Kanser atau Barah
Pertumbuhan Sel-Sel Tidak Terkawal
Apakah kanser? Kanser adalah sejenis penyakit berhubungan dengan sel-sel manusia.
Tubuh kita terdiri daripada sel-sel yang banyak. Tubuh secara automatik akan membiak sel-sel baru, membolehkan kita bertumbuh, menggantikan sel-sel yang lama, atau membaiki sel-sel yang rosak. Mekanisme ini dikawal oleh gen-gen tertentu. Tetapi jika gen-gen yang mengendalikan mekanisme ini telah rosak, kanser akan muncul. Kerosakan gen-gen ini boleh berlaku dalam kehidupan kita. Sebenarnya terdapat sebilangan kecil orang umum telah mewarisi gen-gen yang rosak dari ibu bapa mereka.
Biasanya sel-sel membahagikan dan membiak secara teratur. Walau bagaimanapun, apabila ia kehilangan kawalan, ia akan terus berkembang dan berkumpul di dalam badan sebagai “tumor.” Tumor boleh dibahagikan kepada dua jenis, benigna ( Bahasa inggeris : benign ) dan malignan ( Bahasa inggeris : malignant ). Tumor malignan biasanya dipanggil kanser.
Sel-sel tumor jenis benigna akan berhenti di kedudukan masing-masing dan tidak akan merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan. Tumor malignan mengandungi sel-sel kanser, dan pada mulanya terbentuk, di mana mereka tinggal di tapak asal. Ia dipanggil “in situ kanser”. Walau bagaimanapun, jika sel-sel kanser ini tidak dirawat, ia akan memusnahkan tisu-tisu sekitarnya dan menyebar ke organ-organ lain lalu menjadi kanser invasif. Apabila kanser merebak dari lokasi asalnya ke bahagian-bahagian lain badan, ia dipanggil kanser metastatik ( merebak ).
Imunoterapi – Kanser paru-paru dan melanoma
Kanser memang telah diketahui oleh orang ramai masa kini. Beratus-ratus kanser telah ditemui setakat ini. Banyak orang mati akibat kanser setiap tahun di seluruh dunia. Mana-mana organ manusia dan bahagian badan boleh menjadi sasaran sel-sel kanser.
Menurut rekod bertulis, di India kuno seawal 2000 SM, terdapat manuskrip lama yang menggambarkan tumor-tumor malignan di bahagian tubuh yang berlainan, tetapi pada masa itu, istilah kanser belum wujud lagi.
Sehingga kira-kira 400 SM, Hippocrates, yang dikenali sebagai “Bapa Perubatan Barat,” berdasarkan pemerhatian klinikalnya, mendapati bahawa tumor yang tumbuh di tubuh manusia, secara kasarnya boleh dibahagikan kepada jenis tumor “tidak berbahaya” dan jenis tumor “berbahaya”, konsep kanser hanya perlahan-lahan terbentuk sejak masa itu.
Sejak abad ke-19, pakar perubatan terus mengkaji pelbagai rawatan kanser, dan mereka terus diperbaharui dari satu generasi ke generasi lain, mulai daripada pembedahan, radioterapi, kemoterapi, terapi sasaran. Walaupun kanser tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya, rawatan-rawatan ini sekurang-kurangnya boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit kanser.
Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kanser masih boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Ini adalah satu lagi cabaran utama yang menunggu pesakit-pesakit kanser selepas diagnosis mereka telah dibuat.
Kira-kira seratus tahun yang lalu, perkembangan baru dalam rawatan kanser telah dicapai. Para saintis telah mendapati kita dapat melawan sel-sel kanser dengan bergantung pada sistem imun kita sendiri. Selagi sistem imun diaktifkan dan ia dapat membezakan sel-sel kanser daripada sel-sel normal, ia akan menyerang sel-sel kanser untuk mencapai kesan anti-kanser. Kaedah ini bergantung kepada kuasa yang sedia ada di dalam tubuh kita untuk melawan kanser, dan bukanlah sejenis rawatan kanser luaran, maka kesan-kesan sampingannya didapati agak sedikit berbanding dengan cara-cara lain.
