Kepeningan & Vertigo
“Doktor, saya berasa pening apabila duduk di dalam bas untuk perjalanan jarak jauh. Adakah sebarang cara untuk mengelakkan kepeningan begini?”
Selalunya kita mendengar ramai orang mengatakan bahawa mereka mengalami mabuk perjalanan, yang menyebabkan kepeningan apabila mengambil kereta atau pesawat kapal terbang. Adakah ini disebabkan oleh gangguan keseimbangan? Mengapa kepeningan atau vertigo boleh berlaku?
Kepeningan adalah berbeza dengan vertigo. Yang terdahulu hanya rasa badan tidak stabil dan berjalan lentur, sementara yang kedua merasakan sensasi berputar dan mual.
Terdapat banyak punca kepeningan. Di samping itu, ada juga pelbagai jenis kepeningan didapati mengganggu kesihatan orang ramai. Walau bagaimanapun, gangguan keseimbangan bukanlah satu punca mabuk perjalanan. Ia berlaku kerana persekitaran di mana ia terlalu bergelombang atau bergetar. Pendek kata, gangguan keseimbangan tidak membawa mabuk perjalanan.
Tidak kira sama ada kepeningan atau vertigo, wanita mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi mengalami masalah-masalah sebegini.
Vertigo
Kepeningan boleh dikelaskan dari tahap ringan hingga teruk. Penyebab umum termasuk tekanan darah tinggi atau rendah, kurang tidur, dan anemia yang boleh menyebabkan kepeningan yang ringan; manakala vertigo adalah sejenis kepeningan yang teruk, di mana pesakit-pesakit terasa persekitaran mereka berputar semasa serangan, muntah juga boleh berlaku dalam beberapa kes yang teruk.
Vertigo terutamanya disebabkan oleh masalah di telinga dan otak kita, terutamanya di telinga tengah. Senario yang lebih teruk adalah tumor otak atau strok ( angin ahmar ), atau gegaran akibat kemalangan, jangkitan bakteria, dan sebagainya. Khususnya, pesakit-pesakit strok mungkin berasa pening sehingga mereka tidak dapat bergerak.
Kepeningan yang disebabkan oleh saraf kranial (otak), biasanya berkaitan dengan penyakit strok, diikuti dengan masalah pelbagai jenis saraf otak, tetapi tidak banyak vertigo dihasilkan oleh sebab yang kedua.
Sebaliknya, vertigo posisi paroksismal benigna ( Bahasa ingggeris : benign paroxysmal positional vertigo, BPPV) yang disebabkan oleh masalah telinga adalah penyebab umum vertigo. Kejadian ini berlaku abibat keradangan telinga tengah.
Telinga tengah manusia mempunyai fungsi pendengaran dan pengimbangan. Bahagian kanal telinga mempunyai beberapa otokoni ( Bahasa inggeris : otoconias ) yang seperti kristal, memainkan peranan mengimbangi badan. Sebaik sahaja otokoni dipindah dan tidak dapat kembali ke kedudukan asalnya, pesakit akan merasa pening ketika mereka memalingkan kepala ke satu sisi atau ketika sedang tidur.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit tidak dapat memberitahu sama ada mereka mengalami kepeningan ataupun vertigo, jadi apabila mereka melawat doktor buat kali pertama, mereka akan menerima satu ujian digelar “Dix Hallpike”. Apabila pesakit berbaring, dia akan merasakan pening dan matanya akan menghasilkan corak pergerakan tertentu, yang digelar “nystagmus”, kemudian para doktor boleh membuat diagnosis vertigo.
Orang-orang yang mengalami masalah vertigo tidak akan terjejas dalam kehidupan seharian. Gejala -gejala hanya bermula apabila mereka tidur atau berbaring atau ketika mereka melihat ke atas atau ke bawah. Setakat ini, kami tidak pasti tentang punca otokoni-otokoni yang berpindah, mungkin abibat kemalangan hanya menyumbang 10% daripada kes-kes ini sahaja.
Untuk merawat masalah-masalah vertigo yang disebabkan oleh otokoni-otokoni yang berpindah, satu kaedah yang dinamakan “Epley Maneuver”, di mana ia memerlukan pesakit – pesakit berbaring di atas katil, dan kemudian dengan cepat menukar pergerakan kepala dan postur badan, supaya pesakit boleh menggunakan graviti dan membiarkan otokoni-otokoni dipindahkan kembali ke tempat asalnya , maka tiada sebarang rawatan ubat diperlukan.
Biasanya, kaedah “Epley Maneuver” digunakan sekali untuk mendapatkan hasil yang diingini. Selepas kira-kira seminggu kemudian, pesakit-pesakit akan diperiksa sekali lagi untuk mengesahkan keadaan vertigo mereka sudah berada di dalam keadaan terkawal.
