Pelaksanaan langkah demi langkah diet
kurang manis atau tanpa gula untuk mencegah
Diabetes Mellitus
( Penyakit Kencing Manis )
Kajian Kes :
Alan didiagnosis menderita diabetes mellitus ( juga dikenali penyakit kencing manis ) dua tahun yang lalu. Terdapat seorang kawan memberitahunya bahawa suatu hari nanti dia akan menghadapi amputasi; Ada kawan yang lain pula mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Dia berasa benar-benar keliru. Nasib baik, pada akhirnya, Alan memilih dan mempercayai doktor serta mengikuti nasihat perubatan yang sewajar. Di samping itu, Alan juga mengubah gaya hidup bersama-sama. Pengubahsuaiannya bermula daripada tabiat peminuman kopi setiap pagi, melalui pengurangan gula , lama-kelamaan sehingga langsung tiada sebarang penggunaan gula. Alan juga berhenti minum arak dan merokok sama sekali, serta menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
Dua tahun kemudian, Alan hidup seperti orang-orang yang sihat, dan bebas daripada nasib amputasi. Dari semasa ke semasa, Alan ada berkongsi dengan rakan-rakannya, bahawa penyakit Diabetes telah menjadi salah satu titik perubahan kehidupannya. Alan sentiasa mengingatkan kawan-kawan, mereka patut memberi perhatian yang mencukupi kepada tabiat kehidupan harian, dan tidak boleh mengabaikan kesihatan mereka dengan sembarangan.
Gula putih dan perang mempunyai jumlah kalori yang sama,
perbezaan utama hanya berhubung dengan kandungan mineral sahaja
“Walaupun penyebab utama mengidapi penyakit diabetes tidak dapat diasingkan daripada genetik ibu bapa, namun demikian, orang ramai masih boleh memainkan peranan masing-masing supaya mencegah penyakit kronik ini. Terutama sekali, kita patut mengurangi ketergantungan pada gula dalam diet harian. Gula asli atau gula penggantian, kedua-dua jenis gula sebenarnya boleh membuat orang ramai ketagih kemanisan untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya kita dapat mengamalkan pemakanan yang kurang gula atau kebiasaan makan tanpa gula, maka risiko mengidapi penyakit diabetes kita akan berkurangan dengan ketara di masa hadapan.
Manusia memang dilahirkan dengan kegemaran rasa manis. Dalam ujian psikologi yang terkenal, apabila bayi yang baru dilahirkan diberi makanan manis, dia akan tersenyum. Sebaliknya, apabila makanan pahit diberikan, dia akan berkerut.
Pada dasarnya, naluri kita selalu mengalu-alukan rasa manis tetapi menjijikkan kepahitan. Kemanisan mengingatkan peristiwa gembira, seperti memakan kek hari jadi, sementara kepahitan mewakili perkara yang sedih. Sememangnya, orang ramai selalu mempunyai kecendurungan untuk menggabungkan kemanisan dengan kegembiraan.
Oleh kerana kegemaran manis adalah naluri manusia, kita perlu menerima hakikat ini, dan hanya menyesuaikan tabiat pemakanan secara beransur-ansur. Mulai dengan amalan kurang gula sehingga mencapai gaya hidup tanpa gula.
“Saya menyediakan pencuci mulut saya dengan menggunakan gula tebu”. Saya juga dengar gula perang adalah lebih baik daripada gula putih “atau” gula penggantian adalah dianggap lebih sihat daripada gula asli? “
Malah, ini semua kesalahfahaman orang ramai mengenai gula. Tanpa mengira samada ia adalah gula perang, gula kelapa, gula tebu, atau gula putih, sebenarnya kalori masing-masing didapati sama tinggi, paling baik, gula tebu dan gula perang hanya mengandungi lebih banyak mineral berbanding dengn gula putih, dan itulah satu-satunya perbezaan mereka.