Walau bagaimanapun, imunoterapi hanya matang dalam beberapa tahun kebelakangan dan digunakan dalam ujian klinikal tidak lama dahulu. Setakat ini, hanya kanser paru-paru dan melanoma (sejenis kanser kulit) mendapat kelulusan untuk dirawat oleh imunoterapi, dan kanser-kanser jenis lain masih menunggu penyelidikan lanjut.
Walaupun imunoterapi telah digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat sebagai terapi kanser, negara-negara Asia masih tetap berada di peringkat awal secara relatif. Hanya beberapa negara seperti Taiwan dan Jepun, boleh menggunakan imunoterapi untuk merawat kanser paru-paru dan melanoma pada masa ini, negara-negara lain kekal berada di peringkat EAP (Expanded Access Program).
Percubaan klinikal EAP bermakna bahawa syarikat-syarikat farmaseutikal dapat menyediakan rawatan baru yang masih berada di peringkat penyelidikan dan membolehkan pesakit yang teruk sakit untuk mengambil bahagian dalam ujian klinikal, tetapi hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
Ubat mengaktifkan sel-sel T di dalam sistem imun
Walaupun terdapat banyak rawatan kanser yang tersedia untuk pesakit-pesakit, imunoterapi telah dikenalpasti sebagai salah satu rawatan alternatif pada masa ini.
Malah, imunoterapi bukanlah satu idea baru. Ia telah dicadangkan oleh ahli sains seawal 100 tahun yang lalu, tetapi ia hanya digunakan dalam rawatan kanser sejak tahun 2010. Pertama kali, immunoterapi diuji untuk merawat kanser prostat. Pada tahun 2012, ujian-ujian klinikal imunoterapi telah dijalankan secara rasmi.
Walaupun pesakit kanser menerima terapi kanser lain, kebanyakan pesakit masih mengekalkan keupayaan tertentu dalam sistem imun mereka. Apabila sel-sel T di dalam sistem imun diaktifkan oleh ubat-ubatan, didapati penyebaran sel-sel kanser boleh dikawal.
Immunoterapi telah menjalani ujian klinikal fasa pertama pada tahun 2011. Sejak empat tahun yang lalu, 1,100 pesakit kanser telah terlibat, terutamanya melanoma dan kanser paru-paru, di mana rawatan ini memberi keputusan yang menggalakan.
Imunoterapi mengaktifkan sistem imun dan kurangkan kesan-kesan sampingan
Imunoterapi telah menjadi tumpuan kajian kanser semasa. Ia menyuntik bakteria yang hidup ke dalam tubuh pesakit kanser lalu mengaktifkan sistem imun supaya melaksanakan serangan terhadap sel-sel kanser.
Imunoterapi didapati berkesan untuk kanser-kanser yang disebabkan oleh mutasi genetik. Ia mengaktifkan sistem imun dalam tubuh pesakit untuk membolehkan sistem imun membezakan antara sel-sel kanser dan sel-sel yang baik. Kemudian ia memberi perintah untuk menyerang sel-sel kanser tanpa menggunakan kuasa luaran. Kesan-kesan sampingan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama ia juga boleh mengurangkan kemungkinan kanser berulang di masa depan.
Walaupun imunoterapi pada masa ini hanya digunakan untuk merawat kanser paru-paru dan melanoma, kanser-kanser lain sudah berada di bawah tahap penyelidikan.
Prinsip imunoterapi adalah penggunaan sel-sel T di dalam limfosit di mana ia berfungsi sebagai “penghapus.” Sel-sel T memainkan peranan penting dalam tindak balas imun, ia boleh memainkan peranan dalam pelbagai fungsi. Contohnya, sel-sel T boleh membunuh sel-sel yang dijangkiti. Di samping itu, sel-sel T juga boleh membunuh sel-sel yang disasarkan jika mereka mempunyai ciri-ciri respons antigen tertentu. Pada masa yang sama, sel-sel T juga boleh menyebar dan mengaktifkan pelbagai jenis sel-sel imun yang lain, supaya menghasilkan tindak balas imun secara langsung.