Bertahan selama bertahun-tahun untuk mencari doktor
Satu lagi jenis vertigo yang disebabkan oleh keradangan telinga ─ keradangan vestibul ( Bahasa inggeris : Vestibular Neuronitis ) adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria telinga dalaman. Pesakit-pesakit mungkin mengalami vertigo dari semasa ke semasa, kadang-kadang semasa duduk, kadang-kadang semasa berbaring di atas katil pada tengah malam. Persekitaran luaran kelihatan berputar dan gejala-gejala begini boleh bertahan selama beberapa jam. Muntah juga boleh berlaku pada kes-kes yang teruk. Pesakit-pesakit mungkin tidak makan dan memerlukan rawatan di hospital.
Tidak ada batasan umur untuk masalah-masalah berkaitan dengan vertigo. Pada umumnya pesakit-pesakit adalah berasal dari kumpulan usia antara 40 hingga 50 tahun.
Oleh kerana ketidakupayaan untuk membezakan antara kepeningan dan vertigo, ramai pesakit telah melihat beberapa pengamal perubatan umum sekurang-kurangnya, sebelum mereka mula berjumpa dengan pakar perubatan masing-masing. Akibatnya, hampir 70% pesakit terpaksa menderita gejala-gejala kepeningan untuk beberapa tahun sebelum mendapat doktor dan rawatan yang betul.
Berkenaan dengan kepeningan, didapati sangat kerap ia berlaku kerana tekanan darah terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Apabila tekanan darah menjadi kurang stabil, pesakit-pesakit akan berasa sensasi jatuh. Anemia juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti ini, tetapi ia tidak akan menjadi teruk seperti vertigo, sehingga muntah juga boleh berlaku, atau pesakit-pesakit akan merasakan sensasi berputar.
Migrain ( Bahasa inggeris : migraine ) juga boleh menyebabkan kepeningan, pening kepala berlangsung selama beberapa minit sahaja. Sebaliknya, vertigo biasanya tidak melebihi satu minit. Oleh itu, jika pesakit merasa pening selama beberapa minit semasa pemeriksaan, doktor akan mengesyaki pesakitnya menderita migrain.
Migrain adalah sejenis keadaan kesihatan yang sangat kompleks. Sesetengah orang bermula menderita semasa peringkat remaja mereka. Ada yang disebabkan oleh gen-gen keturunan. Setakat ini, pesakit-pesakit hanya boleh mengambil ubat untuk mengawal migrain dan tidak dapat sembuh.
Walau bagaimanapun, jika pesakit mengalami kepeningan semasa zaman kanak-kanak mereka, mereka perlu mengambil X-ray dan memeriksa mata-mata mereka. Ini mungkin disebabkan masalah dalam otak mereka. Kanak-kanak perlu mengambil ubat untuk jangka masa panjang.
Jangkitan dalaman telinga
Satu lagi jenis vertigo yang disebabkan oleh keradangan telinga ─ keradangan vestibul ( Bahasa inggeris : Vestibular Neuronitis ) adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria telinga dalaman. Pesakit-pesakit mungkin mengalami vertigo dari semasa ke semasa, kadang-kadang semasa duduk, kadang-kadang semasa berbaring di atas katil pada tengah malam. Persekitaran luaran kelihatan berputar dan gejala-gejala begini boleh bertahan selama beberapa jam. Muntah juga boleh berlaku pada kes-kes yang teruk. Pesakit-pesakit mungkin tidak makan dan memerlukan rawatan di hospital.
Walau bagaimanapun, secara umum, keradangan vestibul akan sembuh sendiri dalam beberapa hari, kecuali ia cukup serius dan memerlukan kemasukan ke hospital, dan ia tidak akan menjejaskan pendengaran selepas pemulihan. Keradangan ini mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria selsema atau demam.
Punca labirintitis ( Bahasa inggeris : labyrinthitis ), mirip dengan gejala keradangan, kepeningan berlaku secara tiba-tiba, dan “nystagmus” muncul walaupun tiada perubahan pada postur. Ia mungkin bertahan selama beberapa hari, ini kerana seluruh telinga dalaman telah dijangkiti. Kejadian ini juga boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan tinitus ( Bahasa inggeris : tinnitus ) , di mana bunyi berdering di dalam telinga, tetapi ia tidak menyebabkan kesakitan.
Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit yang mempunyai imuniti yang lemah, masalah vertigo yang disebabkan oleh jangkitan selesema atau bakteria boleh menjejaskan saraf-saraf otak mereka, lalu mempengaruhi pendengaran walaupun selepas pemulihan, gejala seperti tinitus juga akan berterusan. Jika ia hilang dalam masa 1 hingga 3 bulan, maka tidak ada masalah dalam jangka panjang. Sekiranya keadaan ini berterusan selepas beberapa bulan, pesakit-pesakit mungkin tidak lagi dapat sembuh secara kekal, kadang-kadang masalah pekak telinga juga boleh berlaku.