Sesetengah orang mungkin berkata, “Adakah sesuai memilih gula penggantian?” Ya, sesungguhnya gula penggantian telah diuji dan dianggap selamat untuk penggunaan, tanpa memberi apa-apa kesan keracunan, asalkan kita tidak mengambil melebihi had yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan kita patut mula memilih minuman tanpa gula dan menyesuaikan lidah kita dengan rasa makanan tanpa gula. Kita tidak dapat mengelakkan minuman yang mengandungi gula penggantian, di mana ia masih memberi tahap kemanisan tertentu. Kemanisan ini sentiasa akan membentuk isyarat dalam otak kita. Secara tidak langsung, ini akan menggalakkan kita mengambil tahap kemanisan yang sama , setiap kali kita menikmati kek dan makanan lain. Pendek kata, kita akan dipengaruhi untuk memakan lebih banyak gula setiap hari.
Elakkan Diet Tidak Seimbang
Sekali lagi, gula penggantian adalah bahan tambahan tiruan. Apabila lidah seseorang terdedah kepada kemanisan tiruan untuk jangka masa yang panjang, secara beransur-ansur dia tidak akan lagi menyukai fruktosa asli buah-buahan dan sayur-sayuran. Apabila masa berlalu, pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran akan semakin berkurangan. Ini adalah satu lagi kitaran buruk yang berlaku kerana penggunaan gula penggantian secara berterusan.
Untuk semua jenis minuman yang diiklankan sebagai minuman tanpa gula atau kurang manis, kita mencadangkan agar orang ramai memahami apakah jenis gula penggantian yang ditambah ke dalam minuman, supaya mereka boleh menentukan tahap kemanisan sebelum mula penggunaannya. Semua maklumat begini adalah didapati daripada label-label produk.
Oleh kerana kesedaran kesihatan yang semakin meningkat dalam masyarakat kita, sesetengah orang mengatakan bahawa kita mesti menjauhkan diri daripada gula. Ada kumpulan yang lain pula mengesyorkan bahawa kita baik-baik saja mengurangkan kebergantungan kita terhadap gula secara progresif. Apakah pendekatan yang dianggap lebih sesuai sebenarnya? Sudah tentu, senario terbaik ialah kita boleh menahan diri daripada mengambil gula sepenuhnya, tetapi persoalannya, bolehkah kita melakukannya dalam masa yang singkat?
Bagaimana pula melakukannya dengan ketekunan secara masa panjang? Sebetulnya, kami menggalakkan semua orang untuk menyesuaikan tabiat pemakanan selangkah demi selangkah, supaya badan kita boleh beransur-ansur menyesuaikan diri dengan diet kurang gula atau tanpa gula. Perlu diingat, kita memerlukan masa untuk mengubahsuaikan tabiat pemakanan yang lama diamalkan di masa lalu.
Sebagai contoh, jika kita mengambil 2 sudu teh gula putih untuk menyediakan kopi pada masa lalu, kita boleh memulakan penyesuaian dengan mengurangkan gula hingga 1 sudu teh, selepas itu mengurangkannya kepada setengah sudu teh, sampai ketiadaan gula pada akhir.
Sebenarnya, tubuh manusia memerlukan karbohidrat. Apabila gula darah badan didapati terlalu rendah, hati akan menukarkan lemak menjadi tenaga, tetapi ia boleh membawa gejala seperti sakit kepala, keletihan atau pening. Di samping itu, jika kita berhenti mengambil makanan karbohidrat, dan memakan lebih banyak lemak, akibatnya, kita boleh menjadi gemuk. Tidak kira samada lemak tepu atau trans lemak, lemak yang berlebihan didapati dalam badan kita, akhirnya berupaya menyebabkan pengerasan saluran darah. Oleh sebab itu, kita tidak mencadangkan kawalan pemakanan yang terlalu radikal pada masa awal, kalau tidak, ia akan menimbulkan kesan-kesan sampingan buruk dan menyebabkan lebih banyak kerosakan kesihatan berlaku kemudian. Dari sudut pandangan jangka panjang, diet seimbang selalu dianggap pilihan yang terbaik.
Insulin sahaja mengawal gula darah.
