Endometriosis
Endometriosis adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemandulan. Semakin teruk keadaan penyakit endometriosis, maka semakin besar kemungkinan ia akan mengurangkan peluang kehamilan.
Endometriosis berlaku apabila tisu endometrial tumbuh di luar rahim. Semasa haid, tisu endometrial akan berdarah di luar rahim. Tisu endometrial ini akan tumbuh atau menyerang lokasi-lokasi lain seperti ovari, tiub fallopian. Tisu-tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim akan berkelakuan biasa semasa haid, di mana mereka akan merosot, berdarah tetapi menyebabkan kesakitan.
Sista coklat biasanya dijumpai di dalam badan pesakit. Ini adalah sejenis jisim endometrium yang besar. Darah dalam sista berwarna coklat dan kelihatan seperti jisim tebal coklat, ini menjelaskan mengapa ia digelar “sista coklat.”
Secara umum, pesakit akan mengalami kesakitan. Faktor utama ialah aliran balik darah yang menghasilkan halangan, dan organ-organ ditekan kerana pergerakan sista, sehingga menyebabkan kesakitan yang berterusan. Tidak semua pesakit mengalami kesakitan, tetapi ketiadaan dismenorea (kekejangan haid) tidak semestinya satu perkara yang dianggap baik, kerana ia mungkin menangguhkan diagnosis pesakit.
Seseorang wanita biasa akan merasa sakit dan tidak selesa pada hari pertama kitaran haid. Biasanya tiada masalah besar selepas itu. Walau bagaimanapun, pesakit endometriosis sering mengalami kesakitan sebelum haid, semasa haid, dan juga selepas haid.
Pesakit yang mengidapi endometriosis sentiasa mengalami kesukaran untuk menikmati seks. Apabila mereka melakukan hubungan seks, pesakit akan berasa sakit di dalam vagina mereka. Apabila rahim ditutupi dengan sista coklat, dan usus besar posterior diliputi dengan tisu endometrium yang penuh berdarah, sista dan tisu endometrium akan ditarik semasa hubungan seksual. Ini mengakibatkan kesakitan faraj yang tidak normal sehingga pesakit tidak boleh lagi menikmati hubungan seks.
Ketika pesakit menjalani pemeriksaan vagina, memang tidaklah sukar untuk mengetahui kehadiran tisu endometrial di belakang rahim atau pada vagina. Jika kawasan ini disentuh, pesakit akan merasa sangat sakit. Apabila pendarahan berlaku pada bahagian belakang rahim, pesakit mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan semasa pembuangan air besar.
Sesetengah sista coklat didapati tumbuh lebih cepat, manakala ada juga yang lebih perlahan. Pesakit boleh melambatkan perkembangan penyakit melalui rawatan, agar meningkatkan peluang kehamilan. Endometriosis memberi kesan-kesan yang serius terhadap kualiti hidup pesakit-pesakit, sehingga mereka tidak dapat menjalankan kehidupan harian secara normal. Menurut beberapa doktor, pesakit akan mengalami kesakitan dan mengambil cuti perubatan dengan lebih kerap, biasanya 3 hari sebulan.
Anggaran 350,000 wanita Malaysia terjejas
Endometriosis membabitkan 5 hingga 10% wanita Amerika Syarikat ( A.S. ), beberapa doktor menganggarkan bahawa kira-kira 350,000 wanita di Malaysia juga mengidapi penyakit ini.
Menurut kaji selidik itu, kira-kira 5.5 juta wanita A.S. dan 16 juta wanita Eropah telah mengalami endometriosis. Pada masa ini, tiada kajian serupa dilakukan di Malaysia setakat ini. Oleh demikian, anggaran disebut di atas, hanya disimulasikan berdasarkan data pesakit A.S..
Pesakit endometriosis sering mengalami simptom berulang sehingga menopaus
Terdapat kira-kira 7 juta wanita antara umur 20 dan 49 di Malaysia, dan 5% daripada mereka adalah 350,000. Ramai wanita berpendapat bahawa kesan endometriosis mungkin lebih buruk berbanding dengan kanser.
Jika kanser didiagnosis dan dirawat di peringkat awal, pesakit masih dapat kembali ke kehidupan normal; Walau bagaimanapun, endometriosis akan terus berulang sehingga pesakit berhenti kitaran haid. Sementara itu, pesakit mungkin menghadapi masalah ketidaksuburan serta tekanan sosial dan keluarga, yang akhirnya membawa kesan-kesan negatif kepada pesakit, dari segi fizikal dan emosi dalam jangka panjang.
Adenomyosis
Adenomyosis berkait rapat dengan endometriosis. Gejala adalah dinding otot rahim akan ditutup dengan tisu endometrial yang tebal, jadi keseluruhan rahim kelihatan hipertrofi.
Setiap kali haid datang, rahim akan sesak dan mengalami pendarahan, ini akan menyebabkan kesakitan yang teruk kepada pesakit, terutamanya semasa pembuangan air besar. Kesakitan yang teruk ini juga boleh membuatkan pesakit-pesakit tidak dapat berdiri tegak. Mereka hanya boleh berbaring dan berehat.
Rawatan
Endometriosis adalah sejenis penyakit kronik. Pesakit memerlukan rawatan berterusan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan kesan negatifnya terhadap badan melalui ubat dan suntikan. Pesakit dinasihati memilih pembedahan sebagai cara rawatan terakhir. Sudah tentu, apabila pesakit mempunyai sista coklat sebesar 8 cm, biasanya mereka pun tidak mempunyai pilihan, selain mengeluarkan sista coklat dengan pembedahan; atau apabila tisu endometrium ditemui di paru-paru, pesakit juga mesti menyingkirkannya melalui pembedahan.
Rawatan endometriosis termasuk ubat penahan kesakitan dan terapi hormon. Pesakit hanya akan mengeluarkan rahim dan ovari melalui pembedahan, sekiranya tiada pilihan lain boleh dilaksanakan.