Melanoma
Jumlah kes melanoma terus meningkat dalam tempoh 40 tahun yang lalu. Pada tahun 2012, terdapat kira-kira 23,130 kes baru di seluruh dunia. Menjelang 2014, terdapat 76,100 kes baru di Amerika Syarikat sahaja. Walaupun melanoma adalah kurang daripada 2% daripada jumlah 6 jenis kanser kulit, ia adalah kanser kulit yang paling serius, dan ia adalah sejenis kanser kulit yang membawa banyak maut di Amerika Syarikat.
Sebelum usia 45 tahun, wanita lebih cenderung mengidapi melanoma berbanding dengan lelaki, tetapi selepas umur 60 tahun, lelaki adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada wanita, dan pada usia 80 tahun, wanita adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada lelaki, walaupun usia purata pesakit Melanoma adalah 61 tahun.
- Kerosakan disebabkan oleh sinar-ultraunggu (ultaraviolet, UV) adalah salah satu faktor risiko yang utama. Selain pendedahan cahaya matahari, kecederaan akibat sinar UV yang lain termasuk lampu tanning.
- Jika seseorang mempunyai banyak tahi lalat yang tidak teratur atau besar, ia akan meningkatkan risiko melanoma.
- Risiko lain termasuk kulit yang putih, bintik-bintik dan rambut berwarna muda, sejarah peribadi atau keluarga, imunosupresi, dan penyakit genetik yang jarang berlaku, “Xeroderma pigmentosum”.
Gejala-gejala melanoma biasa:
- Tahi lalat badan mempunyai perubahan.
- Melanoma sering berlaku di bahagian badan yang boleh didedahkan kepada matahari, seperti bahagian belakang tubuh, kaki, lengan dan muka. Tetapi terdapat juga di bahagian tapak kaki dan telapak tangan di mana tidak sering terdedah kepada cahaya matahari.
6 jenis kanser kulit; yang paling serius adalah melanoma
Pada masa ini Taiwan hanya membenarkan imunoterapi untuk kanser paru-paru dan melanoma.
Melanoma adalah yang paling serius di antara enam jenis kanser kulit, dan ia adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku. Mungkin Australia adalah sebuah negara yang mempunyai jumlah pesakit melanoma yang tertinggi.
Manusia di dunia terbahagi kepada enam jenis kulit. Dari putih ke hitam, toleransi sinar-ultraunggu bagi setiap kaum mempunyai tahap yang berbeza, dari keupayaan paling rendah ke keupayaan tertinggi dimasukkan ke dalam kategori terbakar matahari masing-masing. Kulit hitam tidak mudah terbakar matahari, sementara kulit putih adalah orang yang paling mudah terbakar matahari. Jenis 1 dan Jenis 2 disenaraikan sebagai tahap pertama dan kedua yang paling rendah keupayaan dari segi kulit terbakar matahari, manakala orang Cina yang tergolong dalam kumpulan kulit kuning telah dikategorikan ke dalam Jenis 4 dari segi keupayaan terbakar matahari.
Walaupun pesakit melanoma kebanyakannya berbangsa orang putih, tetapi tiada kekurangan orang berkulit kuning juga. Sebagai contoh, terdapat banyak kes di Taiwan. Walau bagaimanapun, ia masih dianggap sebagai penyakit yang jarang. Oleh itu, orang ramai tidak banyak mengetahui tentang jenis kanser ini, jadi tahap kebimbangannya tidak setinggi kanser-kanser lain.
Oleh kerana kekurangan pemahaman tentang gejala-gejala dan ketiadaan tanda-tanda yang jelas, penampilan penyakit ini tidak berbeza dari tanda-tanda atau bintik-bintik yang muncul dalam penyakit-penyakit kulit biasa. Oleh itu, ramai orang tidak memberi perhatian yang mencukupi, tetapi selepas fasa itu, mungkin pesakit-pesakit akan terlambat untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Tiada tanda yang jelas yang lain, jadi kita mesti memberi perhatian apabila kulit mempunyai tanda-tanda yang bertahan lama. Purata umur pesakit mengidapi melanoma ialah 60 tahun.
