Merokok
Seorang Meninggal Dunia Akibat Penyakit Berhubung Dengan
Tembakau Setiap Enam Saat
Kes Kajian :
John, berusia 55 tahun, telah mula merokok selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, sejak itu dia telah merokok kira-kira 37 tahun. Walaupun harga rokok terus meningkat tanpa berhenti, dia selalu memberikan harapan terhadap usaha “berhenti merokok”, tetapi dia tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang serius, dan terus merokok.
Selepas bersara, kesihatannya menjadi semakin buruk. Dia sering mengalami masalah kekurangan stamina semasa aktiviti-aktiviti biasa. Dia terbatuk kerap sehingga tidak dapat tidur pada waktu malam. Di samping itu, John juga mengalami kesukaran bernafas. Dia berasa terengah-engah ketika menjalankan aktiviti-aktiviti hariannya.
Setelah diperiksaan oleh seorang doktor, John didiagnosis telah mengidapi penyakit paru obstruktif kronik (Bahasa Inggeris: Chronic Obstructive Pulmonary Disease, COPD) bersama-sama jangkitan sekunder. Doktor dan ahli-ahli keluarga menasihatinya berhenti merokok dengan segera, jika tidak, dia akan menghadapi lebih banyak komplikasi-komplikasi perubatan kemudian. Untuk menyelamatkan nyawanya sendiri, John pun membuat satu keputusan muktamad dan berhenti merokok serta-merta.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 20 November sebagai Hari COPD Dunia, untuk mengingatkan semua orang, mereka patut memberi perhatian kepada penyakit paru kronik ini. Merokok adalah penyebab utama penyakit paru obstruktif kronik ( COPD ). Menurut Penyiasatan Perokok Dewasa Global 2011, Malaysia mempunyai lebih daripada 43% perokok lelaki, iaitu kira-kira 2.3 juta orang, ini akan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit paru obstruktif kronik (COPD).
Ketagihan Nikotin
Penyakit paru obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit kronik yang tidak boleh dipulihkan, di mana keadaannya hanya menjadi semakin merosot dalam jangka panjang. Kajian telah menunjukkan bahawa 90% penyakit COPD disebabkan oleh tabiat merokok, dan kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat penyakit COPD didapati adalah perokok-perokok sebelum ini. Walau bagaimanapun, bilangan perokok terus meningkat, menyebabkan semakin ramai orang mengalami penyakit COPD, maka pengurusan terhadap COPD dijangka bertambah sukar di masa depan.
Perokok-perokok sering merokok terutamanya kerana ketagihan nikotin. Ketagihan ini bagaikan pengguna-pengguna terpaksa mencari atau menyalahgunakan dadah, walaupun mereka menyedari sepenuhnya bahawa akibat-akibat buruk boleh berlaku terhadap kesihatan masing-masing.
Banyak kaji selidik menunjukkan bahawa kebanyakan perokok bersetuju bahawa tembakau berbahaya kepada tubuh manusia dan mereka mempunyai niat untuk mengurangkan atau berhenti penggunaannya. Sayangnya, lebih daripada 85% perokok yang cuba berhenti merokok, tetapi akhirnya gagal dan merokok lagi setelah berhenti tabiat merokok mereka semata-mata seminggu.
Merokok adalah penyebab utama penyakit COPD. Sekiranya seseorang tidak merokok, dia hampir tidak akan mengalami COPD sepanjang hayatnya. Jika dia adalah seorang perokok, atau bekas perokok, maka dia akan mempunyai peluang yang tinggi mengidapi penyakit COPD.
Merokok dalam jangka masa panjang akan merosakkan paru-paru
Tembakau mengandungi beribu-ribu bahan kimia dan toksin, apabila terhirup, bahan-bahan begini akan terkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan pelbagai penyakit di masa depan.
Tar yang terdapat dalam tembakau berupaya membawa maut. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan penyempitan bronkus, dan sistem perlindungan dan penapisan paru-paru juga boleh dirosakkan. Merokok memang berbahaya. Dianggarkan bahawa satu orang akan mati akibat penyakit yang berkaitan dengan merokok setiap 6 saat, iaitu kira-kira 10 kematian setiap minit.
Merokok bukan sahaja merujuk kepada cerut tembakau, tetapi juga termasuk shisha, e-rokok, dan juga “perokok tangan kedua”. Mereka yang merokok asap rokok secara tidak langsung adalah “perokok tangan kedua” yang terdedah kepada asap rokok untuk jangka masa yang lama di sebelah seseorang perokok.
Perokok-perokok wanita Malaysia mempunyai gejala-gejala yang lebih teruk berbanding lelaki
Ramai perokok mengetahui bahawa merokok memusnahkan paru-paru mereka kerana silia-silia saluran pernafasan di bahagian atas akan dimusnahkan oleh bahan-bahan kimia akibat tabiat merokok. Pada masa yang sama, paru-paru dirangsang untuk menyempitkan saluran pernafasan dan mempromosikan perkembangan dahak sehingga membuat pernafasan menjadi sukar.
