Batu Buah Pinggang
Pengambilan Kalsium, Vitamin C, Asid Oxalic Yang Berlebihan,
Boleh Membawa Batu Buah Pinggang / Ginjal
Sering kali, soalan mengenai batu ginjal akan timbul, apabila doktor mengesyorkan vitamin C atau tablet kalsium kepada pelanggan mereka.
Untuk mengetahui sama ada produk-produk kesihatan ini akan membawa batu ginjal, kita haruslah terlebih dahulu memahami bagaimana batu ginjal terbentuk pada mulanya. Batu ginjal terbentuk dengan pemendakan kristal dalam air kencing. Sesetengah kristal akan berkumpul di buah pinggang, uretra dan pundi kencing dan menyebabkan sakit di belakang atau abdomen bahagian bawah. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kesukaran membuang air kecil atau hematuria ( kencing berdarah ). Faktor-faktor risiko batu ginjal termasuk pengambilan air yang tidak mencukupi, makanan tenusu berlebihan untuk jangka panjang, asid oksalat, organ-organ haiwan, vitamin D, ubat penahan sakit, dan faktor genetik keluarga. Asid oksalat adalah bahan yang biasa dijumpai dalam sayur-sayuran (bayam adalah salah satu sayuran yang mengandungi asid oksalik tinggi), dan batu ginjal juga boleh terbentuk dari metabolisme tubuh. Didapati batu ginjal kalsium oksalat adalah jenis yang paling biasa dijumpai.
Kita perlukan pengambilan 1000 mg kalsium setiap hari
Orang dewasa memerlukan 800 hingga 1000 miligram kalsium sehari. Di samping diet harian, cara yang paling mudah untuk menambah kalsium adalah melalui pengambilan tablet kalsium. Dengan penggunaan dos yang betul, tablet kalsium tidak akan menyebabkan batu ginjal kerana kalsium akan bergabung dengan asid oksalik dalam usus kecil, lalu membentuk kalsium oksalat yang tidak larut dan kemudian dikumuhkan melalui najis. Sebaliknya, jika pengambilan kalsium dikurangkan untuk mengelakkan batu ginjal, ini akan menyebabkan peningkatan kadar penyerapan asid oksalik dalam usus kecil dan dalam air kencing, yang seterusnya akan meningkatkan risiko batu ginjal. Di samping itu, apabila memilih tablet kalsium, ramai orang lebih suka tablet kalsium yang mengandungi vitamin D, atau vitamin D tambahan. Ini akan menyebabkan peningkatan penyerapan kalsium yang tinggi dalam usus kecil, maka kalsium yang dikeluarkan melalui air kencing juga meningkat, dan mudah untuk membentuk kalsium oksalat dalam usus kecil, sehingga meningkatkan risiko batu ginjal akhirnya. Oleh itu, pengambilan kalsium yang betul (terhad kepada 1,200 mg sehari) bersama-sama asid oksalik rendah, natrium rendah (garam), diet protein haiwan yang rendah, dan air minuman harian yang mencukupi (2 hingga 3 liter), akan tolong pengguna mengelakkan batu ginjal.
Ambil 1000 mg vitamin C setiap hari
Vitamin C mempunyai sifat antioksida yang mempromosikan pembaikan sel-sel dan penyelenggaraan imuniti badan. Orang dewasa memerlukan kira-kira 1000 mg vitamin C setiap hari. Vitamin C adalah vitamin larut dalam air. Vitamin C berlebihan akan larut dalam kelembapan badan dan dikumuhkan melalui peluh dan air kencing. Sebenarnya, vitamin C adalah lebih selamat daripada vitamin larut lemak. Walaupun Vitamin C selamat untuk dimakan, jika pengambilan vitamin C didapati terlampau tinggi, penggunanya mungkin mengalami rasa mual, sakit perut, cirit-birit, pening, ruam, dan sebagainya. Apabila pengambilan vitamin C yang tinggi berlangsung jangka masa panjang ( iaitu lebih daripada 2000 mg sehari), pengguna boleh menghadapi risiko tinggi batu ginjal, kerana Vitamin C akan merangsang rembesan asid oksalik di usus dan meningkatkan pembentukan kalsium oksalat. Walau bagaimanapun, tidak ada sebab untuk menjauhkan diri daripada vitamin C, kerana dengan mengambil jumlah kalsium yang sesuai dan meminum air yang mencukupi setiap hari, tubuh manusia dapat menyesuaikan rembesan asid oksalat dan mengatur pembentukan kalsium oksalat, demi mengurangkan kejadian batu buah pinggang.
Diet yang baik dan seimbang, bersama-sama tabiat minum air yang mencukupi setiap hari, adalah penting untuk mencengah batu ginjal. Berkenaan vitamin C dan kalsium, kedua-duanya hanya boleh diambil di bawah garis panduan yang betul. Sekiranya pengambilan mereka tidak melebihi jumlah yang ditetapkan dan hanya produk-produk kesihatan yang boleh dipercayai digunakan, maka pengguna tidak akan menghadapi sebarang risiko tentang batu ginjal masa depan.