Melanoma tidak terhad kepada mana-mana organ. Ia boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan yang ditutupi oleh kulit, tetapi kebanyakannya muncul di telapak tangan, di kaki telapak kaki, dan di jari, jadi mudah bagi orang umum mengambil ringan terhadap kewujudannya.
Lebih 100 kes baru setahun di Malaysia
Menurut rekod, melanoma pada masa ini kebanyakannya ditemui di Australia dan New Zealand, di mana negara-negara Asia dikira agak sedikit secara relatif, iaitu hanya kira-kira 8 pesakit daripada setiap 100,000 orang umum. Walau bagaimanapun, ada trend baru membimbangkan pakar perubatan, kerana bilangan melanoma di Asia terus meningkat, dan kadar kematian kanser ini adalah sangat tinggi. Mengambil Taiwan sebagai contoh, terdapat 250 kes baru setiap tahun dan jumlah kematian adalah 120 orang.
Di China, terdapat 9,000 kes baru dan 4,500 kematian setiap tahun. Terdapat 649 kes baru di Korea dan 263 kematian setiap tahun. Kemudian terdapat 128 kes baru setiap tahun di Malaysia. Jumlah kematian adalah 51, dan angka di Singapura adalah agak kecil. Terdapat 40 kes baru setiap tahun dan jumlah kematian adalah 17 orang.
Kadar kelangsungan hidup melanoma selama lima tahun didapati kurang daripada 50% dan kurang daripada 10% di Amerika Syarikat. Walaupun begitu, jika melanoma ditemui dan dirawat lebih awal, peluang pemulihan masih dikira tinggi.
Walaupun melanoma adalah salah satu daripada kanser kulit, sumber kanser ini bukan sekadar cahaya ultraunggu. Menurut penyelidikan, 58% kes berkaitan dengan cahaya ultraunggu selain pendedahan bahan-bahan kimia. Sebagai contoh, di Taiwan, banyak pesakit melanoma adalah petani-petani. Mungkin ini berkaitan dengan pendedahan jangka panjang mereka terhadap racun perosak, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari juga boleh menjadi salah satu sebab utama.
Di samping bahan-bahan kimia, gen-gen manusia Asia juga merupakan faktor risiko utama melanoma. Sebaliknya, 90% pesakit di Eropah dan Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.
Berdasarkan kes-kes di Taiwan, pesakit yang menderita melanoma akibat mutasi genetik, sebenarnya banyak daripada mereka disebabkan oleh luka-luka. Sebagai contoh, apabila seorang nelayan yang tidak sengaja cedera oleh cangkuk ikan atau pintu kereta, orang-orang biasa boleh menyembuhkan kecederaan sedemikian dengan mudah. Sekiranya pesakit menjalani mutasi genetik semasa proses penyembuhan, ia akan mengakibatkan melanoma.
Pada masa ini, satu-satunya rawatan untuk melanoma adalah pembedahan dengan bantuan radioterapi dan kemoterapi. Pilihannya adalah sangat terhad pada masa lalu. Kini imunoterapi telah terbukti berkesan untuk merawat melanoma, ia merupakan satu kejayaan dalam sejarah rawatan kanser.
Kejayaan imunoterapi, sebagai pilihan tambahan kepada rawatan-rawatan kanser lain, ia juga boleh memanjangkan peluang untuk pesakit bertahan dan hidup selama 5 tahun atau lebih. Pada masa ini, terdapat 4,846 kes menjalani ujian-ujian klinikal imunoterapi. Lebih separuh daripada pesakit terselamat selama 5 tahun, dan ada juga yang mencapai kelangsungan hidup selama 10 tahun, keputusan yang menggalakkan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ada kajian juga menunjukkan bahawa jika imunoterapi digunakan bersama-sama kemoterapi, kadar pemulihan akan meningkat dari semasa 4% hingga 25%, bermakna ia akan mengurangkan kadar kematian, bahkan didapati satu daripada setiap 5 pesakit akan terus hidup.
Pada masa ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. ( FDA U.S.A ) telah meluluskan penggunaan imunoterapi untuk pesakit kanser paru-paru dan melanoma, terutamanya untuk tahap-4 melanoma, tetapi di Eropah, beberapa doktor telah memulakan imunoterapi di tahap-3. Manakala di Taiwan, imunoterapi telah diluluskan hanya pada tahun 2013 sahaja.