Oleh itu, perokok-perokok sering berasa sesak nafas. Di samping itu, ada karbon monoksida dihasilkan semasa merokok, di mana gas beracun ini boleh memasuki darah manusia, dan mengehadkan keupayaan darah membawa oksigen.
Selain penyakit COPD, merokok juga boleh menyebabkan kanser paru-paru, kanser esofageal, kanser laring dan pelbagai penyakit pernafasan atau kanser-kanser lain. Tabiat merokok juga boleh mengakibatkan serangan asma serta meningkatkan risiko tuberkulosis. Terdapat peningkatan bilangan perokok wanita di Malaysia. Malah, proses pembangunan penyakit COPD di kalangan perokok wanita didapati berlangsung lebih cepat dan lebih teruk berbanding dengan perokok lelaki. Adalah dipercayai bahawa ini berkaitan dengan perbezaan struktur paru-paru di antara lelaki dan wanita.
Berhenti merokok – memanjangkan jangka hayat
Walaupun bekas perokok dan perokok semasa dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi berhubungan dengan penyakit COPD, jika perokok boleh berhenti merokok dengan segera, keadaan penyakit COPD masih dapat dikawal, dan tempoh kelangsungan hidup mereka akan diperpanjang berbanding dengan perokok yang berterusan.
Menurut tinjauan, kesihatan perokok-perokok menurun bersama penuaan, dan dianggarkan bahawa mereka akan mengalami ketidakupayaan atau bahkan mati sebelum usia 75 tahun; jika perokok-perokok berjaya berhenti merokok apabila mereka mengalami sebarang ketidakupayaan, mereka masih berpeluang hidup melebihi umur 75 tahun. Perokok-perokok yang berhenti sebelum usia 45 tahun, risiko ketidakupayaan dan kematian boleh dikurangkan, berbanding dengan perokok-perokok lain yang berhenti tabiat merokok kemudian.
Kajian telah menunjukkan bahawa golongan perokok adalah 10 kali ganda lebih mungkin mengalami penyakit COPD berbanding dengan golongan bukan perokok. Walaupun tidak semua perokok akan mengidapi penyakit COPD akhirnya, namun tidak ada sebarang sebab kita perlu mengambil risiko sebegini !
Menurut penafsiran Organisasi Sedunia untuk Diagnosis dan Pengurusan Penyakit Paru Obstruktif Kronik, pencegahan dan rawatan penyakit COPD adalah penyakit yang boleh dicegah dan boleh dirawat. Penyakit ini sebenarnya mempunyai batasan aliran udara yang berterusan, biasanya kerana kewujudan zarah-zarah berbahaya di saluran pernafasan dan paru-paru. Keradangan yang kronik boleh juga memburukkan keadaan pesakit-pesakit.
Berhenti merokok boleh mengawal keadaan penyakit COPD. Ada kajian telah menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang berhenti merokok pada masa awal telah meningkatkan aliran udara dalam tempoh 5 tahun, sebaliknya, perokok yang berterusan telah memburukkan lagi batasan aliran udara mereka.
Kerja-sama antara pihak awam dan swasta untuk menggalakkan kesedaran tentang penyakit COPD
Untuk menggalakkan diagnosis awal penyakit COPD dan membantu pesakit-pesakit COPD menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik, Yayasan Paru-paru Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti publisiti dan pendidikan, termasuk melancarkan satu siri buku dan buku teks yang mudah dibaca selepas berkerja sama dengan pihak sektor swasta. Ini menimbulkan lebih banyak kesedaran di kalangan orang ramai mengenai kebaikan-kebaikan pengesanan awal dan diagnosis penyakit COPD.
Daripada 1.1 bilion penduduk dunia, 800 juta perokok berasal dari negara-negara membangun. Pada tahun 2000, secara purata, terdapat 4.9 juta orang mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun. Menjelang tahun 2020, jumlah kematian ini dijangka akan berganda.
Pada masa ini, Asia mengalami masalah dengan bilangan perokok yang tinggi, di mana China adalah pengguna tembakau terbesar di dunia, sementara bilangan perokok didapati menurun tahun demi tahun di negara-negara Barat.
Masalah penyakit paru obstruktif kronik di Malaysia adalah berasal daripada golongan perokok. Walaupun pelbagai organisasi telah memulakan pendidikan tentang penyakit paru-paru ini, masih terdapat banyak kes masih belum dikesan di Malaysia. Kita masih perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi masalah ini di masa depan.
Penyakit paru obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit kronik kelima yang paling biasa di Malaysia. Berdasarkan rekod-rekod kemasukan hospital pesakit-pesakit COPD, dalam banyak kes, apabila pesakit-pesakit dimasukkan ke hospital, masalah pernafasan akut yang serius pun sudah berlaku. Oleh demikian, untuk mengelakkan penyakit bertambah serius, orang ramai perlu mengenal pasti tanda-tanda awal dan mendapatkan rawatan lebih awal.