Semua jenis vertigo yang disebabkan oleh keradangan memerlukan rawatan perubatan, jika tidak, mereka akan sembuh dengan sendiri tanpa rawatan.
Sebaliknya, labirintitis kronik ( Bahasa inggeris : chronic uncompensated labyrinthitis ) boleh membawa banyak kesan-kesan jangka panjang. Walaupun penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria, keradangannya tidak boleh dihilangkan dengan sepenuh.
Vertigo boleh berlaku apabila pergerakan seseorang pesakit menjadi terlalu sengit, dan dia memerlukan sedikit masa untuk kembali ke keadaan normal selepas berehat. Selain rawatan ubat, keradangan seperti ini mungkin juga memerlukan pesakit mendapatkan terapi pemulihan vestibul dan melakukan beberapa latihan seimbang kemudian.
Walau bagaimanapun, jika pesakit tidak mempunyai tinitus dan pendengaran masih tidak terjejas semasa ujian, kecuali kepeningan sahaja wujud, maka doktor perlu mengecualikan kemungkinan keradangan vestibul atau labirintitis dan mengetahui sama ada penyakit vestibul berulang ( Bahasa inggeris : recurrent vestibulopathy ) telah hadir. Keadaan perubatan ini boleh dikawal oleh ubat-ubatan.
Penyakit Meniere
Vertigo akibat penyakit Meniere boleh berlaku secara tiba tiba. Ia disertai dengan tinitus dan pendengaran yang lemah. Ia biasanya ada sakit kepala satu sisi, dan berlangsung dari beberapa minit hingga setengah jam sebelum kembali normal perlahan-lahan.
Bagi kes-kes yang teruk, pesakit-pesakit perlu mengambil ubat untuk mengawal cecair dalam telinga dalaman. Jika pesakit berasa pening setiap beberapa minggu, dia perlu mengambil ubat untuk masa yang lama.
Malah, terdapat cecair wujud di telinga dalaman. Apabila paras cecair menjadi kurang seimbang kerana beberapa sebab, gejala-gejala disebut di atas akan muncul. Penyebab sebenar penyakit Meniere masih tidak diketahui pada masa kini.
Kanak-kanak jarang menderita penyakit Meniere, di mana kebanyakan pesakit adalah berumur lebih dari 50 tahun.
Berhubung dengan keadaan seperti mabuk perjalanan udara dan mabuk perjalanan laut, kejadian begini sebenarnya tidak disebabkan oleh penyakit Meniere. Mabuk perjalanan berlaku kerana getaran luaran menjadi terlalu kuat, ditambah dengan telinga dalaman yang sensitif.
Seperti yang dinyatakan di atas, kepeningan penyakit Meniere adalah bersifat berlaku secara tiba-tiba dan ia boleh timbul tanpa sebarang sebab. Untuk mengelakkan mabuk perjalanan ketika mengambil kereta, menaiki pesawat atau bot, lebih baik jika kita duduk di kerusi depan dan melihat pemandangan di luar.
Untuk mengelakkan gejala-gejala yang disebut di atas, kini sudah terdapat pelbagai ubat yang boleh diambil oleh orang awam.
Mengapakah mabuk perjalanan boleh berlaku?
Malah, penyebab mabuk perjalanan seperti mabuk perjalanan laut, mabuk perjalanan kereta dan mabuk perjalanan udara, adalah sama. Ia berlaku apabila rasa pergerakan dalam telinga dalaman adalah berbeza dari gerakan yang kita lihat.
Keseimbangan badan kita bergantung pada saraf vestibul, mata, kulit, sendi, dan otot telinga dalam, di mana isyarat-isyarat yang diterima akan digabungkan untuk mengekalkan keseimbangan kami.
Oleh itu, apabila isyarat-isyarat yang diterima oleh badan tidak disegerakkan, maka mabuk perjalanan akan berlaku. Sebagai contoh, apabila mata kita mengesan kereta masih stabil dari sudut pandangan dalaman, tetapi bahagian-bahagian badan lain merasakan penggoncangan kereta, ia akan menyebabkan kejadian mabuk perjalanan.
Tidak kira apakah jenis pengangkutan, gejala-gejala mabuk perjalanan pada dasarnya adalah sama, iaitu loya, muntah, pucat, berpeluh sejuk dan sebagainya. Cubalah menghindari diri kita membaca buku atau melihat skrin apabila berada di dalam alat-alat pengangkutan bergerak, jika tidak, mabuk perjalanan akan berlaku dengan mudah.