Bilangan perokok dan kes kanser paru-paru meningkat
Kanker paru-paru adalah salah satu jenis kanser yang terbanyak di dunia. Sebanyak 1.8 juta kes baru berlaku setiap tahun dan membawa 1.6 juta jumlah kematian.
Oleh kerana kesedaran yang lebih baik di negara-negara barat, bilangan perokok telah menurun, sehingga bilangan kes-kes kanser paru-paru menurun seiring dengan ketara. Sebaliknya, kanser paru-paru telah menjadi satu ancaman kepada negara-negara membangun, terutama di Asia, contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Malaysia dan Singapura di mana kanser paru-paru digolongkan ke dalam kumpulan 10 jenis kanser teratas, sebahagiannya ini disebabkan oleh kesedaran yang rendah terhadap kanser ini. Bilangan perokok terus meningkat di negara-negara ini, dan mengakibatkan peningkatan jumlah kes kanser paru-paru.
Mengikut statistik tahun lepas, terdapat 4,403 kes baru dan 4,134 kematian di Malaysia setiap tahun; terdapat 22,873 kes baru di Korea Selatan dan 17,848 kematian; terdapat 11,000 kes baru di Taiwan dan 4,000 kematian. Di Singapura, terdapat 1,974 kes baru dan 1,590 kematian.
Berdasarkan data di atas, kadar kematian kanser paru-paru adalah cukup tinggi. Ini kerana lebih separuh daripada pesakit, sel-sel kanser mereka telah merebak pada masa diagnosis, dan kadar kelangsungan hidup 5 tahun hanya 5%.
Tetapi 15 hingga 30% pesakit kanser paru-paru didapati bukanlah perokok. Mereka menderita kanser paru-paru kerana mutasi genetik. Ini berlaku sangat kerap di Asia, terutamanya golongan muda dan wanita. Sebab-sebab kejadian begini masih tidak diketahui.
Di Australia, usia purata kanser paru-paru berusia 72 tahun, dan jika mutasi genetic berlaku, purata umur pesakit adalah 50 hingga 55 tahun.
Kesan-kesan imunoterapi berbeza dari satu orang ke satu sama lain
Imunoterapi boleh digunakan untuk merawat kanser paru-paru yang disebabkan oleh mutasi genetik, dan terapi ini dapat memperbaiki gen-gen yang bermutasi melalui ubat-ubatan; Walau bagaimanapun, perlu diingat, tumor adalah sel-sel yang boleh berubah, oleh itu sel-sel ini boleh bertahan terhadap immunoterapi, dan kemudian berubah menjadi tumor generasi kedua kemudian.
Imunoterapi juga dianggap sebagai sejenis terapi sasaran. Walaupun dikatakan berkesan dalam rawatan kanser paru-paru, penggunaan ubatnya berbeza daripada orang ke orang lain, dan tindak balas sistem imun tubuh juga berbeza daripada seseorang pesakit ke pesakit lain. Pada masa ini, 20% hingga 50% pesakit menunjukkan keputusan positif.
Imunoterapi telah terbukti berkesan untuk tempoh yang lebih lama, dengan hanya 1-2% pesakit yang menunjukkan kesan sampingan selepas menerima rawatan sedemikian. Daripada keputusan tersebut di atas, dapat ditunjukkan bahawa imunoterapi adalah lebih efektif berbanding dengan kemoterapi dari segi rawatan kanser. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, ia hanya digunakan pada pesakit kumpulan kedua, manakala pesakit kumpulan pertama masih lagi dalam fasa penyelidikan.
Walaupun begitu, terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa imunoterapi dapat menyembuhkan kanser paru-paru. Percubaan klinikal hanya memberitahu kita bahawa ia boleh mengawal kanser untuk tempoh yang lebih lama sahaja.
Dalam terapi kanser paru-paru, imunoterapi masih dianggap sebagai terapi baru, dan ujian klinikalnya bermula pada Tahun 2012. Kini Australia telah meluluskan imunoterapi untuk merawat kanser paru-paru.
