Epilepsi, Ayan atau Gila Babi
Semasa menghadapi epilepsi atau serangan sawan mendadak, tindak balas pertama orang ramai ialah memasukkan sudu, penyepit, bahkan jari ke dalam mulut pesakit. Memang aneh orang umum tidak bimbang terhadap jari-jari mereka mungkin dipotong demi mengelakkan pesakit daripada menggigit lidahnya. Seperti yang diketahui, tindakan sedemikian sangat berbahaya. Sekiranya objek dimasukkan ke dalam mulut menjadi rapuh, ia akan menyebabkan serpihan-serphihan tergelincir ke dalam saluran pernafasan, menyebabkan krisis maut. Sekiranya objek yang dimasukkan adalah objek keras, dan mulut terbuka dengan cara yang keras, ini mungkin boleh menyebabkan gigi pesakit patah, kesan kehelan atau kecederaan tisu lembut. Gigi yang rosak juga boleh meluncur ke saluran pernafasan.
Disfungsi korteks otak
Terdapat banyak punca epilepsi. Mana-mana keadaan yang boleh menyebabkan kerosakan pada korteks otak boleh menyebabkan epilepsi. Sudah tentu, terdapat beberapa punca yang tidak dapat dikesan. Penyebab yang lebih biasa termasuk radang meninges (meningitis), trauma kepala, tumor otak, abses otak, dan sebagainya. Sekiranya korteks otak berfungsi dengan tidak normal, keabnormalan aktiviti-aktiviti elektrik sel otak boleh dilepaskan dengan cara mendadak, berlebihan, dan tidak teratur, menyebabkan perubahan dalam gelombang-gelombang otak, sehingga epilepsi berlaku. Epilepsi juga dikelaskan sebagai serangan sawan separa dan serangan sawan umum.
Gejala-gejala epilepsi biasa termasuk mata bergerak dari sisi ke sisi, rahang tertutup, berbuih di mulut, anggota kaku, dan kekejangan. Kadang-kala pesakit-pesakit mempunyai kencing tidak terkawal atau menggigit lidah. Kebanyakan pesakit akan mengalami keletihan dan kekeliruan selepas kejang. Simptom epileptik lain termasuk kekejangan otot anggota badan yang tidak teratur, kekejangan tangan, kaki, atau muka.
Rawatan epilepsi pada dasarnya boleh dibahagikan kepada pengurusan epilepsi dan rawatan terhadap penyebab epilepsi. Pengurusan epilepsi terutamanya bergantung pada pelbagai ubat anti-epilepsi. Rawatan mengenai penyebab epilepsi berbeza-beza mengikut jenis penyakit, di mana ia merupakan tanggungjawab kakitangan perubatan di hospital.
Bagaimanakah kita boleh membantu pesakit epilepsi apabila serangan berlaku?
Apabila kita menemui seseorang tiba-tiba jatuh ke atas lantai dan mengalami epilepsi, jangan lupa mengekalkan ketenangan. Jangan merebut pesakit atau cuba menghalang kekejangannya. Sila pastikan alam sekitar selamat. Sekiranya terdapat objek berbahaya seperti kaca pecah di atas lantai, sila membersihkannya supaya mengelakkan kecederaan. Pesakit boleh digulung sedikit untuk membantu pesakit berada dalam posisi sebelah menyebelah, yang membolehkan benda-benda di dalam mulut, termasuk makanan atau air liur, mengalir keluar dengan lancar dari mulut dan memastikan pernafasan udara tetap tidak terhalang. Jangan masukkan sebarang benda keras ke dalam mulut pesakit. Kekejangan biasanya berhenti secara spontan dalam masa beberapa minit. Sila mengiringi pesakit sehingga serangan berhenti. Jika konvulsi berterusan berlangsung lebih daripada 5 minit, atau jika epilepsi berlaku secara berterusan, pesakit perlu dihantar ke hospital dengan segera.