Sesetengah orang telah bertanya bahawa oleh kerana gula dihasilkan melalui pencernaan tubuh manusia, bolehkah kita menyingkirkan gula dari badan dengan peminuman teh?
Jawapannya ialah – tidak mungkin.
Pertama sekali, kita harus memahami bagaimana gula dan insulin berfungsi dalam tubuh manusia. Secara ringkas, apabila kita makan makanan bergula seperti makanan berkanji, hati kita akan mengubahnya menjadi glukosa. Sementara itu, pankreas pula menghasilkan insulin demi mengawal aktiviti-aktiviti glukosa. Disebabkan ketiadaan insulin yang mencukupi, glukosa berlebihan boleh membentuk toksin dalam darah manusia, dan menyebabkan pelbagai kesan-kesan sampingan seperti kerosakan pada retina atau penyakit buah pinggang.
Gejala komplikasi diabetes paling kerap adalah kerengsaan kulit, ulser luka atau kehilangan berat badan secara tiba-tiba. Bagi simptom diabetes, terdapat tiga jenis tanda-tanda biasa – nafsu makan semakin tinggi, nafsu minum semakin banyak, dan pembuangan kencing lebih kerap, namun terdapat banyak pesakit diabetes langsung tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala seperti ini sama sekali. Ramai pesakit sering dijumpai dan didiagnosis selepas tempoh sakit yang panjang.
Selain diabetes jenis 1, di mana pankreas tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi kerana kerosakan yang disebabkan oleh sistem imun badan. Diabetes jenis 2 biasanya berkaitan rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat. Makan terlalu banyak makanan amyloid untuk tempoh masa yang lama, akan menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Sama seperti kilang yang melakukan kerja siang dan malam, akhirnya ia akan mengurangkan penghasilan atau memogok selepas bekerja bertungkus-lumus untuk masa yang lama.
Sesetengah orang mungkin tersilap berfikir bahawa semua pesakit diabetes memerlukan suntikan insulin. Malah, ini adalah satu lagi kesalahfahaman. Tidak semua pesakit diabetes memerlukan suntikan insulin. Sebahagian mereka boleh menggunakan ubat oral untuk “membangkitkan” pankreas dan melepaskan insulin untuk pembakaran glukosa, sedangkan pesakit-pesakit diabetes lain dapat mengawal paras gula darah dengan memperbaiki gaya hidup dan rutin harian mereka sahaja.
Di samping itu, sesetengah orang akan berfikir: Setiap kali mereka bersenam dan berkeringat, toksin badan, termasuk gula pasti boleh disingkirkan bersama-sama. Sebenarnya, ini adalah kesalahfahaman lain yang lazim juga. Kita perlu memahami bahawa glukosa akan dicerna apabila ia ditukar menjadi tenaga melalui metabolisme badan. Ia tidak boleh disingkir melalui perpeluhan. Bersenam diikuti perpeluhan, mungkin hanya membakar 1,000 kcal di dalam badan.
Kalori terbakar dalam suatu sesi senaman selama sejam akan dapat diganti semula dengan memakan selama 15 minit sahaja. Untuk membakar glukosa secara berkesan, kita mesti mengambil makanan yang betul, bersama-sama dengan tabiat senaman yang kerap. Perlu diingat, kita harus mengelakkan sebarang senaman yang sengit dalam cuaca panas, berhati-hati dengan bahaya dehidrasi atau strok haba.
Kami percaya ramai orang mempunyai fahaman palsu bahawa jika seseorang dijumpai tidak sedarkan diri, besar kemungkinan, ia adalah disebabkan oleh gula darah rendah. Oleh demikian, banyak orang menjangka bahawa adalah mencukupi jika mereka bertindak cepat dan memberi satu gula sahaja untuk mengembalikan kesedaran. Sebenarnya, peristiwa semacam ini adalah lebih kerap berhubungan dengan gejala penyakit jantung koronari, barulah diikuti dengan kejadian gula darah rendah atau pening. Cara yang betul ialah meletakkan orang yang tidak sedarkan diri, di bawah persekitaran yang selamat, selepas itu hubungi hospital dan mendapatkan bantuan segera.