Terapi kanser paru telah mengalami beberapa peningkatan sejak permulaan. Setiap generasi terapi mempunyai kesan-kesan sampingan sendiri, termasuk imunoterapi terkini, tetapi jika manfaatnya melebihi kesan sampingan, maka terapi ini masih berbaloi.
Mengawal atau menubuhkan lebih banyak kawasan tidak merokok
Kita semua tahu bahawa penyebab utama kanser paru-paru adalah merokok. Oleh itu, jika kawasan tidak merokok diperluaskan, kadar kanser paru-paru akan dikurangkan, sebaliknya, jika tidak ada kawalan atau penubuhan kawasan tidak merokok, kanser paru-paru akan meningkat di masa depan. Oleh itu, kerajaan Australia telah mengeluarkan larangan merokok sekitar 20 tahun yang lalu. Jumlah kanser paru-paru telah banyak dikurangkan, tetapi proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menghasilkan keputusan.
Berdasarkan laporan Kajian Kesihatan Australia, di antara tahun 1970 hingga tahun 2010, jumlah perokok lelaki Australia telah menurun sebanyak 25%, manakala bilangan perokok perempuan meningkat sebanyak 20%, tetapi secara keseluruhan jumlah perokok menurun pada tempoh ini.
Selain sekatan-sekatan merokok di tempat awam, perokok-perokok di Australia dilarang merokok apabila ada kanak-kanak duduk bersama di dalam kereta. Tambahan pula, tidak ada orang umum boleh berada di dalam lingkungan 4 meter semasa mereka merokok. Apabila kawasan tidak merokok berkembang, ia juga mengurangkan jumlah perokok kedua ( Bahasa inggeris : second-hand smoker ) secara serentak. Usaha ini terus mengurangkan jumlah kes kanser paru-paru di Australia.
Terapi Piawai Kanser – Radioterapi, kemoterapi dan terapi sasaran
Rawatan kanser piawai semasa di Singapura ialah radioterapi, kemoterapi dan terapi sasaran.
Imunoterapi kini hanya digunakan pada kanser paru-paru dan melanoma.
Walau bagaimanapun, melanoma adalah penyakit yang jarang berlaku di Singapura. Terdapat hanya 30 hingga 40 kes baru setiap tahun. Dari segi kematian, tiada statistik yang cukup dikumpulkan setakat ini.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit-pesakit melanoma adalah lelaki, dan mereka berusia lebih dari 60 tahun. Didapati juga ramai pesakit ini adalah berbangsa Cina.
Bagi pesakit kanser yang lebih tua, kemoterapi piawai akan mempunyai kesan-kesan sampingan yang biasa seperti keletihan dan ruam ringan, dan didapati imunoterapi boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan orang tua, serta mengurangkan kelemahan fizikal atau organ.
Malah, pelbagai terapi kanser telah bertambah baik semasa perkembangan masing-masing. Imunoterapi juga merupakan salah satu terapi kanser yang dikira sesuai. Hari ini, imunoterapi telah berkembang menjadi generasi kedua, menawarkan pesakit kanser lebih pilihan untuk rawatan.
Imunoterapi adalah harapan baru untuk pesakit kanser
Pasukan Penyelidikan Kanser Mulut Institut Penyelidikan Kanser Malaysia juga sedang mengkaji penggunaan imunoterapi. Ia mempelajari bagaimana untuk mendapatkan sel-sel kanser hidup dari pesakit, dan memupuk bakteria kanser, kemudian menggunakan ubat-ubatan untuk mengaktifkan sistem imun manusia. Apabila belajar di bawah mikroskop, tercatat sel-sel T mengikis sel-sel kanser semasa kajian ini.
Walaupun imunoterapi adalah satu konsep baru di Malaysia, ia adalah harapan baru untuk pesakit-pesakit kanser. Jarang penyelidik tempatan mengambil langkah gergasi dalam imunoterapi dan tidak lagi bergantung semata-mata kepada penyelidikan pakar-pakar asing. Ia adalah fenomena yang menggalakkan. Kami berharap kejayaan imunoterapi akan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit kanser pada masa akan datang.