini melaporkan bahawa saya telah mengidapi gastritis kronik, tiada sel kanser, tiada jangkitan Helicobacter pylori, tetapi terdapat kehadiran metaplasia usus. Laporan perubatan tidak menunjukkan sama ada ia berlaku di dalam usus kecil atau usus besar. Doktor menasihati saya menerima satu lagi gastroskopi 3 tahun kemudian.
Metaplasia usus merupakan penyakit yang serius?
Metaplasia usus, merujuk kepada keadaan di mana gastritis dangkal kronik telah berubah menjadi gastritis atrophik kronik. Sel-sel mirip sel-mukosa-usus didapati muncul di epitel mukosa perut, memterbalikkan fungsi rembesan normal mukosa perut ke fungsi penyerapan.
Oleh kerana mukosa perut menyerap bahan-bahan berbahaya secara berterusan, atau tidak dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tepat pada masanya, maka selepas jangka masa yang panjang, sesetengah mukosa perut boleh mengumpul sejumlah bahan karsinogenik. Apabila mukosa perut mendedahkan kepada karsinogen untuk masa yang lama, ia mungkin akan mengakibatkan kanser pada akhirnya.
Apakah kemungkinan mendapat kanser perut?
Metaplasia usus adalah salah satu langkah perantaraan dalam perkembangan kanser, oleh itu ia boleh dianggap sebagai sejenis lesi pra-kanser. Ia boleh meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 kali ganda. Walau bagaimanapun, prognosis metaplasia usus adalah berbeza, bergantung kepada sub-jenis mereka.
Apakah yang perlu saya perhatikan? Atau makanan apa yang harus saya ambil? Makanan apa yang harus dielakkan?
Disebabkan metaplasia usus berkait rapat dengan kanser perut, gastroskopi tetap diperlukan untuk memantau keadaan kesihatan dan mencegah kanser.
Keputusan ujian gastroskopi yang lepas, tidak mengesan jangkitan Helicobacter pylori. Ini adalah satu perkara yang baik, kerana jangkitan bakteria ini telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor penting yang menyebabkan metaplasia usus dan kanser perut. Sehubungan dengan diet, makanan asin dan makanan yang mengandung nitrit harus dielakkan. Di samping itu, tabiat merokok dan minum harus dihentikan juga. Sebaliknya, memakan diet berserat tinggi boleh mengurangkan risiko kanser perut.
Saya jarang makan makanan goreng, ikan masin, dan produk jeruk. Ini boleh mengurangkan peluang mendapatkan kanser perut?
Pengajian telah menunjukkan bahawa makanan goreng, makanan bergaram tinggi, dan makanan jeruk, boleh meningkatkan risiko kanser perut. Oleh demikian, jika pengambilan makanan-makanan tersebut dikurangkan, sudah tentu ia akan membantu menurunkan risiko kanser.